Harga, Spesifikasi, Variant & Gambar: Toyota Innova Serba Baru 2016-2017 merupakan sebuah MPV lapan tempat duduk terbaru di Malaysia. Ianya menjadi pilihan bagi sebuah keluarga besar mahupun sederhana kerana memberi keselesaan pada setiap tempat duduk dan ruang tanpa mengira saiz.
Pada 27 Mei 2005, Toyota Innova Generasi Pertama dilancarkan di Malaysia bagi menggantikan model Toyota Unser. Ianya mendapat sambutan yang menggalakkan berikutan kurangnya persaingan dalam segmen tersebut pada ketika itu.
Kini sudah lebih 11 tahun ianya berada di pasaran dan akhirnya Toyota Innova serba baru 2016 -2017 bakal muncul juga di Malaysia walaupun agak terlewat berbanding negara-negara jiran.
Toyota Innova Generasi ke-2 ini menggunakan platform serba baru yang dikongsi bersama untuk model Toyota Hilux dan Fortuner. Maka tidak hairanlah ianya turut mendapat suntikan baru dari pelbagai sudut sama ada luaran, dalaman, spesifikasi serta prestasi.
Innova 1st VS 2nd Generation
Berikut adalah perbandingan spesifikasi antara Toyota Innova (lama) 2005 dan (baru) 2017.
Innova 2005
|
Innova 2017
|
|
Enjin
|
1TR-FE, 4 Cylinder In Line, 16 Valve DOHC (2.0
liter VVT-i)
|
1TR-FE, 4 Cylinder In Line, 16 Valve DOHC
(2.0 liter Dual VVT-i)
|
Max Power
|
136PS / 5,600rpm
|
139PS / 5,600rpm
|
Max Torque
|
18.7kg-m / 4,000rpm
|
18.7kg-m / 4,000rpm
|
Suspensi Hadapan
|
Double Wishbone with Coil Spring
|
Double Wishbone with Coil Spring
|
Suspensi Belakang
|
Four-Link with Coil Spring
|
Four-Link with Coil Spring
|
Sistem Brek
|
Ventilated Disc (Front) & Drum (Rear)
|
Ventilated Disc (Front) & Drum (Rear)
|
Pacuan
|
RWD
|
RWD
|
Transmisi
|
ECT – Electronically Control Transmission
& 5 Speed MT
|
6 Speed AT With Sport Sequential
Switchmatic & 5 Speed MT
|
Saiz P X L X T
|
4,585mm X 1,765mm X 1,760
|
4,735mm X 1,830mm X 1,795mm
|
Wheelbase
|
2,750mm
|
2,750mm
|
Fuel Tank
|
55 liter
|
55 liter
|
Ruang Bagasi
|
300 liter
|
300 liter
|
Jelas sekali Toyota Innova baru 2016 ini bertambah dari sudut saiz walaupun dengan jarak roda yang sama seperti dulu. Sudah pastinya ianya memberi impak keluasan untuk lebih keselesaan dibahagian dalaman.
Walaupun begitu, Toyota Innova Baru ini masih menggunakan enjin yang sama namun disuntik dengan sedikit peningkatan kuasa. Toyota begitu kedekut untuk meletakkan enjin yang lebih baru dan maju untuk model ini.
Bagi transmisi automatik, gearbox 6 Speed AT digunakan bagi menggantikan gearbox ECT. Selain dari itu, tiada perbezaan yang ketara.
Bagi transmisi automatik, gearbox 6 Speed AT digunakan bagi menggantikan gearbox ECT. Selain dari itu, tiada perbezaan yang ketara.
Rekabentuk Luaran
Sukar hendak menyatakan akan rekabentuk terkini Toyota Innova 2016 ini. Tiada yang terlalu mengagumkan bagaikan Toyota sudah ketandusan idea. MPV sudah kelihatan seperti SUV pun ada!
Dari hadapan jelas dna Toyota Hilux kelihatan manakala dari belakang macam tiru HR-V jer lampu belakang tu! Cuma rekabentuknya berjaya mengaburi pandangan akan saiznya yang telah membesar dari sebelum ini.
Rekabentuk Dalaman
Jelas di sini bahawa penambahan saiz Toyota Innova 2016-2017 telah memberi lebih ruang dan kini barisan kedua serta barisan ketiga boleh memuatkan tiga orang dewasa. 2+3+3 = 8 orang!
Ciri ciri fleksible kerusi tersebut sangat praktikal dan ini membuatkan Toyota Innova baru ini sangat selesa untuk semua penumpang dan juga muatan barangan.
Antara yang paling menonjol adalah rekaan serta susunan pada dashboard yang kemas bersama dengan panel meter multi display yang moden membuatkan anda seakan-akan berada dalam sebuah MPV mewah.
Kualiti material juga sangat tinggi serta penggunaan warna hitam pada hampir keseluruhan ruang menjadikan ia tampak premium. Pelbagai features tambahan yang kelihatan kecil dan remeh tetapi telah memberi kemudahan serta nilai tambah yang sungguh mengujakan.
Harga dan Varian
Toyota Innova MPV bakal hadir dengan tiga varian. Berikut adalah harga rasmi bagi setiap varian Toyota Innova Baru 2016-2017 di Malaysia (OTR with insurance):
Spesifikasi Varian
Toyota Innova 2.0E MT & Toyota Innova 2.0E AT
- Toyota Innova 2.0E MT - RM109k
- Toyota Innova 2.0E AT - RM117k
- Toyota Innova 2.0G AT - RM126k
Spesifikasi Varian
Toyota Innova 2.0E MT & Toyota Innova 2.0E AT
- 4 Stars Asean NCAP
- Rim 16 inci
- Lampu utama halogen projektor.
- Lampu kabus belakang
- Unit radio dengan input USB
- Bluetooth dan enam pembesar suara
- Konfigurasi tempat duduk 2-3-3
- Kemasan fabrik hitam
- Manual-adjustable front seats
- 60:40 split-folding second row (with two Isofix anchors) with one-touch tumble
- 50:50 split-folding third row with one-touch Easy Space Up function.
- Tiga airbags (front and driver knee) dan ABS.
Toyota Innova 2.0G AT - Tambahan dari Varian 2.0E
- 5 Stars Asean NCAP
- Lampu kabus hadapan
- Kemasan krom pada gril depan dan pemegang pada pintu.
- Cermin sisi boleh lipat dengan lampu signal
- Pengelap cermin depan dengan pemasa boleh ubah (time-adjustable intermittent)
- Instrumen kluster Optitron dengan MID berwarna
- Penghawa dingin automatik depan dan belakang
- Stereng dan tombol balutan kulit
- Lampu ambient LED pada bumbung
- Kemasan kayu pada konsol tengah dan stereng.
- Keyless entry with a push start button
- Pintu kuasa Easy Closer back door
- Perehat lengan (armrest), cupholder, ruang barangan dikonsol tengah serta meja boleh lipat dibahagian penyandar kerusi bagi tempat duduk barisan kedua.
- Tujuh airbags (front, side, curtain and driver knee), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC) with traction control, hill-start assist (HA), Emergency Stop Signal fitted dan Electronic Stability Control (ESC)
Aksesori Naik Taraf Tambahan
- Unit DVD-AVX (RM2,968) atau DVD-AVN (RM3,816) – Skrin sentuh lapan inci dengan sambungan kepada telefon pintar, input HDMI serta kamera undur. Pilihan AVN turut melibatkan tambahan ciri GPS.
- Dash-cam DVR - RM636.
Tonton Video Toyota Innova Baru 2016
MPV di Malaysia
Multi purpose vehicle atau MPV semakin mendapat permintaan dikalangan penduduk di Malaysia. MPV bersaiz kompak menjadi pilihan ramai berikutan harganya yang mampu milik.
Model seperti Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina (Proton Ertiga akan memeriahkan lagi segmen ini) merupakan antara yang paling laris di pasaran ketika ini.
Model seperti Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina (Proton Ertiga akan memeriahkan lagi segmen ini) merupakan antara yang paling laris di pasaran ketika ini.
MPV Toyota Innova merupakan sebuah MPV bersaiz sederhana besar pula akan bersaing hebat antaranya adalah dengan Proton Exora dan Nissan Serena dalam kategori saiz yang hampir serupa.
Toyota pada tahun ini juga sudah melancarkan 3 buah model MPV serba baru iaitu Alphard, Vellfire dan Sienta. Innova akan menjadi model MPV yang keempat. Sungguh aggresif sekali Toyota untuk menawan segmen ini.
Mampukah Toyota Innova Baru 2016-2017 ini mencuri perhatian rakyat Malaysia?
21 comments - "MPV Baru Toyota Innova 2016/2017 Malaysia"
MPV TOYOTA INNOVA SECANTIK N SENILAI HARGANYA.
Cantik kereta ni. Ramai yang tertarik.
Semua spec sama dgn 2005 kecuali 2016 ni besar sedikit dan auto transmisinya lain.
Bminat..sedang2 usha2 kut brkenan..tq info.
Sudah memiliki model 2.0E. Amat berpuas hati.
Sangat Puas Hati.Harga pun Mampu milik
Sudah memiliki model 2.0E Auto. Puas hati. Memamg lain dari versi Generasi 1
dah dapat dah baru semalam....hampir 3 bulan menunggu..memang berbaloi baloi..baloi..banyak betul berbaloinya..
Saya dh penat menunggu 2bln++...katenye bln ni kluar....xsabar sangat
Setelah hampir 3 bln menunggu akhirnya dpt drive jgk toyota innova G 2016/2017 ni.. Mmg brbaloi baloi baloi..berada dlmnya spt berada dlm kereta mewah..
brp rm bulnan dan ikat brp tahun..tq
Tengah pikir nak ambik 2.0e atau 2.0g
brpa rm bulanan ni?
Harga murah sangat tu. Kalau letak 160k, bole tu, dealer untung lebih sikit, cukai pun dpt lebih. 120k, 6% GST baru brape..kalau 160k, lebih dpt cukai..
Sebulan berapa kalau ltk rm40k
Boleh bagi tau fuel consumption, keselesaan dan gear 6 speed yg baru
Belh cerita tentang penggunaan minyak per kilometer, gear box baru dan pickup
Bagaimana performance gear box 6 speed.ade masalah terlalu ketat semasa pertukaran gear.
Sy baru je order 2.0G. tunggu kelulusan bank
2.0G pilihan terbaik utk seat 8 org. Kamera reverse panorama mmg terbaik. Pilihan warna putih lebih menyerlah. Bodykit better psg d luar dgn Avitus bodykit...terbaikkk...
berapa harga kalau dibuat teksi innova tu
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum