بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kereta paling jimat penggunaan minyak di Malaysia tahun 2016. Senarai ini hanya bagi model kereta yang menggunakan bahan api petrol sahaja. (Tidak termasuk teknologi hybrid)

Walaupun harga petrol turun naik dan ketika ini diparas yang rendah, namun kereta yang jimat penggunaan minyak tetap menjadi salah satu kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sesebuah kereta.

Akan datang, kita tidak mampu jangkakan dan mungkin harga minyak akan naik semula! Lagipun petrol adalah sumber utama untuk kereta bergerak dan perlu diisi selalu. Maka pembelian kereta jimat minyak ini merupakan satu pembelian yang menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang.

Selain dari itu, kurang penggunaan minyak bermakna kurang pelepasan bahan tercemar maka lebih baik untuk udara yang bersih. Ini merupakan antara pilihan terbaik untuk kurangkan pencemaran dan lebih mesra alam

Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016

Top Fuel Efficiency

Berikut adalah senarai model kereta paling jimat penggunaan minyak petrol di Malaysia. Senarai ini hanya menyenaraikan kereta yang masih dijual di pasaran pada tahun 2016. Hanya Top 16 sahaja yang disenaraikan:

16. Honda Jazz 1.5 A/T - 5.6 liter/100km
15. Proton Persona 1.6 M/T - 5.6 liter/100km
14. Kia Picanto 1.2 A/T - 5.6 liter/100km
Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016 - Honda Jazz, Kia Picanto, Proton Persona

13. Proton Saga 1.3 A/T - 5.6 liter/100km
12. Proton Saga 1.3  M/T - 5.4 liter/100km
Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016 - Proton Saga

11. Ford Fiesta SE with 1-liter EcoBoost A/T - 5.3 liter/100km
10. Mitsubishi Mirage 1.2 A/T - 5.3 liter/100km
Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016 - Mitsubishi Mirage, Ford Fiesta

9. Suzuki Alto 1.0 A/T - 5.2 liter/100km
8. Mazda2 Skyactiv 1.5 A/T - 5.2 liter/100km
Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016 - Suzuki Alto, Mazda2

7. Perodua Axia 1.0 A/T - 4.7 liter/100km
6. Perodua Bezza 1.0 A/T - 4.7 liter/100km.
5. Perodua Axia 1.0 M/T - 4.6 liter/100km
4. Perodua Bezza 1.3 M/T - 4.6 liter/100km
3. Perodua Bezza 1.3 A/T - 4.5 liter/100km with Eco Idle
2. Perodua Bezza 1.0 M/T - 4.4 liter/100km
Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016 - Perodua Bezza, Axia

1. Ford Fiesta SE with 1-liter EcoBoost M/T - 4.3 liter/100km
Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016 - Ford Fiesta SE

Setelah anda lihat senarai di atas, jelas bahawa kereta dalam kategori segmen A dan B menguasai senarai tersebut. Ianya tidak menghairankan kerana kereta bersaiz kompak dan ringan serta dipadankan dengan enjin yang kecil, sudah pasti menjimatkan!

Maka... Sudah tentulah model-model kereta kompak keluaran Perodua akan banyak tersenarai. Perodua Axia yang menjadi kereta pertama mendapat penarafan EEV di Malaysia serta model Bezza menguasai hampir separuh dari senarai kereta paling jimat minyak di Malaysia.

Proton juga tidak kurang hebatnya apabila model terbaru 2016 mereka iaitu Saga dan Persona mampu berada di senarai. Ianya mungkin lebih bermakna kerana model kereta Proton adalah hampir 100% produk tempatan!

Selebihnya yang tersenarai adalah kereta buatan Jepun dan terselit sebuah kereta dari Korea iaitu Kia Picanto 1.2.

Namun begitu, ditempat pertama kereta paling jimat minyak di Malaysia 2016 adalah kereta buatan negara Uncle Sam iaitu Ford Fiesta SE yang sungguh gah dengan teknologi enjin 1.0L, 3 silinder mereka yang efficient dikenali sebagai EcoBoost.

Hanya menggunakan 4.3 liter untuk jarak 100km dan ini bermakna dengan muatan penuh tangki minyaknya sebanyak 43 liter boleh bergerak sejauh 1,000km! Sungguh jimat!

Jika berminat dengan Ford Fiesta SE with 1-liter EcoBoost M/T ini, harganya RM96,552 sahaja...


Kriteria Memilih Kereta

Melalui senarai di atas, bolehlah dijadikan rujukan awal untuk memilih kereta yang paling ekonomi dan menjimatkan di Malaysia.

Namun ia bukanlah satu-satunya kriteria pemilihan untuk keputusan muktamat. Banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Hanya anda yang tahu akan keperluan yang diinginkan maka buatlah pilihan yang terbaik dan bijak.

Senarai kereta paling jimat minyak di Malaysia 2016 ini diperoleh dari rujukan berikut:
Data penggunaan minyak di atas mungkin berbeza atau berubah mengikut model variant, spesifikasi, eksesori serta maintenance kereta tersebut. Ia juga akan berubah mengikut kapasiti muatan, penggunaan dan cara pemanduan.

Maka jangan sekadar melihat data yang tertera kerana ianya pasti tidak akan sama apabila pemanduan secara realiti. Untuk maklumat dan informasi yang lebih jelas dan tepat, sila rujuk pengeluar model kereta tersebut atau melalui ulasan pandu uji.

17 comments - "Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia 2016"

Mrs. A delete icon 14:57

Cantik Perodua Bezza tu tak sangka pulak jimat minyak juga :-)

Tanpa Nama delete icon 16:04

Kalau bawa lebih dari seorang penumpang, mungkin engine 1.0 tidak jimat sebaliknya 1.6 yang lebih jimat.

Tanpa Nama delete icon 16:16

Itu belum kira bawa barang dalam but lagi, kalau balik kampung.

nampak perodua mguasai pasaran jimat minyak..senarai kat atas byk keluaran darinya..

Tanpa Nama delete icon 21:11

Kereta Perodua body nipis dan ringan mungkin boleh jimat minyak.

Bagus kereta Perodua nak bandingkan dengan kerta lain. Nampak disitu lebih jimat.

Suka tengok senarai ni. Jadi belilah kereta yang jimat minyak semua.

Zool delete icon 22:12

Cara pemanduan, bilangan penumpang, tekanan tayar, muatan dalam booth, merempit juga mempengaruhi penjimatan minyak. Kereta Preve saya yang ada auto cruise, sangat jimat minyak bila jalan jauh ikut highway.

Unknown delete icon 21:29

Saya ada pakai perodua axia 1.0 atas kertas memang jimat tapi atas jalan raya perodua myvi 1.5 lagi jimat

Unknown delete icon 21:39

Assalam saya memiliki perodua axia dan nissan almera. Atas kertas nampak jimat tetepi atas jalan nissan almera lebih jimat jika dipandu pada kelajuan 90...110km.

Proton persona kalau perjalanan jauh, ok r... kalau main dekat2, minyak paling kuat ditelannya... tu pengalaman saya sendiri 7 tahun pakai

Bagaimana proton ertiga kata jimat petrol

Boleh tahu berapa kos untuk 100KM bagi Kia Forte?

Tanpa Nama delete icon 02:27

Proton Persona edisi lama memang kuat telan minyak.. Persona VVT edisi baru 2016 @2017 sgt jimat minyak.. jalan dekat & jauh pun jimat..

Unknown delete icon 15:15

Saya guna Kia spectra 5 dari penang ke melaka isi minyak full. 3 hari 2mlm ronda2 melaka. pergi balik penang hanya rm180 ja..

Tanpa Nama delete icon 02:16

Nk tAnya sapa2 yg pernah pakai kreta mazda3 2.0cc ..minyak dia besar x

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap