بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Proton Ertiga VS Perodua Alza: Pasaran MPV di Malaysia menjadi semakin meriah dan sengit apabila Proton melancarkan MPV Kompak segmen B - Proton Ertiga yang bersaing dengan Perodua Alza, Toyota Avanza & Sienta serta Nissan Grand Livina

Sudah pastinya MPV Perodua Alza dan Proton Ertiga akan menjadi perbandingan utama berikutan kedua-duanya adalah keluaran industri automotif tempatan.

Kali ini persaingan kedua-dua produk nasional ini agak seimbang berikutan MPV Perodua Alza merupakan model rebadge Toyota Passo Sette MPV manakala MPV Proton Ertiga adalah model rebadge Suzuki Ertiga MPV.

MPV Kompak Proton Ertiga VS Perodua Alza

Kedua-dua model MPV kompak ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang sendiri. Perbandingan ini memperlihatkan akan rupabentuk serta spesifikasi bagi model Proton Ertiga Premium vs Perodua Alza Advanced yang merupakan varian tertinggi setiap model tersebut.

Alza VS Ertiga

Berikut adalah perbandingan bagi Proton Ertiga vs Perodua Alza yang membandingkan harga, spesifikasi (spec) enjin, sistem, saiz, prestasi, keselamatan, eksesori, keselesaan, rekabentuk keseluruhan, kelebihan serta kekurangan.

Perbandingan Harga (OTR termasuk insuran):
  • Perodua Alza Advanced 1.5L AT - RM65,432.00
  • Proton Ertiga Executive Plus 1.4L AT - RM65,000.00 (estimated)

Proton Ertiga Executive +
Perodua Alza Advanced
Spesifikasi Enjin, Sistem & Saiz
Enjin
K14B DOHC VVT
3SZ-VE DOHC DVVT
Displacement
1,373cc
1,495cc
Kuasa Max
95hp/6,000rpm
104hp/6,000rpm
Max Torque
130Nm/4.000rpm
136Nm/4400
Transmisi & Pacuan
Automatik 4-kelajuan (FWD)
Automatik 4-kelajuan (FWD)
Saiz (P x L x T)
4,265 x 1,695 x 1,685mm
4,205 x 1,695 x 1,620mm
Jarak Roda
2,740mm
2,750mm
Tangki Minyak
45 liter
42 liter
Berat
1,180kg
1,160kg
Fuel Distribution System
Multipoint Injection (MPI)
Electronic Injection (EFI)
Turning Radius
5.2m
5.2m
Suspensi Hadapam
MacPherson Strut with Coil Spring
MacPherson Strut with Coil Spring
Suspensi Belakang
Torsion Beam with Coil Spring
Torsion Beam with Coil Spring
Sistem Brek Hadapan
Ventilated Disc
Ventilated Disc
Sistem Brek Belakang
 Trailing Drum
Trailing Drum
Sistem Steering
Electrik Power Steering + Tilt
Hidraulic Power Steering + Tilt
Penjimatan Minyak
6 liter/100km
7.9 liter/100km (estimated)
Jumlah Tempat Duduk
7 orang
7 orang
Saiz but bagasi
113 liter
208 liter
Spesifikasi Keselamatan
Air Bag
Dual Airbags
Dual Airbags
Side Impact Beam
Yes
No
Driving Handling
ABS, EBD
ABS, EBD, BA
Anti-Theft
Alarm and Immobiliser
Alarm and Immobiliser
ISOFIX
Yes (2nd Row Seat)
Yes (2nd Row Seat)
Reverse Camera
Yes
Yes
Reverse Sensor
Yes
Yes
Spesifikasi Aksesori & Keselesaan
Audio
Touchscreen with Navigation
Multimedia System with Navigation
Multi-info display
Yes
Yes
Key System
Keyless Entri 
Manual Key
Power Window
All door windows
All door windows
Cup/Bottle Holder
7
8
Aircon Air Vent
Front + Rear
Front
Front Seat
Seat Height Adjuster
Seat Height Adjuster
2nd Row Seat
Foldable with One Touch Mechanism (60:40), Reclining & Sliding
Foldable (50:50), Reclining & Sliding
3rd Row Seat
Foldable (50:50)
Foldable (50:50)
Side Mirror
Electric Side Mirror with Side Turn Signal
Electric Side Mirrow with Side Turn Signal
Headlamp
Halogen Reflector
Projector
Front Foglamp
Yes
Yes
sumber: http://www.perodua.com.my/ & http://www.suzuki.co.id/automobile.html
Note: Perbandingan ini berdasarkan spesifikasi Suzuki Ertiga di Indonesia dan akan dikemaskini setelah pelancaran rasmi Proton Ertiga pada penghujung Oktober 2016 nanti..Namun pelancaran tersebut telah ditunda kepada minggu ketiga bulan November 2016.

Ulasan Perbandingan

1. Spesifikasi Enjin, Sistem, Saiz & Prestasi

Jelas perbezaan ketara di mana Perodua Alza menggunakan enjin berkapasiti sedikit besar dari Proton Ertiga lalu menghasilkan power & torque yang lebih. Ini memberikan kelebihan buat Perodua Alza sebagai sebuah MPV.

Kelebihan enjin Proton Ertiga pula adalah dari sudut pengunaan minyak yang sangat baik (mencapai status penarafan EEV) Begitu juga dengan saiz luaran, Proton Ertiga ternyata lebih besar dan berat berbanding Perodua Alza walaupun jarak antara rodanya sedikit pendek. 

Sudah pasti kelebihan Proton Ertiga akan dibayangi oleh kuasa enjinnya yang rendah berbanding Perodua Alza terutama dari sudut kuasa pecutan dan pendakian apabila ianya di isi penuh dengan penumpang dan barangan.

Namun hanya dengan memandu uji sahaja dapat menilai akan kuasa sebenar Proton Ertiga ini. Kelihatan seperti situasi yang terbalik dari model-model sebelum ini antara Proton dan Perodua!

2. Spesifikasi Keselamatan

Tiada yang mengujakan bagi kedua-duanya dari sudut spesifikasi keselamatan ini. Hanya meletakkan keperluan asas untuk menjadikan ianya sedikit selamat. 

Persaingan yang setara namun sedikit pelik apabila Proton tidak mengambil peluang untuk menambah spesifikasi keselamatan yang lebih pada MPV Ertiga kerana Proton kini sudah mula diyakini dari aspek keselamatan, maka sewajarkan dijadikan penanda aras pada semua model-model baru keluarannya.

3. Spesifikasi Aksesori dan Keselesaan

Aksesori yang ditawarkan pula adalah amat baik bagi kedua-duanya. Tiada perbezaan yang besar mahupun terlalu hebat. Semua yang diperlukan untuk sebuah MPV yang lengkap disediakan. Cuma Proton Ertiga lebih advance sedikit kerana menggunakan keyless entry.

Namun perbandingan dari sudut keselesaan, perbezaannya amat jelas. Kelebihan Ertiga pada saiz yang sedikit besar telah memberikan lebih ruang berbanding Alza.

Berikutan itu ia dapat memberikan tempat duduk barisan ketiga yang jauh lebih selesa walaupun untuk orang dewasa berbanding Perodua Alza yang lebih sesuai buat kanak-kanak.

Selain itu, corong penyaman udara untuk penumpang belakang adalah kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh Perodua Alza dan ianya amat diperlukan bagi cuaca seperti di Malaysia.

Walaupun saiznya sedikit kecil tetapi ruang but bagasi Perodua Alza besar sedikit berbanding Proton Ertiga. Kedua-duanya juga menggunakan kerusi yang boleh di lipat (barisan kedua dan ketiga) untuk meluaskan lagi ruang bagasi sekiranya perlu.

MPV Kompak Proton Ertiga VS Perodua Alza - interior

4. Rekabentuk Luaran dan Dalaman

Dari sudut rekabentuk luaran, kedua-duanya menggunakan rekaan yang hampir serupa. Cuma rekaan lampu (hadapan dan belakang) serta grill hadapan mengubah bentuk yang menonjolkan identiti yang berbeza.

Terlalu subjektif namun mengikut pandangan peribadi, rekaan lampu hadapan dan belakang Perodua Alza tampak lebih menarik, terkini dan moden berbanding Proton Ertiga yang agak besar dan konvensional.

Bahagian dalaman pula, rekaan dashbord begitu ketara sekali perbezaannya. Kedua-duanya memberikan rekaan yang kemas dan moden namun Perodua Alza menawarkan suatu kelainan yang menjadikan ia sangat unik iaitu panel meter ditengah, kerusi hadapan bercantum serta kedudukan gear di dashboard.

Kedua-dua rekabentuk luaran dan dalaman MPV ini secara keseluruhannya kemas dan sesuai bagi sebuah MPV Kompak. Ianya mampu memenuhi citarasa semua golongan dan juga peringkat usia.

MPV Kompak Proton Ertiga VS Perodua Alza - Exterior
Perodua Alza vs Proton Ertiga - Exterior
MPV Kompak Proton Ertiga - Interior
Proton Ertiga - Interior
MPV Kompak Perodua Alza - Interior
Perodua Alza - Interior

Pilihan Di Tangan Anda

Setelah melihat perbandingan ini boleh disimpulkan bahawa kedua-dua MPV kompak ini begitu rapat sekali persaingannya.

Perodua Alza walaupun sedikit kecil serta tewas dari sudut keselesaan namun memberikan lebih kuasa enjin dengan rekaan yang moden dan menarik luar serta dalaman.

Proton Ertiga pula amat selesa dan menawarkan ciri-ciri terkini serta menjimatkan (Status EEV) namun kekurangan kuasa enjin yang digunakan menyebabkan ia gagal untuk memenangi persaingan ini secara total.

Perodua Alza yang sudah berada di pasaran sejak tahun 2009 masih menguasai pasaran MPV tempatan namun dengan kehadiran Proton Ertiga ini pasti akan menggangu gugat jualannya. Persaingan sengit ini pasti akan merancakkan industri automotif negara.

Mana satukah pilihan MPV kompak pilihan anda? Perodua Alza atau Proton Ertiga? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan maka pilihlah mengikut keperluan dan citarasa anda.

Semoga perbandingan ini dapat memberi sedikit informasi asas untuk membuat penilaian awal namun sudah pastinya pandangan setiap orang itu berbeza maka pastikan anda memandu uji kedua-duanya terlebih dahulu untuk penilaian dan keputusan yang lebih tepat!

89 comments - "MPV Kompak Proton Ertiga VS Perodua Alza"

Tanpa Nama delete icon 23:12

Tidak begitu banyak bezanya cuma Alza dah terlalu lama di pasaran... Boring!

Macam tertarik sangat dengan ERTIGA ni!!

Ertiga design tak cantik seperti Alza

Zool delete icon 22:24

Tempat duduk ketiga Alza hanya muat budak kecil belum sekolah. Tempat duduk ketiga Ertiga macam Avanza, Rhondo dan Livina, boleh muat budak sampai sekolah menengah rendah. Kalau tempat duduk ketiga Exora boleh muat orang dewasa.

Nampak menarik kedua-dua kereta ni. Ada kelebihan tersendiri.

Boleh nak pandu uji keduanya dulu bila nak pilihan yang lebih tepat.

paridah delete icon 11:31

Dah buat perbandingan bolehlah pilih yg mana berkenan

kalau nak beli..baik pandu uji duku kedua-duanya..baru tahu sndiri perbezaan..

Tanpa Nama delete icon 06:28

Tujuan mpv sebenarnya utk keselesaan bukan utk prestasi..
Jadi better ertiga.. luas sikit.. dan 2nd row aircond.. kan..

Tanpa Nama delete icon 06:16

alza terbaik la

Zool delete icon 00:49

Setelah melihat Ertiga, Ertiga terbaik. Boleh muat 6 dewasa dan 1 kanak-kanak berbanding Alza 5 dewasa dan 2 kanak kanak belum sekolah.

ctie delete icon 08:59

bagaimana pula dengan alat2 alat ganti.. adakah Suzuki mudah didapati dah murah atau alza lebih baik..

Tanpa Nama delete icon 11:01

Dri segi horse power alza win. Boleh msuk sportrim besar skit alza, jimat myak ertiga, bonet besar alza,lampu terang alza,aircond slesa ertiga tpi 2 r cm zool ckp tmpt dduk ktiga alza mmg smpit bgi yg fmily anak rmai nk slesa antara alza n ertiga baik ertiga juz klau mpv dri jnama lain bwah 1.6cc better avanza juz enjin than lsak livina. Alat2 gnti suzuki ni jnama jepun msih murah juz part mybe xbyak coz kluaran baru tpi msih boleh kacuk ngn mpv suzuki lain.

Tanpa Nama delete icon 08:33

Bagus kedua2 enjin timing chain. Tapi Warna tempat duduk er3 jadi gelap mcm Alza/Exora baru cantik

huda delete icon 08:41

saye pun tengah pertimbangkan mane satu, ingat nak tukar kete, even design alza lagi menarik hati, tapi ertiga ade aircond kat tengah tu sangat best, sebab ade yg ckp kat tempat duduk belakang skali panas alza la...

Unknown delete icon 12:44

Third row seat Ertiga boleh muat org dewasa dgn selesa, Exora hanya sesuai untuk budak kecil shj.

Suraidi bin Halim delete icon 11:42

Alza ezi automatic terbaik .sehingga sekarang sudah 5 tahun tiada sebarang masalah. All the best....

ALZA ALL THE BEST

Tanpa Nama delete icon 20:22

Ada sikit tak betul spec Ertiga dari segi accessories, tiada touch screen dan keyless entry. Amat kesal tiada multifunction screen pada Ertiga. In zaman apa masih main CD? Ini mpv, biasa bawa kanak kanak. Tak heran kalu nak tomtom DVD dari multifunction Display. Lagi pun proton kalu best Padang reverse camera, buntut panjang dan sudah nak reverse parking.
Saya rasa Mahal proton ertiga.Saya rasa sepatutnya kurang dari RM60K baru tepat harga jualanya. Kalu high spec dalam lingkungan Rm58K, saya tengah satu Niki...

Tanpa Nama delete icon 12:04

Er3 tiada touch screen dan tiada Keyless entry!!! Warna tempat duduk tak elok, Alza lagi best, lagi power dan bernilai...

Tanpa Nama delete icon 22:13

Alza hanya boleh duduk 5 orang dewasa, Ertiga 6 orang dewasa, Exora 7 orang dewasa. Exora ada Vehicle Stabilizer Control (VSC) elak terbabas. Exora the best, kedua Ertiga. Saya berpendapat Alza sebenarnya macam mini station wagon itu sebab seat ketiga teralu kecil.

Unknown delete icon 16:06

Nak besar beli vellfire

ertiga ..macam best.. nk kena try pandu uji ertiga. Namun design alza lebih cantik dari ertiga. Ertiga macam untuk golongan veteran jer.opsss

Unknown delete icon 18:10

setuju. ertiga maybe focus dkat family2 yang dah owner dah 40an. utk org muda sesuai dgn Alza..join kelab alza lpas tu modified....perghh

Tanpa Nama delete icon 16:53

Tak boleh nak komen Ertiga sebab tak pernah drive lagi. Alza? mmmm.... rasanya tak layak dipanggil MPV. Pakai Alza lebih kurang 1 tahun, anak-anak komplain sebab kereta sedan sebelum Alza lagi luas dan selesa. Sekarang pakai Livina tapi macam nak tukar Ertiga lah pulak.

Tanpa Nama delete icon 22:39

Alza ke Ertiga..Alza ke Ertiga..????
Tgh pkir mana satu pilihan yg btol nk amik, harga pun mampu milik

Tanpa Nama delete icon 14:52

Ertiga lagi selesa.

Unknown delete icon 14:57

Aduhai....mana satu nk bli ni...ertiga ke alza....pening la...

bee delete icon 15:11

Dua -dua baik. Tp saya berpendapat yang terbaiknya Ertiga. Sbb sudah diketahui. Tp walaumacamanapun tepuk dada tanya selera.

Unknown delete icon 10:24

prestasi ketika mendaki bukit...? selalu jln jauh & main jln bukit...
alza @ er3...? ermmm

Unknown delete icon 23:19

Ertiga Tidak ada reverse camera

azrul delete icon 23:07

mahal sgt ertiga,tp kereta malaysia mmg mahal....

Unknown delete icon 16:20

Bagi mereka yg profesional dlm kejuruteraan akan pilih ertiga kerana teknologi kejuruteraan suzuki adalah terbaik.. Begitu juga dari segi pengendalian..

Mpv klon tiada yang istimewa sangat...
Semuanya taktik penjajah..

Ahh xpenting semua tu. Yg penting pnmpg blkg selesa ddk Dan tak panas. Enjin beza sikit2 jer. Nk bwk lju2 cri kete lain. Ni tukar fmly relax2 sudah. Mmg bulan byr lebih kurang tp minyak tak sama. Kos jadi mudah dn org slightly tak memekak ckp panas. Nk risau apa enjin Suzuki tu... Er3 mmg terbaik sangat2. Aksesori mmg Alza menang. Tak penting kot.

Azman delete icon 08:11

Sy pernah memiliki alza dan sekrg bertukar ke ertiga.. perbezaan paling ketara adalah keselesaan.. ertiga lebih selesa senyap dan jimat petrol dari alza lama sy dulu... pickup agak kurang bila mencapai 40km baru terasa kuasa nyer.. naik genting ertiga memang terbaik dgn rpm 2500 shj cukup utk mendaki genting dgn gear D shj... ruang barang ertiga lebih practical dan lebih luas dari alza lama sy.. yg tak best dlm ertiga ni cuma warna beige yg cerah, perlu sarung seat jika taknak nampak kotor,.. handling ertiga jauh lebih bagus dari alza... biarpun rupa ertiga ni biasa2 je.. tapi keselasaan dan lebih jimat minyak dari alza.. better buy ertiga.. yg penting anak2 duk belakang tak mengadu panas.. lagi2 bila kita park kereta diopen car park.. tinted mahal pun tak jalan beb..

Azman delete icon 08:13

Setuju.. masa sy pakai alza.. anak2 asik mengadu kuatkan aircond.. now dah pakai ertiga.. takde lagi mengadu panas.. adjust je speed aircond belakang tu..

Tanpa Nama delete icon 10:10

Apa susah, amik je Exora, amat selesa... pergi test drive Exora (kereta buatan anak tempatan sebenar). (ps. Alza juga klon Daihatsu)

Tanpa Nama delete icon 11:36

macam best he ertiga..tp nak ambik kena tambah hutang la

Tanpa Nama delete icon 14:39

ertiga la syiok

Saya ada ramai kawan miliki Exora.Semua epi je.Tak de masalah.Luas dan selesa.Paling penting aircond terbaik.Cuma bunyi enjin agak bising.Itu memang sinonim dengan kebanyakan model proton sebelum ni.Alza memang selalu kawan-kawan merungut barisan belakang panas.Ruangan tempat duduk ke tiga Alza memang sempit.Hanya sesuai untuk kanak-kanak.Lebuh kurang dengan Nissan Grand Livina pada pandangan saya.Ertiga saya lihat sangat memenuhi keperluan masa kini.Enjin EEV yang efisien,Ruang yang luas menjadikan sangat berbaloi untuk dimiliki.Kuasa enjin bukan masalah.MPV adalah konsep famili.Pemanduan santai dan selesa.Kalau nak pecut carilah kereta.Kalau mampu belilah ALPHARD atau MPV sekelas dengannya.Kalau tidak Ertiga jawapannya.

Unknown delete icon 08:54

Ertiga la best ada aircond belakang...yang penting selesa..

Zairul369 delete icon 00:13

Fuhhh. Susah gak nk memilih mpv bajet ni. Masing2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi lah pembeli yg bijak. Exora mmg terbaik tp bab dlm cabin tu bunyi bising gak. Er3 mmg mpv utk keselesaan bukan kelajuan berbanding exora bolt turbo. Alza plak lemah kat air cond blkg. Kalau sangkut jem time raya cina ipoh-kl 7jam nangis org Yg duk blkg kepanasan. Yg naik proton exora dan er3 senyum jer. Kalau dah jalan jem kelajuan tu xpenting. Kalau slalu guna highway ke utara skrg ni sabtu ahad xde public holidays pun kater byk.so laju2 nk pi mana dah nama pun family car mpv.aku pilih ertiga utk beralih ke mpv bajet. Sekian.huhuhu

Tanpa Nama delete icon 11:43

Hakikatnya majoriti yg bli kndraan lbh utanakn bentuk. Proton dh lama d pasaran tp bab ini sy musykil. Bnyk dh kreta proton yg bermasalah dlm bab ni.

Ada spa2 pkai toyota sienta tak? Mcm mana eh..? Kot boleh share perbandingan

Tanpa Nama delete icon 15:14

Saya utamakan keselesaan dan keselamatan. Ada VSC?

Mohd delete icon 07:23

Selesa lagi ertiga yer

razif razbuckz delete icon 00:44

saya agak kecewa pada proton ertiga ni sbb masih menggunakan panel konsul yg agak ketinggalan, tiada reverse camera.seat pula jenis fabric.bukankah lebih baik gunakan seat kulit. tahan lasak n tak mudah kotor. yang lain2 ertiga is da best.

Tanpa Nama delete icon 12:05

Bagi keselesaan sy pilih ertiga. Proton terbukti dengan aircond yang sejuk dan handling yg terbaik. Tak caya tanya la yg pernah pakai proton. Selekoh terbaik.Bagi lebih pecutan dan modikasi mudah sy pilih alza. Perodua terbukti dengan enjin yg baik dan sistem modikasi yg mudah.cuma Air Cond je tak sampai ke belakang. So anda pilih keselesaan pemanduan Atau pecutan dan modifikasi

Unknown delete icon 16:12

Conpius nk plh yg mn..ertiga, grand livina, avanza, jazz huhu

Unknown delete icon 16:13

Conpius nk plh.ertiga, avanza, grand livina, jazz? Huhu

Tanpa Nama delete icon 13:33

Best sekali ialah Exora, turbo dgn 138 kuasa kuda, ada Vehicle Stabizing Control, Auto Cruise set hadlaju, semua disk break, boleh isi 7 orang selesa, ada TV LCD dgn DVD player, air cont row 2 dan 3, leather seat, LED DRL, reverse kamera, lampu fog belakang dan besi dari ultra high tensile steel, juga 4 air bags.

Tanpa Nama delete icon 13:19

Terima kasih atas info tersebut.

Unknown delete icon 10:29

Kancil pun ok

Tanpa Nama delete icon 11:52

saya naik bas jek

Tanpa Nama delete icon 15:25

Naik bas pun bagus, ada pemandu. Tak pening nak parking kereta.

Tanpa Nama delete icon 19:02

Proton win dengan 5 tahun free service jimat poket

rumusan dari komen2 anda...akhirnya saya jatuh hati pada ertiga..minggu depan nak boking ertiga..oyeehh

Tanpa Nama delete icon 21:19

3rd row ertiga dewasa pun blh duduk dgn selesa. Aircond utk org blkg ada. Tp xsesuai utk yg suka pecut. Utk pemanduan biasa2 sgt2 recommended ertiga. Myk jimat. Seat better than alza. Sblm ni naik alza, skrg tukar ke ertiga. Bodykit ertiga pun dh ada.makeup skit bg nmpak sporty.

karim87 delete icon 22:03

size sama dengan alza...tapi kalah dari sudut aircond dan 3rd row...3rd row boleh duduk org dewasa dengan selesa disebabkan oleh 2rd row boleh di adjust maju kedepan dan belakang...cuma dari sudut accesories alza lebih kehadapan seat,dvd,bodykit dan design...tp aaccesories boleh di add on kemudian...3rd row dan aircond xboleh di add on kemudian..saya pilih ertiga sebagai mpv segmen B harga mampu milik..

Tanpa Nama delete icon 12:50

saya dah guna ertiga....ok bagus terbaik

Tanpa Nama delete icon 09:57

wlaupun ertiga bnyak kekurngn dri segi audio system,tpi bleh juga sndri hntar ke kdai eksesori ubh suai..huhuhu...ertiga nang best dri segi aircon tngh dn ruangn blkng tmpt dduk bsar..

Unknown delete icon 23:20

Boleh whatsapp Bada Proton 017-3635434 untuk test drive dan beli Ertiga

Tanpa Nama delete icon 20:03

orang selangor yang nak beli ertiga boleh whatsapp saya 017-3635434. Boleh discuss, no hal.

Tanpa Nama delete icon 20:05

orang selangor yang nak beli ertiga, boleh whatsapp saya 017-3635434. Boleh discuss2, takde masalah. Ertiga MPV Kompak Terbaik !

dua dua menarik.cuma alza trlalu lma di psran.

Tanpa Nama delete icon 14:47

Bagus Ertiga ni, tak besar sangat, tak kecil sangat.

Unknown delete icon 10:43

Haha.. Pening2.. Was2 dtg blk.. Loan dh approved utk alza.. Stdy blk produa n proton..mai blk pening

Tanpa Nama delete icon 13:06

Saya dh guna ertiga...sgt responsif kerana kejuruteraan jepun suzuki

emot delete icon 12:43

Sy pun tengah berkira kira nk tukar ertiga..

valve delete icon 22:14

Saya xpernah review dan study dulu pun Ertiga ni. Smp showroom, borak2 ngan salesman..terus book Ertiga. Xtau pun kereta mcmner Ertiga ni..hehe

Unknown delete icon 10:53

Boss betul ke kalau buka aircond tengah minyak jadu kuat?

Tanpa Nama delete icon 09:11

maintenance alza vs ertiga lebih kurang ke cmner...adkh ertiga lbh tinggi kos

Pijoy delete icon 16:20

Sgt tebaikkk ertiga..myk jimat..selesa air cond ada ditgh dan tmpt duduk blkg pun selesa sgt..seat mmg terbaik..bab caler mmg cpt kotor tp nmpk moden..ada juga org tya ni kete toyota ke..sgt puas hati..enjin syp..

Dulu saya guna exora cps. Skrg ertiga pula. Puas hati kerana jimat minyak, enjin senyap dan kerusi semua sedap dan sesuai utk dewasa. Bab radio saya no problem. Camera undur pasang saja di kedai aksesori. Kerusi semi lether pun pasang dan beli dari proton. Cuma masih teringat pada exora lamaku.

Unknown delete icon 13:26

tertarik satu comentmenyatakan tujuan mov untuk keselesaan bukan untuk bawa laju...
jadi demi keselesaan anak2 dan penumpang elok lah ertiga...stiap kereta ada masalah ..ciptaan manusia biasalah mana sempurna....

Unknown delete icon 06:39

di lema ertiga atau grand livina..spe yg ada pengalaman.minta pencerahan skit..

Unknown delete icon 03:56

Baru

Sendiri delete icon 11:17

saya naik alza kerusi didepan agak pendek dan memenatkan untuk perjalanan jauh.ertiga tak tau lagi..

Tanpa Nama delete icon 22:00

Ertiga boleh muat 6 dewasa + 1 kanak kanak. Livina muat 5 dewasa + 2 kanak. Ertiga model baru. Livina model lama yg alami facelift.

Unknown delete icon 00:26

Sy br je beli ertiga. Mulanya sy hairan kenapa suami pilih ertiga. Rupanya sgt jimat minyak. Enjin senyap. Aircond smpi blkg. Ruang luas. Ank2 selesa. Ertiga extra ada gps screen. Sy pun sng bwk ertiga size compact xbesar sgt utk ppuan bwk. Fabrik tu bole tkr leather around 800 ratus

Sekitar Ogos-Oktober 2018, saya mencari-cari bajet MPV mampu milik (bukan 2nd hand) dengan bajet di bawah RM700 sebulan. Pilihan yang ada: Alza 2018 vs Ertiga 2018. Setelah membuat pelbagai perbandingan dan test drive, saya mendapati Ertiga lebih menepati keutamaan saya iaitu ruang yang lebih luas dan selesa untuk penumpang di samping jimat minyak.

Walau bagaimanapun, saya menangguhkan pembelian MPV untuk setahun dua akan datang apabila saya diberitahu bahawa Proton akan menghentikan produksi Ertiga (dan Exora) untuk memberi laluan kepada MPV baru oleh Geely (selepas X70). Ini adalah faktor kritikal kerana Ertiga yang baru dilancarkan tidak mempunyai cukup masa untuk model ini lebih banyak dihasilkan dan digunakan di atas jalan, menjadikan alat ganti lebih sukar dicari dan mahal. Walaupun boleh guna alat ganti Suzuki Swift, namun tetap mahal kerana Suzuki sendiri telah menarik diri dari pasaran Malaysia (melalui usahasama dengan Proton sbg wakil).

Sebab yang kedua adalah kedua2 Ertiga dan Alza adalah kereta model lama yang dipasarkan semula. Teknologi terkini seperti push start button, keyless entry, traction control dsbnya sudah boleh didapati pada model2 terkini yang murah seperti Bezza dan Myvi. Malangnya features dan teknologi terkini ini hanya terdapat pada model2 baru. Sebagai contoh, Ertiga telah melancarkan model terkini 2018 yang lebih canggih untuk pasaran dunia (boleh cek website official Suzuki Global). Namun di Malaysia kita menggunakan model lama. Adakah kita tinggal di planet lain atau masih negara dunia ketiga?

Oleh kerana anak-anak saya masih kecil (4 orang) dan rasanya masih boleh sumbat dalam keta), saya membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian dan menunggu produk terbaru Perodua dan Proton Geely yang menggunakan teknologi dan features yang lebih canggih dan moden.

Sekian pendapat saya.

Unknown delete icon 09:31

Alza ni kalo ank 2, 3 sgt bagus kerana ia nmpk cantik dan moden kerana tiada keperluan sgt utk seat barisan 3 blkg so memadailah aircon didepan shj.
tapi sekiranya ank lebih dr 3 orang better amik ertiga kerana keperluan seat barisan 3 yg selesa ditambah blower aircond blkg,cuma dr segi penampilan rekabentuk mcm berbalik zaman 90an,Siapa yg amik loan 9thn tu pikir2 lah

Unknown delete icon 11:34

Semakin mantap untuk saya pilih ertiga... Kereta buatan tempatan.... Sapa lagi nak support kalau bukan kita sendiri... Betul la tu... Kalau nak laju naik F1 je la....

Tanpa Nama delete icon 15:53

ex alza owner & skrg sy pakai ertiga xtra premium xde keyless entry, ertiga more on family use & lebih selesa overall Alza lebih byk brg bole mod & overall maintenance lebih murah. Tapi kalo ertiga nk mod pon bolela pakai suzuki swift 1.4 punyer brg.

Nor delete icon 16:36

Kalau prjlnn jarak dekat ..Tp byk Kali ulang alih ..cth :Mcm sy amik n antar ank sklh utk 3 sesi ..Adakah ertiga lbh berbaloi dari segi pnjimatan myk?

Unknown delete icon 20:38

Saya sudah 2 tahun memiliki Ertiga & apa yg bole sy rumuskan ianya amat berbaloi dgn hrga...malangnya sejak Proton di ambil alih oleh Geely, pemasangan Ertiga telah diberhentikan...

Apapun, sememangnya jimat bahan api tidak kira pemanduan dlm bandar mahupun lebih raya...6L/100km adalah benar meskipun Ertiga penuh dgn penumpang & bagasi asalkan kelajuan tidak melebihi 100km sejam & di lebuhraya...

Saya pernah membawa 7 org dewasa & 3 kanak2 4 thn ke bawah...tiada yg mengeluh panas & kurang selesa ketika pergi beraya di JB daripada Batu Pahat...utk pejalanan yg lebih jauh drpd jarak itu, 6 orang dewasa & 2 kanak2 bwh 4 tahun masih selesa tanpa perlu berhimpit...

Naik Bukit & seumpamanya tiada masalah...sudah be berapa kali ke Genting & Pantai Timur...kelajuan adalah lebih daripada memadai utk sebuah Mpv...tiada kehilangan kuasa dsb...

Utk sebuah pjlnan x kira jauh dkt, kita perlu selesa. Utk selesa ia ada pd ertiga. Alza bagus sbb dia ada 2 "la". Lawa n laju. Ruang kargo alza luasnya pon tidak setara mna, lebih hanya bbrpa inci sj...ertiga kueang lawa tp setelah tgk bbrapa buah y tlh di modi, x kalah lawa dri alza. Jd tiada masalah dgn ertiga utk kluaga. Exora tiada dlm persaingan ini sbb dia bkn spisis kompak.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap