MPV Pilihan Terbaik Keluarga Bawah Harga RM100K: Multi Purpose Vehicle (MPV) atau Kenderaan Serba Guna semakin menjadi pilihan bagi penduduk Malaysia. Kategori kenderaan yang sebelum ini amat popular di Indonesia kini sudah tidak asing lagi.
Ianya memenuhi keperluan pengguna masa kini yang perlukan lebih muatan tempat duduk serta flexible untuk barangan sama ada untuk sebuah keluarga mahupun syarikat.
Sebelum kehadiran MPV, van merupakan pilihan yang ada namun ianya kurang menepati kehendak ramai dari sudut rekabentuk, pemanduan dan pengendalian.
Kehadiran model MPV Unser dan Avanza oleh Toyota telah membawa satu perubahan dalam senario kenderaan di Malaysia yang sekaligus menamatkan terus penguasaan van penumpang.
Maka, bermulalah persaingan pelbagai jenama lain yang turut mencuba untuk mencuri perhatian pengguna serta menawan pasaran MPV di negara ini.
Ianya memenuhi keperluan pengguna masa kini yang perlukan lebih muatan tempat duduk serta flexible untuk barangan sama ada untuk sebuah keluarga mahupun syarikat.
Sebelum kehadiran MPV, van merupakan pilihan yang ada namun ianya kurang menepati kehendak ramai dari sudut rekabentuk, pemanduan dan pengendalian.
Maka, bermulalah persaingan pelbagai jenama lain yang turut mencuba untuk mencuri perhatian pengguna serta menawan pasaran MPV di negara ini.
Persaingan dari pelbagai cara dalam memikat pembeli melalui rekabentuk, kapasiti, spesifikasi, saiz, teknologi, penjimatan tenaga, harga dan sebagainya.
Berikutan persaingan ini, ia memberikan pengguna lebih pilihan untuk memenuhi citarasa dan keperluan masing-masing.
Perodua Alza 1.5L
Harga Perodua Alza (OTR termasuk insuran)
Perodua Alza merupakan MPV pertama keluaran Perodua (Perodua Rusa lebih sesuai dipanggil van) ini merupakan MPV paling laris jualannya di Malaysia.
Dari sudut rekabentuk, ianya menarik dan moden. Walaupun sudah lebih 5 tahun dipasaran, Alza masih kelihatan tidak ketinggalan zaman. Namun dari sudut keselesaan, kekurangan pada kerusi barisan ke 3 yang agak sempit dan rendah untuk orang dewasa.
Maka MPV Perodua Alza ini lebih kepada alternatif selain sedan kerana kerusi baris ketiga lebih sesuai dijadikan tempat barangan dengan ruang yang amat luas.
Tambahan pula tiada corong penghawa dingin untuk penumpang belakang maka duduk dikerusi baris ketiga pasti tidak akan berasa selesa.
Proton Ertiga 1.4L
Harga Proton Ertiga 1.4L (OTR termasuk insuran) -
MPV kompak terbaru dari Proton ini menawarkan sesuatu yang menarik dengan memberi pilihan untuk keselesaan bersama dengan penjimatan berikutan ia diiktiraf sebagai kenderaan EEV.
Rekabentuk luaran dan dalaman Proton Ertiga tidak terlalu mengujakan tetapi masih kelihatan menarik dan moden.
Walaupun mampu memuatkan 7 orang dewasa dengan selesa disemua posisi tempat duduk namun ianya hanya diiktiraf sebagai MPV 6 tempat duduk kerana tiada seat belt ketiga di kerusi baris kedua.
Agak mengecewakan apabila Proton memilih fabrik dan tona warna cerah untuk kemasan dalaman Ertiga. Ia mungkin kelihatan mewah dan cantik namun kurang sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil yang lasak. Sedikit kotoran pasti mencacatkan!
Toyota Avanza 1.3L & 1.5L
Harga Toyota Avanza 1.3L & 1.5L (OTR termasuk insuran) - https://toyota.com.my
Pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada Okt 2014, ianya terus membawa fenomena baru dalam dunia automotif tempatan.
MPV kompak Toyota Avanza pantas mencuri perhatian ramai yang begitu inginkan sebuah kenderaan yang mampu membawa lebih penumpang dengan selesa pada harga yang kompetitif.
Generasi kedua Avanza yang berada dipasaran kini sudah tenggelam dengan populariti model-model MPV lain yang lebih menarik.
Walaupun ciri-ciri dalamannya cukup selesa dan praktikal untuk semua penumpang tetapi rekabentuk luaran dan dashboard masih tidak mengujakan serta tampak ketinggalan.
Namun Avanza memberikan nilai untuk pemilikan jangka panjang kerana ianya diyakini akan ketahanan dan kelasakannya.
Toyota Sienta 1.5L
Harga Toyota Sienta 1.5L (OTR termasuk insuran)
Model MPV kompak dari Toyota ini menawarkan sesuatu yang hebat untuk sebuah MPV di bawah harga RM100K.
Sienta menawarkan spesifikasi bak sebuah MPV mewah dengan pintu gelongsor automatik, lampu Bi-Led, Touch Screen, Reverse Camera, VSC, TRC, HAC, ABS, EBD, BA dan banyak lagi!
Rekabentuk luarannya pula sangat moden dan unik dan ianya memberi persepsi segar dan berbeza mengikut citarasa pengguna.
Toyota Sienta benar-benar memberi sesuatu kelainan buat mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza dan menikmati ciri-ciri hebat sebuah MPV kompak.
Proton Exora 1.6L
Harga Proton Exora 1.6L (OTR termasuk insuran) - https://www.proton-edar.com.my
MPV Proton Exora adalah satu-satunya MPV dalam kategori bersaiz sederhana besar yang berharga di bawah RM100K.
MPV pertama dari Proton ini menawarkan ruang dan keselesaan yang paling ideal bagi sebuah keluarga besar.
Rekabentuk Exora agak biasa bagi sebuah MPV manakala rekaan dashbord adalah paling tidak menonjol.
Selain dari itu, Proton Exora memberikan anda sebuah MPV yang selesa untuk semua tempat duduk dan menyeronokkan untuk dipandu pada tanda harga yang sangat berbaloi.
Nissan Grand Livina 1.6L
Harga Nissan Grand Livina 1.6L (OTR termasuk insuran) -
Mahukan sebuah MPV tetapi memandu bak sebuah kereta, Nissan Grand Livina adalah pilihan anda. Ianya bak sebuah kereta station wagon yang ditambah tempat duduk.
Berikutan itu tempat duduk dibaris ketiga agak sempit serta rendah dan ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Nissan Grand Livina menawarkan rekabentuk yang menarik dan tampak bergaya. Kelebihannya pada kualiti dalaman yang sangat baik.
Sama seperti Perodua Alza, tiada corong udara untuk tempat duduk belakang adalah kekurangan yang perlu dipertimbangkan sekiranya baris ketiga sentiasa diisi dengan penumpang.
Honda BR-V 1.5L
Harga Honda BR-V 1.5L (OTR termasuk insuran) -
Kenapa pula SUV berada dalam senarai ini? Ya... Walaupun kategori Honda BR-V ini sebuah SUV tetapi ia lebih kepada ciri-ciri sebuah MPV kompak yang berbentuk SUV.
Berikutan ia menawarkan 7 tempat duduk pada kadar harga di bawah RM100K maka, Honda BR-V wajar termasuk dalam pertimbangan untuk dijadikan pilihan.
Mahukan gaya trendy masa kini tetapi masih menawarkan keselesaan dan keluasan yang amat mengagumkan, Honda BR-V memberikan segala yang anda inginkan.
Rekabentuk moden luar dan dalam, ianya pasti mengujakan. Namun pandangan tersebut masih subjektif, terpulang kepada citarasa masing-masing.
Oleh itu, harga sahaja bukanlah faktor mutlak yang perlu diambil kira kerana tidak semestinya harga yang murah tidak bagus, berkualiti, kurang spesifikasi dan tidak selesa tetapi mungkin pula harga yang mahal tidak berbaloi dengan harganya.
Memilih sebuah MPV untuk kegunaan sebuah keluarga tidak boleh diambil mudah berikutan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.
Antara faktor-faktor selain harga tersebut adalah:
Apakah MPV Pilihan Terbaik Keluarga Anda Yang Di Bawah Harga RM100K?
Berikutan persaingan ini, ia memberikan pengguna lebih pilihan untuk memenuhi citarasa dan keperluan masing-masing.
MPV Bawah RM100K
Berikut adalah pilihan MPV terbaik di bawah RM100K yang dijual di pasaran Malaysia 2017 untuk kegunaan keluarga mahupun syarikat.Harga Perodua Alza (OTR termasuk insuran)
- Perodua Alza 1.5 S - Manual Solid (RM52,332.00) Metallic (RM52,832.00)
- Perodua Alza 1.5 S - Automatic Solid (RM55,332.00) Metallic (RM55,832.00)
- Perodua Alza 1.5 SE - Manual Solid (RM56,332.00) Metallic (RM56,832.00)
- Perodua Alza 1.5 SE - Automatic Solid (RM59,332.00) Metallic (RM59,832.00)
- Perodua Alza 1.5 Advanced - Automatic Solid (RM64,931.99) Metallic (RM65,432.00)
Perodua Alza merupakan MPV pertama keluaran Perodua (Perodua Rusa lebih sesuai dipanggil van) ini merupakan MPV paling laris jualannya di Malaysia.
Dari sudut rekabentuk, ianya menarik dan moden. Walaupun sudah lebih 5 tahun dipasaran, Alza masih kelihatan tidak ketinggalan zaman. Namun dari sudut keselesaan, kekurangan pada kerusi barisan ke 3 yang agak sempit dan rendah untuk orang dewasa.
Maka MPV Perodua Alza ini lebih kepada alternatif selain sedan kerana kerusi baris ketiga lebih sesuai dijadikan tempat barangan dengan ruang yang amat luas.
Tambahan pula tiada corong penghawa dingin untuk penumpang belakang maka duduk dikerusi baris ketiga pasti tidak akan berasa selesa.
Proton Ertiga 1.4L
Harga Proton Ertiga 1.4L (OTR termasuk insuran) -
- Proton Ertiga 1.4L EXECUTIVE M/T - RM58,800.00/ Solid & Metallic
- Proton Ertiga 1.4L EXECUTIVE A/T - RM 61,800.00/ Solid & Metallic
- Proton Ertiga 1.4L EXECUTIVE PLUS A/T - RM 64,800.00/ Solid & Metallic
MPV kompak terbaru dari Proton ini menawarkan sesuatu yang menarik dengan memberi pilihan untuk keselesaan bersama dengan penjimatan berikutan ia diiktiraf sebagai kenderaan EEV.
Rekabentuk luaran dan dalaman Proton Ertiga tidak terlalu mengujakan tetapi masih kelihatan menarik dan moden.
Walaupun mampu memuatkan 7 orang dewasa dengan selesa disemua posisi tempat duduk namun ianya hanya diiktiraf sebagai MPV 6 tempat duduk kerana tiada seat belt ketiga di kerusi baris kedua.
Agak mengecewakan apabila Proton memilih fabrik dan tona warna cerah untuk kemasan dalaman Ertiga. Ia mungkin kelihatan mewah dan cantik namun kurang sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil yang lasak. Sedikit kotoran pasti mencacatkan!
Toyota Avanza 1.3L & 1.5L
Harga Toyota Avanza 1.3L & 1.5L (OTR termasuk insuran) - https://toyota.com.my
- Toyota Avanza 1.5S (AT) - Dari RM 83,210.44
- Toyota Avanza 1.5G (AT) - Dari RM 80,900.44
- Toyota Avanza 1.5E (AT) - Dari RM 78,200.44
- Toyota Avanza 1.3E (MT) - Dari RM 71,538.00
Pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada Okt 2014, ianya terus membawa fenomena baru dalam dunia automotif tempatan.
MPV kompak Toyota Avanza pantas mencuri perhatian ramai yang begitu inginkan sebuah kenderaan yang mampu membawa lebih penumpang dengan selesa pada harga yang kompetitif.
Generasi kedua Avanza yang berada dipasaran kini sudah tenggelam dengan populariti model-model MPV lain yang lebih menarik.
Walaupun ciri-ciri dalamannya cukup selesa dan praktikal untuk semua penumpang tetapi rekabentuk luaran dan dashboard masih tidak mengujakan serta tampak ketinggalan.
Namun Avanza memberikan nilai untuk pemilikan jangka panjang kerana ianya diyakini akan ketahanan dan kelasakannya.
Toyota Sienta 1.5L
Harga Toyota Sienta 1.5L (OTR termasuk insuran)
- Toyota Sienta 1.5V A/T - Dari RM 99,900.00
- Toyota Sienta 1.5G A/T - Dari RM 92,900.00
Model MPV kompak dari Toyota ini menawarkan sesuatu yang hebat untuk sebuah MPV di bawah harga RM100K.
Sienta menawarkan spesifikasi bak sebuah MPV mewah dengan pintu gelongsor automatik, lampu Bi-Led, Touch Screen, Reverse Camera, VSC, TRC, HAC, ABS, EBD, BA dan banyak lagi!
Rekabentuk luarannya pula sangat moden dan unik dan ianya memberi persepsi segar dan berbeza mengikut citarasa pengguna.
Toyota Sienta benar-benar memberi sesuatu kelainan buat mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza dan menikmati ciri-ciri hebat sebuah MPV kompak.
Proton Exora 1.6L
Harga Proton Exora 1.6L (OTR termasuk insuran) - https://www.proton-edar.com.my
- Proton Exora 1.6L Executive CVT - RM67,670.00 (Metallic) RM67,220.00 (Solid)
- Proton Exora 1.6L Premium CVT - RM76,890.00 (Metallic) RM76,440.00 (Solid)
- Proton Exora 1.6L Super Premium CVT - RM83,010.00 (Metallic) RM82,560.00 (Solid)
MPV Proton Exora adalah satu-satunya MPV dalam kategori bersaiz sederhana besar yang berharga di bawah RM100K.
MPV pertama dari Proton ini menawarkan ruang dan keselesaan yang paling ideal bagi sebuah keluarga besar.
Rekabentuk Exora agak biasa bagi sebuah MPV manakala rekaan dashbord adalah paling tidak menonjol.
Selain dari itu, Proton Exora memberikan anda sebuah MPV yang selesa untuk semua tempat duduk dan menyeronokkan untuk dipandu pada tanda harga yang sangat berbaloi.
Nissan Grand Livina 1.6L
Harga Nissan Grand Livina 1.6L (OTR termasuk insuran) -
- Nissan Grand Livina 1.6L M/T - RM 87,100.00
- Nissan Grand Livina 1.6L A/T - RM 91,100.00
Mahukan sebuah MPV tetapi memandu bak sebuah kereta, Nissan Grand Livina adalah pilihan anda. Ianya bak sebuah kereta station wagon yang ditambah tempat duduk.
Berikutan itu tempat duduk dibaris ketiga agak sempit serta rendah dan ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Nissan Grand Livina menawarkan rekabentuk yang menarik dan tampak bergaya. Kelebihannya pada kualiti dalaman yang sangat baik.
Sama seperti Perodua Alza, tiada corong udara untuk tempat duduk belakang adalah kekurangan yang perlu dipertimbangkan sekiranya baris ketiga sentiasa diisi dengan penumpang.
Honda BR-V 1.5L
Harga Honda BR-V 1.5L (OTR termasuk insuran) -
- Honda BR-V Gred E - Harga RM85,800
- Honda BR-V Gred V - Harga RM92,800
Berikutan ia menawarkan 7 tempat duduk pada kadar harga di bawah RM100K maka, Honda BR-V wajar termasuk dalam pertimbangan untuk dijadikan pilihan.
Mahukan gaya trendy masa kini tetapi masih menawarkan keselesaan dan keluasan yang amat mengagumkan, Honda BR-V memberikan segala yang anda inginkan.
Rekabentuk moden luar dan dalam, ianya pasti mengujakan. Namun pandangan tersebut masih subjektif, terpulang kepada citarasa masing-masing.
Memilih MPV
Walaupun MPV yang disenaraikan di atas berharga di bawah RM100K namun ada jurang perbezaan harga yang masih terlalu jauh antara satu sama lain.Oleh itu, harga sahaja bukanlah faktor mutlak yang perlu diambil kira kerana tidak semestinya harga yang murah tidak bagus, berkualiti, kurang spesifikasi dan tidak selesa tetapi mungkin pula harga yang mahal tidak berbaloi dengan harganya.
Memilih sebuah MPV untuk kegunaan sebuah keluarga tidak boleh diambil mudah berikutan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.
Antara faktor-faktor selain harga tersebut adalah:
- MPV yang memberi keselesaan ruang dan lebih jumlah penumpang
- MPV yang berkuasa tinggi dan seronok dipandu
- MPV yang jimat serta ekonomi
- MPV yang bergaya dan menarik perhatian
- MPV yang digunakan hanya untuk 5 penumpang tetapi mahukan runag bagasi besar (kerusi baris ketiga tidak digunakan)
- MPV yang digunakan hanya untuk sekali sekala apabila berjalan jauh
- MPV yang digunakan harian (jauh dan dekat) kerana ianya satu-satunya yang anda ada
- MPV yang murah tapi besar
- MPV yang mempunyai 'resale value' yang tinggi
- MPV yang rendah kos 'maintenance'
- MPV yang selamat dan spesifikasi tinggi
Apakah MPV Pilihan Terbaik Keluarga Anda Yang Di Bawah Harga RM100K?
42 comments - "MPV Pilihan Terbaik Bawah Harga RM100K"
Salam perkenalan... good info to share.. blogwalking dan done follow blog nie. :)
MPV amat selesa utk keguaan sekeluarga harga kompetetitif bnyk pilihan
Paling berbaloi Proton Exora sebab Engine turbo dgn kuasa kuda 138 hp, gear CVT, semua tayar disk break, boleh bawa 7 penumpang dewasa selesa, luas, body dari high tensile steel, ada Vehicle Stabilising control (VSC)- bila hujan akan elak terbabas, dan Auto Cruise (tak perlu tekan minyak bila dah set kelajuan di lebuhraya, yang jimatkan minyak).
agak kompetitif harganya
nice sharing
suka sangat dengan proton ertiga......
Ezora cntik di mata sy
Exora terbaik. Kuasa kuda 138 hp paling tinggi. Boleh bawa 7 orang dewasa dengan selesa. Ada Vehicle stabilising control (VSC) untuk keselamatan atas jalan basah. Semua disk brake. Badan dari Ultra High Tensile steel (besi tidak mudah remuk) dan gear box CVT.
Proton Exora terbaik, ada VSC dan engine 138 kuasa kuda serta 4 disk brake.
Macam nak angkat je Exora Turbo 1..
sy plan nk amik grandis 2nd hand.. bawah 100k..
Baik amik Exora yg baru, sekurang kurangnya 5 tahun warranty.
Setelah hampir sebulah memandu Exora Prime full spec, ternyata pemanduannya mengujakan. Confident level dengan sendirinya meningkat dan ia umpama mesin bergerak yang mengikut gerak hati sipemandu. Brek sistem yang mantap. Tiada keraguan lagi utk pendakian. Walaupun bersaiz agak besar tetapi 'turning radius' yang kecil telah direka bagi mengimbangi pengendalian sewaktu parkir di kawasan yang sukar. Sebuah MPV yang menjanjikan kepuasan sesuai dengan kadar harga yang berbaloi Exora mampu mencapai kelajuan yang diharapkan dengan prestasi top speed yang meyakinkan dibantu pula oleh keseimbangan suspensi Lotus sebagai kelebihan. Apa pun terpulang kepada sejauh mana tahap keberanian sipemandu mengendalinya. Ezora mampu merealisasikannya. Sebagai penutup.. segala gerak-geri dan tindakan hendaklah sentiasa diatas garisan kewajaran kerana kita sentiasa dilingkungi oleh peringatan Allah. "..janganlah kamu mencampakkan diri kamu kelembah kebinasaan.. So.. jangan bawak laju..
Nice sharing.. tq
nak try suv pulak.. tapi hati masih lagi pada mpv.. 😅
Minat ertiga,tp suka brv..fening2
Penin dgn sienta atau hrv.anak kecil 3 tapi masih ok 5 seater.n hrv jauh lebih cantik compare dgn sienta.kebanyakan jalan berdekatan sahaja...
Exora paling berbaloi. Tetapi sienta dgn hrv, baik amik sienta. Hrv spec tak bagus tetapi mahal.
Sangat detail & berinformasi..terbaik tuan
Agak berminat dgn avanza..tp berbaloi x?
Proton Exora paling berbaloi. Sebabnya, boleh bawa 7 orang dewasa. Ada VSC (ciri keselamatan terutama bila hujan), 4 disk brake, kerusi kulit, air cont sampai ke seat ke 3, ada Video dgn skrin (boleh tengok upin ipin), engine turbo 138 kuasa kuda, cruise control (set kelajuan, tak perlu tekan minyak), gear CVT 6 kelajuan dgn harga hanya RM 73,000. Besi badan diperbuat dari High Tensile Steel. Rasa bila pencen nanti saya nak beli, boleh bawa cucu cucu jalan jalan, takda yang tertinggal.
Exora terbo terbaik dah drive pusing satu semenanjung Malaysia. .puas hari..
Jangan ambil proton exora....Saya antara mangsa..exora turbo...baru pakai 4 thn...milage 70k....kisah sedih bermula bila lampu cvt atau lampu durian menyala...hampir membunuh Saya sekeluarga. Krn bila lampu menyala semasa memecut tiba...jadi free gear bila lampu cvt menyala. Terpaksa towing ke proton servis di pontian. Servis Tak pernah miss...semua berkala...selepas sebulan....di bengkel...dah beribu habis termasuk towing....baru ni kena lagi....kini kereta masih di melaka...terpaksa pinjam kereta lain utk ke johor...kecewa...berbahaya...ini kereta yg tahan hingga 70k sahaja...proton lepas than...KERANA undang2 nya beri jaminan 100k @3thn yg TERDAHULU....JGN BELI...

Sah laman ini pun berkepentingan...terbitkan Komen yg menguntungkan sebelah pihak je....pengguna terus teraniaya
Di tempat kerja saya ada lebih kurang 15 pengguna Exora dari yg CPS hingga Turbo, semua tiada masalah. Saya dan isteri guna Preve Turbo tahun 2012 (133,000 km) dan 2013 (125,000 km) pun tiada masalah, engine dan gear box sama dgn Exora. Kami jalan 5 hari seminggu turun naik bukit lebih 80 km sehari. Hanya kerana satu yg rosak mengatakan semua tak baik adalah salah. Semua jenama kenderaan lain pun ada yg rosak spt yg saya diberitahu oleh kawan kawan tempat kerja (staf ada lebih 300 orang).Kalau kita lihat statistik biasanya 5% tidak rosak, 5% tak pernah rosak dan 90% kadang kadang atau jarang jarang rosak. Itu sebab diberi waranty. Apa apa pun perlu berfikiran positif selalu, InsyaAllah dipermudahkan.
Dah order Exora Executive Plus warna elegant brown. Preve turbo lama akan diberi kepada anak, sambung bayar 2 tahun lagi.
Dah lulus loan utk Exora. Kereta untuk Raya le.
Alhamdulillah, Dah dapat Exora, tak perlu deposit, bayar 9 tahun, hari ini hari pertama bawa ke tempat kerja. Sangat puashati. Tak boleh melebihi 90 km/j bagi 1000 km pertama. Kawan kawan ramai datang tengok.
kalau toyota wish recon ok x
Exora turbo saya dah servis pertama 1000 km. Memang best bawa Exora. Bawa 7 dewasa 1 kanak kanak dan 2 baby pun ok, dgn 138 kuasakuda tiada masalah. Boleh tengok upin ipin dan wayang merlin.
Sangat selesa (very comfortable) bawa Exora semasa Hariraya walaupun jem. Tidak letih. Anak anak boleh tengok wayang.
Perkongsian yg bagus.terima kasih
saya baru membeli perdua Alza semoga kereta Alza terbaik seperti kereta -kereta mpv yang lain...tq
Toyota innova..
Saya dah test Exora turbo naik cameron highlands. Sangat Selesa dan tiada masalah ambil selekoh. Bila jem panjang, tengok wayang le.
Sy masih dalam memilih mpv/suv, antara exora,ertiga,brv atau sienta? Sahabat2 boleh tlg sy beri pandangan? Terima kaseh
Exora sangat berbaloi.
Dengan kuasa turbo menghasilkan 138 kuasakuda, pickup Exora mantap dan selesa pemanduan.
Honda brv paling berbaloi.. mpv paling berkuasa enjin i vtec dari honda
Exora paling berbaloi. Saya sudah gunakan Exora lebih 10 tahun. Kengkawan kata tukar yg lain. Saya diam sahaja. Di lebuh raya, x masalah memecut hingga 130 km/j.
Ada kerosakan sikit² biasalah..Maintennace mudahurus.Inilah mpv paling mesra jumlah penimpang.
Exora mmg ok tp kalau OCH pecah atas jalan, k.o. la enjin..bnyk yg dah kena.. Tak caya masuk fb group exora.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum