Proton Persona Baru Vs Lama: Sejarah nama dan model kereta Persona ini bermula apabila Model Gen-2 versi sedan dikeluarkan pada tahun 2007 dan menjadi generasi pertama Proton Persona.
Sepanjang tempoh 9 tahun iaitu dari Aug 2007 hingga Aug 2016, beberapa edisi Proton Persona telah dikeluarkan iaitu:
- Aug 2007 - Proton Persona (1st Generation)
- Aug 2008 - Proton Persona SE
- Mar 2010 - Proton Persona Elegance (Facelift)
- Nov 2013 - Proton Persona SV
Dan kini... Aug 2016, Proton Persona Generasi ke-2 Serba Baru meneruskan kesinambungan sebagai antara model kereta Proton yang paling berjaya!
Proton Persona Baru 2016 membawa satu perubahan dan dimensi baru buat model Persona di mana ianya telah diturunkan status dari kereta Segmen C kepada Segmen B. Ini bermakna, Proton Persona Baru 2016 dikategorikan sebagai kereta sedan bersaiz kecil berbanding Proton Persona Lama bersaiz sederhana.
Ketahui informasi serta maklumat tentang klasifikasi pelbagai kategori dan segmen kereta di sini: http://klasifikasi-kategori-segmen-kereta.html
Dengan menggunakan platform Proton Iriz, maka Persona Baru ini akan bersaing dengan model kereta sedan seperti Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera, Volkswagen Vento dan Mazda2 Sedan.
Apabila model baru dihasilkan, walaupun nama yang sama tetapi kini telah berlainan segmen, maka pasti banyak perbezaaan, pembaharuan, kelebihan serta kekurangan apabila ia dibandingkan dengan model sebelumnya.
Baru Vs Lama
Berikut adalah perbandingan Proton Persona 1.6 Baru 2016 varian Premium dengan model Proton Persona 1.6 Lama varian Elegance High Line.
Proton Persona 2016 (Baru) vs Persona Elegance 2010 (Lama)
All New Persona 1.6
Premium
2016
|
Persona 1.6 Elegance
High
Line 2010
|
|
ENGINE & TRANSMISSION
|
||
Engine Type
|
1.6L 4 Cylinder DOHC 16V VVT
|
Campro IAFM, 4 Cylinder DOHC 16V
|
Fuel Supply System
|
MPI (Multi Point Injection)
|
MPI (Multi Point Injection)
|
Bore & Stroke (mm)
|
76.0 X 88.0
|
76.0 X 88.0
|
Displacement (cc)
|
1,597
|
1,597
|
Max. Output [kW(hp)@rpm]
|
80 (110) @ 5,750
|
82 (107) @ 6,500
|
Max. Torque [Nm(kg-m)@rpm]
|
150 (15.3) @ 4,000
|
148 @ 4,000
|
Fuel Consumption (L/100km)
|
6.1 with ECO Drive Assist
|
6.8
|
Accelaration 0 – 100 km/h
|
10.9
|
13.9
|
Transmission Type
|
CVT Automatic
|
4 AT
|
STEERING
|
||
Gear Type
|
Rack & Pinion Motion Electric Power
Steering
|
Hydraulic Power Steering
|
Steering Adjust
|
Tilt
|
Tilt
|
Turning Radius (m)
|
5.0
|
5.4
|
BRAKING
|
||
Front
|
Ventilated Disc
|
Ventilated Disc
|
Rear
|
Drum S
|
Ventilated Disc
|
SUSPENSION
|
||
Front
|
MacPherson Strut with Stabilizer Bar
|
MacPherson Strut with Stabilizer Bar
|
Rear
|
Torsion Beam Axle
|
Multilink with stabilizer bar
|
DIMENSIONS
|
||
Size (mm)
|
Length 4,387
Width 1,722
Height 1,554
|
Length 4,477
Width 1,725
Height 1,438
|
Wheelbase (mm)
|
2,555
|
2,600
|
Luggage Area (L)
|
510
|
430
|
Fuel Tank (L)
|
40
|
50
|
Kerb Weight (kg)
|
1,210
|
1,245
|
Tire Size
|
185/55 R15
|
195/60 R15
|
EXTERIOR
|
||
Front Fog Lamp
|
√
|
√
|
Rear Fog Lamp
|
√
|
X
|
Follow Me Home Lamp
|
√
|
X
|
Auto ON/OFF Headlamp
|
√
|
X
|
Front Sensor
|
√
|
X
|
Reverse Sensor
|
√
|
√
|
Electric Side Mirror
|
√
|
√
|
Electric Fold Mirror Housing
|
Auto
|
X
|
Rear Spoiler
|
Optional
|
√
|
INTERIOR
|
||
Interior Colour
|
Dual-Tone, Titanium Chrome Finish
|
Dual-Tone
|
Upholstery
|
Leather
|
Leather
|
Steering Audio Switches
|
√
|
√
|
Head Unit/Radio Fascia
|
Double DIN
|
Double DIN
|
Touchscreen Audio System
|
√
|
X
|
Rear USB Charger
|
√
|
X
|
Center Armrest
|
X
|
√
|
Driver Seat Height Adjuster
|
√
|
√
|
Rear Seat 60:40 Split Folding
|
√
|
√
|
FEATURES
|
||
Electric Headlamp Levelling
|
√
|
X
|
Remote Trunk Release
|
√
|
√
|
Push Start Button
|
√
|
X
|
Passive Keyless Entry
|
√
|
√
|
Radio/CD/MP3/USB
|
√
|
√
|
ECO Drive Assist
|
√
|
X
|
GPS Navigation
|
√
|
√
|
Auto Cruise
|
X
|
√
|
SAFETY
|
||
NCAP
|
5 Star Asean NCAP
|
|
ABS with EBD
|
√
|
√
|
Brake Assist (BA)
|
√
|
X
|
Electronic Stability Control (ESC)
|
√
|
X
|
Traction Control (TC)
|
√
|
X
|
Hill-hold Assist
|
√
|
X
|
Front Airbags
|
√
|
√
|
Side Airbags
|
√
|
X
|
Curtain Airbags
|
√
|
X
|
ISOFIX & Top Tether
|
√
|
X
|
Dual Pre-tensioner Seat Belt
|
√
|
√
|
Immobilizer
|
With Alarm System
|
With Alarm System
|
Reverse Camera
|
√
|
X
|
Perbandingan Proton Persona 2016 dengan model kereta sedan popular di Malaysia di sini: http://review-perbandingan-proton-persona-baru-2016.html
Kelebihan dan Kekurangan
Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan yang ketara diantara Proton Persona 2016 (Baru) vs Persona Elegance 2010 (Lama)
1. Saiz
1. Saiz
Jelas sekali, model baru Proton Persona 2016 ini bersaiz sedikit kecil berbanding yang lama selari dengan penurunan segmen C kepada B. Namun ini tidak bermakna keselesaan pengguna diketepikan dan semuanya menjadi lebih kecil dan diantaranya adalah saiz ruang but bagasi telah bertambah besar dari 430L kepada 510L. Keluasan dalaman pula amat selesa kerana hanya sedikit kurang lebar berbanding Persona lama.
2. Enjin & Transmisi
Peningkatan teknologi yang ketara dengan pertambahan tenaga, kuasa pecutan dan penjimatan buat Persona Baru 2016. Menerusi gabungan Enjin VVT bersama dengan transmisi CVT telah menjadikan Persona Baru ini lebih lancar, bertambah baik dan tampak hebat berbanding model lama.
3. Body Specs
Persona Generasi Baru ini menjanjikan keteguhan kerangka apabila mencapai taraf 5 bintang Asean NCAP bagi semua varian. Namun begitu terdapat pengurangan spesifikasi apabila ianya tidak lagi menggunakan suspensi multilink with stabilizer bar dan disc brake untuk roda belakang.
Walaupun begitu, ianya tidak menjejaskan prestasi kehebatan pemanduan dan pengendalian Proton Persona Baru ini kerana ini adalah kelebihan serta trademark kereta Proton yang tetap dikekalkan!
4. Dalaman & Luaran
Rupabentuk luaran dan dalaman serta features juga semakin berkualiti, moden dan terkini. Dari rupa yang handsome kepada wajah baru yang lebih trendy! Peningkatan dan penambahbaikan dari pelbagai sudut juga wajar dipuji apabila hampir segala kekurangan model lama telah dapat diatasi.
Kadar NVH kini adalah yang terbaik dalam kelasnya namun terdapat pengurangan beberapa features yang kecil telah mengurangkan sedikit kehebatan Persona Baru ini berbanding yang lama diantaranya adalah:
- Tiada adjustable headrest untuk tempat duduk belakang.
- Tiada center armrest untuk tempat duduk hadapan.
- Tiada auto cruise ditawarkan untuk semua variant.
- Tiada penggunaan led untuk lampu belakang.
- Penggunaaan gooseneck boot hinges untuk but bagasi... old style lah!
- Penggunaan tayar yang sedikit kecil dan nipis mencacatkan sedikit rupa hebat Persona Baru ini.
6. Keselamatan
Bahagian ini mengalami perubahan dan peningkatan yang amat drastik berbanding Proton Persona Lama di mana hampir semua features penting yang diperlukan untuk keselamatan pemanduan dan penumpang disediakan dan tiada kompromi untuk setiap varian.
Anda akan berasa lebih selamat berada di dalam Proton Persona 2016 ini. Jelas sekali, keselamatan kini menjadi kepentingan utama Proton dan ianya wajar mendapat kredit yang tinggi.
7. Harga
Hanya sedikit perbezaan harga diantara model Proton Persona baru dan lama:
- Proton Persona 2007 - RM45,999 ~ RM56,999
- Proton Persona Elegance - RM46,499 ~ RM59,499
- Proton Persona SV - RM45,050 ~ RM48,040
- Proton Persona 2016 - RM46,350 ~ RM59,800
Dapatkan harga dan spesifikasi setiap varian Proton Persona Baru 2016 di sini: http://proton-persona-2016-harga-specs.html
Citarasa & Kehendak Masa Kini
Setiap kali model kereta generasi baru (replacement) dikeluarkan, sudah tentu terdapat perbezaan yang ketara yang bukan sahaja dari sudut rekabentuk luaran tetapi juga pelbagai features lain. Ada diantaranya dipertingkatkan dan ditambah untuk lebih baik, moden dan berkualiti.
Namun ada juga yang dikurangkan kerana pelbagai faktor yang mungkin dirasakan relaven dan bersesuaian dengan keadaan semasa serta kekangan harga.
Secara keseluruhannya, Persona Baru 2016 ini telah menunjukkan satu peningkatan, penambahbaikan serta kematangan Proton untuk menghasilkan sebuah kereta yang memenuhi citarasa dan kehendak masa kini.
Cuma kini yang perlu diambil perhatian oleh Proton akan penambahbaikan mutu perkhidmatan dan servis lepas jualan agar selari dengan peningkatan mutu produk yang dihasilkan.
Ok... Setelah melihat perbandingan dan perbezaan di antara Proton Persona Baru dan Lama ini, mungkin adakah yang bercadang untuk tukar kereta Persona lama anda?
p/s: Nama Persona sebenarnya pertama kali digunakan oleh Proton untuk model Proton Wira bagi pasaran United Kingdom (UK)
40 comments - "Perbandingan Proton Persona Baru Dan Lama"
kena cuba test drive persona baru ni..
nak tgk perbezaannya..hehe
Sesiapa yang bercadang nak tukar kereta tu mungkin boleh pertimbangkan Persona 2016 ni.
Sokonglah buatan Malaysia :-)
Assalammualaikum... BM,
Persona nie... memang best. Pemanduan selesa boleh dipertimbangkan untuk tukar kereta andainya ada keperluan... dan budget.
mselim3
nice sharing
lumayan keren
sudah cukup modern
bagus
Ada bajet n keeperluan elok sgt tukar Persona lama kpd yg baru
dah test drive.. memang mantop
terbaaaek..saya dah test drive.system esc yang diperkenalkan pon dah diuji oleh en suami.kami yang sebelum ni tengah adjust toyota vios, dah macam beralih pandang ke pesona baru ni.tiada kurangnya kereta buatan malaysia.
Nampak macam menarik keluaran ni. Harap ok kali ni.
Cantik pesona baru ni. Nak beli test drive dulu.
kalau bagi saya, lebih sukakan persona lama.. tapi lain orang lain pendapat..
tapi saya masih menunggu kemunculan kereta proton saga baru 2016.. khabarnya dah tak lama lagi nak keluar. lepas yg tu dilancarkan, baru pertimbangkan.. hehehe..
CAntik juga pesona baru nih.
Sbb????
Dari aspek keselamatan Persona 2016 lagi baik, ada VSC kena kelopak air tidak berpusing, ada traction control bila hujan grip tayar lebih baik elak spinning, gear CVT 6 gear lancar pertukaran gear dan jimat minyak (persona lama, 4 gear lama macam vios dan almera), ada hill hold assist elak menggelonsor ke belakang jika berhenti naik bukit. Besi Persona baru dari high tensile steel yang lebih baik, elak crush jika terbalik. Kereta Proton memang terbaik.
Yg baru lembut steering ngan break mcm tk feel bwk tyr nampak kecik klw masuk 16 cun.nice 4 lady la
Tak dinafikan dari segi value foe money memang persona baru sangat berbaloi. Cuma x minat sebab nampak tinggi, tayar kecik, gearbox cvt dan torsion beam.
Pape pun tahniah proton sebab menunjukkan peningkatan kualiti produk.
Konferm Bezza mengalami saingan sengit sebab lebih kecik, tonggek, enjin 1.3 harga lbh kurang persona 1.6.
Kalau macam tu beli Preve turbo, baru RM73K, ada CVT 7 gear, VSC, traction control, suspension belakang independent suspension dgn stabilzer bar, paddle shift, cruise control, auto leveling head lamp, rain sensor, follow me home light, 6 air bags, besi high tensile steel, 16 inci tayar alloy, 138 hp, apa nak lagi? Sekarang ni saya pakai Preve, isteri pun sama. Convoi balik raya.... club Preve keluarga.
Buruk gila. Dah elok model Persona dulu size besar bila masuk 2016/2017 jadi kecik pulak. Kesian..
Salam, kepada sesiapa berminat untuk membeli proton saga atau persona baru boleh ws sy di 017-6862421 (Feissal) Melaka
kenapa lambat sangat untuk mendapatkan. saya tunggu dh 3 bulan belum ada kata putus dari delear. tanya kata x sampai....
Cantik gila. Saiz Persona baru lebih besar dari City (dah ukur seat belakang). Nak besar lagi beli Preve.
Salah tu dri segi hose power HP sebab persona lama 110hp persona baru 107hp sma sperti iriz 1.6. Accelaration pun bukan 13second lebih tpi dlam 11scond.Luas bonet masa g showroom rsanya lebar lagi saiz yg lama dri yg model baru mybe model baru bonet tnggi skit kot tu xnmpak luasnya yg cmne. Meter yg tnjuk 2 dari model 1st model bukan elegance model tu. Seat agak ok nmpak sport skit r dari model lama.
Setelah selidik kurang lebih spec antara kedua model lama dan baru ni saya beli model persona sv...
Persona baru berbaloi beli sebab varian yang termurah pun ada VSC, traction control dan hill hold assist, ciri keselamatan yang terkini dan terbaik yang hanya terdapat pada kereta lebih mahal. Besi pun dari high tensile steel. Kalau beli yang manual dapat gear box 5 speed dari Gatrag, pembuat gear dari Germany yang terdapat pada Kereta buatan Germany spt BMW. Saga, Iriz dan Preve manual juga guna Gatrag.
Sy rasa anda beruntung sbb dpt beli sv. Sy beli m-line 2010 dulu lg mahal dr sv.. untung persona sv ada brake disc dpn blkng, menyelesaikan problem persona lama yg spongy brake.. airbag dpn blkng.. sport rim yg lg mengancam. Dan yg psti kete elegance agak lebar..BERAT dan rendah menyebabkan ia sedap memecut dan dibawa laju di highway. Suspension persona elegance mmg tip top.
Ala persona baru pakai 5 tahun 6 tahun dah buat byk hal . Baik beli kereta luar negara spt Honda City. Secondhand pon tahan lagi lebih 7 tahun . Minyak lagi jimat . Rupa pon lagi lawa . Org yg dah pakai dia tau nak bandingkan yg mna bagus .
Setakat ni guna persona keluaran 2008 sekarang tak pernah masuk workshop untuk critical issue. Macam tukar brake pad minyak hitam tu normal. Ade rezeki boleh angkat persona baru pulak. InsyaAllah
Dulu mslh cermin kereta problem.. Pesona br ni cmne... Ade x mslh yg sama x
Cermin kereta Proton tiada masalah. Sejak 2011 lifetime warranty/ jaminan seumur hidup.
Dari keselamatan, Persona baru terbaik, ada VSC dan traction control, juga besi body dari ultra high tensile steel. Lebih baik dari City/Jazz
Nak bangga kete dr luar sdngkn spec kete tempatan jauh lg bgus...
Betul spec Proton lebih bagus. Proton Preve (2013) saya dah lama guna CVT 7 gear, 6 airbags, VSC, Traction control dan suspension belakang multilink independent dgn stabiliser bar. Berbanding Civic tiada stabilizer bar belakang dan Altis masih guna torsion beam.
engenior manolah yang buat pesona keluaran tahun 2016 ni,dahlah rupaya meyakitkan hati,tukar rim kecik ke besar,skirt pelbagai bentuk,tinter cermin cerah ke berwarna pun srupo meyakitkan hati,klu tengok geng pesona club tahun 2016 lagi meyampah habis2'''bangg gambor depan bila abil gambor side belkang ehmmmm hareeeee jembom,klu ikut cita rasa saya baik kekal rupa pesona 2010 tu tetapi interio dalam dan lain2 tech ambil copy dari pesona 2016.
saya rasa saya tau kenapa persona baru di kecikkan... dulu persona segmen C, sekarang yg baru jadi segmen B ( sama segmen dgn vios, almera, city).. kalu saga dah masuk kategori segmen B budget..
lagi satu strategi proton kot nak melariskan stok lama preve.. skng yg segmen c ( segmen c maksudnya luas dalam kereta).. mcm waja, inspira dah takde.. dia taknak kacau kelas la.. jadi kalu org nak kete luas mcm altis, civic.. yg paling murah ialah PREVE.. kalu perdana tu dah kelas D la.. sama size mcm accord, camry, mazda
Tahun ne 2020 cadang memang nak beli persona baru saya terpegun dengan reka bentuk ya harap kualiti kreta Ne lebih baik berbanding kreta sebelum² Ne..
Kalau nak tahu spec 2010 dgn 2016 mana lg baik tanya lah abg2 teksi yang agak lasak. Bagi saya persoma sv lagi bagus dari persona vvt. Sebab banyak kelamahan persona vvt. Kalau setakat guna biasa tak boleh nak beza kan. Sv ada 2 kipas 1 radiator 1 aircond. 1 sengugut ada lagi 1 kipas untuk sementara ke bengkel. Kalau vvt cuma 1 sahaja klu sengugut kat terus kena towing. Dan banyak lg kelamahan vvt. Sv walaupun lama tadi terbaik
Depan nampak mewah , persona baru vvt lasak Dari campro , campro cepat rosak macam kete persona lama saya , tukar manual persona baru laju lagi Dari persona lama
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum