بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Selalu kita dengar, kereta terbahagi dalam beberapa kategori dan segmen. Tahukah anda bagaimana ianya dikelaskan dan apakah jenis kenderaan tersebut? Maka pada perkongsian kali ini, BM ingin berkongsi sedikit ilmu automotif dengan memberi maksud berserta contoh model akan setiap kategori dan segmen kereta yang biasa terdapat dan digunakan di Malaysia.

Ianya lebih mudah untuk difahami berbanding rujukan BM di sini: Category:Car_classifications yang terlalu terperinci serta sedikit mengelirukan kerana ada pertindihan kategori dan ada yang tidak terdapat di Malaysia.

Klasifikasi Kategori & Segmen Kereta Di Malaysia

Pengkelasan Kenderaan

Secara umumnya, kategori kereta atau kenderaan ini dikelaskan mengikut saiz, kegunaan dan rekabentuknya.
1. Saiz
  • Ianya dinilai mengikut saiz kenderaan tersebut sama ada ianya bersaiz mini, kecil, sederhana, besar dan penuh
2. Kegunaan
  • Pengkelasan dinilai mengikut kesesuaian pengguna iaitu untuk kegunaan yang lebih ekonomi, untuk sebuah keluarga, status serta kemewahan dan fungsinya seperti Van, Wagon, Pickup dan Kereta mesra alam.
3 Rekabentuk/Jenis
  • Ianya dikategorikan berikutan terdapat pelbagai jenis rekaan kenderaan dan diantaranya adalah: Mini, Sedan, Hatchback, Kompak, Saloon, MPV, SUV dan Sport.
Klasifikasi kategori berbeza mengikut pasaran, manakala segmen yang biasa kita gunakan adalah mengikut klasifikasi "Euro Market Segment" yang mengkategorikan kenderaan kepada Segmen A, B, C, E, F, J, M dan S.

Kategori & Segmen

Berikut adalah senarai kategori dan segmen kenderaan yang biasa kita lihat dan gunakan di Malaysia berserta contoh model kenderaan tersebut.

Kereta Segmen A (Mini) - Kereta Ekonomi

Kereta dalam Segmen A ini merupakan kategori kereta paling kecil. Biasanya ia berkuasa di bawah 1,300cc. Di Malaysia, kereta dalam segmen A ini adalah yang paling laris jualannya berikutan faktor harga, praktikal dan jimat minyak. Ianya sesuai untuk jarak perjalanan yang dekat dan sesak terutama di dalam bandar.

Kereta dalam Segmen A ini pula terbahagi dalam 3 kategori iaitu:
  • Kereta Ultrakompak - Renault Twingo, Smart Fortwo
  • Kereta Kompak Hatchback - Perodua Viva & Axia, Kia Picanto, Hyundai i10, Suzuki Alto, 
  • Kereta Kompak Sedan - Perodua Bezza & Proton Saga
Kereta dalam Kategori dan Segmen A

Kereta Segmen B (Saiz Kecil) - Kereta Ekonomi

Kereta dalam Segmen B ini juga amat besar pasarannya di Malaysia. Ianya pilihan bagi sebuah keluarga yang kecil dan sederhana. Harganya pula di bawah RM100,000 menjadikan ia mampu dimiliki oleh ramai orang. Enjinnya adalah di antara 1,300cc ~ 1,600cc

Terdapat 2 kategori kereta dalam Segmen B ini yang biasa kita lihat iaitu:
  • Kereta Hatchback (Small-size/City car) - Perodua Myvi, Proton Iriz, Ford Fiesta, Kia Rio, Peugeot 208, BMW 1 Series, Volkswagen Polo, Honda Jazz, 
  • Kereta Sedan (Small-size) - Toyota Vios, Proton Persona 2016, Nissan Almera, Honda City, Volkwagen Vento, Mazda2 Sedan
Kereta dalam Kategori dan Segmen B

Kereta Segmen C (Saiz Sederhana) - Kereta Keluarga

Ya... Kereta dalam Segmen C ini sebenarnya adalah pilihan yang paling sesuai bagi sebuah keluarga yang kecil dan sederhana. Namun di Malaysia, berikutan harganya melebihi RM100,000 menyebabkan ia menjadi pilihan eksekutif dan mereka yang mempunyai ekonomi yang agak kukuh. Enjin yang biasa digunakan adalah di antara 1,600cc ~ 2,000cc

2 kategori kereta dalam Segmen C ini yang sering dijadikan pilihan iaitu:
  • Kereta Hatchback  (Medium-size) - Suprima S, Ford Focus, Mazda3, Hyundai i30, 
  • Kereta Sedan (Medium-size) - Toyota Corolla Altis, Honda Civic, Mercedes Benz C-Class, BMW 3-Series, Nissan Sylphy, Hyndai Elantra, Proton Preve
Kereta dalam Kategori dan Segmen C

Kereta Segmen D (Saiz Besar) - Kereta Keluarga

Kategori kereta dalam Segmen D ini adalah yang paling selesa bagi sebuah keluarga sederhana besar. Pilihan juga banyak namun harga sering menjadi penghalang kerana di Malaysia ianya sudah dikategorikan sebagai kereta mewah tahap permulaan. Pilihan Enjin pula adalah di antara 2,000cc ~ 3,000cc

Kereta Segmen D ini juga dikenali sebagai kereta Family Car Saloons.
  • Kereta Saloon (Large-size) - Toyota Camry, Nissan Teana, Honda Accord, Volkwagen Passat, Mercedes Benz E-Class, BMW 5-Series, Peugeot 508, Hyundai Sonata, Proton Perdana 2016, Volvo S90
Kereta dalam Kategori dan Segmen D

Kereta Segmen E (Saiz Penuh) - Kereta Eksekutif

Ia adalah kategori paling besar dalam segmen kereta. Agak sukar untuk kita lihat kereta ini di jalanraya Malaysia kerana model kereta dalam Segmen E kebanyakannya untuk pasaran negara Amerika. Jika ada pun ianya diimport secara persendirian. Enjinnya juga agar besar iaitu 3,000cc ke atas

Kereta Segmen E ini juga dikenali sebagai Executive Car Saloons
  • Kereta Saloon (Full-size)Chevrolet Impala, Ford Taurus, Mazda Xedos 9, Hyundai Grandeur, Holden Commodore, Generasi pertama dan kedua Škoda Superb, Toyota Avalon.
Kereta dalam Kategori dan Segmen E

Kereta Segmen F (Saiz Penuh) - Kereta Mewah

Kategori kereta ini sama dengan kereta Segmen E tetapi yang membezakannya adalah status mewah dengan tanda harga yang amat tinggi. Ianya melambangkan status dan kekayaan serta kejayaan kepada pemiliknya.

Ramai juga rakyat Malaysia yang memiliki kereta Segmen F ini terutama jenama Mercedes Benz, BMW dan Audi
  • Kereta Luxury Saloon (Full-size) - BMW 7 Series, Mercedes-Benz S-Class, Porsche Panamera, Audi A8, Lexus GS, Maybach, Roll Royce Phantom.
Kereta dalam Kategori dan Segmen F

Kenderaan Segmen J - Crossover SUV

Kereta Utiliti Sukan atau Sport Utilities Vehicle (SUV) di kategorikan sebagai kenderaan dalam Segmen J. Ia merupakan pilihan kenderaan yang popular pada masa kini kerana gaya hidup yang aktif dan interaktif amat bersesuaian dengan karektor SUV ini. Pilihan terdapat dalam pacuan 4 roda (4WD) dan juga 2 roda (2WD).

Kategori kenderaan dalam Segmen J juga semakin bertambah mengikut permintaan semasa di ataranya adalah:
  • SUV MiniDaihatsu Terios, Ford Ecosport, Jeep Wrangler, Peugeot 2008, Suzuki Jimny, Perodua Kembara/Nautica,
  • SUV Kompak - Mazda CX-3, Honda HR-V, Toyota HR-C, Nissan Juke, Mercedes Benz GLA, Audi Q3, BMW X1, Kia Sportage, 
  • SUV Mid Size - Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Audi Q5, BMW X3, Hyundai Tucson, Volvo XC60, Lexus RX
  • SUV Full Size - Audi Q7, Ford Edge, Hyundai Santa Fe, Jeep Cherokee, Volkswagen Touareg, Volvo XC90, Toyota Land Cruiser
Kereta dalam Kategori dan Segmen J

Kenderaan Segmen M - Minivans/MPV

Kenderaan dalam Segmen M ini sering menjadi pilihan bagi sebuah keluarga sederhana dan besar kerana lebih ruang, tempat duduk dan amat selesa. Kenderaan pelbagai guna atau Multi Purpose Vehicle (MPV) mula menjadi pilihan apabila Toyota melancarkan model Avanza yang pertama pada tahun 2002. Sejak itu, pelbagai model MPV mulai bersaing hebat di pasaran negara ini.

Terdapat empat kategori yang dikenal pasti bagi kenderaan dalam Segmen M ini.
  • MPV Kompak - Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza, Toyota Sienta, Honda Freed, Nissan Grand Livina
  • MPV Mid Size - Proton Exora, Toyota Innova, Peugeot 5008, Nissan Serena, Volkswagen Tauran, Honda Stream
  • MPV Full Size -  Kia Carnival, Citroën C4 Grand Picasso, Renault Espace, Toyota Alphard, Mercedes Benz Vito, Hyundai Starex
  • Van - Toyota Hiace, Nissan NV200, Ford Transit
Kereta dalam Kategori dan Segmen M

Kereta Segmen S - Sports Cars

Kereta sports adalah kereta yang menjadi pilihan buat mereka yang suka kepada kenderaan yang berkuasa dan berprestasi tinggi. Tidak semua orang ingin memilikinya kerana penggunaannya yang terhad. Kereta dalam Segmen S ini juga agak mahal bergantung kepada jenama.

Antara kategori kereta Segmen S yang sering kita lihat di jalanraya Malaysia adalah:
  • Roadster / Convertible  - BMW Z4, Lotus Elise, Mazda MX-5, Porsche Boxster, Mercedes-Benz SLK, Toyota 86
  • Supercar / Grand tourer - Aston Martin DB9, Bentley Continental GT, Ferrari FF, Jaguar XK, Bugatti Veyron, LaFerrari, Lamborghini Aventador, Pagani Zonda, Porsche 918 Spyder, Maserati GranTurismo
Kereta dalam Kategori dan Segmen S

Berikut pula adalah kenderaan yang juga sebenarnya termasuk dalam Segmen tetapi oleh kerana keunikannya, ia biasa diklasifikasikan dalam kategorinya yang tersendiri.
  • Pickup Truck 4WD & 2WD - Ford Ranger, Chevrolet Colorado, Mitsubishi Triton/L200, Nissan Navara, Toyota Hilux
  • Estate cars / Station wagons - Volvo V40, Mazda 6 Grand Touring, Hyundai i40 Tourer, Toyota Caldina, Nissan AD Resord
  • Kereta Mesra Alam (Hibrid, Plug-in, Hidrogen & Elektrik) - Toyota Prius, Toyota Camry Hybrid, Nissan Serena Hibrid, Volvo XC90 Plug-in, Nissan Leaf, Mitsubishi iMEV, BMW i3, Toyota Mirai
Kereta Station Wagon, Pickup Truck, Mesra Alam - Hibrid, Plug-in, Hidrogen & Elektrik

Kepentingan Segmen Kereta

Jika diperhatikan, sebenarnya segmen kereta ini diwujudkan agar dapat mengkelaskan kenderaan mengikut saiz dan target pengguna dengan mudah. Ianya amat penting buat pengeluar agar tidak ada pertindihan model kereta dalam kategori atau segmen yang sama kerana ia adalah satu kerugian besar berikutan terpaksa berkongsi dan bersaing sesama sendiri.

Maka pengguna juga mudah untuk membuat rujukan dan memilih segmen kereta manakah yang paling sesuai untuk kegunaan dan keperluan.

Sekarang dah faham dan ketahui akan maksud kategori dan segmen kereta di Malaysia? Kereta anda dalam Segmen apa? Pandai pun... :)

Semoga informasi ini memberi sedikit maklumat dan pengetahuan buat mereka yang memerlukan. 

17 comments - "Klasifikasi Kategori & Segmen Kereta Di Malaysia"

Tanpa Nama delete icon 23:09

Terima kasih atas info... Baru faham segmen kereta.

paridah delete icon 11:40

PILIH KERETA SESUAI KEPERLUAN R KEMAMPUAN KITA

Mata je rambang memilih tapi duit takde hehe

adeh..byk kena tahu pasal kreta..

thank info ini..

Tengah minat nak cari kereta sedan sekarang. Terima kasih info ini.

Perkongsian yang menarik. Boleh bantu mereka yang nak tahu bila nak beli kereta baru.

Tanpa Nama delete icon 04:11

Bila paham segmen kereta ni baru kau rasa berbaloi dengan harga kereta proton....contoh preve...satu segmen dengan civic...harga??preve kompom lg murah...itu yang kebanyakan orang xpaham....

Zool delete icon 23:35

Betul, spec Preve turbo lebih baik dari semua kereta dalam segmen C dan sama dengan segmen D serta lebih baik dari kereta basic segmen D. Lihat suspension belakang Preve: Multilink Independent suspension with stabiliser bar, macam honda accord.

Tanpa Nama delete icon 09:51

Nissan Almera nampaknya kereta yang paling terbelakang technologi dalam segmen B. Ciri keselamatan yang paling kurang, tiada VSC. Gear pun masih 4 gear. Dulu Vios pun begitu, macam Almera, guna teknologi Vios lama. Sekarang barulah tingkatkan spec.

Unknown delete icon 08:54

Boleh tak?? Kemas kini Klasifikasi Kategori Versi 2018.

Unknown delete icon 12:41

Terima kasih untuk penulisan blog ni... blog yg berilmu dan membantu...

Ck delete icon 23:45

Terima kasih atas atas maklumat......

Pie delete icon 15:59

Terima kasih atas atas maklumat......

yed delete icon 11:26

Terima kasih daun keladi

terbaiklah bro infonya.

Unknown delete icon 13:59

Hyundai starex bukan kategori mpv....tapi van biasa...tercatit dalam geran..

Unknown delete icon 00:21

Terika kasih atas sharing anda . Saya dah tahu semua segmen kereta sekarang .

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap