Sejak akhir-akhir ini, bukan menjadi suatu perkara yang pelik bila kita mendengar berita ada orang Melayu Islam yang melakukan perbuatan membunuh diri.
Begitu juga perbuatan membunuh orang lain dan orang yang rapat dengannya seperti anak-anak, isteri, saudara-mara malah ibu bapa sendiri.
Kenapa perkara ini berlaku? Adakah faktor masalah mental, gangguan emosi, makhluk halus, kemurungan atau apa sebenarnya?
Jika kita menuding jari kerana perbuatan makhluk halus semata-mata, kasihan makhluk tu... tak pasal-pasal kena fitnah ! Dia pun makhluk Allah SWT juga.
Sebab itu pengamal perubatan Islam yang soleh tidak akan sewenang-wenang menyeksa apatah lagi membunuh makhluk tersebut. Sebab mereka juga ciptaan Allah SWT yang dicipta untuk beribadat kepadaNya.
Punca Sebenar
Allah SWT telah berfirman;
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (QS. Adh-Dhariyat : 56)
Itulah jawapan atau punca sebenarnya. Bila manusia meninggalkan 'core bussiness' utamanya, iaitu telah lupa bahawa kita diciptakan adalah untuk beribadat atau mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Mengabdikan diri yang dimaksudkan di sini adalah menjadi hamba, taat dan patuh yang tidak berbelah bahagi kepada 'Tuan'nya.
Bila manusia sudah tidak berwatak sebagai seorang hamba, ingin bebas melakukan atau tidak melakukan apa sahaja maka dia akan terus bergelumang dengan dosa dan akan berputus asa kepadaNya.
Tingkatan Dosa Manusia
Justeru, ulama' telah membahagikan tingkatan dosa manusia itu kepada beberapa tingkatan mengikut kumpulan atau golongan manusia, iaitu;
- Nabi dan Rasul - Mereka bersifat ma'sum iaitu terpelihara daripada melakukan sebarang dosa, sama ada dosa kecil mahupun dosa besar yang boleh mengurangkan kemuliannya sebagai utusan Allah SWT.
- Orang Soleh - Mereka menganggap dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya. Sedikit melakukan kesilapan terus bertaubat dan memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT.
- Orang Biasa - Mereka selalu melakukan dosa dan bertaubat kemudian melakukan dosa lagi. Iman mereka kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang. Menyesal tetapi tetap mengulangi lagi dosa itu.
- Orang Fasiq - Mereka memandang remeh dosa yang dilakukan. Dosa dianggap seperti lalat yang hinggap dihidung sahaja yang boleh ditepis dengan mudah menggunakan tangan. Mula-mula rasa berdosa, bila tidak segera bertaubat akhirnya "alah bisa tegal biasa".
- Orang Munafik - Mereka langsung tidak merasa berdosa setiap kali melakukan dosa. Beribadat dan meninggalkan larangan Allah SWT hanya apabila dilihat oleh manusia. Tidak rasa berdosa menjadi orang munafik.
- Orang Kufur - Mereka bukan sahaja tidak merasa bersalah melakukan sesuatu dosa malah berbangga melakukannya. Berbangga meninggalkan perintah Allah SWT atau berbangga melanggar laranganNya. Menyanjung perbuatan maksiat dan menghina orang yang bertakwa.
Di golongan manusia manakah diri kita tergolong... Renung-renungkanlah...
Jangan Berputus Asa Untuk Bertaubat
Kita semua bukan golongan maksum... Kita hanyalah golongan insan lemah yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.
Namun sebesar-besar kesilapan orang yang melakukan dosa seperti berbohong, mencuri, berzina dan seumpamanya, bukanlah semata-mata kerana telah melakukan dosa besar tersebut tetapi dosanya yang paling besar ialah terus menerus melakukan dosa besar tersebut.
Janganlah putus asa dengan rahmat dan maghfirah dari Allah SWT. Janganlah sesekali merasakan diri begitu hina dan jijik, kotor sehingga tiada peluang lagi untuk mendapat keampunan Allah SWT.
Wahai sahabat yang dikasihi... Sekiranya kita telah melakukan sesuatu dosa besar, jangan kita asyik fikirkan akan betapa besarnya dosa yang telah kita lakukan tetapi fikirkanlah betapa besar lagi pengampunan Allah SWT kepada hambaNya.
Jika kita rasa sempitnya kehidupan ini, rasakanlah betapa Maha Luasnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT kepada kita selama ini.
Perkara terbaik yang perlu kita lakukan apabila telah melakukan sesuatu dosa adalah berhenti daripada melakukan dosa-dosa tersebut. Kembalilah kepada Allah SWT dan mohonlah rahmat dan keampunan Allah SWT.
Ingat dan percayalah... Pintu taubat sentiasa terbuka! Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun, Pengasih serta Penyayang. Bertaubatlah dan semoga segala dosa mendapat keampunan dariNya.
Wallahu A'lam.
dipetik dari whatsapp
8 comments - "Aku Berdosa - Jangan Putus Asa Untuk Bertaubat"
Amin...amin..amin...betul..Allah sentiasa rindu nak dengar permohonan taubat daripada kita..cuma kita terkadang sombong..
In Sha Allah.
Benar dah tak pelik orang islam bunuh diri dan membunuh.
Malam tadi buletin utama siarkan bapak bunuh anak.
Nauzubillah semoga di jauhkan.
amin..amin.
Insaf kejap bila baca entri nie.. sememangnya aku takut nak masuk neraka tapi layakkah aku masuk syurga.. hmmm
Terima kasih atas perkongsian ini
Semoga sentiasa bertaubat memohon keampunan Allah
Kena sentiasa bertaubat. Allah SWT suka.
Bersangka baik dengan Allah. Kena buat taubat selalu.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum