Assalamua'laikum... dan Salam Perkenalan.
Bin Muhammad
Bin Muhammad, hanyalah sebuah nama pena yang khas mewakili empunya diri penulis di alam maya... Dilahirkan pada 28 Feb 19$$. Di besarkan di sebuah kampung di Bagan Datoh, Perak. Graduan dari UTM Skudai dan kini menetap di Rasa, Selangor. Sudah berkahwin dan bekerja sendiri.
Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com
Blog ini wujud pada 10 Sept 2012 dengan artikel pertama iaitu sebuah entri pengenalan. Ianya bermula apabila perasaan ingin menulis dan berkongsi cerita yang lebih panjang coretannya berikutan keseronokan dari perkongsian di Facebook Page saya iaitu Relex Minda.
Objektif utama adalah untuk perkongsian secara santai bersama keindahan alam, kreativiti, kitar semula, informasi, keceriaan, kehidupan dan eksplorasi untuk ketenangan hati dan minda di samping mengingati dan mengagumi kebesaran Ilahi. Cuba untuk menzahirkan sebuah Blog untuk anda berehat dan menenangkan minda buat seketika di alam siber ini.
Kini... Relaks Minda cuba untuk melangkah setapak lagi melalui tagline : "ilmu dikongsi bersama". Semoga perkongsian di blog ini dapat memberi manfaat, panduan dan ilmu pengetahuan buat semua yang berkunjung ke sini... InsyaAllah.
Header pertama Relaks Minda Blogspot |
Objektif utama adalah untuk perkongsian secara santai bersama keindahan alam, kreativiti, kitar semula, informasi, keceriaan, kehidupan dan eksplorasi untuk ketenangan hati dan minda di samping mengingati dan mengagumi kebesaran Ilahi. Cuba untuk menzahirkan sebuah Blog untuk anda berehat dan menenangkan minda buat seketika di alam siber ini.
Kini... Relaks Minda cuba untuk melangkah setapak lagi melalui tagline : "ilmu dikongsi bersama". Semoga perkongsian di blog ini dapat memberi manfaat, panduan dan ilmu pengetahuan buat semua yang berkunjung ke sini... InsyaAllah.
Relex Minda Facebook Page Header |
Terima Kasih Bersama Bin Muhammad
Hari demi hari saya cuba memperbaiki penyampaian dan belajar meningkatkan ilmu dan kualiti blog ini. Saya berharap anda berpuas hati dan mendapat serba sedikit manfaat dari blog ini. Saya sekadar berkongsi cerita dan menyampaikan ingatan secara santai....Andai ada salah dan silap, mahupun terguris hati...Ampun dan maaf di pinta.
Makluman :
(10 Jun 2015) - Blog Relaks Minda tidak akan dapat lagi menerbitkan entri-entri terbaru berikutan masalah Malware melalui RSS Feed entri terbaru. Maka... Artikel yang ada sekarang ini akan kekal untuk tatapan dan manfaat buat mereka yang memerlukan. Terima kasih di atas sokongan sahabat dan tetamu selama ini...
Sebagai kesinambungan kepada Blog Relaks Minda, anda boleh ikuti entri-entri terbaru dari Bin Muhammad melalui blog dibawah ini. Teruskan sokongan anda...
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
4 comments - "About me - Bin Muhammad"
Assalamualaaikum sdr Bin Muhammad ~
Alhamdulillaah di halaman ini dapat lah saya menyusuri dan mempelajari tentang panduan membuat blog yang lebeh menarik melalui panduan sdr yang telah pro dalam bidang ini.Baru ini saya telah membuat satu halaman Blog saya namun saya rasa ada banyak kekurangan nya di segi persembahan nya,maka saya tenggelamkan dahulu dari pandangan umum.Dengan panduan yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk menjelmakan kembali Blog saya yang dah karam itu..Terima kaseh banyak atas ilmu dan panduan yang saudara paparkan ini.
asalam. tuan saya nk tanya berkenaan dgn pkk rerama ungu yang berubi
Waakaikumsalam,
Apa yang oleh saya bantu ye?
assalammualaikum..saya ingin bertanya ttg daun rerama..saya ingin mgubati diri sdri..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum