بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Syukur... Alhamdulillah, dapat jua kita bertemu kembali di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Sedikit perkongsian buat panduan dan ingatan diri ini, para sahabat serta tetamu BinMuhammad dari perkongsian asal Ustaz Don Daniyal kepada kita semua akan 7 amalan sunnah hebat Rasulullah SAW buat kita semua, umat di akhir zaman.

Dalam kehidupan  sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas dengan imaginasi kotor, penglihatan, percakapan dan perbuatan yang tidak betul sehingga menjadikan kita semakin jauh dengan Allah SWT. Seringkali lalai dan terlupa akan segala perintah serta laranganNya

Itulah kita sebagai seorang manusia. Insan lemah yang tidak dapat tak lari dari melakukan kesilapan. Namun Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani senantiasa membuka pintu taubatNya kepada kita agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. 

7 Sunnah Hebat

Begitu banyak sunnah-sunnah Nabi SAW tinggalkan buat kita semua amalkan. Berikut adalah antara sunnah-sunnah hebat yang perlu kita lakukan dan amalkan.

Jagalah dan amalkan sekurang-kurangnya Tujuh Sunnah Nabi ini setiap hari agar kehidupan kita di dunia ini sentiasa terpelihara dan beroleh keberkatan dalam menambah bekalan untuk kesenangan di hari akhirat kelak.

Pertama: Solat Tahajjud
  • Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
Kedua: Membaca Al-Qur’an
  • Sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat Qursi.
Ketiga: Solat di Masjid
  • Jangan tinggalkan "masjid" terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan Masjid Allah.
Keempat: Solat Dhuha
  • Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha yang sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima: Sedekah
  • Sentiasa bersedekah dan beramal jariah setiap hari. Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah. Malaikat sentiasa mendoakan orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah SWT berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat.
Keenam: Wudhu
  • Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hambanya yang sentiasa dalam keadaan berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Beristighfar
  • Amalkan "istighfar" setiap saat. Dengan istighfar, segala masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.

Berdoa Dan Beramal

InsyaAllah... Semoga sama-samalah kita berusaha menjaga dan mengamalkan 7 sunnah hebat ini agar kita semua menjadi insan yang lebih baik dan beriman; Terima kasih di atas kunjungan anda seketika di sini, Sebelum anda berlalu pergi... Marilah sama-sama kita berdoa:

“Ya ALLAH, Engkau adalah Tuhan ku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau ciptakan aku, aku adalah hambamu, aku berdiri di atas janji-Mu dan percaya pada ancaman-Mu sesuai kemampuan ku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku lakukan. 



Aku mengakui nikmat-Mu kepada ku, dan aku mengakui dosa-dosa ku, maka ampunilah dosa ku. Sesungguh-nya tidak ada yang mengampuni dosa ku kecuali Engkau... Amiin Ya Rabbal Alamiin” 

Dapatkan juga di sini: Doa Penawar Kesedihan

Amalkan 7 Sunnah Hebat Ini Setiap Hari

Andai kita mampu meluangkan masa di blog, Maka luangkan sedikit masa untuk share dan sebarkan agar orang lain juga beroleh manfaat. Nabi berpesan.. sebarkanlah walau sepotong ayatku. InsyaAllah... Semoga menjadi saham buat kita di akhirat nanti.. "Ilmu dikongsi bersama"

4 comments - "Amalkan 7 Sunnah Hebat Ini Setiap Hari"

perkongsian yang bagus!

paridah delete icon 12:05

MOGA DIJADIKAN AMALAN BERSAMMA INSYA ALLAH

Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih admin.

Nak kenal amalkan perkara ni. Perkongsian yang berguna.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap