Proton Persona 2016/2017 merupakan model sedan terbaru keluaran Proton yang merupakan generasi ke-2 Persona. Ianya menggunakan platform Iriz menjadikan Persona Baharu ini agak kecil berbanding model sebelum ini berikutan penstrukturan semula model Proton dan ia kini berada dalam kategori segmen B.
Kereta Sedan saiz sederhana ini menjadi pilihan rakyat Malaysia berikutan keselesaan serta pada harga yang paling murah dalam segmennya. Apabila model baru Persona 2016/2017 ini muncul, sudah pasti ia mendapat perhatian ramai untuk melihat, mengetahui dan membandingkannya.
Review Proton Persona Baru 2016/2017 ini cuba memberikan semua informasi yang anda inginkan dari sudut rekabentuk luaran dan dalaman, prestasi, kelebihan, kekurangan dan perbandingan dengan pesaing-pesaingnya.
Bumper hadapan begitu menarik perhatian dengan rekaan tersendiri bak bermisai yang menyerlahkan kejantanan rupa dan sangat tepat dengan keseluruhan bentuk badan Persona.
Jika dari pandangan sudut sisi pula, Persona 2016/2017 tidak banyak beza berbanding Iriz dan yang paling menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana jurutera Proton telah mencuba sebaik mungkin untuk rekaan bahagian C pillar yang bertepatan untuk disambungkan kepada but belakang.
Di sinilah cabaran paling besar apabila melakukan transformasi ke bentuk sedan kerana ketidaksuaian rekaan akan menyebabkan rekabentuk kereta kelihatan pelik dan janggal! Namun hasilnya... Ya! sangat mengujakan... Satu rekaan segar bak ala-ala kereta Hyundai yang terkenal dengan trademark fluid design.
Designer Proton bertindak bijak apabila mengekalkan rekaan asal pemenang Proton Design Competition (PDC) 2014 oleh Pow Ying Hern untuk Proton Persona Baru 2016/2017.
Sudah tentu yang paling menyerlah adalah rekaan lampu belakang yang moden dan unik! Identiti tersendiri Proton terserlah apabila melihat Proton Persona ini dari pandangan sisi belakang!
Selain dari rekaan rekabentuk mengikut citarasa terkini, kelebihan yang paling mencuri perhatian adalah tahap keselamatan yang tinggi (Beg udara, Isofix, ABS dengan EBD dan BA, Vehicle Stability Control (VSC), Hill-hold assist, Asean NCAP 5 bintang) serta kawalan pemanduan Proton yang hebat (Tuned by Lotus Enginnering) menjadikan ia sebuah kereta yang selamat dan seronok untuk dipandu. Menariknya.. Tiada kompromi dan ditawarkan untuk setiap varian!
Walaupun Proton Persona 2016/2017 ini dalam kategori segmen B, namun keselesaan dan keluasan ruang kabin serta bagasi tetap diberi keutamaan. Antara yang terbaik dalam segmennya.
Saingan Proton Persona dalam kategori yang sepadan adalah Toyota Vios, Nissan Almera, Honda City, Mazda2 Sedan, Ford Fiesta Sedan, Kia Rio Sedan, Volkwagen Vento dan Mitsubishi Altrage.
Perbandingan spesifikasi berikut pula adalah lebih kepada model kereta sedan paling popular di Malaysia. Mari kita lihat dan bandingkan perbezaan spesifikasi asas model kereta sedan paling popular di Malaysia ini. Adakah Proton Persona Baru ini diantara yang terbaik dan berbaloi?
Kereta Sedan saiz sederhana ini menjadi pilihan rakyat Malaysia berikutan keselesaan serta pada harga yang paling murah dalam segmennya. Apabila model baru Persona 2016/2017 ini muncul, sudah pasti ia mendapat perhatian ramai untuk melihat, mengetahui dan membandingkannya.
Review Rekabentuk
Transformasi dari Iriz kepada Persona (hatchback to sedan) dilihat agak menarik. Walaupun dengan hanya beberapa perubahan kecil dibahagian hadapan dan sisi, ianya memberi satu karektor baru yang segar.Bumper hadapan begitu menarik perhatian dengan rekaan tersendiri bak bermisai yang menyerlahkan kejantanan rupa dan sangat tepat dengan keseluruhan bentuk badan Persona.
Jika dari pandangan sudut sisi pula, Persona 2016/2017 tidak banyak beza berbanding Iriz dan yang paling menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana jurutera Proton telah mencuba sebaik mungkin untuk rekaan bahagian C pillar yang bertepatan untuk disambungkan kepada but belakang.
Di sinilah cabaran paling besar apabila melakukan transformasi ke bentuk sedan kerana ketidaksuaian rekaan akan menyebabkan rekabentuk kereta kelihatan pelik dan janggal! Namun hasilnya... Ya! sangat mengujakan... Satu rekaan segar bak ala-ala kereta Hyundai yang terkenal dengan trademark fluid design.
Designer Proton bertindak bijak apabila mengekalkan rekaan asal pemenang Proton Design Competition (PDC) 2014 oleh Pow Ying Hern untuk Proton Persona Baru 2016/2017.
Sudah tentu yang paling menyerlah adalah rekaan lampu belakang yang moden dan unik! Identiti tersendiri Proton terserlah apabila melihat Proton Persona ini dari pandangan sisi belakang!
Sudah menjadi satu kebiasaan dalam industri automotif bagi sesebuah model hatchback diubahsuai menjadi model sedan seperti mana Ford Fiesta, Mazda2 dan banyak lagi.
Cuma kadangkala ianya menjadi semakin menarik atau sebaliknya. Model Persona sebelum ini yang merupakan model Gen2 adalah contoh terbaik kejayaan sebuah model sedan hasil dari transformasi ini.
Bagi rekaan dalaman pula, tidak banyak perbezaan ketara berbanding dengan Iriz kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan komponen Iriz diguna pakai.
Sedikit perbezaan adalah hanya pada warna dan aksesori seperti 2 pengecas USB di belakang, upholsteri kulit, kompartmen, super-flex pengelap tanpa bingkai, 7 ruang letak cawan, lanjutan perlindungan cahaya, tempat duduk belakang boleh diturunkan (60:40) dan pelaras ketinggian tempat duduk pemandu untuk keselesaan dan kemudahan tambahan
Tiada armrest dan tempat simpan barang tertutup di antara tempat duduk hadapan agak janggal kerana ianya keperluan pada kereta masa kini. Selain itu headrest tempat duduk belakang tidak boleh laras (build-in) dan tiadanya rear aircon vents untuk penumpang belakang telah mengurangkan sedikit tahap premium Persona Baru ini.
Adakah ini dapat mengurangkan kos yang tinggi berbanding kepentingan dan keselesaan pengguna selain dapat menarik minat pembeli? Harap Proton dapat pertimbangkan untuk penambahbaikan.
Review Prestasi
Menurut Proton, talaan pada pemetaan enjin telah dilakukan agar karekter enjin berkenaan lebih sesuai dengan badan sedan Persona. Kotak gear CVT pada Persona ini juga telah diberikan talaan lebih halus dan kekurangan yang disering menjadi rungutan pada model Iriz telah diselesaikan
Walaubagaimanapun, semuanya ini hanya dilakukan dengan hanya mengubah talaan pada perisian manakala komponen hardware lain pada sistem transmisi adalah kekal sama dengan Iriz,
Tahap kelajuan enjin akan berada pada paras sekitar 3,000 rpm semasa dipacu pada kelajuan 110 km/j manakala pecutan dari kedudukan pegun 0-100 kmj pula mengambil masa 10.9 saat.
Model Proton Persona Baru ini menggunakan enjin 1.6 liter VVT petrol berkuasa 107 hp pada 5,750 rpm dan 150 Nm pada 4,000 rpm. Penggunaan minyaknya melalui ciri VVT baharu yang dibangunkan ini didakwa mampu memberikan penjimatan sekitar 10% bagi versi automatik dan 13% bagi versi manual, jika dibandingkan dengan model terdahulu.
Bacaan penggunaan minyaknya di atas kertas disifatkan mampu mencapai 5.6 liter bagi setiap 100 km untuk versi manual manakala transmisi CVT, ia memberikan bacaan 6.1 liter bagi setiap 100 km. (ujian pada tahap kelajuan 90km/j.
Kesemua varian Persona dilengkapi dengan Sistem Kawalan Kestabilan (VSC). Jika Proton Persona dipandu dengan pergerakan slalom yang agresif dengan kelajuan melebihi 100 km/j, ianya masih boleh dikawal tanpa berpusing ke arah bertentangan!
Namun peningkatan paling ketara adalah kadar NVH (Noise, Vibration and Harshness) di mana ruang kabin kini lebih senyap dan kurang gegaran berbanding Iriz dan yang terbaik dalam kelasnya.
Keseluruhannya Proton Persona 2016/2017 ini lebih berkualiti dan berprestasi disamping mempertingkatkan segala kelemahan untuk lebih keselesaan serta sesuai untuk citarasa serta kehendak semua golongan.
Kelebihan
Sudah pasti, kelebihan dan keistimewaan utama Proton Persona 2016/2017 ini adalah merupakan kereta sedan kategori segmen B pada tanda harga yang paling murah dan berbaloi dengan setiap ciri-ciri teknologi moden dan canggih serta aksesori yang ditawarkan berbanding pesaingnya yang lain.Selain dari rekaan rekabentuk mengikut citarasa terkini, kelebihan yang paling mencuri perhatian adalah tahap keselamatan yang tinggi (Beg udara, Isofix, ABS dengan EBD dan BA, Vehicle Stability Control (VSC), Hill-hold assist, Asean NCAP 5 bintang) serta kawalan pemanduan Proton yang hebat (Tuned by Lotus Enginnering) menjadikan ia sebuah kereta yang selamat dan seronok untuk dipandu. Menariknya.. Tiada kompromi dan ditawarkan untuk setiap varian!
Saksikan video Proton Persona Safety360... Keselamatan tiada kompromi!
Walaupun Proton Persona 2016/2017 ini dalam kategori segmen B, namun keselesaan dan keluasan ruang kabin serta bagasi tetap diberi keutamaan. Antara yang terbaik dalam segmennya.
Kekurangan
Kekurangan yang utama model Persona baru ini adalah penggunaan enjin dan transmisi lama (campro yang dipertingkatkan) sama seperti model Iriz. Ianya tetap memberi persepsi yang kurang diyakini dan masih menghantui pengguna walaupun pelbagai peningkatan telah dilakukan terutama:- Kos penyelenggaraan yang tinggi
- Penggunaaan minyak yang tidak ekonomi
- Gear automatik CVT yang tidak lancar
- Kualiti pemasangan dan material
Maka Proton perlulah berusaha lebih keras lagi untuk meyakinkan pengguna bahawa segala kekurangan sebelum ini telah berjaya di atasi. Proton Persona 2016/2017 adalah peluang terbaik dan mungkin menjadi bukti bahawa Proton telah berubah sepenuhnya! Namun ianya memerlukan sedikit masa melalui maklum balas dari pembeli.
Adakah kereta Proton Persona Baru 2016/2017 ini yang juga merupakan model sedan Iriz akan membawa kejayaan buat Proton? Kita hanya tunggu dan lihat...
Perbandingan
Proton Persona merupakan kereta sedan dalam kategori segmen B. Ianya berada di atas Proton Saga dan Perodua Bezza yang berada dalam kategori sedan kompak di segmen A.Saingan Proton Persona dalam kategori yang sepadan adalah Toyota Vios, Nissan Almera, Honda City, Mazda2 Sedan, Ford Fiesta Sedan, Kia Rio Sedan, Volkwagen Vento dan Mitsubishi Altrage.
Perbandingan spesifikasi berikut pula adalah lebih kepada model kereta sedan paling popular di Malaysia. Mari kita lihat dan bandingkan perbezaan spesifikasi asas model kereta sedan paling popular di Malaysia ini. Adakah Proton Persona Baru ini diantara yang terbaik dan berbaloi?
Perbandingan harga & spesifikasi model kereta sedan paling popular di Malaysia di antara Proton Persona Baru 2016/2017 vs Perodua Bezza vs Proton Saga vs Toyota Vios vs Honda City vs Nissan Almera.
National
|
Perodua
Bezza 1.3
|
Proton
Saga 1.3 (New)
|
Proton
Persona 1.6
|
Harga
OTR
|
RM42,800
~ RM50,800
|
RM37,000 ~ RM46,000
|
RM46,350 ~ RM59,800
|
Saiz
(PxLxT)
|
4,150mm x 1,620mm x 1,510mm
|
4,331mm x 1,689mm x 1,491mm
|
4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
|
Jarak
Roda
|
2,455mm
|
2,465mm
|
2,555mm
|
Suspensi
|
Depan - McPherson Strut
Belakang - Torsion Beam
|
Depan - McPherson Strut
Belakang - Torsion Beam
|
Depan - McPherson Strut
Belakang - Torsion Beam
|
Sistem
Brek
|
Depan - Ventilated Disc
Belakang
- Drum
|
Depan - Ventilated Disc
Belakang
- Drum
|
Depan - Ventilated Disc
Belakang
- Drum
|
Berat
|
900kg – 930kg
|
1,017kg
– 1,080
|
1,155kg
- 1,210kg
|
Enjin
|
1.3L Dual VVT-i
|
1.3L
VVT
|
1.6L
VVT
|
Transmisi
|
4
Speed Auto & Manual
|
Auto
CVT & Manual
|
Auto
CVT & Manual
|
Kuasa
(HP)
|
94HP
|
94HP
|
107HP
|
Ruang
But
|
508L
|
420L
|
510L
|
Tangki
Minyak
|
36L
|
40L
|
40L
|
Non-National
|
Honda
City 1.5
|
Toyota
Vios 1.5
|
Nissan
Almera 1.5
|
Harga
OTR
|
RM76,100
~ RM92,000
|
RM77,980
~ RM97,980
|
RM66,800
~ RM79,000
|
Saiz
(PxLxT)
|
4,440mm
x 1,695mm x 1,477mm
|
4,410mm
x 1,700mm x 1,475mm
|
4.425mm
x 1,695mm x 1,500mm
|
Jarak
Roda
|
2,600mm
|
2,550mm
|
2,600mm
|
Suspensi
|
Depan - McPherson Strut
Belakang - Torsion Beam
|
Depan - McPherson Strut
Belakang - Torsion Beam
|
Depan - McPherson Strut
Belakang - Torsion Beam
|
Sistem
Brek
|
Depan - Ventilated Disc
Belakang
- Drum
|
Depan - Ventilated Disc
Belakang
- Drum
|
Depan - Ventilated Disc
Belakang
- Drum
|
Berat
|
1,075kg
– 1,106kg
|
1,050kg
-1,095kg
|
1,020kg
– 1,045kg
|
Enjin
|
1.5L
i-VTEC
|
1.5L
VVT-i
|
1.5L
CVTC
|
Transmisi
|
Auto
CVT
|
4
Speed Auto & Manual
|
4
Speed Auto & Manual
|
Kuasa
(HP)
|
118HP
|
109HP
|
102HP
|
Ruang
But
|
536L
|
500L
|
490L
|
Tangki
Minyak
|
40L
|
42L
|
41L
|
Bagaimana? Model kereta sedan manakah yang akan menjadi pilihan anda? Semoga perbandingan ini dapat memberi sedikit panduan dan perkiraan anda dalam memilih model kereta sedan buat mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lengkap akan harga, spesifikasi setiap varian Proton Persona 2016/2017, anda boleh dapatkannya di link berikut: Proton Persona 2016 - Harga, Varian, Spesifikasi dan Gambar
28 comments - "Review Dan Perbandingan Proton Persona 2016/2017"
Bakal bersaing dengan Perodua Bezza ni Bro BM..
Cantik kereta ni. Harap ramai yang minat nak beli nanti.
Nampak cantik pesona baru ni.
Compared to perodua tu nampaknya persona win la..just pendapat sendiri..hehe
Mungkin kereta terbaik untuk segment tahun ini, jika dibandingkan harga dengan teknologi yang disediakan. Moga proton bertambah sukses... yakinkanlah pengguna anda, serta tingkatkan kekuatan promosi.... terbaik
Model Proton tetap yg terbaik.
dua2 xlawa kancil jugak lawa
Nampak cantik dan mempunyai gaya tersendiri. Mampu milik untuk baru berkerja.
suka saga 1.6 flx saya nih tapi pesona mmg cantik..i like the tonggeng look so compartment d blkg boleh letak byk barang. I like.
kereta cantik dan harga termurah berbanding pesaing dalam segmen yang sama
Tunggu n lihat jelah problem dia nanti
sy nak kereta ni tazzabarrrrrnyaa
rekabentuk mix up segmen B cars,
combination of CIty,VIos & almeRA,
Pesona not best name, suggest (proton CiViRA)
wow thumbs up...
keh2
Saya sudah pakai Saga, Iswara, Wira, Waja, Savvy. Isteri dah pakai Iswara, Gen 2, Saga BLM. Tiada problem pun. Anak pakai Saga FLX, tahun depan mungkin tukar ke Persona. Sekarang pakai Preve dan Iriz. Tiada Problem.
cadangan saya....perlu buat armrest untuk kereta persona....initiative armrest yg ada kipas untuk pengguna belakang...hope ada seseorang yg tahu tentang ilmu nie and pandai buat benda tu...tu je yg kurang...yg lain semua ok...
Sebenarnya ramai dr kita masih di hantui dgn model2 proton yg terdahulu. canggih ? mmg canggih tp tahap proton. Berbeza dgn Perodua . Saya tidak bandingkan dgn kereta impot. Jd proton kena bekerja lbh keras utk mendapat kembali "trust" dr pelanggan.
Kereta Proton yang saya pakai tiada masalah. Perodua yang saya pernah pakai ada masalah. Saya pula tak trust Perodua.
pengalaman menggunakan kereta perodua ibarat mimpi ngeri... tak sampai 3 bulan kereta 3 kali bertolak tgh jalan.. punca smpai sekarang masih belum di ketahui..
Proton Persona yang paling berat. Bila berat 1,210kg (107hp 150nm), tiada penjimatan minyak. Honda City full spec 1,106kg (118hp, 145nm), Vios full spec 1,050kg (109hp, 140nm).
Hanya Proton Persona memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.
Baru jer oder persona
Di harap bukan pilihan yg silap.Selain tidak ada compartment dekat arm rest tu,nape proton berkira sngt hanya pasang lampu fog kat premium edition..pada standard edition x ada.
TQ bro!
assalamualaikum, boleh tahu x bila ditulis? sy perlukan tarikh bila ditulis sebagai bahan rujukan untuk tugasan saya .terima kasih
Artikel ini diterbitkan pada 14 Ogos 2016
Walaupun pada Persona yang termurah, tetap ada VSC, traction control dan hill hold assist, kereta lain mana ada, terselah keselamatan terutamanya dalam hujan.
terima kasih
da pakai persona selama 0 bulan , masa drive mmg cool .. handling sangat sedap , bunyi angin kurang dgr (tpi mmg ada juga) , lepas guna rim 17 sngt best .. cuma masalah dia dashboard ada bunyi bila terima gegaran (mcm iriz) .. bagi 9/10
Dah masuk 3 minggu kami guna Persona baru ni (kereta isteri). Masa dalam edah (kurang dari 1000 km dengan kelajuan maksima 90 kmj) memang tak dapat nak uji keupayaan sebenar Persona ni (ABS, ESC, EBD, Traction, Road Handling) hanya bersabar je.
Kat highway pun cuma mampu tengok orang gelakkan kita sebab ("kereta baru tu, sayang nak bawak laju-laju").
Tamat edah (1000 km pertama), gelanggang sebenar jadi tapak ujian (jalan dari Keluang ke Mersing, melalui Felda Nitar di Johor). Saya yang ada lesen lori E Full (tapi tak bawak lori) dan dah memandu sejak tahun 1986, pernah menggunakan Ford Laser (model Tahun 1984, Van Mazda, Toyota Corrola SE Limited, Proton Saga BLM, Toyota Avanza, memandu kereta kawan Ford Camry, Proton Perdana, Mercedes 240 mata bulat) berani menyatakan Persona punya road handling ni memang terbaik, cuma yang buat spoil (tayar silverstone yang didatangkan sekali dengan Persona), yang lain memang terbaik untuk kereta seberat Persona, dengan enjin 1.6 VVT, transmisi CVT, memang puas hati dengan harga versi Premium.
Mengambil selekoh bersudut 50 darjah dengan kelajuan 100kmj, menuruni bukit dengan selekoh 70 darjah, mendaki bukit dengan selekoh 75 darjah, mengelak jalan berlopak dan berlobang serta bertampal-tampal (maklum kereta baru, sayang nak langgar lobang, lopak dan tampalan jalan yang tak rata), memotong di selekoh, memang puas hati dengan daya pecutan.
Rakan-rakan isteri yang menumpang kereta ni kata kereta ni ada saka, sebab bila naik je, mudah tertidur sebab kerusinya selesa, air condnya nyaman dan senyap, sistem audionya hebat, brek ABS tak rasa menyentak. Saya suka Hill Hold Assist Persona ni sebab tak payah kelam kabut nak pindah kaki dari padel berk ke pedal minyak sebab kereta tak bergerak kebelakang semasa perpindahan kaki dari pedal brek kepedal minyak dibuat.
Kadangkala rasa macam bawak kereta mewah pulak. Bila dah tua-tua ni, safety features pada kereta memang menjadi keutamaan dan ciri-ciri keselamatan pada Persona baru ni (yang hanya terdapat pada kereta mewah) memang memenuhi citarasa apatah lagi dengan 6 air bag.
Mana nak dapat ciri-ciri keselamatan lengkap yang ada pada kereta dengan harga bawah RM60,000-00 kecuali Proton Persona baru ni.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum