بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan tersebut dicuri? Adeh.. rasa seperti patah kaki!

Negara Malaysia, sebuah negara yang aman dan harmoni namun kes kecurian kenderaan tetap menjadi satu gejala yang tidak dapat dinafikan amat kerap berlaku.

Sebanyak 19,304 kes kecurian kenderaan dilaporkan pada tahun 2016 (statistik dari General Insurance Association of Malaysia (PIAM)).

Walaupun jumlah kes turun 20% berbanding tahun 2015 ianya tetap menakutkan kerana ini bermakna setiap hari ada 52~53 kes kecurian kenderaan berlaku! Setiap jam pula 2 buah kenderaan dicuri! Setengah jam lagi setelah anda baca fakta ini, akan ada sebuah kenderaan akan dicuri... Mungkinkah kereta anda?
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri
Sehebat atau secanggih manapun sistem keselamatan yang dipasang pada kereta tersebut ianya masih belum tentu memberi jaminan 100% akan selamat dari dicuri.

Malah jenis dan usia kereta juga bukan faktor bahawa kereta anda akan selamat dari dicuri cuma ianya hanya memberi faktor risiko kecurian yang berbeza.

Kereta Paling Banyak Dicuri

Berikut adalah senarai 10 buah model kereta yang paling digemari atau paling banyak dicuri oleh pencuri. Senarai ini adalah untuk tahun 2016 yang dikeluarkan oleh PIAM.
  1. Proton Wira
  2. Toyota Hilux
  3. Perodua Kancil
  4. Proton Iswara
  5. Proton Waja
  6. Perodua Myvi
  7. Proton Saga
  8. Nissan Vanette
  9. Proton Satria
  10. Toyota Vios
Kereta Paling Banyak Dicuri
Kereta Paling Banyak Dicuri

Kereta baru atau lama, bernilai tinggi dipasaran atau tidak serta jenis,saiz, model atau jenama bukan penentu bahawa kereta anda akan selamat dari dicuri.

Walaupun kereta tersebut hanya berharga sama nilai dengan harga besi buruk namun risiko untuk dicuri tetap ada dan akan berlaku di mana-mana sahaja tanpa dijangka.

Maka jangan ingat kereta lama anda tidak menjadi perhatian pencuri ya! Jelas dalam senarai, kereta Wira, Kancil, Iswara dan Waja mendominasi senarai top 10 model kereta yang paling banyak dicuri.

Cuma Toyota Hilux yang berjaya memecah dominasi senarai top 5 sebagai kereta bukan jenama tempatan yang paling banyak dicuri.

Agak pelik juga apabila van Nissan Vanette tetap mempunyai value yang tinggi dikalangan pencuri. Pasti ada sesuatu keistimewaan pada van ini yang menjadi tarikan dan 'berharga' dipasaran.

Kereta Yang Diminati Pencuri

Sebenarnya tidak menghairankan sangat apabila jenama kereta tempatan menguasai senarai top 10 kereta yang paling banyak dicuri kerana ia merupakan model kereta ini paling banyak negara ini.

Jika kita melihat pada model kereta yang paling banyak dicuri berbanding jumlah keseluruhan model tersebut di negara ini, Ianya akan memberi senarai yang berbeza!

Ini memberi persepsi bahawa kereta tersebut merupakan model kereta yang paling diminati oleh pencuri dan berisiko tinggi untuk dicuri!

Berikut adalah senarai 10 model kereta yang paling berisiko tinggi untuk dicuri. Senarai ini adalah untuk tahun 2016 yang dikeluarkan oleh PIAM.
  1. Toyota Vellfire
  2. Mitsubishi Pajero
  3. Toyota Hilux
  4. Peugeot 508
  5. Proton Putra
  6. Proton Perdana
  7. Nissan Vanette
  8. Ssangyong Rexton
  9. Proton Satria
  10. Toyota Liteace
10 model kereta yang paling berisiko tinggi untuk dicuri
10 model kereta yang paling berisiko tinggi untuk dicuri

MPV mewah Toyota Velfire mendahului carta dengan peratusan 0.21% iaitu 114 buah dicuri dari sejumlah 54,876 buah Toyota Velfire yang ada diseluruh negara.

Sekali lagi Toyota Hilux berada diantara kedudukan yang teratas! Maka berhati-hatilah pemilik Hilux kerana kereta anda paling diminati dan berisiko tinggi untuk dicuri di negara ini. Begitu juga van Nissan Vanette yang turut tersenarai.

Bagi model tempatan pula, pemilik Proton Putra dan Perdana perlu memberi perhatian dan mengawasi kereta anda kerana ia amat digemari pencuri.

Awasi Kereta Anda

Pelbagai tujuan apabila sesebuah kereta dicuri. Mungkin untuk dijual, dileraikan sebagai alat ganti, untuk diseludup keluar negara dan mungkin juga akan digunakan untuk kegunaan pencuri untuk pelbagai kerja lain pula.

Maka, walaupun tiada jaminan kereta akan selamat dari dicuri tetapi dengan menggunakan alat keselamatan yang canggih akan dapat menyukarkan tugas pencuri serta mengurangkan risiko dari dicuri.

Meninggalkan kereta anda tanpa dikunci, parking ditempat tersorok dari orang ramai atau ditepi jalan, parking tidak berpagar serta cuai seperti terlupa menutup cermin tingkap pasti akan memberi peluang untuk memudahkan kerja pencuri.

Oleh itu, jika anda sayangkan kereta, pastikan ianya selamat dengan merendahkan risiko ia dari mudah dicuri.

Sumber rujukan dan gambar: paultan.org

6 comments - "10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri"

Sangat merisaukan..sekarang pencuri lebih cerdik berbanding pemilik kereta..dan waktu siang pun mereka berani untuk melakukan..sudah tidak ada rasa takut..

paridah delete icon 17:30

Kereta mahal harganya nk dptkan sebuah bukan sng kalau dicuri org putih mata, patah kaki

Admin delete icon 08:23

Terima kasih dgn info ini...sgt berguna.

Mrs. A delete icon 10:58

Pencuri tak minat dengan Viva hiks!

Pernah tengok klip video cara-cara pencuri curi kereta mudah sangat guna garam aje untuk pecahkan cermin.

Kalau nak beli kereta terpakai kena extra careful bimbang terbeli kereta curi.

Pha Is delete icon 15:52

sebuah perkongsian yang sangat baik. boleh jadi faktor pemilihan kereta bagi orang yang belum beli kereta macam saya nih.. hehehe..

Boss delete icon 09:49

Kalau belum beli kereta, gunakan alternatif naik grab, bas awam, bas express, ktm, lrt, kapal terbang..

Ada kereta pun bahaya..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap