Bagi peminat SUV, kini Honda CR-V serba baru 2017 (Model Generasi ke-5) ini menampilkan rekaan baharu sepenuhnya dengan imej lebih prestij dan premium, berprestasi tinggi dan selesa!
SUV segmen C paling popular di Malaysia ini lebih besar, luas serta versetil dengan gaya yang ranggi dan sporty sebagaimana Honda Civic Baru sebelum ini!
SUV segmen C paling popular di Malaysia ini lebih besar, luas serta versetil dengan gaya yang ranggi dan sporty sebagaimana Honda Civic Baru sebelum ini!
“Honda CR-V baharu ini telah diolah rekaannya, memberikan lebih prestasi, ruang dan premium bersama penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan serta lebih bernilai berbanding sebelum ini,” ujar Jeff Conrad, Timbalan Presiden Kanan dan Pengurus Besar Honda.
All New CR-V
Setiap kali model baru diperkenalkan, sudah pasti ada pelbagai perubahan serta kemajuam teknologi baru diperkenalkan. Antara peningkatan dan rekaan terbaru Honda CR-V 2017 (Exterior dan Interior) ini adalah:- Jarak antara roda bertambah kepada 2,660mm berbanding 2,620mm pada generasi sebelumnya
- Gril krom yang lebih besar pada bahagian hadapan (dengan Automatic Shutter Grille System pertama dari Honda)
- Lampu utama LED sepenuhnya
- Mengetengahkan gaya Solid Wing Face ciptaan Honda.
- Bar krom ditambah di belakang
- Corong ekzos berkembar dengan lingkaran perak.
- Pintu Belakang Bukaan Berkuasa Bebas Tangan (Hands-Free Access Power Tailgate).
- Sistem audio dengan paparan skrin sentuh 7.0-inci berasaskan Android baharu turut ditampilkan, bersama sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
- Penghawa dingin dwi-zon,
- Panel instrumen dengan skrin berwarna.
- Pencahayaan ambien LED,
- Brek parkir elektronik
- Port bagi USB untuk penumpang belakang
Prestasi & Enjin
Bagaimana dengan kuasa, pemanduan dan enjin? Tidak sekadar hanya rekabentuk luar dan dalaman yang berubah, sudah semestinya SUV Honda HR-V Baru 2017 ini turut mendapat suntikan terkini di bawah hudnya!Ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo, buat pertama kalinya diadaptasikan buat CR-V. Unit suntikan-terus DOHC ini menerima lonjakan kuasa berbanding Civic FC di mana mampu menghamburkan kuasa sehingga 190 hp pada 5,600 rpm dan tork 243 NM antara 2,000 hingga 5,000 rpm.
Melalui enjin pengecas turbo ini, ia memberikan penjimatan bahan api paling efisien yang sama kelas dengan SUV kompak. Ia didorong oleh kerangka yang lebih aerodinamik serta padanan gear CVT yang mampu menawarkan “prestasi yang lebih responsif”.
Berkuasa tetapi tetap memberikan penjimatan minyak yang terbaik! CR-V turbo ini turut menampilkan elemen terkini termasuk sistem Remote Engine Start yang juga ada pada Honda Civic Baru.
Turut ditawarkan adalah enjin 2.4 liter suntikan-terus i-VTEC, dengan kuasa 184 hp pada 6,400 rpm dan tork 244 Nm pada 3,900 rpm. Walau bagaimanapun, motor naturally-aspirated ini hanya untuk model spesifikasi asas sahaja.
Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan gear transmisi CVT bersama Honda G-Shift control logic.
Video ulasan SUV Honda CR-V Baru 2017 (Generasi ke-5)
Spesifikasi Keselamatan
Honda CR-V 2017 akan menerima kit keselamatan termaju Honda Sensing dan bantuan pemanduan. Teknologi ini kini ditawarkan untuk semua tetapi bagi model asas (enam beg udara dan kawalan kestabilan elektronik secara standard).
Antara spesifikasi canggih yang ditawarkan melalui Honda Sensing ini adalah:
- Pengurangan Brek Perlanggaran (CMBS)
- Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dengan keupayaan mengesan pejalan kaki,
- Road Departure Mitigation (RDM) dengan Amaran Ketibaan Laluan (LDW),
- Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC) dengan kelajuan rendah
- Bantuan kekal Lorong (LKAS).
- Informasi Titik Buta (BSI),
- Pemantaua Lintasan Trafik Belakang (CTM)
- Lampu Tinggi Auto (HSS)
Ulasan Perbandingan
Jika dilihat secara kasar, keseluruhan rekaan luaran Honda CR-V 2017 Generasi ke-5 ini masih mengekal dna rekabentuk Generasi ke-4. Kelihatan rekaan D-pillar CR-V yang menegak ke atas masih diguna pakai, cuma mengetengahkan lampu belakang secara melintang.Rekaan hadapan pula menampilkan rekaan identiti Honda terkini sejak dari model HR-V. Manakala dari belakang masih menampakkan ciri-ciri SUV Volvo.
Beberapa penambahbaikan dari pelbagai sudut memberikan Honda CR-V 2017 ini tampak lebih besar, mewah dan berprestij berbanding sebelumnya.
Berikutan penambahan saiz, maka CR-V Terbaru ini mampu memberikan lebihan ruang yang luas bersama rekaan dalaman paling tinggi dalam kelasnya serta menawarkan ruang kaki tempat duduk belakang yang terbaik.
Namun begitu, CR-V 2017 masih mengekalkan kapasiti untuk 5 orang dan sudah pasti ianya memberi keselesaan paling optimum kepada semua penumpang!
Honda CR-V Malaysia
Tampak hebat dan menarik Honda CR-V 2017 serba baru ini. Namun jika ada yang berminat... Ianya hanya baru sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat. Kemungkinan besar pada pertengahan tahun 2017 akan memasuki pasaran Asean.
Seperti biasa, negara Thailand akan menjadi negara Asean pertama mendapat model baru ini. Hanya beberapa bulan selepas itu barulah ia akan memasuki pasaran Malaysia.
Sudah tentu juga akan ada sedikit perbezaan dari sudut rekabentuk dan spesifikasi yang ditawarkan oleh Honda mengikut kesesuaian pasaran di Asean.
Honda CR-V 2017 ini juga sudah pasti akan terus menerajui segmen SUV kelas C kerana ianya cukup digemari dan diyakini oleh rakyat negara ini. Tambahan pula dengan rekabentuk dan peningkatan teknologi termaju yang ditawarkan oleh Honda menjadikan pesaingnya terus ketinggalan.
sumber info: paultan.org
8 comments - "SUV Honda CR-V Baru 2017 (Generasi ke-5)"
Wah! Sudah ada CR-V Baru! Cantik sekali bentuknya. Mewah pula kat dalam... Tapi hanya mampu bermimpi untuk memilikinya, huhu
nice sharing
Cantik kereta ni. Boleh start buat simpanan bagi yang nak milikinya.
Nampak lebih garang dan kemas. Cantik yang model baru ni.
Smart . Mcm honda civiv ada honda br-v pon ada
Smart cr-v baru ni . Mcm honda civic ada honda br-v pon adaaa. Cuma pengecas turbo tu mcm mna ? Tak phm. In english TC turbocharge . Mcm mana tu ?
Cun...tp xdan lg nk beli
berapa harga?
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum