Sunway Hotel; Tempat Penginapan Terbaik di Lembah Klang - Terdapat beberapa buah Sunway Hotel di negara kita. Kebanyakannya terletak di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur, manakala ada juga yang terletak di bandar-bandar utama lain seperti di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Tambun, Ipoh.
Walaupun terletak di Lembah Kelang, Sunway Hotel amat popular dan terbaik sebagai tempat penginapan mahupun percutian yang serba lengkap termasuklah kemudahan pusat membeli-belah yang berhampiran serta hiburan dan rekreasi yang hanya dalam satu tempat.
Terkenal dengan hospitaliti yang mengagumkan, sememangnya Sunway Hotel adalah tempat penginapan yang menyediakan perkhidmatan terbaik sehinggakan mendapat maklum balas yang positif dari pengunjung terhadap pengalaman penginapan mereka di sini.
Daripada reka bentuk bangunan, landskap, hiasan dalaman, layanan staf, kemudahan serta juadah yang dihidangkan, ianya telah dirancang dan disediakan secara profesional, teliti dan rapi demi menjamin kepuasan serta kualiti terbaik untuk pengalaman penginapan yang hebat buat semua pengunjung.
Sunway Hotel bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat dengan kemudahan kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik!
Sunway Putra Hotel
Nama Sunway Putra Hotel tidak perlu diperkenalkan lagi. Hotel yang betul-betul berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini terletak bersebelahan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pusat membeli-belah terkenal, The Sunway Putra Mall.Selain itu, lokasinya yang hanya 45 minit dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) serta mempunyai akses pengangkutan awam yang serba lengkap seperti LRT, monorel dan komuter telah menjadikan ia sebagai tempat penginapan paling sesuai bagi mereka yang sedang menikmati percutian bersama yang tersayang atau dalam business trip.
Bukan itu saja, kedudukannya yang hanya beberapa minit dari tempat tarikan pelancong seperti KLCC, Masjid Negara, KL Bird Park dan macam-macam lagi juga membuatkan ianya menjadi salah sebuah tempat penginapan yang paling ideal di ibu kota.
Terdapat pelbagai jenis bilik yang disediakan di sini mengikut citarasa dan kehendak pengunjung seperti bilik standard superior dan delux manakala bagi yang inginkan penginapan mewah, club room dan suite merupakan pilihan yang paling sesuai.
Selain dari keperluan asas, bilik-bilik di sini juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan hiburan untuk menambahkan mood berehat anda dan diantaranya adalah TV Led, Wifi percuma serta saluran satelit antarabangsa.
Kemudahan dobi 24 jam serta kemudahan in-room dining pasti akan membuatkan anda berasa selesa seperti berada di rumah.
Bagi mereka yang sedang mencari venue yang sesuai untuk menganjurkan seminar atau majlis perkahwinan atau sebarang majlis peribadi yang lain, Sunway Putra merupakan pilihan yang terbaik kerana selain terdapatnya ball room dan bilik mesyuarat yang besar dan selesa.
Ia juga menawarkan pakej yang berpatutan mengikut kehendak dan majlis anda agar ianya menjadi satu kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan.
Sunway Resort Hotel Spa
Bagi mereka yang inginkan percutian yang dipenuhi dengan keseronokan dan hiburan di taman tema, Sunway Resort Hotel Spa merupakan destinasi percutian yang terbaik dan paling tepat!Seperti juga hotel-hotel lima bintang lain di Lembah Klang, Sunway Resort Hotel Spa yang terletak bersebelahan Sunway Convention Center ini juga mempunyai daya tarikan serta keunikannya yang tersendiri.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu gerbang, anda akan disambut oleh dekorasi landskap yang sungguh luarbiasa keindahannya! Patung-patung hiasan yang sangat unik bersama air terjun yang sangat tenang pasti memukau pandangan!
Hiasan dalaman di sini menggambarkan konsep resort ini yang sangat istimewa, lain daripada yang lain. Ia pasti menjanjikan satu pengalaman baru yang indah apabila anda menginap di Sunway Resort Hotel Spa.
Apa yang lebih menarik... di sini terdapatnya lebih kurang 15 restoran, kafe serta bar! Maka anda tak perlu berjalan jauh untuk merasai pengalaman kulinari yang terbaik dengan pelbagai pilihan citarasa!
The Mandara Spa pula menjanjikan pengalaman rawatan yang lengkap dan sempurna bagi anda yang ingin merehatkan tubuh badan yang lesu. Terdapat pelbagai jenis rawatan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki disediakan. Anda pasti akan pulang dengan lebih bertenaga!
Tidak lengkap penginapan di Sunway Resort Hotel Spa jika tidak ke Sunway Lagoon yang hanya beberapa langkah dari bangunan hotel. Sunway Lagoon merupakan taman tema terbaik yang menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Pelbagai permainan dan hiburan disediakan sama ada di dalam air mahupun di darat.
Bagi anda yang tidak sempat menempah Sunway Lagoon ticket, jangan risau. anda boleh berbuat demikian di resort ni sebab terdapat pakej yang menarik dan berpatutan ditawarkan di sini.
Bersebelahan dengan hotel terletaknya Sunway Pyramid, iaitu pusat membeli belah yang popular dan serba lengkap untuk anda berbelanja, berhibur dan menjamu selera. Di sini juga terletaknya pusat ice skating pertama di Malaysia!
Maka tidak dapat dinafikan lagi, Sunway Resort Hotel Spa adalah tempat terbaik untuk penginapan dan percutian lengkap anda di Lembah Klang. Segalanya ada di sini!
Promosi Hebat Sunway Hotel
Walaupun kebanyakan Sunway Hotel dikategorikan sebagai hotel lima bintang, anda tidak perlu risau kerana anda masih mempunyai peluang untuk merasai pengalaman bermalam di sini!Apa yang perlu anda lakukan hanyalah muat turun aplikasi Traveloka secara percuma untuk menikmati promosi hebat yang ditawarkan oleh Sunway Hotel. Lagi berbaloi sekiranya anda menempah bilik pada hujung minggu sebab terdapat weekend promo, jadi anda berpeluang mendapat diskaun berganda!
Di Traveloka, anda dijamin tiadanya sebarang caj tersembunyi dikenakan dan sebagai kemudahan, selain dari kad kredit, anda juga boleh membuat pembayaran melalui IBG online banking. Muat tirun aplikasi ini sekarang!
5 comments - "Sunway Hotel Penginapan Terbaik di Lembah Klang "
seronoknya kalau dpt menginap di hotel mewah begini
Dah dekat sangat dengan saya! Sekalk sekala best juga gateaway dekat :) jimat semua benda kan.
Bawah Sunway Hotel ni pun ade mall.
Terima kasih tuan dengan maklumat ini. Hotel ini memang menarik dengan kemaskini dan kemudahan yang mewah. :D
Perkongsian yang berguna. cantik hotel ni.
Bila bercuti di KL hotel macam ni menjadi pilihan.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum