Proton Saga Baru 2016/2017 dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2016. Saga Generasi ke-3 ini meneruskan legasi model kereta ikon Proton yang kini sudah 31 tahun berada dipasaran. Proton Saga berada dalam kategori Sedan Kompak dalam Segmen A yang akan bersaing dengan model Perodua Bezza.
Proton Saga terkenal sebagai sebuah kereta sedan rakyat paling mampu milik yang mempunyai ruang dalaman yang selesa dan sesuai buat sebuah keluarga kecil dan menjadi pilihan sebagai kereta pertama.
Proton Saga Baru 2016/2017 ini menggunakan platform model sebelumnya tetapi pelbagai peningkatan, penambahbaikan dan perubahan spesifikasi, rekabentuk, saiz serta dimensi yang ketara.
Rekaannya kini lebih membulat berbanding sebelumnya dengan saiz dan keluasan yang bertambah. Rekabentuk yang moden tetapi masih mengekalkan dna atau adentiti Saga disamping keselesaan serta keselamatan tetap diutamakan.
Proton telah menjadikan casis Saga Baru ini 20 peratus lebih keras, memperkenalkan tindakbalas stereng yang lebih pantas (peningkatan sistem hidraulik) dan penutupan pintu yang lebih ringan.
Berikut adalah perbandingan antara Proton Saga Baru 2016/2017 dan Lama (Saga FLX):
Selain itu, ECU juga telah ditala semula untuk mempertingkatkan tindak balas CVT, tapak enjin tiga punca untuk memberikan nilai NVH yang lebih baik dan juga perbezaan berikut:
Sebagaimana Persona Baru 2016, Proton Saga Baru ini turut mendapat pakej pemanduan dan kawalan yang dipertingkat, diantaranya adalah menggunakan tayar dengan rintangan golek lebih rendah untuk memberi cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db), ABS, EBD dan ESC.
Berikut adalah spesifikasi (spec) lengkap untuk setiap varian Proton Saga 2016/2017 yang ditawarkan:
Proton Saga terkenal sebagai sebuah kereta sedan rakyat paling mampu milik yang mempunyai ruang dalaman yang selesa dan sesuai buat sebuah keluarga kecil dan menjadi pilihan sebagai kereta pertama.
Proton Saga Baru 2016/2017 ini menggunakan platform model sebelumnya tetapi pelbagai peningkatan, penambahbaikan dan perubahan spesifikasi, rekabentuk, saiz serta dimensi yang ketara.
Proton telah menjadikan casis Saga Baru ini 20 peratus lebih keras, memperkenalkan tindakbalas stereng yang lebih pantas (peningkatan sistem hidraulik) dan penutupan pintu yang lebih ringan.
Berikut adalah perbandingan antara Proton Saga Baru 2016/2017 dan Lama (Saga FLX):
Proton
Saga 1.3L 2016/2017
|
Proton
Saga 1.3L FLX
|
|
Enjin
|
1.3L
VVT
|
1.3L
IAFM+
|
Kuasa
|
94HP
@ 5,750rpm
|
94HP
@ 6,000rpm
|
Maksimum
Tork
|
120Nm
@ 4,000rpm
|
120Nm
@ 4,000rpm
|
Transmisi
|
Manual
5 Kelajuan
Automatik
CVT
|
Manual
5 Kelajuan
Automatik
CVT
|
Pecutan
(0-100km/j)
|
Manual
: 12.2 saat
Auto
CVT : 13.1 saat
|
Manual
: 13 saat
Auto
CVT : 14.5 saat
|
Jarak
Roda
|
2,465mm
|
2,465mm
|
Suspensi
|
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
|
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
|
Saiz
(P x L x T)
|
4,331mm
x 1,689mm x 1,491mm
|
4,278mm
x 1,680mm x 1,520mm
|
Kapasiti
Boot
|
420
liter
|
413
liter
|
Penjimatan
|
Manual
: 5.4l/100km
Auto
CVT : 5.6l/100km
|
Manual
: 6.0l/100km
Auto
CVT : 6.3l/100km
|
Asean
NCAP
|
4
Bintang
|
3
Bintang
|
- Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)
- Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)
- Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)
- Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)
- Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)
Harga & Spesifikasi
Proton Saga Baru 2016/2017 ini berharga di antara RM36,800-RM45,800 dengan pilihan empat varian. Harga (On The Road) Proton Saga 2016 seperti berikut:- Proton Saga 1.3L Standard MT - RM36,800
- Proton Saga 1.3L Standard CVT - RM39,800
- Proton Saga 1.3L Executive CVT - RM42,800
- Proton Saga 1.3L Premium CVT - RM45,800
- Midnight Black
- Metal Grey (warna baharu)
- Fire Red
- Topaz Blue (warna baharu)
- Cotton White
- Stirling Silver
1. Proton Saga 1.3L Standard MT
2. Proton Saga 1.3L Standard CVT
Baca Juga:
Semoga berjaya buat Proton... Teruskan memberikan kami kereta yang menarik, ekonomi, moden, selesa, selamat dan seronok untuk dipandu. Utamakan kualiti, reabiliti dan servis kerana kuantiti sahaja tidak menjamin kejayaan seandainya keutamaan ini diabaikan.
2. Proton Saga 1.3L Standard CVT
- Enjin 1.3 litre VVT
- 94 hp, 120 Nm
- Ecodrive Assist
- Lampu utama halogen Reflector
- Lampu kabus belakang
- Pengesan jarak hadapan dan belakang
- Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
- Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
- Cermin sisi larasan manual
- B-pillar warna badan
- Kemasan dalam hitam
- Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
- Tempat mengecas USB
- Tempat duduk fabrik serba hitam
- Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
- Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
- Tempat duduk belakang boleh lipat 40:60
- Trim pintu plastik
- Tapak cangkuk ISOFIX
- Dua beg udara
- Brek cakera hadapan dan brek dram belakang
- Brek ABS dengan EBD
- Lampu kabus hadapan
- Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
- Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
- Cermin sisi berkuasa elektrik
- B-pillar warna hitam
- Penghadang angin pada but belakang
- Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
- Tempat duduk fabrik bercorak mesh
- Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
- Electronic Stability Control (ESC)
- Hill-hold Assist
- Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
- Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
- Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
- Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
- Butang kawalan audio pada stereng
Tak Puas tengok gambar... Layan Video Proton Saga Baru 2016/2017!
sumber info dan gambar: Paultan.org
Model Baru 2016
Keghairahan terhadap model-model kereta baru tempatan kini semakin hebat! Bermula dengan Proton Perdana dan diikuti dengan Perodua Bezza, dunia automotif Malaysia terus meriah dengan pelancaran model Persona. Belum pun reda adrenalinnya... Kini, Proton Saga Baru pula menerjah di pasaran.Baca Juga:
- Perbandingan Proton Saga vs Proton Persona vs Perodua Bezza
- Perbandingan Perodua Bezza vs Proton Saga
Semoga berjaya buat Proton... Teruskan memberikan kami kereta yang menarik, ekonomi, moden, selesa, selamat dan seronok untuk dipandu. Utamakan kualiti, reabiliti dan servis kerana kuantiti sahaja tidak menjamin kejayaan seandainya keutamaan ini diabaikan.
25 comments - "Proton Saga 2016/2017 Harga, Spesifikasi, Variant & Gambar"
Nice outputs by proton. Economy n trendy. Alhamdulillah, can make a decision now.
cute...
Tahniah Proton.. semakin berdaya saing dengan rekaan yang semakin elegant. Walau lum pernah membeli kereta dari Proton tapi sekarang dah boleh fikir untk third car..Syabas Proton!!
Sudah test drive, kereta terbaik dalam kategorinya,
Nampak cantik proton baru ni. Harap tak ada masalah lagi. Terbaik proton.
Ramai yang nampak suka kereta ni. Lebih cantik dari yang sebelum ni.
Handling @ cornering boleh tahan superb..
dah beli...saya puas hati. happy ;)
Cerita saya pula.
Booked Bezza 1.3 Advance. Siap test drive lagi. Memang syok. Tinggal nak submit doc je.
Kawan sepejabat minta temankn ke Proton showroom. Tengok saga baru. Test drive jugak. Syok juga. Dilemma. Kena HOLD dulu nak submit doc ke Perodua.
Kawan sales Perodua muka dah masam. Next day ajak jumpa wktu lunch. Siap blanja.
Selapas kira +-/x, at last kita (3 org sepejabat) pakat angkat Saga baru Premium.
Budak sales Proton, baru lagi. Dua tiga kali whatsapp tanya, betul ke nak angkat? Ape taknya, 3 skali dia dapat. Teringat sewaktu kita tanya budak tu solan teknikal, trkebil2 die nak jawab. Asyik3 panggil bos, minta backup.
Isnin nie nak ke maybank. Sign. Selasa nie, kreta klua...
Saga Baru Premium berbaloi beli, ada ESC dengan traction control (grip bila hujan walaupun langgar kelopak air), Gear CVT (tiada naik rpm bila tukar gear), Hill hold assist (tidak undur atas bukit), reverse canera ..... best, ciri ciri keselamatan terbaik.
saya dah angkat satu... jgn pndang remeh temeh saga baru ni.. byk upgrade.. mmg best bawa setakat ni.. harga pun mmpu milik.. mmg superb utk jln jauh
Info yg menarik utk dibaca, sy memerlukn info yg spesifik sbgini utk buat rujukan, 5 bintang utk authorr
saya pun dalam dilema.. sekarang tengah tunggu loan saga tapi mcm berkenan bezza.. tak tau nak angkat yang mana.. sbb nak cari yg jimat minyak kereta nak buat bisnes. nak pilih yang mana ni
Xtipu, pkai saga baru ni amat berpuas hati,tambahan minyak pun jimat
Jimat mintak bezza ...tapi Kalau NK nmpak cun..Mmg saga
Bminat dengan saga baru premium.. brpa budjet utk apply?
Assalamualaikum maklumat mcm ni bg kita puas hati...lengkap..tq atas perkongsian jazakallah
Proton geeli china..
Tun mahathir pengasas proton
Najib pemusnah proton
Betul. Memang Tun Pengasas. Takde yg menafikannya. Sampai kiamat org akan ingat. Dont worry.
Ada masalah ke dengan China?
Elok je Proton sekarang. Kat mana yang musnah tu?
Kalau nak nampak jimat kena beli Bezza 1.0. Kalau beli bezza yg 1.3, hampir tiada beza dgn Saga 1.3.
Assalamualaikum..nak tanya skg ni proton new vvt 1.0 standard auto apa free gift dia?dan ada deposite tak?
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum