بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Akikah (Aqiqah) Anak Lelaki dan Perempuan: Tiada saat yang paling indah dapat digambarkan tatkala menerima kehadiran zuriat sebagai penyambung keturunan. Sebuah kelahiran yang amat disyukuri sebagai pengikat kasih sayang sebuah ikatan.

Ibu bapa punya tanggungjawab untuk memelihara dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang dan diberi nafkah serta ilmu secukupnya.

Bersyukurlah kerana anak yang soleh akan menjadi bekalan buat penyambung jariah kita di dunia ini apabila telah tiada kelak. Maka didiklah mereka sebaik-baiknya.

Apabila lahirnya seorang bayi maka bertambahlah umat Muhammad. Sebagai tanda rasa gembira dan bersyukur kepada Allah swt di atas kehadirannya, maka lakukanlah Akikah (Aqiqah) buat mereka.

Akikah (Aqiqah) Anak Lelaki dan Perempuan

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan iaitu bapa.

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:

عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى
Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.

Jumlah Binatang Aqiqah

Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.

Binatang seperti lembu, kerbau atau unta juga boleh di aqiqah dan dibahagikan kepada tujuh bahagian namun kambing lebih afdhal.

“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.” - [HR. Abu Daud]

Tempoh Masa Aqiqah

Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:

عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه”.
Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.

Namun sekiranya anak tersebut sudah baligh sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi.

Pada ketika itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini namun adalah lebih baik sekiranya dibuatkan korban untuknya.

Pembahagian Daging Aqiqah

Pembagian daging aqiqah ini dibahagikan sebagian kepada fakir miskin, anak yatim, saudara mara, jiran tetangga, mereka yang membantu dan juga boleh untuk dimakan sendiri.

Sebaik-baiknya daging aqiqah ini telah dipotong-potong atau dimasak terlebih dahulu sebelum ia dibahagi-bahagikan.

Aqiqah Secara Online

Pada zaman ini, teknologi telah memudahkan urusan termasuklah untuk melakukan Aqiqah. Ibadat Aqiqah kini boleh dilakukan hanya secara online. Bukanlah bermakna anda aqiqah secara maya...

Aqiqah secara online ini adalah sama seperti aqiqah yang anda lakukan sekiranya anda meminta orang membuat aqiqah untuk anda cuma segala urusan permohonan tersebut dilakukan secara online.

Apa yang menariknya, aqiqah tersebut dilakukan di negara luar dan kepada umat Islam yang benar-benar hidup susah dan memerlukan bantuan. Namun terpulang kepada anda untuk tentukan cara aqiqah yang anda mahukan.

Jika mahu lakukan Aqiqah secara online, disyorkan menggunakan perkhidmatan eQurban Resources Sdn Bhd kerana diyakini dan mengikut syariat.

eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing mereka sendiri. Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.

Tempahan kambing atau lembu tersebut akan sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha). Namun eQurban juga melakukan sembelihan di Malaysia.


Cara membuat tempahan Aqiqah eQurban

Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah berikut:
  1. Klik dan pergi ke halaman http://equrban.com
  2. Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
  3. Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
  4. Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
  5. Hantar borang tempahan.
Semua tempahan ini akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.

Tempahan Aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.

Harga tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut (tahun 2016):
  • 1 Ekor Kambing Indonesia = RM580 seekor
  • 1 Ekor Kambing Malaysia = RM800
  • 1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
  • 1 Bahagian Lembu Kemboja = RM350 satu bahagian
  • 1 Bahagian Lembu Malaysia = RM550 satu bahagian
Tempahan Akikah (Aqiqah)
EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
No. 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

3 comments - "Akikah (Aqiqah) Anak Lelaki dan Perempuan"

paridah delete icon 12:02

Salam jumaat beribadah aqiqah n qurban lakukanlah mengikut waktu yg ditetapkan mngharap reda-Nya insyaAllah

AQIQAH online? wahhh so canggih sekarang nie.

cik tom delete icon 18:04

ciktom dah beberapa kali amik bahagian korban dengan equrban..siap rekemen abg ciktom aqiqah anak dia yg sulung dgn equrban jgk..senang pun senang..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap