Benarkah gajet (gadgets) bahaya kepada kanak-kanak? Di zaman ini, gajet seperti smartphone, tablet, ipad, labtop, playstation dan sebagainya telah menjadi satu yang biasa dimiliki oleh semua orang.
Kanak-kanak amat mudah terpikat dengan gajet-gajet ini namun sesuaikan anak-anak ini diberi gajet pada usia di bawah 10 tahun?
Kebanyakan ibu bapa memberikan gajet dengan alasan kononnya tidak mahu anak ketinggalan dengan teknologi dan trend semasa berikutan semua orang sekeliling juga turut melakukan perkara yang sama.
Namun jarang untuk mengakui bahawa gajet tersebut sebenarnya adalah umpan bagi menyenangkan ibu bapa untuk mengawal atau menjaga anak-anak kerana mereka hanya akan duduk diam sambil melayan gajet.
Maka di sinilah punca kepada bahaya gajet apabila anak-anak ini lebih suka dan mula ketagih melayan gajet berbanding untuk bermain dan berinteraksi dengan ibu bapa atau adik beradik.
Bahaya gajet ini sebenarnya akan mengundang tragedi yang tidak dijangka! Dan inilah yang telah dikongsikan oleh seorang blogger yang juga pakar pendidikan awal kanak-kanak iaitu Puan Adlil Rajihah.
Tragedi Gajet
Beliau telah berkongsi pengalaman akan tragedi yang berlaku apabila gajet ini telah menjadi satu obsesi dan ketagihan kepada kanak-kanak. Ianya berpunca dari screen exposure gajet tersebut.
"Kesemua tragedi yang bakal saya kongsikan ini adalah KISAH BENAR yang didengar dan dilihat oleh telinga dan mata saya sendiri." Adlil Rajihah, Parenting Blogger - http://saatakukaupilih.blogspot.my/
Kisah-kisah ini telah dikongsikan dalam blog beliau dan BM kongsikannya semula di sini
Tragedi Satu.
Kisah ni diceritakan sendiri oleh Ustaz Hasrizal, pengasas Khalifah Model School, ketika kami sama-sama dijemput jadi panelis sebuah forum. Dan kisah ni adalah tentang anak Ustaz Hasrizal sendiri.
Mohon halalkan ye ustaz, saya share kat sini. Demi menyebar manfaat dan membuka minda ibu bapa.
So, menurut ustaz, anak beliau ni ketagihan game minecraft. Dan akibat ketagihan dan pendedahan game yang tak terkawal, akhirnya salah satu mata anak beliau macam terlari sikit, atau dipanggil juling. Dan sekarang anak ustaz perlu menjalani rawatan berterusan untuk betulkan balik matanya.
Tapi saya respect dengan ustaz hasrizal sebab dia sangat cool masa bercerita tu. Siap boleh buat lawak tapi muka rilek je tunggu orang habis gelak.
Kata ustaz, beliau dan isteri bukan tak kawal. Of course diorang dah jalankan sistem kawalan tahap tertinggi. In fact, dia hanya belikan satu handphone saje dan perlu dikongsi oleh anak-anaknya.
Means, setiap anak diperuntukkan masa tertentu saje untuk guna phone tu. Tapi macam saya cakap tadi, anak-anak kita mempunyai kemahiran memanipulasi yang sangat dahsyat.
Bila dah terlalu suka atau ketagih, anak-anak sanggup buat apa saje untuk dapatkan apa yang dia mahu. Dan itu lah yang terjadi kepada salah seorang anak ustaz hasrizal tadi. Hmm...
Tapi ustaz kata, dia bersyukur sebab dengan terjadinya tragedi ni, dia akhirnya ada bukti yang kukuh untuk dijadikan contoh kepada masyarakat yang belum sedar-sedar tentang bahaya gajet.
Tragedi Dua.
Masa saya dijemput untuk buat sedikit Sharing Session di Putrajaya beberapa bulan lepas, Apabila lepas habis talk tu, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya dengan anaknya,
"Jiji, ini anak saya umur 6 tahun. Dia ni dah beberapa bulan tak boleh berenggang dengan tab. Dia selalu tengok youtube sampai lewat malam, kalau saya rampas, dia akan mengamuk sampai saya letih dan mengalah.
Sekarang doktor kata dia memang dah ketagihan screen (tab) dan menghidap severe insomnia. Susah tidur. Kadang-kadang dia tidur 4 jam je sehari. Lepas tu bangun menangis cari tab semula." Hmm...
Tak tahu nak cakap apa. Masa saya menatap anak tersebut, tangan dia masih sedang pegang tab. Saya rasa sebakkkkk sangat.
Sambil menahan air mata, saya nasihatkan puan tu rujuk artikel yang pernah saya share dan jumpa pakar psikiatri untuk hilangkan ketagihan anak dia.
Tragedi Tiga.
Masa saya beri talk di PWTC tahun lepas, lepas habis talk, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya, juga dengan anaknya. Tak silap saya budak tu baru empat tahun lebih camtu.
Si ibu tu cakap, "Puan Adlil, anak saya ni memang dah ketagih gajet. Setiap kali waktu makan kena ada youtube kat depan muka, baru dia nak makan. Kalau takde, dia akan mengamuk baling-baling makanan. Tapi bila buka cerita kegemaran dia, dia makan banyakkk.
Tapi baru-baru ni dia sembelit. Berapa hari tak berak. Dan bila saya bawa pergi jumpa doktor, doktor kata anak saya ada masalah digestive system (sistem penghadaman).
Puncanya, bila waktu makan, otak dia terlalu fokus pada gajet, sampai dia tak tahu / tak boleh sense bila perut dia kenyang. So doktor kata, dia sebenarnya makan terlalu banyak dalam satu masa, dan melebihi had makanan yang sepatutnya diambil.
Lepas saya dengar kisah ni, terus saya cakap dalam hati, PERGHHHH SAMPAI MACAM TU SEKALIII???
Yes, sampai macam tu sekali screen exposure ni boleh buat pada anak-anak. Mungkin tak logik bagi kita yang tak pernah mengalaminya. Tapi jangan lah sampai dah jadi dekat diri sendiri, baru nak terasa logiknya. Masa tu MUNGKIN DAH TERLAMBAT.
Tragedi Empat.
Ini yang paling special, sebab tu dia last sekali. Sebab ia adalah kisah ANAK SAYA SENDIRI. Yes, si Ashrof Haikol yang korang kenal itu. Heh.
Ini Haikal masa dia genap satu tahun. Sekarang dah 4 tahun 9 bulan. Benda ni saya tak pernah lagi cerita online, kat blog, FB, atau kat mana-mana penulisan saya.
Tapi saya selalu share dalam talk yang saya hadiri. Bukan nak simpan rahsia ke apa. Cuma bila nak cerita pasal benda-benda bodoh yang kita pernah buat dulu, saya prefer cerita direct depan muka, supaya orang lebih faham mesej yang saya nak sampaikan.
Kalau dalam bentuk penulisan, orang lebih mudah menghukum, misinterpret dan nampak yang negatif berbanding yang positif. So bismillahirrahim, begini kisahnya.
Ini anak saya, Haikal. Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD. So faham-faham je la busy dia cemana.
Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu. Fikir nak senang, nak seronok je. Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa), dan hadiahnya ialah ipad. Yeayyyyy!! Welcome to gadjet addiction! ;D
Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal. Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia. Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih.
Dan saya yang "educated lah sangat" ni pun mula lah download segala "educational video" dalam ipad tersebut. Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc.
Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi. Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun.
Tapi dengan angkuhnya, saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, "Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!"
Walaupun hakikatnya, BULLSH*T! Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. Sementara anak berkawan dengan gajet.
Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu. Gajet Gajet Gajet. Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal. Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain.
And luckily, saya ibu yang agak observant. So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist dan guess what, Haikal was suspected as autistic. And what causes it, was the excessive screen exposure!
And luckily, saya ibu yang agak observant. So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist dan guess what, Haikal was suspected as autistic. And what causes it, was the excessive screen exposure!
Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti. Dunia saya gelap. Saya peluk anak saya kuat-kuat. Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni. AND THAT WAS MY TURNING POINT.
I quit my PhD, and paid back the scholarship. Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian.
Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik. Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni, alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik.
Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist, Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school. Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah.
Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.
Di special school tu, saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan).
Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem. Allahuakbar.
Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak.
Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca. And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist.
Alhamdulillah. At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya. Haikal macam mana sekarang?
Oh he is doing so well, alhamdulillah! Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya, Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa.
Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.
Sesal Dahulu Pendapatan
Setelah membaca kisah-kisah di atas, diharapkan ibu bapa dapat memantau anak-anak anda. Jangan sampai mereka ketagihan gajet. Jika mereka telah diberi gajet di awal usia, perhatikan sebarang kelainan tingkah laku atau perbezaan mereka berbanding anak-anak seusianya. Peka dan segeralah bertindak.
Bagi yang belum memberikan gajet, sebaik-baiknya tunggulah anak-anak tersebut membesar dengan sempurna sekurang-kurangnya sudah berusia di atas 7-10 tahun barulah dibenarkan bermain dengan gajet.
Biarlah kita sedih seketika melihat mereka merengek tidak dapat gajet dari bersedih menanggung derita sepanjang usia akibat kesilapan diri sendiri.
BM: Anak-anak dicorakkan keperibadian rohani dan jasmani oleh ibu bapa maka tunaikan tanggungjawab ini sebaik-baiknya kerana mereka adalah amanah dari Allah dan bekalan bantuan yang diperlukan apabila di alam bazakh nanti.
1 comments
Allahu Akbar.. Takut bila tau bahaya gadget pada anak2.. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ni.. Minta izin share ye..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum