بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Plan Postpaid RM79/Month Webe: WEBE? Pelik benor bunyinyer... Tapi inilah syarikat telco terbaru, terkini, termurah dan terbaik yang mula beroperasi di Malaysia. Namun sebenarnya ia sebelum ini dikenali sebagai P1 Wimax tetapi telah dibeli oleh Telekom Malaysia dan jenamakan semula sebagai Webe.

Ya! Webe adalah anak syarikat sepenuhnya Telekom Malaysia (TM) dan mula beroperasi pada 30 Jun 2016. Tidak seperti P1 yang hanya memberikan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, Webe berfungsi sama seperti syarikat telco lain sebagaimana Celcom, Maxis dan DiGi.

Namun pada masa ini, Webe hanya menyediakan satu sahaja tawaran pelan dan hanya untuk pascabayar (postpaid) sahaja.

Pelan Pospaid Webe

Pelan Webe Berbaloi

Kenapa telco Webe adalah yang terbaik dan termurah masa kini? Ini kerana Webe dalam proses pengenalan maka ia sedang dalam rangka promosi pada tawaran yang paling bernilai serta berbaloi yang boleh anda perolehi pada masa kini!

Hanya dengan RM79/Sebulan anda akan dapat menikmati talian telefon mudah alih dengan panggilan dan SMS percuma bersama data internet tanpa had pada kelajuan 4G LTE (850Mhz).
Pelan Pospaid Webe RM79/Month

Jika tidak berpuashati, anda boleh tamatkan perkhidmatan Webe atau port out bila-bila masa kerana pelan ini tiada kontrak!

RM79/Sebulan untuk selama-lamanya? Ya! Namun harga ini hanya ditawarkan dalam tempoh masa promosi yang terhad dan terbuka untuk semua! Jika mengikut maklumat pekerja TM, promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2016

Selepas tamat tempoh promosi, harga plan Webe akan kembali kepada RM199/Sebulan untuk pelanggan baru kecuali kepada pelanggan baru yang mempunyai talian TM akan mendapat rebet RM60 dan pengguna certified smartphone yang diiktiraf Webe akan mendapat tambahan rebet RM60

Pelan Pospaid Webe RM79/Month
Video Promosi Webe RM79/Month

Cara Melanggan Webe

Berminat untuk menjadi pengguna Webe? Anda boleh terus melanggan (apply) pelan Webe ini secara online di https://www.webe.com.my atau di cawangan TM yang terpilih. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan nombor baru atau port in nombor lama anda.

Servis langganan webe sangat mudah dan pantas. Dalam tempoh 3 hari, pasti anda akan dapat simkad webe dan boleh aktifkan serta merta dengan mengikut arahan yang diberi.

Webe juga menyediakan pembelian beberapa smartphone 4G LTE terpilih ini dengan potongan harga yang menarik. Semuanya boleh dibeli secara online.
Webe offer certified smartphone
Namun sekiranya anda inginkan pelan ini kerana talian 4G yang ditawarkan maka sebelum melanggan Webe, sila pastikan kawasan anda mempunyai liputan talian 4G Webe. Anda boleh semak kawasan liputan 4G ini di website Webe.

Jika kawasan anda tiada liputan talian 4G, tidak bermakna talian Webe ini tidak berfungsi kerana ianya juga support untuk talian 2G, 3G dan 3.5G menerusi pemancar TM atau Celcom. Untuk kepastian, anda boleh rujuk talian khidmat pelanggan Webe: 011-1000 1000

Semakan kawasan liputan 4G Webe
Semakan kawasan liputan 4G dikawasan BM (semua kawasan berwarna hijau ada talian 4G)

Pengalaman Bersama Webe

BM dah langgan Webe ini. Pengalaman menggunakan talian Webe sangat memuaskan terutama dikawasan ada liputan 4G. Internet sangat pantas dan paling best adalah tiada limit!

Namun agak kecewa sedikit apabila talian Webe tidak membenarkan hotspot/tethering. Simcard Webe hanya berfungsi untuk smartphone sahaja! Maka anda tak bolehlah nak sharing line internet ke mana-mana handphone, tablet atau PC.

Jika anda mahukan servis hotspot/tethering, Webe mengenakan caj bayaran sebanyak RM6 untuk 2 jam. Adehhh... kecewa!

Jika pihak Webe baca artikel ini, diharapkan Webe dapat mengeluarkan lebih banyak tawaran pilihan pelan untuk memenuhi kehendak pelbagai pengguna. Sudah pastinya Webe menjadi pilihan kerana tawaran yang ditawarkan adalah yang terbaik dan termurah!

Berikutan kekurangan tersebut, BM terpaksa menamatkan talian Webe kerana tujuan BM adalah untuk menggantikan TM Streamyx yang sangat perlahan dan tidak stabil di sini. Nampaknya terpaksalah meneruskan TM Streamyx yang sendu ini.

Blogger Dan Internet

Sebagai seorang blogger dan banyak urusan online, pencapaian dan kelajuan talian internet sangat diutamakan. Begitu juga dengan pilihan tawaran pelan yang menjimatkan, berbaloi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telco.

Jika Webe tiada pilihan untuk pengguna seperti BM, BM merancang untuk menaik taraf pelan Celcom (pengguna setia Celcom nih! sejak tahun 1999).kepada pelan Gold Plus (40GB) dan tamatkan TM Streamyx!

Sedang dalam pertimbangan kerana line 4G Celcom agak kurang stabil di sini tapi line 3G lebih kurang Streamyx jer lajunye. Lagipun dapat jimat sikit sebab Celcom RM104 vs TM Streamyx RM116 sebulan!

Tapi kalau Webe.. Lagi murah RM79 sebulan... tapi... huhuhu...

118 comments - "Kecewa Guna Pelan Postpaid RM79/Month Webe"

paridah delete icon 11:24

BAGI YG BERMINAT BOLEHLAH MELANGGANNYA BNYK KEMUDAHAN TU

Tanpa Nama delete icon 20:14

Ada saper pernah try sim kad webe ni masuk kat usb dongle 4g tak?

Tanpa Nama delete icon 21:35

Tak boleh... Hanya utk smartphone sahaja.

Tanpa Nama delete icon 21:14

Sy pengguna baru webe. Takat ni mmg ok cuma seperti sedia maklum,hotspot mmg x blh. Begitu juga utk modem dongle,router dll semua mmg x blh. Hanya utk smartphone SAHAJA.

Tanpa Nama delete icon 14:52

Fon sony z2 support tak sim webe?

Semua jenis smartphone support sim webe, cuma phone yg support 4g shj boleh dpt kelajuan 4g

Saya guna yang lama aje. Masih ok sampai sekarang.

Mana yang ok kita cuba. Yang tak ok, cari yang ok kan.

WiseMom delete icon 00:15

"Sebagai seorang blogger dan banyak urusan online, pencapaian dan kelajuan talian internet sangat diutamakan. Begitu juga dengan pilihan tawaran pelan yang menjimatkan, berbaloi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telco.

Jika Webe tiada pilihan untuk pengguna, BM merancang untuk menaik taraf pelan Celcom (pengguna setia Celcom nih! sejak tahun 1999).kepada pelan Gold Plus (40GB) dan tamatkan TM Streamyx!"

ni maksudnya mcm mana?kiranya webe tak cukup laju ke? masih kefikiran nak tukar ke webe ke tak..skrg guna celcom ok je stakat ni..cuma tertarik kat offer unlimited free calls/sms + unlimited internet webe..

Webe bagus dan laju namun sebagai blogger byk gunakan laptop. Masalah nya webe xboleh hotspot... Huhu. Webe hanya utk smartphone shj.

Unknown delete icon 13:42

webe beroperasi 4g didalam band 5 ataupun 850mhz..kira rare bandwidth la dalam malaysia...xsemua tepon support band 5 ni...mcam berkenan...tapi pengguna celcom lama kot...skrg celcom teruk kes webe laaa..mmg sgt murah dari telco yang lain...ingt nak try dulu...dah try esok..xpuas hati port out celcom la gamaknya...

Unknown delete icon 22:58

betul tu, x semua talifon pintar support band 5 ni. walaupun fon sy ada 4g tapi x support utk band 5. terpaksa guna 3g shja. walaupun kawasan pekan, line kerap putus2. sedikit kecewa.

Saya dah guna webe,so far line 4g di kawasan saya ok. Dah try masukkan sim ke usb dongle 3g dan boleh guna utk laptop for single user bkn modem wifi.

Unknown delete icon 14:31

Sy pengguna webe tetapi agk kecewa kerana line webe ni x stabil mcm telco2 yg lain..puas da cari punca nyer tp xjumpe2..

Unknown delete icon 20:48

Dimane simkad webe ini blh d dapati??

Simkad webe hanya boleh dapat dengan melanggan (apply) pelan Webe ini secara online di https://www.webe.com.my atau di cawangan TM yang terpilih.
Boleh call webe : 011-1000 1000

Pak wan delete icon 09:57

Dah guna webe. Phone support band 5. Tetap slow 4g atau 3g. Kecewa sangat. Selalu sangkut. Buka fb pun selalu panding. Macam nak berubah ke Digi semula. Lokasi alor gajah melaka dan sekitarnya

Unknown delete icon 16:54

hari ni nak buat kerja dgn macbook so dengan bangganya buka personal hotspot .... hahaha.. dah kena dah.. bln lepas dah terminate streamyx ... lawak betul .. webe oh webe .. xde yg betul2 nak bg kemudahan pada pengguna.. semua atas dasar duit ..

Tanpa Nama delete icon 13:57

saya bru daftar webe hari rabu minggu lps secara online tp smpai skrg x dpt2 lg sim kad webe tu..macam b*d*h plus b*ngg*ng je..webe hntar melalui gdex..dh la dh byr rm106 tp smpai skrg x dpt2 lg..#menyesal

Tanpa Nama delete icon 07:53

Kenapa tak sampai lagi simkad webe?dah lebih 3 hari saya pesan kat lawan web rasmi dia

Tanpa Nama delete icon 15:56

Pendapat sy, dh ckup elok TM offer unlimited data..jadinya kalau blh buat utk hotspot nmpk mcm melampau pulak

Unknown delete icon 11:55

Nakjugak

Unknown delete icon 19:51

kalau kita new user dari sim card maxis tukar ke webe dgn no yg sama macam mana nak aktifkan.sebab dah lebih 2 hari x dpt masej dari sim card yg lama yg mengatakan simcard lama tu dah x active.

Unknown delete icon 01:05

baru nk join webe dgar korang ckp mcam De sesuatu tk kene dgn webe

Unknown delete icon 17:14

Webe ni boleh kekal no lama tak

Ya.. Boleh

Tanpa Nama delete icon 13:13

boleh try webe broadband RM59 10GB kalau coverage ok la

Tanpa Nama delete icon 22:28

Maksud tuan.. dongle yg direct cucuk dkt laptop boleh pakai line webe ni?

Tanpa Nama delete icon 16:19

Sy baru daftar smlm kat sunway piramid. Sy pakai fon Lenovo S850. Nasib baik sy cuba simcard webe kat kaunter webe sunway piramid jgk sbb masa sy dh follow semua instructions webe, fon sy still tak dpt detect line webe hanya kerana fon sy starhub! Sy tak taw mcm mana fon sy support starhub yg singapore punya padahal sy beli kat malaysia kot. Adoii. Tp alhamdulillah staf webe cuba jgk "bedah siasat" fon sy, akhirnya dpt jgk detect line webe. Huhu mksudnya tak semua jenis fon yg dpt support line webe.

Unknown delete icon 22:27

Saya guna dongle tapi x boleh

Tanpa Nama delete icon 10:28

Selepas promosi,bagi org yg sudah melanggan harga sama ke bayaran bulanan..elakkan ada perubahan bayaran..

Tanpa Nama delete icon 17:09

sebelum guna webe buat video call kat facebook okey je.. bila lepas guna webe line video call facebook jd merah. macam mana nak video call dengan suami hari2.

Unknown delete icon 23:38

btol tu, line kejap2 hilang sndiri.. sy dok area bukit jambul penang pon lembab! sedih. bru guna 2hari rasa nk buang sim ni😤

Unknown delete icon 11:47

bagaimana cara nak tamatkan perkhidmatan webe kerana tempat saya coverage lembab..

Tanpa Nama delete icon 21:34

dah pakai dan mengecewakan...dikatakan kws rumah saya ada 4g, bila activate sim webe dpt 3g saja...pastu nak buat transaksi m2u, standard chart online banking...code TAC & OTP tak sampai2 SMS nya...what the hellllllllllllll!!! rasa tertipu...

Unknown delete icon 08:07

Macam mana nk terminate webe ni ye..x nak pakai lg dah

Tanpa Nama delete icon 09:24

call sahaja webe : 011-1000 1000

call webe : 011-1000 1000 dan maklumkan nak tamatkan perkhidmatan. Webe tiada kontrak, boleh terminate bila-bila masa.

Tanpa Nama delete icon 10:22

Unlimited cAll tu kepada semua rangkaian ke?

Unknown delete icon 08:09

Bang kalo nama ade blacklist dgn maxis atau umobile, boleh apply x webe ni

Tanpa Nama delete icon 07:54

Talian ni 24 jam ke office hour..

Webe buang duit dan masa aku sahaja... Nak layan utube pun sangkut sangkut dah lah resolusi rendah.. Sangat mengecewakan.. Selalu tak ada internet.. Macam gampang la webe..

Unknown delete icon 20:26

Macam mana nak cek kwsn kita support 4g dan model telefon yang support line webe

Tanpa Nama delete icon 12:35

dah agak mesti ada kekurangan,tak boleh hotspot. kecewa. saya sebagai seorang trader dlm bursa stock market byk menggunakan laptop utk analysis dan trading . jadi jika tak bole hotspot ke laptop amat kecewa.. bye2 WEBE.

Tanpa Nama delete icon 00:48

nk tanya..mcm mne ye nk matikan line webe ni... menyakitkan hati jerk

Biasala dah murahhhh.he.he

Tak boleh.. Kene settle dulu..lepas tu tunggu 48 jam baru leh daftar webe

Tanpa Nama delete icon 18:59

Mmg teruk webe..sy sempat pakai seminggu je, then sy terminate semula..tukar telco asal sebelum ni..duk area sepang, line kejap2 hilang, xde network lnsung, network sgl slow wlupun unlimited..kecewa..

Tanpa Nama delete icon 22:29

Bukan webe sudah bgtu mmg xbole hotspot?

Tanpa Nama delete icon 23:14

confirm ke usb modem boleh masuk sim webe ni.. jenis apa ye??

Unknown delete icon 19:39

So,in short,klo HP kita bkn listed webe certified, but still ada 4g,msih dpt line 4g webe x?

hafiz delete icon 20:14

kecewa dgn pkhidmatan webe... sekejap ada line, sekejap tkde.. mcm biskut... area bandar pun leh tkde line kadang2... yg kecewa tu.. bila tanya kat custemer service.. dia jawap utama kan line yg utama.. contohnnya itu wilayah celcom maka pguna celcombd utamakan... hadoi... sya pun rasa trtipu... mula2 ja laju... pas 2 bulan pakai da macam siput...

Tanpa Nama delete icon 23:04

Boleh dpt line 4g webe

Tanpa Nama delete icon 23:08

Boleh check di www.webe.com.my

Tanpa Nama delete icon 23:15

Dgn syarat, hp anda support 4g band 5

nurin delete icon 10:09

dah guna webe sebulan..sebab kata offer 79 per month..tapi bill sampai 245...naper

Unknown delete icon 05:59

Salam bro. .sy baru 2 bulan pakai webe. .sy stay dkat cheras. .keje dkt tengah2 kl. .coverage sgt slow. .1 ke 2 bar je. .internet pulak 4g. .tp 1 ke 2 mbps je. .mmg slow gile. .nyesal pkai webe

Tanpa Nama delete icon 20:24

Ye ke? Biar betul. Sy pengguna baru..

Tanpa Nama delete icon 19:41

boleh buat la sharing... kena modal barang cikit,, sy sharing pc 10 pc ok jer

Tanpa Nama delete icon 19:44

boleh buat sharing lah webe ni, xperlu bayar rm6// ada caranya bro,, modal cikit beli barang nya.. minat ker,, ker mdnsr_computer@yahoo.com

Tanpa Nama delete icon 19:44

ok jer

aniq delete icon 01:19

Alahai, baru nak bertukar dr umobile ke webe. Pun sana gak line cam haram???

webe hotspot boleh hack...jgn risau

Unknown delete icon 20:36

Mcm best aje webe ni.. Takut nnt bila da tukar plan xde line plak kat kwsn rumah,krg bazir duit jee .hapa xdpt.. Haih.thun ni masuk 2 kali da tukar plan.dri maxis mhl. Ke umobile.terus ke rumah .line 1 bar je. Menyirap.. Tukar digi pula.. Heran belum ckup sebulan data da habis..alahai.sedih betul. Mcm tertipu je digi...study2 dlu la nk pkai webe ke x.byaran sme je mcm pospaid lain.

el delete icon 21:53

line webe ni slow laa..xstabil..geram je guna. i salah setting APN ke apa..uolls punye carrier kat phone uolls apa ya.

Unknown delete icon 00:25

Pakai maxis atas nama abg saya, bole tukar ke webe kew? Abg saya kena prg sana kew atau bawak ic copy dia pown dh ok?

rase mcm nk guna webe... tp dh sume diatas ckap mcm streamyx tahap siput sedut, rse xjadi laahh.. so, aku guna digi je la... laju pn laju.. "bye2 WEBE... I don't want thing..

Tanpa Nama delete icon 17:00

area kajang pon semput..hmmm

Tanpa Nama delete icon 02:36

Btull benda senang je

yoku delete icon 19:10

thtr/hotspot guna VPN atau proxy cache leh lepas, dah try..

Tanpa Nama delete icon 17:28

Jgn terpedaya dgn webe....ok..harga sebenar adalah rm 83 sbb + gst...line mcm mangkuk...dia kata unlimited..bannganggggg...bru tgk youtube sikit2....dah keluar warning..your data warning short...

gee76 delete icon 13:51

Webe blh masuk kt IPad x

Unknown delete icon 19:47

Baru aku nk guna webe...tgok komen terus tk jadi

Tanpa Nama delete icon 10:59

terima kasih atas info2 yg diberi, makanya terbatal lah hasrat nak tukar ke webe

terima kasih bagitau kelemahan webe...semangat esok nk gi tm reg webe..terpaksalah cancel

Unknown delete icon 14:04

Nak bertanya...mulai sekarang webe dh boleh hotsport ya? Katanya free 1GB untuk hotsport btol ke ya?

Tanpa Nama delete icon 13:19

Sy pernah cuba dongle, cucuk kat laptop tapi line webe asik putus. So sim webe hanya untuk smart fon saja.

Tanpa Nama delete icon 13:24

Talk boleh Gina USB...sebab sim webe cuma untuk smrtpone je. Kalau area ada coverage webe bleh guna modem WiFi dia rm59 sbulan. Tapi kena cek dulu coverage n tanya CS webe.

Unknown delete icon 09:12

Sekrg webe dh blh hotspot.. 10gb every month

Tanpa Nama delete icon 12:09

Ini semua komen lama ke? Amacam webe skrg ni? Masih semput juga ke? Cadang nak try tapi komen di atas buat saya bfikir semula. Saya duduk Sabah

Unknown delete icon 13:11

Saya pengguna baru webe.
Tapi haramjadahnya buka waze kat kawasan kl shah alam pun sangkut sangkut.
Saya potong balik line webe tapi dia nak bayar lepas 3 bulan pulak.
Ini semua brengsek !

Webe adalah we will be dissapointed

Tanpa Nama delete icon 14:42

adui..webe

Betul tu celcom sgt teruk skrang ni... area flat putra damai presint 11 pun line sgt2 slow dlam kawasan Putrajaya tu

Unknown delete icon 02:18

Alahai baru tadi watsap tanya itu ini, rasanya baik lagi 4g hotlink maxis aku ni,

Unknown delete icon 18:29

Nak tanye, webe line cm ciput gak ke? Free call tok pngguna webe n tm bis kalo ke telco lain free gak ke or ade charges lain?

Unknown delete icon 23:17

Baru sebulan guna, stakat ni ok area lembah klang, hari2 layan youtube mcm2 drama n cartoon, guna 6s, n baru bebetapa hari pasang cable HDMI direct to tv, wowww... tidak mengecewakan.. laju tnpa buff, skrg hotspot 10GB sebulan, sblm ni guna celcom, tapi dah geram, terpaksa ceraikan talak 1, dah macam siput babai, switch to webe, amat berpuas hati

kakda delete icon 04:26

Saya baru berkira-kira nak bertukar ke Webe sebab plan U-Mobile saya sekarang hanya limitkan 10Gb untuk hotspot. Tapi nampak gayanya kena cari alternatif lain lah.huhu.

Terima kasih buat posting ni.

Tanpa Nama delete icon 10:48

I heard some laptops are equipped with Sim Card slot. But Im not sure if Webe Sim Card can accept it. Time to check my laptop...

Tanpa Nama delete icon 10:53

Sy nak cube webe nie. Kalau lambat mcm siput terminate je la.

Unknown delete icon 23:01

webe broadband rm59 ni dikira caj lain dgn webe smartphone rm79 ke?

Unknown delete icon 00:03

Saya dah baru guna line Webe nie 2 bilan lebih.. memang amat mengecewakan... Tapi berdasarkan komen² dalam mana² post pasai Webe nie.. Komen yang positif kebanyakannya dari pengguna Webe dengan IPhone.. so adakah kemungkinan besar line Webe nie lebih sesuai dengan IOS Phone kot..

unstable connection...8bulan gune webe.. nk ckp ape..kowg ckp.. sy gune ip6 pn sme s7edge pn sme huawei pn sme.. tetibe keluar no service..dy boleh salah kan nset yg digunakan.. so pk baik2

Unknown delete icon 20:09

sye guna webe dah 7 bulan dh ...line laju sangat ..walaupun H heheh... kadg2 3G ...

Tanpa Nama delete icon 10:03

macam mana nak check kawasan line webe erkk?

Unknown delete icon 13:46

Saya nak cuba pada mulanya tapi tak jadi lah sebab dengar cite tak boleh buat hotspot..kensel

Tanpa Nama delete icon 20:47

Assalamualaikum...sy pn kecewa dgn webe.tujuan melanggan utk menggantikn streamyx yg ada..bru hari ni perasan xblh berhotspot lagi
.knp sblm ni boleh sejak di tukar kpd unifi dh mcm2 pulak ye.nampak gaya tpksa la batalkn hasrat utk stay bsma webe..hampa..

Tanpa Nama delete icon 01:04

webe skung da bole bwt hotspot dah tp 10 gb sebulan...n sy rse mmg bebaloi pkai webe...line slalu LTE full bar...tq baby webe

Tanpa Nama delete icon 13:56

saya dh pkai webe ni 2 bln..webe ni klu kita check speedtest kelajuan dia mmg laju tapi bila kita nk surf & download video dia jadi siput..dari pngalaman aku la.. had kelajuan download dia mungkin dihadkan oleh pihak webe dari aku dgr la...utk kepastian korang cuba tnya kwn2 yg prnah guna webe ...tnya yg jnis kaki download & streaming mcm aku msti depa pown xpuas hati...klu yg jnis puas hati pown msti rumah dok bwah pncawang 4G...aku pkai 2 sim..satu lgi digi wlaupown H+ kelajuan download dia mmg laju dri webe...klu yg aku puya webe kelajuan download dia xsmpai 1 mbps sedangkn dlm speedtest 3 mbps keatas..webe aku la..xtaw la klu yg aku je jd mcm ni...hrap pihak webe akn naik taraf kelajuan...bkn smua tmpt ada 4g...hrap prtinkat h+ juga bkn semata2 4g ..

Unknown delete icon 22:40

Sy pengguna webe.. baru nk masuk sebulan.. awal2 tu okey.. tgok youtube sume oke.. tpi masuk mingge kedua ketiga tgok youtube dh sngkut2.. kdg2 video tu lgsg x boleh nk bukak.. network problem.. sebelum ni dh check coverage kt rumah dptla 4g/lte.. tpi skrng ni sgt menghampakan dan mendukaciakan.. rase nk kembali pada celcom.. klu nk kembali pada celcome boleh ke kekalkan nombor yg sama..?����

Webe n ikut kawasan. Dekt rumah aq laju.. tapi bila sampai dekat ruah kakak aq. Slow yaamat.. line dia x stabil

Tanpa Nama delete icon 09:05

line webe area melaka bandar hilir okey tak...plan nak tukar webe next month

Guna seminggu dah macam-macam ragam,dah nak buat hotspot ke iphone 7 pun kena contact webe.Call punya call,""maaf kami beroperasi dari 9pagi hingga 7malam"". Streamyx pulak kejap putus kejap elokk.Memang mengecewakan. Sapa2 yang nak apply webe ni moleh fikir 2,3,4,5 kali dulu la.Insan kecewa.

Tanpa Nama delete icon 10:16

Saya dah pakai webe 3 bulan.. Hospot 10GB percuma TETAPI dalam rangkaian 4G SAHAJA.. difahamkan SEHINGGA HUJUNG BULAN 12.. selepas itu, kita tak tau apa lagi promosi dia nak bagi.. Yang masih menggunakan webe, TOLONG JANGAN TERMINATE DULU.. lepas ni, bagi yang nak apply, akan dikenakan RM199 sebulan dan bukannya RM79 lagi.. Dan difahamkan, bagi pengguna baru yang baru apply, akan dihadkan Data internet.. Maknanya, inyernet selepas ini,ADA QOTA DAN BUKANNYA UNLIMITED LAGI..

Tanpa Nama delete icon 23:44

kenapa sye tak dpt line 4g sedangkan fon sye 4g..sye pngguna baru webe..

Unknown delete icon 22:20

nak tanya..saya tengah confuse pasal orang TM ni bagitau.
Dia kata WEBE memberikan plan 10mpbs untuk hotspot tanpa internet quota dan 100mpbs untuk smart phone.Bila semak semula dalam website webe, dia kata 10GB untuk hotspot.Yang mana satu betul ni?? saya apply webe ni sebab unlimited hotspot dan internet untuk smartphone.Bukan sebab ada 10GB data.Kalau betul ada data, saya nak apply unifi dan terminate webe ni.

Unknown delete icon 22:20

nak tanya..saya tengah confuse pasal orang TM ni bagitau.
Dia kata WEBE memberikan plan 10mpbs untuk hotspot tanpa internet quota dan 100mpbs untuk smart phone.Bila semak semula dalam website webe, dia kata 10GB untuk hotspot.Yang mana satu betul ni?? saya apply webe ni sebab unlimited hotspot dan internet untuk smartphone.Bukan sebab ada 10GB data.Kalau betul ada data, saya nak apply unifi dan terminate webe ni.

Unknown delete icon 01:34

30/01/2018#. Line webe masih slow . Tersangat slow. Terus E. Sedih.

Webe ni dekat putrajaya pun kadang2 line slow mcm siput. Dlu time nak beli kata rm79/sebulan, dah pkai 3bulan, bil sampai rm83 +gst. Kenapa boleh sampai rm83 sedangkan time beli org tu ckp rm79. Ada kwn sorang ni bil sampai rm100. Explanation please

Tanpa Nama delete icon 22:52

webe ni mcm mana ntah. masa saya dapat sim dan masukkan dalam hp xde line pun. bila call dia kata hp tu tak boleh guna dgn sim. suh belu hp yang lain. mane mau nye. ingat aku banyak duit ka

sy nk langgan webe postpaid..tp dh bis promosi...hm..kecewa..rmi yg nk langgan webe postpsid..tp tm bt prepaid webe....xbest..rm50..dpt 8gb..tu pun dibhgi kn.yg tbaik xox..ramai mmber2..bik prepaid 20gb..lps bis gna simcrd buang..ade yg xgna dh..problem..rugi byk tm..klu postpaid webe..org nk buang pkr byk kali..sy hrp..tm buka balik webe prepaid..rmi yg nk...org tm bgthu..

sape nk jual simcard webe postpaid bgthu sy...

Tanpa Nama delete icon 01:06

Line webe macam lahanat ! penipu jual line slow macam siput babi ! JANGAN GUNA WEBE !!!

Tanpa Nama delete icon 16:04

Yup btul tu bang..webe indah khabar dri rupa,lbih baik digi xunlimited pn tapi line laju..sy pgguna webe hmpir setahun,sebulan je ase nikmat,pastu mnyumpah je hari2..

Sy dah pakai WEBE tiga bulan.. Mcm menyesal plak, line xstabil, ada 4G pun line masih sangkut2... Mcm xberbaloi bayar bil bulan2..Bil pertama charge sampai RM120, pastu bln2 dalam RM83 - RM 84.. Mau terminate dh line WEBE nie.. Mcm harem..

Unknown delete icon 11:03

Maaf mencelah.... WEBE boleh hotspot tanpa bayaran! aku pengguna WEBE. Anak aku hotpsot guna line hdpone aku ke tablet dia sampai lebam... hujung bulan tiada charge tambahan... boleh dikatakan sebulan melebihi 5jam dia hotspot/tethering, aku tetap byr rm79 sblum GST... tiada charge tambahan.....

Unknown delete icon 22:26

Jangan langgan webe ni line macam siput.. Aku duduk area kl ni bukan duduk area kampung..

Tanpa Nama delete icon 08:38

So far xder masalah. Skrg ni dah RM99 sebulan/ Pun still OK. unlimites data. call & sms.

Mcm gini la, kalau beli kereta standard, nak itu ini begitu begini, nak kena tambahla ..

Manz delete icon 20:56

Saya dah port out webe. dan berjaya menggunakan ookyo. tetapi masalah utama.. webe masih menghantar bill.. sedangkan sudah portout. sekarang terima surat lawyer untuk jelaskan bill tertunggak. jadi, kepada yg mahir. sila kemukakan cadangan untuk selesaikan masalah ini. terasa macam kena scam ngn syarikat ni. servis tak memuaskan

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap