بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
10 Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016: Tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar bagi dunia automotif di Malaysia. Ekonomi negara yang sedikit lembab serta kejatuhan nilai ringgit memberi kesan ke atas jumlah jualan kenderaan.

Namun begitu, kemeriahan industri ini tidak berkurangan apabila tahun 2016 telah mencatatkan jumlah pelancaran model-model baru yang sangat memberangsangkan.

Pengeluar kereta tempatan seperti Proton dan Perodua begitu aktif untuk meningkatkan jumlah jualan. Proton terutamanya telah melancarkan empat model baru hanya dalam tahun ini sahaja!

Impak model-model baru yang dilancarkan ini telah berjaya melonjakkan sedikit pasaran automotif negara yang suram.

10 Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016

Maka, tidak hairanlah apabila hampir kesemua senarai model kereta yang popular dan trending di Malaysia 2016 merupakan model-model kereta baru yang dilancarkan.

Top 10 Trending Cars

Berikut adalah senarai 10 model kereta paling popular di Malaysia 2016 berdasarkan carta model kereta paling trending iaitu tinggi cariannya di enjin carian Google Malaysia 2016. - https://www.google.com/trends/yis/2016/MY

10. Audi A4
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Audi A4
Dikenali dengan model code B9, Audi A4 generasi terbaru ini dilancarkan di Malaysia pada 19 September 2016 pantas mencuri perhatian rakyat golongan berpendapatan tinggi. Model kereta mewah segmen C ini bersaing hebat dengan Mercedes C-Class dan BMW 3 Series.

Menawarkan pelbagai tarikan teknologi terkini serta dengan rekabentuk yang kemas dan elegance, maka tidak hairanlah Audi A4 mampu berada di senarai top 10 2016.

9. Proton Ertiga
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Proton Ertiga
Model MPV Kompak Proton Ertiga merupakan model sulong hasil daripada usahasama Proton bersama Suzuki dan telah secara rasminya dilancarkan pada 24 November 2016.

Ia merupakan kenderaan pertama dari Proton yang mendapat pengiktirafan EEV. MPV saiz sederhana kecil ini akan bersaing sengit dengan model Perodua Alza.

Walaupun dilancarkan dipenghujung tahun, namun populariti model MPV Ertiga pantas menjadikan ia model popular sehingga mampu tersenarai di dalam top 10 model kereta paling popular di Malaysia

8. Toyota CHR
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Toyota CHR
Impak model SUV kompak sangat hebat! Toyota juga tidak mahu ketinggalan dengan melancarkan model SUV kompak 2016 serba canggih, moden dan advanced melalui model SUV - CHR.

Model Toyota CHR ini mendapat perhatian hebat seluruh dunia berikutan rekabentuk luar dan dalam serta teknologi yang ditawarkan sungguh mempersonakan!

Walaupun model Toyota CHR ini belum dan mungkin tidak akan dipasarkan di Malaysia namun ianya tetap popular di sini sehingga dapat memasuki senarai sebagai salah satu model popular dikalangan pengguna enjin carian Google di Malaysia.

7. Toyota Sienta
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Toyota Sienta
Toyota antara pengeluar yang aktif memasarkan model kereta baru di Malaysia pada tahun 2016. Salah satu model yang mendapat perhatian ramai adalah MPV kompak Sienta.

MPV Toyota Sienta yang di import dari Indonesia memberikan satu dimensi dan perspektif baru terhadap rekaan sebuah MPV!

Rekabentuknya yang sungguh inovatif dan sporty serta menawarkan pelbagai spesifikasi umpama sebuah MPV mewah pantas mencuri perhatian dan bualan sehingga menjadi trending di Google Malaysia

6. Nissan Note Nismo
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Nissan Note Nismo
Sebuah lagi kereta yang tidak dipasarkan di Malaysia tetapi mendapat perhatian yang sangat hebat. Semuanya adalah gara-gara viral di media sosial yang memaparkan model Nissan Note Nismo ini hanya berharga RM59.000!

Siapa yang tidak teruja dengan sebuah kereta yang begitu menarik rekaannya berharga sedemikian rupa! Namun malangnya ia hanyalah harga jualan kereta tersebut di Jepun!

Tidak dinafikan, Nissan Note Nismo memberi tarikan rekaan yang sungguh mempersonakan. Agak pelik juga kenapa ianya tidak dijual di negara ini sedangkan ia amat popular!

5. Proton Perdana
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Proton Perdana
Sejak Proton membuat pengumuman untuk mengeluarkan semula model Proton Perdana, ianya terus mendapat perhatian ramai. Pada 24 Jun 2016, Perdana serba baru dilancarkan.

Ianya mendapat maklum balas yang sungguh positif berikutan kejayaan Proton mengubah rekabentuk luaran model Honda Accord generasi ke-8 kepada satu rekaan yang sungguh menawan dan mewah sebagai Model Proton Perdana Generasi ke-2 dari Proton.

Proton Perdana pantas menjadi carian yang tinggi di enjin carian dan menjadi salah satu model kereta terhangat pada tahun 2016

4. Honda Civic
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Honda Civic
Pada tahun 2016, Honda Malaysia hanya melancarkan sebuah model kereta baru iaitu Honda Civic FC Generasi ke-10 pada 9 Jun 2016.

Honda civic terbaru ini sudah dijangka akan mendapat perhatian hebat! Melalui rekabentuk terkini yang sangat moden bersama teknologi termaju serta spesifikasi yang sarat memberi nilai tambah yang sungguh mengujakan!

Honda terus memberi impak yang berterusan setelah Honda HR-V mendominasi carta kereta paling popular pada tahun lepas.

3. Proton Saga
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Proton Saga
Proton terus mendapat perhatian ramai pada tahun 2016! Model sedan kompak ini merupakan model baru ketiga dilancarkan pada tahun ini pada 28 September 2016.

Sebagai sebuah kereta sedan budget yang paling dominan di Malaysia, Generasi ke-3 Proton Saga ini seperti sudah diduga akan memberi impak dan melonjakkan kehangatan dunia automotif di Malaysia.

Populariti Proton Saga tidak dapat disangkal lagi apabila ia tersenarai di Top 3 senarai model kereta paling Popular/Trending di Malaysia 2016

2. Proton Persona
Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Proton Persona
Setelah Proton menstruktur semula model kereta keluarannya, Proton Persona kini berada dalam segmen B. Proton Persona serba baru kini menggunakan platform Iriz dan turut dikenali sebagai Iriz Sedan.

Dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos 2016, Proton persona baru ini pantas mendapat perhatian. Rekaan segar dari Proton sungguh luarbiasa sehingga mengundang pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif.

Namun dengan tahap pemanduan dan keselamatan serta spesifikasi dan teknologi tinggi yang ditawarkan, ia merupakan kereta paling berbaloi dari pelbagai sudut pada tanda harga yang sangat berpatutan.

Berikutan itu, Proton Persona jelas berada dalam kelasnya yang tersendiri dan meraih populariti sehingga menepatkan ia di tangga kedua carta kereta paling popular di Malaysia 2016.

1. Perodua Bezza

Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016 - Perodua Bezza

Tidak begitu mengejutkan apabila Perodua Bezza menjadi model kereta paling popular di Malaysia 2016. Ianya sememangnya menjadi tarikan dan keterujaan ramai kerana statusnya sebagai model kereta sedan pertama keluaran Perodua yang dinanti-nantikan.

Ramai yang ingin mengetahui rekabentuk serta spesifikasi yang ditawarkan. Sejak kemunculan Perodua Bezza pada 21 Julai 2016, ia menjadi trending di dunia maya!

Satu-satunya model terbaru dari Perodua yang dilancarkan pada 2016 ini berjaya mengukuhkan penguasaan Perodua dalam menguasai pasaran kereta di Malaysia.

Populariti vs Kuantiti

Bagaimana? Adakah kereta kegemaran anda dalam senarai model kereta paling popular atau trending di Malaysia pada tahun 2016 ini?

Namun begitu model-model kereta yang tersenarai di atas tidak mampu mengatasi Perodua Axia yang kekal menjadi model kereta pilihan dan paling laris jualannya di Malaysia pada 2016 walaupun tidak tersenarai sebagai top 10 model popular!

Jelas bahawa sesebuah model kereta yang popular dan trending di Malaysia tidak semestinya paling laris dan juga ada di jual di pasaran Malaysia. Popular di enjin carian Google bergantung kepada pelbagai faktor terutama mengikut situasi serta sensasi semasa di Malaysia dan dunia.

Tahun 2017 sudah hampir tiba, apakah pula model-model kereta yang akan menjadi model paling popular dan trending di tahun 2017 nanti... Sama-sama kita tunggu...

6 comments - "10 Model Kereta Paling Popular Di Malaysia 2016"

Proton Perdana edisi baru..semakin diminati..

info yg baik..aku pon nk sgt de kereta..nk jln2 seluruh mlysia..hihi

paridah delete icon 11:45

Kereta2 proton nmpk sgt menarik n mmampu berdaya saing di pasaran

Abe Jaq delete icon 11:12

Proton semakin maju kehadapan.. Tahniah malaysia

Perodua Bezza trend kini. Ia menjadi kereta pilihan saya body sporty macam Honda City. Terbaik!! Dan jimat minyak tu yang lagi baik ..

Tanpa Nama delete icon 21:20

proton terbaik!!!

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap