بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sudah dekat 2 minggu 2017 berlalu, BM baru nak menerbitkan artikel pertama di tahun 2017 ini. Belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua sahabat dan tetamu BinMuhammad.

Syukur alhamdulillah... penghujung 2016 telah membawa satu lembaran baru dalam hidup BM. Kini cabaran baru dalam kehidupan pun bermula. Tahun 2017 adalah tahun pertama BM menjalani kehidupan lengkap sebagai sebuah keluarga.

Menjelang 2017, Blog BinMuhammad baru sahaja mencapai usia setahun 4 bulan. Terlalu muda blog ini yang menjadi kesinambungan kepada Blog Relaks Minda.

Bagaimana agaknya prestasi dan statistik blog ini disepanjang tahun 2016?

Prestasi & Statistik Blog BinMuhammad 2016

Sebenarnya, blog BinMuhammad ini tidak terlalu aktif terutama beberapa bulan terakhir ini. Sebulan hanya beberapa artikel sahaja yang diterbitkan. Sehingga kini, hanya 198 buah artikel yang berjaya diterbitkan... Dah setahun lebih tu... huhu...

Prestasi BinMuhammad

Berikut adalah prestasi Blog BinMuhammad sepanjang tahun 2016 yang menggunakan data statistik dari Google Analytic.
Prestasi & Statistik Blog BinMuhammad 2016
Walaupun tidak begitu banyak entri diterbitkan, namun prestasi keseluruhannya amat memuaskan. Dalam tempoh sepanjang tahun 2016, blog ini berjaya mencapai lebih 2.4 juta PV.

Manakala jumlah PV bagi sepanjang usia blog (1 tahun 4 bulan) pula kini sudah mencapai 3.6 juta melalui data Blogger Stats.

Lebih mengujakan apabila Bounce Rate hanya berada di tahap 12.3% dengan jumlah pengunjung klik secara purata 3 pages pada setiap kunjungan.

Namun begitu, graf bagi tempoh masa pengunjung berada di blog ini semakin menurun di mana setiap session secara purata hanya mengambil masa selama 1:17 minit sahaja.

Top Entri

Sebenarnya bukan mudah untuk blog baru untuk membina reputasi dan jenama blog serta bersaing dalam masa yang singkat tambahan pula blog ini memilih untuk menumpukan hanya kepada beberapa topik tertentu sebagai niche.

Walaupun blog ini adalah blog peribadi, namun BM menjadikan perkongsian minat, ilmu dan informasi automotif sebagai tunjang trafik. Maka tidak hairanlah jika top entri blog ini semuanya berkaitan automotif.

Berikut adalah top 5 entri paling popular Blog BinMuhammad iaitu paling tinggi pageviews sepanjang tahun 2016
Prestasi & Statistik Blog BinMuhammad 2016

Topik berkaitan infomasi automotif bukanlah satu topik yang mudah untuk dikarang. Ianya memerlukan rujukan dan fakta yang betul serta ulasan peribadi yang mampu memberi kepuasan kepada pengunjung. Namun hasilnya amat berbaloi.

Ianya juga tidak akan berjaya berikutan topik automotif ini begitu banyak dikongsikan dan persaingan amat sengit untuk meraih trafik yang tinggi. Maka SEO adalah cara dan teknik penting yang perlu dikuasai agar artikel tersebut berada dikedudukan halaman hadapan Google Search untuk kata kunci utama carian.

Statistik Penting

Berikut pula adalah beberapa data statistik penting yang boleh dijadikan rujukan untuk menilai prestasi dan kekuatan sesebuah blog.
Prestasi & Statistik Blog BinMuhammad 2016

Jelas dilihat bahawa pengguna smartphone kini telah menguasai peranti untuk melayari internet, maka sesebuah blog perlulah mesra kepada pengguna mobile ini.

Sudah hampir 70% pengunjung blog BinMuhammad datang melalui mobile! Untuk memastikan pengunjung mendapat paparan dan akses yang terbaik maka blog ini perlulah mesra mobile dan cepat masa loading selain menguasai SEO Mobile.

Buat masa ini, ianya mesra mobile tetapi masa loading sedikit lambat berikutan widget iklan. InsyaAllah... ianya akan cuba di atasi. Kini sedang mencari solusi terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Pengunjung utama blog ini adalah lelaki namun nisbahnya tidaklah terlalu ketara. Manakala mereka yang berusia 18~35 adalah pengunjung utama maka terpaksalah BM cuba untuk memenuhi kehendak dan cara penulisan yang sesuai untuk generasi muda ini.

Melihat kepada sumber trafik pula, Blog ini amat baik berikutan trafik organik, iaitu terutamanya melalui enjin carian menguasai lebih 70% sumber trafik. 

Ini membuktikan kejayaan trafik yang tinggi diperoleh hasil dari SEO yang berjaya meletakkan kebanyakan artikel dengan kata kunci penting dikedudukan terbaik di Google Search.

Pengunjung Blog

Berikut pula adalah data negara pengunjung utama Blog BinMuhammad sepanjang tahun 2016. Tiada yang mengejutkan apabila pengunjung utama blog ini adalah dari Malaysia.
Prestasi & Statistik Blog BinMuhammad 2016

Malah blog ini juga telah di set di Search Console dengan meletakkan keutamaan untuk carian dari pengunjung Malaysia. Maklumlah... Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu sepenuhnya.

Namun tidak kiralah dari mana pun anda datang di dunia tanpa sempadan ini, BM amat-amat menghargai dan jutaan terima kasih. Semoga kunjungan di Blog BinMuhammad ini dapat memberi apa yang anda cari dan inginkan.

2016 Dalam Kenangan

Terima kasih kepada anda yang telah menjadi salah seorang penyumbang kepada statistik blog BinMuhammad disepanjang tahun 2016!

2016 sudah berlalu... Prestasi blog ini pada tahun lepas akan tinggal menjadi catatan sejarah. 2017 sudah berlalu dua minggu dan nampaknya belum lagi menjelma semangat dan keghairahan berblog. 

Sama ada tahun 2017 ini nanti Blog BinMuhammad akan lebih baik atau sebaliknya, agak sukar dijangka. Semuanya bergantung pada usaha diri sendiri. 

Kepada sahabat blogger, mohon ampun dan maaf sekiranya tidak dapat membalas kunjungan, namun setiap titipan dan persinggahan anda disini amat-amat dihargai.

ps: InsyaAllah... Doakan BM agar dapat lebih ruang masa dan semangat untuk aktif berblogging ya...

6 comments - "Prestasi & Statistik Blog 2016 - 2.4 Juta PV"

Terbaik la..rendah btul bounce rate BM..mcm mana klik adsense, memuaskan x..huhu

Alhamdulillah tahniah...

paridah delete icon 22:56

TAHNIAH BM WALAU BLOG BARU TAPI PV SUDAH JUTA2 MOGA SUKSES TERUS

Tahniah BM. Banyak juga tu.

Walaupun masih baru. Tapi dah dapat banyak. Tahniah BM.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap