بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016: Kereta sudah menjadi salah satu keperluan utama pada masa kini. Hampir setiap keluarga pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta. Namun tak semua model kereta yang kita minati akan mampu kita perolehi. Maka dengan sebab itu jugalah, kereta yang popular tidak semestinya yang paling menjadi pilihan serta laris jualannya.

Lihat di sini: 10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

Rakyat Malaysia agak cerewet dalam memilih kereta. Secara umumnya, model kereta yang paling menjadi pilihan, digemari serta laris dijual biasanya mempunyai ciri-ciri berikut, antaranya adalah...

Ciri-Ciri Kereta Pilihan:
  • Harga mampu milik
  • Praktikal serta mudah digunakan untuk apa jua tujuan oleh semua peringkat usia dan status.
  • Ekonomi iaitu jimat penggunaan bahan api
  • Jenama yang diyakini
  • Kualiti dan reabiliti
  • Mutu servis lepas jualan 
  • Rendah kos maintenance 
  • Harga jualan semula yang tinggi
Berikutan itu, hanya model kereta kategori Segmen A dan B menjadi pilihan yang dapat memenuhi semua ciri-ciri di atas. Manakala harganya pula di bawah RM100K.

Rekabentuk, teknologi, kuasa enjin, eksesori dan tahap keselamatan dilihat hanya hebat menjadi bualan serta kritikan tetapi ianya tidak membawa pengaruh yang besar kepada pilihan ramai pembeli. Ianya hanya mempengaruhi pembeli yang membeli kereta pada harga RM100K ke atas sahaja.

Top 10 Jenama/Pengeluar Kereta Pilihan Malaysia 2016

Sebelum kita lihat senarai Top 10 model kereta yang menjadi pilihan dan digemari rakyat Malaysi, kita lihat statistik jenama/pengeluar kenderaan yang paling laris jualannya di Malaysia pada tahun 2016.

Berikut adalah Top 10 Jenama/Pengeluar Kenderaan yang paling menjadi pilihan serta laris dijual di Malaysia 2016 (carta akan dikemaskini mengikut kepada jumlah jualan dari masa ke semasa)

Rank 2016
Jenama
Jumlah Jualan (2016)
1
Perodua
207,110
2
Honda
91,830
3
Proton
72,290
4
Toyota
63,757
5
Nissan
40,706
6
Isuzu
12,818
7
Mazda
12,493
8
Mercedes Benz
12,017
9
Mitsubishi
9,395
10
BMW
9,000
Untuk laporan penuh data jumlah jualan kereta di Malaysia 2016, sila ke link berikut: 2016 Malaysia Vehicle Sales Data

Jelas sekali Perodua begitu unggul menguasai pasaran kereta baru di Malaysia. Honda pula semakin mendapat tempat dihati pengguna sehingga berjaya memintas Proton untuk berada ditempat kedua.

Jumlah jualan kereta mewah Mercedes Benz dan BMW pula sangat memberangsangkan... Adakah ini bermakna semakin ramai orang kaya di Malaysia?

Top 10 Model Kereta Pilihan Malaysia 2016

Berikut adalah senarai Top 10 model kereta pilihan rakyat Malaysia 2016. Ianya berdasarkan kepada jualan, populariti dan pandangan peribadi BM mengikut perkembangan dan pasaran industri automotf negara 2016.

10. Nissan Almera
Ini adalah bukti nyata bahawa rupabentuk kereta bukan faktor penentu kepada pilihan pembeli. Nissan Almera membawa perspektif baru dalam penilaian sesebuah model kereta. Apakah kehebatan kereta ini sehingga layak berada di Top 10? Jawapannya mudah... Anda perlu mencuba dan nilaikannya sendiri!

Nissan Almera - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

9. Toyota Vios
Generasi ke-3 Toyota Vios ini agak gagal buat Toyota kerana ianya tewas kepada Honda City sebagai model bukan tempatan yang paling menjadi pilihan. Mungkin kerana rakyat Malaysia menilai lebih terperinci akan model kereta bukan tempatan dan Toyota Vios generasi ketiga ini tiada kelebihan atau peningkatan ketara di mana hanya pertukaran bentuk luaran sahaja umpama menyalin kulit.

Toyota Vios - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

8. Proton Persona
Proton Persona baru ini telah menenggelamkan model Iriz (Persona baru adalah versi Iriz sedan) dan ianya menjadi pilihan terkini rakyat Malaysia bagi sebuah model kereta sedan yang seronok untuk dipandu dan selesa untuk penumpang.

Proton Persona - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

7. Honda HR-V
Wow! Sungguh hebat fenomena SUV kompak ini sehingga tersenarai dalam Top 10! Honda HR-V menjadi pilihan rakyat Malaysia yang semakin berubah kepada gaya kehidupan lebih urban. interaktif dan aktif, maka Honda HR-V adalah model kereta yang paling sesuai dan tepat untuk generasi masa kini.

Honda HRV - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

6. Perodua Myvi
Model kereta yang pernah menjadi pilihan no. 1 rakyat Malaysia sebelum kemunculan Axia ini tetap tersenarai dalam carta Top 10. Ianya kekal relaven dan hanya menanti masa untuk melonjak semula apabila model Generasi ke-3 Myvi bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Perodua Myvi - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

5. Honda City
Honda City generasi ke empat ini mendominasi pilihan rakyat Malaysia 2016 bagi model kereta bukan Nasional yang selama ini dikuasai oleh Toyota Vios. Kejayaan Honda City ini dicapai melalui peningkatan serta penawaran produk yang berbaloi dengan harga.

Honda City - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

4. Perodua Bezza
Walaupun hanya dilancarkan pada bulan Julai 2016, model Perodua Bezza mendapat sambutan yang sangat hebat sehingga menjadi model kereta pilihan terhangat di Malaysia! Ianya merupakan versi Axia sedan bagi mereka yang memerlukan lebih ruang bagasi. Bezza adalah model kereta sedan pertama Perodua yang berjaya mengukuhkan penguasaannya di pasaran negara ini.

Perodua Bezza - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

3. Perodua Alza
MPV saiz sederhana ini menjadi pilihan apabila tidak memilih kereta sedan. Ianya praktikal untuk sebuah keluarga yang kecil dan sederhana besar. Maka tidak hairanlah Perodua Alza masih berjaya tersenarai dalam top 3 model kereta pilihan rakyat Malaysia walaupun ianya sudah lebih 5 tahun berada dipasaran.

Perodua Alza - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

2. Proton Saga
Kereta sedan paling murah di Malaysia ini terus kekal menjadi antara kereta pilihan ramai. Model ikon yang sangat penting buat Proton dalam meneruskan survival serta penguasaan pasaran di negara ini. Model baru Proton Saga R akan meneruskan kesinambungan namun kali ini ia terpaksa bersaing hebat dengan Perodua Bezza.

Proton Saga - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

1. Perodua Axia
Tidak dapat disangkal lagi ianya milik Perodua Axia kerana Axia memenuhi hampir kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk dinobatkan sebagai model kereta no. 1 pilihan rakyat Malaysia 2016.

Perodua Axia - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

Pilihan Ditangan Anda

Pilihan rakyat Malaysia tidak semestinya adalah pilihan anda. Pastinya model kereta pilihan kita semua adalah sebuah kereta mewah namun disebabkan harga yang mahal maka terpaksalah pilih mengikut kemampuan.

Harga menjadi penentu yang muktamad bagi majoriti rakyat Malaysia apabila membeli sesebuah kereta. Maka model kereta pilihan rakyat Malaysia ini sebenarnya adalah pilihan terpaksa yang bukan dibeli atas dasar minat atau kerana ciri-ciri keistimewaannya tetapi mengikut kemampuan dan kegunaannya.

Disebabkan itulah juga kenapa model kereta yang tersenarai dalam Top 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016 ini didominasi oleh kereta keluaran tempatan. Apa pun model kereta pilihan anda, hanya anda yang tahu kenapa ianya menjadi pilihan...

32 comments - "10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016"

hebat perodua..

jauh mendahului jenama kereta yang lain..mgkin harga mampu milik dan tak banyak ragam..

masih peduli dengan produk sendiri

produa masih top d malaysia

bisa kalahkan honda

Produa dah semakin lagi advance dari proton dah nampaknya...

Persona 2016 bakal menduduki tangga teratas. Sebuah kereta yg mampu menambat hati malah memukau pelanggan. Walaupun rakyat Malaysia rata-rata boleh berkompromi dengan ciri-ciri keselamatan semasa era Perdana dan Persona, kini ia telah berubah kerana Proton mengangkat ciri-ciri keselamatan ditempat yang paling tinggi sesuai dengan slogan keselamatan didalam kilang. Tahap kemusnahan proton sewaktu berlaku kemalangan begitu berbaloi dibincangkan sekarang. Rata-rata ahli penyelamat mampu mengupas dengan terperinci tentang kemantapan Proton berbanding kereta sepersaingannya. Sekurang-kurangnya bukti yang ditunjukkan Proton tentang ciri-ciri keselamatan terbaiknya hari ini mampu menyedarkan rakyat Malaysia betapa ianya adalah sesuatu yang perlu diambilkira demi berikhtiar menuju kearah yang lebih baik sesuai dengan saranan Islam iaitu kita tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan.Janganlah kita mengambil sikap semberono dalam memilih kereta tanpa memikirkan keselamatan kita dan keluarga tersayang..

Apa nak buat.. dah 'terbeli'. Itu lontaran kata-kata kekesalan dari pembeli kereta yang saya kutip dari rakan-rakan bila bercerita tentang sambutan kereta berjenama tempatan. Walaupun nada kekesalan ini merupakan fenomena biasa, ia tetap tersimpan disudut hati manusia biasa.
Sayugia diingatkan kepada bakal pembeli kereta agar membuat keputusan yang tepat dan angkatlah ciri-ciri keselamatan sebagai yang paling penting. Banyak ujian-ujian bercirikan keselamatan yang boleh dikongsi diblog-blog berkaitan kereta. Googlelah.. ia mungkin dapat memberi nilai tambah dalam kita membuat keputusan membeli kereta idaman..

Tanpa Nama delete icon 12:28

Proton lagi advance dari Perodua. Semua kereta Proton guna gear CVT yang terkini, Preve 7 gear CVT. Semua model Persona dan Iriz ada VSC, Traction control dan Hill hold assist. Body Proton juga diperbuat dari High Tensile steel yang kuat. Suspension belakang Preve ialah independent suspension dgn stabilizer bar. Saga Premium pun ada VSC, traction control, hill hold assist dan camera belakang. Apa nak lagi?

Unknown delete icon 23:09

honda dan toyota adalah pemilihan terbaik

Tanpa Nama delete icon 21:40

Elok Beli Proton supaya duit tak keluar ke Jepun dll. Ia juga menjana ekonomi Negara. Proton pemilihan paling baik.

p2 182k.. p1 65k..kenapa? atas faktor apa p2 ditangga teratas? adakah sebab safety? harga? kualiti? gaya? kekemasan? atau khidmat lepas jualan?...anda guna produk p2 dan p1, anda akan tahu jawapan... duit kita, pilihan kita, anda pikir sendiri..

Unknown delete icon 20:24

kereta pertama kancil..kedua saga.ketiga persona dan terkini PREVE..Alhmdulillah proton pilihan trbaik

Tanpa Nama delete icon 21:09

proton pilihan terbaik...kereta waja masih digunakan selama 12 tahun,ingin bertukar ke proton exora, dengar kata ade replacement model tahun ni

Tanpa Nama delete icon 11:55

Hanya Proton Saga dan Proton Persona buatan Rakyat tempatan. Yang lain dari Jepun (tulin dan klon). Saya pastikan duit saya kitar dalam negara dan tidak keluar ke Jepun, pikir pikirlah.

Unknown delete icon 00:20

Member pakai exora bru stahun mcm2 rosak dan mcm2 masalah, sya pakai alza dah 3 tahun 4 bln milage 131800km x pernah ada masalah atau rosak bkn x nak suport buatan mlysia tp renung2kan la

zlin78 delete icon 06:50

saya guna perodua axia...advance..saya suka perodua sebab jimat minyak dan harga mampu milik..selain rekabentuk dia yg comel dan bergaya....maintanance murah..x pening kepala pike pasal duit....zaman sekarang semua mahal..tak kira brg,gst dll..so untuk penjimatan..sy guna perodua axia..terbaikkkk

Tanpa Nama delete icon 11:43

Saya pernah pakai Waja model 2006, tak pernah rosak selama 10 tahun pakai. Dah jual Waja beli Proton Iriz, dah lebih 1 tahun, pun tak pernah rosak. Iriz juga jimat minyak, maintenance murah dan ciri keselamatan hebat, ada VSC (vehicle stabilising control) dan traction control.... cengkaman yang hebat bila hujan lebat... Proton Iriz terbaik.

Tanpa Nama delete icon 09:58

Jurujual proton yg komen dah tentu semua psl proton xde masalah. Teruskn hipokrit

Tanpa Nama delete icon 10:01

Jenama Malaysia produa is the best

Tanpa Nama delete icon 10:52

Hanya Proton kebanyakan keretanya buatan rakyak tempatan dan memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah, Perodua masih klon semua keretanya dari Daihatsu.

Tanpa Nama delete icon 12:25

Saya bukan jurujual Proton tetapi Rakyat Malaysia biasa. Sudah pakai Proton sejak 1988 (Saga Magma), Iswara (1993), Wira (2001), Waja (2006) dan Preve turbo (2013), tidak pernah rosak. Kereta kedua Proton Iriz. Isteri pernah pakai Saga, gen 2, sekarang Preve turbo. Anak pakai Saga FLX dan Savvy. Tetap menyokong produk anak tempatan.

Tanpa Nama delete icon 19:19

Perodua berjaya kerana menyalin produk jepun yang sememangnya tinggi kualiti.proton jatuh sebab berani mencipta produk sendiri tapi sekadar melepas batuk di tangga. Ramai pemilik preve kecewa, maintenence terlampau mahal..resale value jatuh teruk .. tiada apa usaha dari proton.yang pasti ex pemilik proton ini telah menjadi proton haters berserta testimoni . Sc selamba caj mahal tanpa rasa bersalah walaupun pelbagai isu kualiti . Terlampau kecewa

Tanpa Nama delete icon 14:20

saya dalam perancangan untuk membeli kereta dalam masa terdekat..tetapi masalahnya saya sukar untuk membuat pilihan sama ada vios trd sportivo atau honda v...boleh bantu saya untuk membuat pilihan dan keputusan sebelum membeli....

Tanpa Nama delete icon 12:19

Saya tidak pernah kecewa pakai kereta kereta Proton, tetap berbangga kerana pakai kereta yang memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah dan dibuat groundup dari anak bangsa negara Malaysia. Dapat contribute kepada ekonomi negara dan mengekalkan peredaran wang dalam negara. Maintenance tak mahal pun, saya recomment guna Proton anytime, bukan hanya Proton sahaja tetapi product yang benar benar Malaysia termasuk minyak Petronas.

Tanpa Nama delete icon 11:58

Saya pakai Preve sejak 2013. Tiada masalah. Pengunaan minyak sangat jimat bila jalan jauh dan menggunakan Auto Cruise, set kpd kelajuan tertentu dan relax tak payah tekan minyak. Jika guna jalan biasa amat confident bila momotong kerana pickup sangat cepat. Bila hujan lebat VSC dan traction control halang kereta dari terbabas. Ada rain sensor pada cermin depan, kelajuannya bergantung kpd lebatnya hujan, juga fog light belakang yg digunakan bila hujan lebat, tidak perlu guna hazard lights. Ada auto lights yang menyala secara auto bila gelap. Ada follow me home lights yang akan menyala bila balik rumah waktu malam walaupun kereta dah kunci, atau suluh ke masjid/surau. Besi diperbuat dari Ultra High Tensile steel yang kuat dan tidak mudah remuk walaupun terbaik. Harga hanya RM 73,000 dibanding dgn kereta yg hampir sama spec iaitu Altis 1.8 RM 120,000, jimat RM 47,000, itu pun suspension belakang Altis hanya torsion beam dibanding dgn Preve, multi link independent suspension with stabizer bar (macam Accord). Servis pun 10,000km, hampar 6 bulan baru servis. Saya sangat berpuas hati dgn Preve saya.

Tanpa Nama delete icon 09:30

to be continued.... oh ya, Proton Preve saya ada 6 airbags (dua depan, dua passenger, dua tepi/curtain), gear CVT dengan 7 gear, ada paddle shift kat steering untuk tukar gear secara manual macam kereta F1, dan engine light turbo dengan 138 kuasa kuda, macam kereta 2,000 cc. Ride and handling oleh Lotus, selesa bila jalan jauh. Bangga saya dengan pencapaian anak Malaysia melaui Proton dan Petronas.

Tanpa Nama delete icon 15:35

ada positif ada negetif,apapun..produa pilihan dihati.

Unknown delete icon 13:06

Ramai yang kata kereta proton tidak setanding kereta produa..atas alasan proton tidak save minyak.. dan servis juga mahal.. saya minat proton sebab sy lebih pentingkan ruang tempat letak barang2.. yang arif ttg kereta boleh bagi cadangan mana lagi lebih sesuai..

Unknown delete icon 20:17

Tapi, korang semua kena tau satu benda.. Malaysia lancarkan kereta perodua bukan sebab nak jadi persaingan kepada proton, memang perancangan perodua dilancarkan hanya untuk mempelbagaikan kereta keluaran Malaysia dan bukan untuk menjadi persainan kepada proton.. Sama macam jepun, jepun juga keluarkan banyak jenama kereta seperti toyota, nissan, mitsubishi dan sebagainya.

Unknown delete icon 18:22

Masa bila sial ramai yg minat bezza... kahkahkah...

Tanpa Nama delete icon 17:03

Perodua masih belum buat kereta dan engine sendiri, masih mengharapkan model model dari Daihatsu. Sepatutnya Perodua hanya pasang kereta 1,000 CC dan ke bawah. Proton pula telah keluar kereta sendiri seperti Waja, Gen 2, Satria Neo, Preve, Suprima, Persona (lama dan Baru), Savvy, Exora, Saga BLM, Saga FLX, Saga Baru dan Iriz. Perodua memang bersaing dengan Proton apabila guna engine Daihatsu 1.3 dan 1.5 CC. Engine Campro, CPS, IAFM, VVT pula direka dan dibuat oleh rakyat Malaysia. Proton Pembuat Kereta Malaysia Sebenar.

Unknown delete icon 14:00

Support kereta buatan tempatan

sila lawat http://www.facebook.com/selesadenganproton

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap