Kereta Proton Baru & Facelift 2017: Setelah Proton begitu ghairah mengeluarkan model-model baru mereka pada tahun 2016, Adakah pada tahun 2017 ini Proton akan menyepi dan hanya menumpukan kepada model sedia ada tersebut?
Sudah tentulah Proton tidak akan berdiam diri dan akan meneruskan momentum yang telah mereka cipta pada 2016 untuk memastikan jenama Proton terus kukuh di pasaran.
Model serba baru Proton 2016; Perdana, Persona, Saga dan Ertiga akan menjadi tonggak jualan maka pada tahun 2017 akan memberi lebih ruang buat Proton untuk menumpukan kepada model-model lain pula.
Sudah pastinya kali ini Proton akan melakukan perubahan yang besar ke atas kereta-kereta tersebut yang bukan sekadar mendapat sentuhan kosmetik luar dan dalam tetapi juga spesifikasi yang ditawarkan.
Perubahan paling besar sudah pastilah ke atas enjin dan transmisi. Jika anda masih merungut dengan keluarga enjin campro yang dikatakan ketinggalan zaman serta transmisi CVT yang tidak lancar, ianya bakal menjadi sejarah.
Proton dijangka akan mula menggunakan enjin suntikan terus bahan api atau GDI dan GDI Turbo berkapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter serba baru yang lebih terkini dan berteknologi tinggi! Ianya lebih kuasa dan efisyen serta mesra alam.
Enjin GDI ini telah dibangunkan oleh Ricardo dan masih menggunakan blok enjin “cast iron” tetapi ketebalannya dikurangkan untuk memastikan ia lebih ringan.
Enjin ini akan digandingkan dengan transmisi CVT serba baru dari JATCO yang lebih lancar, cekap dan jimat minyak.
Selain itu, segala kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti serta menjadi rungutan pengguna akan diperbaiki dan dipertingkatkan.
Proton Exora Facelift
Proton Exora, MPV pertama keluaran Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009 dan kini sudah berada hampir 8 tahun dipasaran dan masih belum lagi ada ura-ura akan model gantiannya (replacement).
Proton hanya akan melakukan major facelift atau naik taraf model Exora ini pada tahun 2017 sebagai usaha untuk melonjakkan semula jualannya.
Ianya wajar dilakukan sekiranya Exora ingin terus bersaing dengan pelbagai model-model MPV terbaru yang semakin menyempitkan pasaran Exora, berteknologi tinggi, moden dan menarik rekabentuk.
Dikhabarkan Proton Exora Facelift ini akan mengalami perubahan amat ketara dan bukan sahaja pada enjin serta transmisi tetapi rekabentuk dan spesifikasi luaran mahupun dalaman akan turut menerima suntikan perubahan!
Proton Preve & Suprima S Facelift
Kereta segmen C daripada Proton ini semakin dilupakan sejak pelancaran model baru Persona dan Saga. Pada tahun 2017, Proton merancang untuk menaikkan semula populariti dan jualannya dengan memberi sentuhan kosmetik pada rekabentuk luaran dan dalamannya.
Kemungkinan besar Proton akan cuba mengubah rupabentuk Proton Preve & Suprima S Facelift ini kepada rekaan identiti dna terkini Proton sebagaimana model Persona dan Saga.
Selain itu, Preve dan Suprima S ini pasti akan mendapat enjin dan transmisi baru serta penambahbaikan segala kelemahan dan kekurangannya sebelum ini.
Proton Iriz Facelift
25 Sept 2017 nanti akan genablah 3 tahun Proton Iriz dipasaran. Sudah tiba masanya untuk Proton melonjakkan semula popularitinya dengan melakukan sedikit sentuhan perubahan pada rekaan luaran serta dalaman.
Dijangkakan Proton Iriz facelift akan mengikut rekaan Proton Persona baru namun beberapa perincian kosmetik serta spesifikasi pasti sedikit berbeza.
Namun perubahan paling ketara pastilah pada enjin serta transmisi serba baru yang akan menjadi tarikan utama dalam memberikan impak serta lebih nilai untuk Iriz facelift ini nanti.
Model Baru Proton 2017
Proton juga dijangkakan akan mengeluarkan sebuah model baru dalam tahun 2017. Model yang dijangkakan ini adalah hasil usahasama ke-2 di antara Proton bersama Suzuki selepas MPV Proton Ertiga. Jika ianya menjadi kenyataan, maka sebuah SUV pertama dari Proton akan menjengah ke pasaran.
Sebagaimana Ertiga, Proton hanya akan rebadge sepenuhnya model Suzuki Vitara dan hanya menukar logo dan sedikit sahaja modifikasi pada bumper.
Model Proton Vitara ini akan menjadi taruhan Proton dalam segmen SUV Kompak yang semakin menjadi kegemaran pengguna pada ketika ini.
Namun Proton sewajarnya tidak perlu terlalu bergantung kepada pasaran tempatan yang semakin tepu dan lembab. Model-model baru seperti Persona dan Saga perlu meneroka pasaran yang lebih besar di luar negara.
Semoga maju jaya buat Proton dalam menempuh cabaran pasaran dunia automotif 2017 yang semakin mencabar. Diharapkan tidak terlalu ghairah mengejar kuantiti tetapi juga meningkatkan mutu kualiti, reabiliti dan servis.
p/s: Informasi ini hanyalah pandangan peribadi penulis berdasarkan beberapa sumber dan informasi yang belum pasti akan menjadi realiti.
Sudah tentulah Proton tidak akan berdiam diri dan akan meneruskan momentum yang telah mereka cipta pada 2016 untuk memastikan jenama Proton terus kukuh di pasaran.
Model serba baru Proton 2016; Perdana, Persona, Saga dan Ertiga akan menjadi tonggak jualan maka pada tahun 2017 akan memberi lebih ruang buat Proton untuk menumpukan kepada model-model lain pula.
Proton 2017
Tahun 2017, Proton dijangka akan menumpukan kepada facelift atau naik taraf ke atas model kereta Exora, Preve, Suprima S dan Iriz.Sudah pastinya kali ini Proton akan melakukan perubahan yang besar ke atas kereta-kereta tersebut yang bukan sekadar mendapat sentuhan kosmetik luar dan dalam tetapi juga spesifikasi yang ditawarkan.
Perubahan paling besar sudah pastilah ke atas enjin dan transmisi. Jika anda masih merungut dengan keluarga enjin campro yang dikatakan ketinggalan zaman serta transmisi CVT yang tidak lancar, ianya bakal menjadi sejarah.
Proton dijangka akan mula menggunakan enjin suntikan terus bahan api atau GDI dan GDI Turbo berkapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter serba baru yang lebih terkini dan berteknologi tinggi! Ianya lebih kuasa dan efisyen serta mesra alam.
Enjin GDI ini telah dibangunkan oleh Ricardo dan masih menggunakan blok enjin “cast iron” tetapi ketebalannya dikurangkan untuk memastikan ia lebih ringan.
Enjin ini akan digandingkan dengan transmisi CVT serba baru dari JATCO yang lebih lancar, cekap dan jimat minyak.
Selain itu, segala kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti serta menjadi rungutan pengguna akan diperbaiki dan dipertingkatkan.
Proton Exora Facelift
Proton Exora, MPV pertama keluaran Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009 dan kini sudah berada hampir 8 tahun dipasaran dan masih belum lagi ada ura-ura akan model gantiannya (replacement).
Proton hanya akan melakukan major facelift atau naik taraf model Exora ini pada tahun 2017 sebagai usaha untuk melonjakkan semula jualannya.
Ianya wajar dilakukan sekiranya Exora ingin terus bersaing dengan pelbagai model-model MPV terbaru yang semakin menyempitkan pasaran Exora, berteknologi tinggi, moden dan menarik rekabentuk.
Dikhabarkan Proton Exora Facelift ini akan mengalami perubahan amat ketara dan bukan sahaja pada enjin serta transmisi tetapi rekabentuk dan spesifikasi luaran mahupun dalaman akan turut menerima suntikan perubahan!
Gambaran rekabentuk Proton Exora Facelift dari Theophiluschin
Kereta segmen C daripada Proton ini semakin dilupakan sejak pelancaran model baru Persona dan Saga. Pada tahun 2017, Proton merancang untuk menaikkan semula populariti dan jualannya dengan memberi sentuhan kosmetik pada rekabentuk luaran dan dalamannya.
Kemungkinan besar Proton akan cuba mengubah rupabentuk Proton Preve & Suprima S Facelift ini kepada rekaan identiti dna terkini Proton sebagaimana model Persona dan Saga.
Selain itu, Preve dan Suprima S ini pasti akan mendapat enjin dan transmisi baru serta penambahbaikan segala kelemahan dan kekurangannya sebelum ini.
Gambaran rekabentuk Proton Preve facelift - sumber Funtastico.com
Proton Iriz Facelift
25 Sept 2017 nanti akan genablah 3 tahun Proton Iriz dipasaran. Sudah tiba masanya untuk Proton melonjakkan semula popularitinya dengan melakukan sedikit sentuhan perubahan pada rekaan luaran serta dalaman.
Dijangkakan Proton Iriz facelift akan mengikut rekaan Proton Persona baru namun beberapa perincian kosmetik serta spesifikasi pasti sedikit berbeza.
Namun perubahan paling ketara pastilah pada enjin serta transmisi serba baru yang akan menjadi tarikan utama dalam memberikan impak serta lebih nilai untuk Iriz facelift ini nanti.
Proton Iriz Special Edition. Mungkinkah Iriz facelife akan menggunakan bumper Persona baru ini?
Model Baru Proton 2017
Proton juga dijangkakan akan mengeluarkan sebuah model baru dalam tahun 2017. Model yang dijangkakan ini adalah hasil usahasama ke-2 di antara Proton bersama Suzuki selepas MPV Proton Ertiga. Jika ianya menjadi kenyataan, maka sebuah SUV pertama dari Proton akan menjengah ke pasaran.
Sebagaimana Ertiga, Proton hanya akan rebadge sepenuhnya model Suzuki Vitara dan hanya menukar logo dan sedikit sahaja modifikasi pada bumper.
Model Proton Vitara ini akan menjadi taruhan Proton dalam segmen SUV Kompak yang semakin menjadi kegemaran pengguna pada ketika ini.
Proton Vitara
Melangkah Maju
Jelas bahawa Proton tidak menoleh kebelakang lagi. Perancangan yang teratur kini di susun rapi bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan semula jualan dan jenama Proton di mata pengguna dan pembeli.Namun Proton sewajarnya tidak perlu terlalu bergantung kepada pasaran tempatan yang semakin tepu dan lembab. Model-model baru seperti Persona dan Saga perlu meneroka pasaran yang lebih besar di luar negara.
Semoga maju jaya buat Proton dalam menempuh cabaran pasaran dunia automotif 2017 yang semakin mencabar. Diharapkan tidak terlalu ghairah mengejar kuantiti tetapi juga meningkatkan mutu kualiti, reabiliti dan servis.
p/s: Informasi ini hanyalah pandangan peribadi penulis berdasarkan beberapa sumber dan informasi yang belum pasti akan menjadi realiti.
14 comments - "Model Kereta Baru & Facelift Proton 2017"
Semua model proton mengagumkan..mesti ramai yg minat.
Betul Proton perlu berani untuk melangkah ke pasaran luar..kerana pengguna sudah semakin meminati dan ternanti nanti brand luar..
nice sharing
Dah beli exzora dah ni BM ..ok lah untuk ramai anak2
Dah beli Exzora n i best juga
Exora terbaik,boleh pakai semasa anak masih kecil sehingga mereka dewasa. Body diperbuat dari ultra high tensile steel.
Dh beli keta..malas nak tukar baru..loan baru..
Setia dengan Preve 2016. Puas hati dengan ciri² yang ada. Luas tapi tetap bergaya!
Preve masih cantik. Saiz besar banding Vios atau City tapi harga tak gila². Boleh lagi dapat sparepart harga patut dari Proton haa...
Facelift utk exora pd bhg depan kurang cun bang
Saya beli proton exora amat memuaskan hrp proton dpt kekalkan harga spare part..utk kekalkan kepuasan.. kereta lain terlalu cept berubah setiap th hinggakan cepat rasa ketinggalan model
Proton Exora amat berbaloi beli. Kereta/MPV lain hanya facelift (ubah luaran) dari model lama.
Tuka lh facelift mcm mn pun. Selagi proton masih guna enjin lama (timing belt) campro, selagilah itu enjin nya tetap bising. Semua kereta di dunia dh guna chain. Proton jg yg masih guna belt.
Proton preve harap keluar tahun ni..nk beli kereta dah ni..pilih antara city atau preve..mestilah preve sebab segment c dan harga lg murah..nk design serupa persona depan dengan bumbung rendah preve memanjang arah bumper depan dan belakang..engin gdi 1.6 eev harap jd reality
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum