Model kereta Perodua Axia Baru 2017 merupakan model facelift atau naik taraf pertama Axia sejak pelancarannya pada 15 Sept 2014. Kereta paling laris jualannya di Malaysia ini cuba untuk melonjakkan semula populariti dan jualan melalui model facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Adalah menjadi amalan biasa dalam industri automotif apabila model facelift akan dikeluarkan setelah model tersebut berusia 2~4 tahun sebelum model baru sepenuhnya dikeluarkan.
Setiap kali model fecelift ini dilancarkan, ianya pasti akan mendapat suntikan perubahan ke atas rekaan luaran, dalaman serta spesifikasi... Namun adakalanya tiada perubahan sangat pun...
Bagaimana pula dengan Model kereta Perodua Axia Baru (facelift) 2017? Adakah perubahan luaran, dalaman serta spesifikasi yang ditawarkan oleh Perodua? Apakah ia semakin menarik dan hebat serta bernilai?
Axia 2017
Berikut adalah penambahan, perubahan dan perbezaan luaran, dalaman serta spesifikasi Perodua Axia Baru (facelift) 2017.
- Menggunakan enjin baru yang sama seperti Bezza iaitu enjin 1.0 liter 1KR-VE yang dilengkapi dengan sistem VVT-i
- Kuasa maksimum enjin meningkat 1 hp dan 1 Nm, menjadikan keseluruhannya 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm tork pada 4,400 rpm.
- Penggunaan bahan api lebih baik - 22.5 km/l berbanding sebelum ini 21.6 km/l (transmisi manual)
- Sistem kunci pintar
- Panel meter rekaan baru
- Butang penghidup enjin (push start-stop button) bagi varian Advance dan SE.
- Gril hadapan serta bampar dengan reka bentuk baharu untuk semua varian
- Pemegang pintu belakang baharu,
- Grafik fabrik kerusi baharu
- Lampu projektor hadapan untuk semua varian.
- Axia Standard-G juga kini didatangkan dengan slot USB bagi memainkan fail audio.
- Axia SE dan Advance pula, ia turut ditambah dengan sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja), pemegang pintu luar bersalut krom, roda aloi berbentuk spiral, serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.
Varian Dan Harga
Berikut adalah senarai harga rasmi kereta Perodua Axia Baru 2017 (facelift) mengikut setiap varian (Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan termasuk insuran, 5 tahun waranti/150,000 serta tiada perbezaan harga untuk model solid dan metalik pada barisan model facelift ini):
- Perodua Axia 1.0L Standard E (Manual) - RM24,900 (RM463 lebih mahal berbanding sebelum ini RM24,437-RM24,837)
- Perodua Axia 1.0L Standard G (Manual) - RM34,900 (RM2,773 lebih mahal berbanding sebelum ini RM32,127-RM32,527)
- Perodua Axia 1.0L Standard G (Automatik) - RM36,900 (RM1,773 lebih mahal berbanding sebelum ini RM35,127-RM35,527).
- Perodua Axia 1.0L SE (Manual) - RM37,900 (RM1,263 lebih mahal berbanding sebelum ini RM36,637-RM37,037)
- Perodua Axia 1.0L SE (Automatik) - RM39,900 (model dengan cat solid RM263 lebih mahal tetapi metalik RM137 lebih murah berbanding harga lama).
- Perodua Axia 1.0L Advance(Automatik) - RM42,900 (RM1933 lebih mahal berbanding harga sebelum ini RM41,967-RM42,377)
Nampaknya model Axia facelift bukan sahaja berubah rupabentuk dan spesifikasi tetapi juga peningkatan dari sudut harga jualan!
Walaupun alasan Perodua bahawa kenaikan harga terpaksa dilakukan berikutan kejatuhan nilai ringgit tetapi bukankah enjin dan transmisi baharu ini dikilangkan di Nilai, N.Sembilan?
Walaupun alasan Perodua bahawa kenaikan harga terpaksa dilakukan berikutan kejatuhan nilai ringgit tetapi bukankah enjin dan transmisi baharu ini dikilangkan di Nilai, N.Sembilan?
Warna Perodua Axia Baru 2017 (facelift)
- Lava Red
- Midnight Blue
- Ebony Black
- Glittering Silver
- Sunflower Yellow (solid)
- Ivory White (solid)
Galeri Gambar
Berikut adalah gambar-gambar Kereta Perodua Axia Baru 2017 (Facelift). - sumber paultan.org
Perodua Axia 1.0 SE dan Advance
Perodua Axia Standard E dan G (dipadankan dengan aksesori GearUp)
Ulasan
Jika dilihat daripada perubahan dan peningkatan pada rekabentuk, tiada yang terlalu mengujakan kecuali Perodua sudah tidak kedekut dengan memberikan lampu hadapan yang sama (halogen) untuk semua varian!
Grill hadapan pula mengekalkan identiti terbaru Perodua yang telah diperkenalkan pada model Perodua Myvi facelift cuma dengan pertambahan bar krom. Namun rekaan bumper bagi model Advance/SE kelihatan sekilas seperti Honda Jazz.
Beralih pada bahagian belakang, hanya perubahan kecil iaitu pemegang pintu bonet diwujudkan untuk kemudahan hasil dari rungutan pengguna sebelum ini. Nampaknya Perodua begitu kedekut untuk mengubah rekaan lampu dan bumper belakang Axia.
Tiada perubahan pada rekaan dalaman. Pertukaran jenis fabrik serta pertambahan sedikit aksesori belum dapat memberi sentuhan kesegaran yang mengujakan buat Axia Facelift 2017 ini.
Namun yang paling mengecewakan, walaupun harga semakin mahal tetapi tiada sebarang perubahan atau pertambahan pada bahagian keselamatan! Kekal sama seperti sebelum ini di mana masih tiada ESC mahupun VSC.
Namun begitu, brek ABS diberikan terus kepada varian Standard G ke atas dan hanya terdapat beg udara berkembar di hadapan untuk mencapai pengiktirafan empat bintang ASEAN NCAP.
16 comments - "Kereta Perodua Axia Baru 2017 (Facelift)"
nice sharing
Kereta tempatan sepatutnya murah lagi dari tu.. Kalau alasan matawang jatuh tapi kilangnya di Nilai..
alhamdullilah sy org terawal dpt kete ni
Salam tuan..perlu pembetulan sedikit untuk harga Axia SE (A) yg lama tu..
Menarik tawaran harga dia.
Terima kasih info kerata ini
Kereta ini kereta Daihatsu yang rebadge.
Bumper baru ni boleh ke masuk utk model axia advance sebelum ni.. mcm cantik je bumper ni
Baru je dapat perodua axia SE minggu lepas...ok lah,,pemanduan bandar,,,tapi bunyi enjin kuat getar2 je kt ekzos,,ha3
Aik baru tau ke? Proton Ertiga tu 100% rebadge dari Suzuki Ertiga. Nama Ertiga pun dikekalkan. Sekurangnya spec Axia jauh lebih baik dari daihatsu ayla & toyota agya
Kalau PAKATAN HARAPAN perintah Malaysia pada PRU14 nanti,banyak harga kereta turun mendadak !
bru je nk cuba submit axia g new ni . ok tak axia g ni yg mana dah guna ?
Sempoi noqq....sempoi bakhang...
ajia G is ok is ok TQ Perodua
Saya dah pakai setahun setengah Axia SE facelift. Minyak mmg jimat, servis murah, xde masalah yg ketara sepanjang tempoh saya guna. Mmg berbaloi.
Ia harus Perodua Axia jika saya mahu membeli kereta baru
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum