بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ramai pula pengunjung blog ini yang bertanya bagaimana nak tanam dan jaga pokok daun rerama hujau. Ini semua adalah gara-gara artikel daun rerama hiasan yang BM tanam.

Berikutan itu, BM telah mendapatkan biji benihnya dan sajalah cuba-cuba nak tanam pokok rerama hijau ini. Mahal biji benih pokok daun rerama nih! Harga 5 biji benih RM10, ini bermakna sebiji RM2!

Maka tidak hairanlah sepokok daun rerama hijau ini boleh mencecah puluhan ringgit harganya!

Daun rerama hijau

Sebelum BM teruskan, kenapalah agaknya daun rerama hijau ini begitu popular masa kini?

Daun Rerama

Daun pokok rerama atau rama-rama (Butterfly Wings) kini bukan lagi spesis tumbuhan yang asing. Ianya sudah mula dikenali dan terkenal dikalangan masyarakat di Malaysia.

Semuanya adalah kerana khasiat dan kehebatan daunnya yang mampu mengubat pelbagai jenis penyakit terutama sakit Kanser, SLE, Lukemia, Strok, Kencing Manis & Penyakit Kronik Lain.

Pokok daun rerama ini bukan sahaja hebat dari sudut perubatan tapi ianya juga sangat menarik untuk dijadikan tanaman hiasan berikutan kepelbagaian bentuk dan warnanya yang memikat.

Daun rerama hijau

Pokok daun rerama atau rama-rama ini amat mudah ditanam dan dijaga. Ianya tidak manja dan lasak maka amat mudah memeliharanya walaupun tanpa memberi perhatian yang lebih.

Namun pokok ini memerlukan tempat yang teduh dan kadar penyiraman sekurang-kurangnya sehari sekali atau sebaik-baiknya 2 kali sehari.

Pokok rerama yang berada di bawah panas matahari pula akan mudah kekeringan dan mati. Jika hidup pun, daunnya tidak lebar dan bersaiz kecil.

Cara Tanam

Ini adalah cara dan percubaan BM menanam pokok daun rerama hijau ini. Dengan menggunakan 5 biji benih yang dibeli, BM hanya berjaya membesarkan sepokok jer! Haha.. Lagi empat tu, dua daripadanya tak tumbuh.

Satu pokok mati penyek kena pijak kucing dan satu lagi tercabut di kais kucing juga! Mujurlah satu pokok berjaya diselamatkan dan membesar dengan jayanya!

Pokok daun rerama hijau
Inilah sepokok daun rerama yang berjaya hidup menggunakan biji benih

Sebenarnya... Untuk menanam pokok daun rerama atau Mariposa Christia Vespertillonis ini, ada dua kaedah atau cara yang paling biasa dan mudah dilakukan untuk tanam pokok ini.
  1. Menggunakan biji benih
  2. Menggunakan keratan batang
Jika menggunakan biji benih, caranya sama seperti menanam biji benih jagung. Gunakan tanah dengan pH sekitar 6.1 ke 7.5. Ianya memerlukan lebih satu minggu untuk mula bercambah. Ya! Agak lama... Apabila telah mula bercambah, tahap tumbesarannya agak pantas.

Untuk menggalakkan ianya bercabang, cantas segera pucuknya apabila mencapai ketinggian lebih kurang satu kaki lebih kerana jika tidak ia mampu meninggi sehingga 2 meter tanpa sebarang cabang!

Pokok akan mula matang dalam tempoh 4 bulan. Dalam tempoh 4-5 bulan ia sudah mula berbunga dan menghasilkan biji benih.

bunga pokok daun rerama hijau
Gambar bunga pokok daun rerama hijau
biji benih pokok rerama hijau
Gambar biji benih pokok rerama hijau

Pokok yang telah matang ini, anda sudah boleh kerat batangnya untuk ditanam secara keratan batang. Tidak sukar, hanya cacakkan sahaja ditanah semaian anda. Pastikan ia ditempatkan di tempat yang teduh.

Untuk menggalakkan pertumbuhan akar, boleh juga menggunakan ubat penggalak akar dipangkal keratan tersebut.

Jika hendak dibandingkan jangkamasa tumbuh, menggunakan keratan batang lebih cepat kerana dalam masa kurang sebulan sahaja sudah tumbuh tunas lalu membentuk cabang-cabang baru.

biji benih pokok rerama hijau
Pokok daun rerama yang tumbuh hasil dari keratan batang

Tuai Hasil Sendiri

Pokok daun rerama ini tidak memerlukan baja yang banyak. Apa sahaja baja yang sesuai untuk daun boleh digunakan. Baja yang bersifat panas pula akan mudah membuatkan daunnya lecur. Siraman juga seperti biasa, iaitu pagi dan petang.

Daun pokok rerama bolehlah dipetik dan dikeringkan untuk dijadikan teh selepas ia berusia 3 ke 4 bulan. Ini bermakna dalam setahun cuma boleh dituai 3~4 kali setahun maka patutlah harganya agak mahal.

Tapi BM belum lagi mencuba tuai dan buat sendiri teh rerama ni. Takde masa nak buat... Sekadar jadi pokok hiasan ajer...


Kalau berminat nak tanam sendiri pokok daun rerama hijau ini? Cubalah... Tidak sukar mana pun. Main-main pun boleh tumbuh punya lah... :)

19 comments - "Tanam Sendiri Pokok Daun Rama-Rama @ Rerama"

Mrs. A delete icon 07:04

Memang sama rupanya dengan rama-rama kalau rama- rama sebenar nyorok kat situ mungkin tak perasan hiks!

Mrs. A delete icon 07:05

Memang sama rupanya dengan rama-rama kalau rama- rama sebenar nyorok kat situ mungkin tak perasan hiks!

kalau akak jumpa...mmg gatal tgn ja nak petik2 daun2 tu..comel..

paridah delete icon 09:47

Elok subur tumbuhnya pokok rerama ni cantik bunganya...tapi pernah juga kak temui pokok serupa gini tumbuh di belukar xtau samaada jenis rerama atau bukan.

Dirumah ibu saya merimbun! hehehe..

titan delete icon 20:25

betulah bentuknya.

macam rama-rama.

Bagus jika boleh tanam sendiri.

Cantik bentuk daun dia. macam rama-rama.

Pokoknya senang tumbuh cuma amik masa lamalah.. 3,4 bulan tu..

Tanpa Nama delete icon 18:32

Tuan BM..., spesis daun rerama mana satu yg mempunyai khasiat perubatan yg tinggi...?
Tq.

Pokok rerama berdaun warna hijau

Tanpa Nama delete icon 16:26

Tuan bm..klu dikawasan borneo banyal ka daun bgni..

Tanpa Nama delete icon 20:10

Kat mana ye saya boleh beli biji benih dia?

Tanpa Nama delete icon 18:42

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam silaturrahim. saya ada menjual benih, pokok, daun yg sudah kering & teh rerama dengan harga mampu milik. Insyaallah.. boleh hubungi 016-319 6889 (ishak) tq

NM Aura delete icon 03:16

Salam saya ada jual benih, pokok, daun yg sudah kering, dan teh rerama hijau
Hubungi/ whatsapp 
013 3525815. Tqvm

Tanpa Nama delete icon 15:15

SAYA PUN ADE TANAM.. MULA MULA SAYA BELI CUMA SATU PASU ... SEKARANG DA JADI 4 PASU... SENANG NAK JAGA .. SAYA RENDAM DAUN RERAMA DALAM AIR PANAS LEPASTU MINUM... AIR YG SAYA BAWA PG KERJA PUN SAYA CAMPUR KAN DAUN RERAMA

Unknown delete icon 08:54

Alamak, merimbun dalam semak kat kebun mama.. ada khasiat rupanya..

Unknown delete icon 05:18

Saya tanam pokok Daun Rama2 hijau dengan Kaedah hidroponik.(tanpa menggunakan baja@racun kimia)inshaallah selamat untuk digunakan sebagai ubat2an bagi merawat penyakit2,
Saya jual daun Rerama kering dan pokok rerama hijau.
Sila hubungi saya di Www.wasap.com/60174692043/daunrama2

Unknown delete icon 05:23

Saya tanam pokok Daun rama2 hijau dengan kaedah organik(tanpa racun &baja kimia).selamat untuk diminum sebagai penawar penyakit2 kronik.
1)saya jual daun kering
2)saya jual pokok Rama2
Pm saya Www.wasap.60174692043/daunrama2

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap