Yang mana satukah pilihan kereta sedan nasional pilihan anda? Antara Perodua Bezza, Proton Persona atau Proton Saga? Wah! Mesti sukar hendak memilih! Mesti juga pelbagai perbezaan, kelebihan dan kekurangan dijadikan rujukan sebagai perbandingan.
Model kereta sedan mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi di negara ini berikutan bersesuaian untuk sebuah keluarga yang sederhana dan kecil. Malah individu bujang dan syarikat juga memilih kereta sedan sebagai kereta pertama atau kedua.
Jika sebelum ini, Proton cuba untuk bersaing dengan Perodua apabila model Proton Savvy dan Iriz dikeluarkan tetapi kini, Perodua pula melakukan sebaliknya apabila cuba memasuki segmen sedan pula.
Bezza adalah sedan pertama dari Perodua dan merupakan satu-satunya model terbaru yang dilancarkan oleh Perodua pada tahun ini. Manakala Proton sudah pun melancarkan Proton Perdana Baru dan akan menyusul model kereta baru selepas ini adalah Proton Persona (generasi ke-2) dan Proton saga (Generasi ke-3).
Tiga buah model sedan yang berada dalam dalam saiz yang hampir sama namun mempunyai rekabentuk serta keistimewaan yang tersendiri untuk bersaing bagi merebut hati para pembeli.
Perbezaan model mengikut segmen kenderaan. (contoh untuk model sedan sahaja)
- Segmen A - Perodua Bezza, Proton Saga
- Segmen B - Proton Persona, Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera, Ford Fiesta, Mazda 2, Kia Rio
Perodua Bezza yang berharga dari RM37,300 hingga RM50,800 kelihatan amat kompetitif bagi sebuah model baru yang segar dipasaran berbanding Proton Persona dan Saga yang masih dengan model lama.
Jika Proton terlalu lambat melancarkan model baru mereka bagi menyaingi Perodua Bezza, ianya amat merugikan buat Proton.
Namun jika anda masih ingin menunggu, adakah penantian akan berbaloi? Ya... Jom! Lihat dulu perbandingan rekabentuk, spesifikasi, kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap model sedan pilihan ramai ini dari pelbagai sudut; rekabentuk (design), spesifikasi, kualiti, luaran serta dalaman. Yang mana satukah akhirnya akan menjadi pilihan terakhir anda....
Perbandingan spesifikasi Perodua Bezza 1.3L, Proton Saga 1.3L (2016) dan Proton Persona 1.6L (2016)
Proton Persona menawarkan rekabentuk yang sangat menarik dan terkini umpama fluid design pada kereta buatan Korea. Ianya pasti memikat pengguna yang inginkan gaya muda dan mahukan kelainan. Transformasi dari Iriz kepada Persona juga kelihatan tidak begitu janggal. Nampaknya Jurutera Proton bijak mengubah rekaan sama seperti Gen2 kepada Persona sebelum ini.
Berikut adalah harga rasmi Proton Persona Baru 2016 mengikut varian:
Kekebihan
Kelebihan utamanya sudah tentulah pada kuasa enjin yang lebih besar dan berkuasa berbanding Saga dan Bezza. Enjin 1.6L sudah tentu akan digunakan oleh Proton untuk model Persona ini.
Sebagaimana Iriz, Persona juga sudah tentu memiliki segala kelebihan yang ada pada Iriz diantaranya adalah:
Kendalian pemanduan jentera Proton tidak boleh dipertikaikan kerana ia antara yang terbaik dan menjadi salah satu tarikan serta promosi utama. Begitu juga dengan keselesaan seperti rekabentuk tempat duduk dan sistem hawa dingin yang sangat cemerlang!
Kekurangan
Kekurangan yang nyata adalah mungkin penggunaan enjin serta transmisi lama yang sama seperti Iriz, ia kurang diyakini pengguna, diragui walaupun telah dipertingkatkan serta untuk berdaya saing terutama dari sudut penggunaan bahan api dan kos maintenance.
Selain itu, kualiti kereta Proton yang masih diragui (sebenarnya dah ok) serta servis dan mutu perkhidmatan lepas jualan yang kurang memuaskan.
Walaupun harga jualan semula (RV) adalah subjektif namun ianya sering menjadi rujukan utama pembeli dan kereta Proton amat kalah berbanding Perodua.
Namun jika anda masih ingin menunggu, adakah penantian akan berbaloi? Ya... Jom! Lihat dulu perbandingan rekabentuk, spesifikasi, kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap model sedan pilihan ramai ini dari pelbagai sudut; rekabentuk (design), spesifikasi, kualiti, luaran serta dalaman. Yang mana satukah akhirnya akan menjadi pilihan terakhir anda....
Perbandingan spesifikasi Perodua Bezza 1.3L, Proton Saga 1.3L (2016) dan Proton Persona 1.6L (2016)
Perodua Bezza 1.3L
|
Proton Saga 1.3L (2016)
|
Proton Persona 1.6L (2016)
| |
Harga OTR
|
RM42,800 ~ RM50,800
|
RM37,000 ~ RM46,000
|
RM46,350 ~ RM59,800
|
Saiz (PxLxT)
|
4,150mm x 1,620mm x 1,510mm
|
4,331mm x 1,689mm x 1,491mm
|
4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
|
Jarak Roda
|
2,455mm
|
2,465mm
|
2,555mm
|
Suspensi
|
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
|
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
|
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
|
Sistem Brek
|
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
|
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
|
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
|
Berat
|
900kg – 930kg
|
1,017kg – 1,080
|
1,155kg - 1,210kg
|
Enjin
|
1.3L Dual VVT-i
|
1.3L VVT
|
1.6L VVT
|
Transmisi
|
4 Speed Auto & Manual
|
Auto CVT & Manual
|
Auto CVT & Manual
|
Kuasa (HP)
|
94HP
|
94HP
|
107HP
|
Ruang But
|
508L
|
420L
|
510L
|
Tangki Minyak
|
36L
|
40L
|
40L
|
Proton Persona
Walaupun dalam segmen B, ianya tetap menjadi saingan berikutan saiz dan julat harga yang lebih sedikit dari Proton Saga dan Perodua Bezza. Ia juga boleh dikatakan sebagai Proton Iriz Sedan kerana menggunakan platform dan rekaan Iriz sebagai asas.Proton Persona menawarkan rekabentuk yang sangat menarik dan terkini umpama fluid design pada kereta buatan Korea. Ianya pasti memikat pengguna yang inginkan gaya muda dan mahukan kelainan. Transformasi dari Iriz kepada Persona juga kelihatan tidak begitu janggal. Nampaknya Jurutera Proton bijak mengubah rekaan sama seperti Gen2 kepada Persona sebelum ini.
Berikut adalah harga rasmi Proton Persona Baru 2016 mengikut varian:
- Proton Persona 1.6 Standard (Manual) - RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
- Proton Persona 1.6 Standard (Auto CVT) -RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
- Proton Persona 1.6 Executive (Auto CVT) - RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
- Proton Persona 1.6 Premium (Auto CVT) - RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic)
Kekebihan
Kelebihan utamanya sudah tentulah pada kuasa enjin yang lebih besar dan berkuasa berbanding Saga dan Bezza. Enjin 1.6L sudah tentu akan digunakan oleh Proton untuk model Persona ini.
Sebagaimana Iriz, Persona juga sudah tentu memiliki segala kelebihan yang ada pada Iriz diantaranya adalah:
- 5 stars Asean NCAP
- 6 Airbags
- ABS, EBD, TCS, BA, EPS, VSC dan AHS
- Sistem infortainmen, touchscreen dan navigasi
- Seatbelt reminder dan Isofix
- Steering audio control
- Push start button
- Auto fold wing mirror
- Reverse camera
Kendalian pemanduan jentera Proton tidak boleh dipertikaikan kerana ia antara yang terbaik dan menjadi salah satu tarikan serta promosi utama. Begitu juga dengan keselesaan seperti rekabentuk tempat duduk dan sistem hawa dingin yang sangat cemerlang!
Kekurangan
Kekurangan yang nyata adalah mungkin penggunaan enjin serta transmisi lama yang sama seperti Iriz, ia kurang diyakini pengguna, diragui walaupun telah dipertingkatkan serta untuk berdaya saing terutama dari sudut penggunaan bahan api dan kos maintenance.
Selain itu, kualiti kereta Proton yang masih diragui (sebenarnya dah ok) serta servis dan mutu perkhidmatan lepas jualan yang kurang memuaskan.
Walaupun harga jualan semula (RV) adalah subjektif namun ianya sering menjadi rujukan utama pembeli dan kereta Proton amat kalah berbanding Perodua.
Perodua Bezza
Pada keseluruhan rekabentuk, ianya kelihatan biasa bagi sebuah model sedan. Rekaan yang masih terikat dengan gaya Toyota serta belum menampakkan identiti tersendiri Perodua walaupun ia dibangunkan oleh jurutera tempatan. Namun itu bukanlah menjadi fokus utama bagi Perodua Bezza dalam menarik minat pembelinya.
Pujian wajar juga diberi berikutan rekaan rekabentuk yang kemas hasil transformasi dari model Axia kerana tidak kelihatan pelik dan janggal sebagai sebuah kereta sedan.
Berikut adalah harga rasmi Perodua Bezza OTR untuk setiap variant:
Berikut adalah harga rasmi Perodua Bezza OTR untuk setiap variant:
- Perodua Bezza 1.0L Standard G - Manual: RM37,300
- Perodua Bezza 1.0L Standard G - Automatik: RM39,300
- Perodua Bezza 1.3L Premium X - Manual: RM42,800
- Perodua Bezza 1.3L Premium X - Automatik: RM44,800
- Perodua Bezza 1.3L Advance - Automatik: RM50,800
Kelebihan
Sudah tentu kelebihan utama yang menjadi tarikan adalah penarafan Status EEV pada kereta ini. Ianya sangat diperlukan pada zaman harga minyak yang tinggi dan tidak menentu dan seringkali jem.
Selain itu, keluasan ruang dalaman serta ruang bagasi (508 liter) begitu menonjolkan keistimewaan Bezza. Papan pemuka juga tidak nampak murah dan agak kemas.
Bagi model 1.3L premium, ianya menampilkan spesifikasi yang amat hebat dan berbaloi! Antara yang ditawarkan adalah:
- 5 stars Asean NCAP
- Sistem ”Eco-Idle”
- ABS, EBD, VSC, HSA
- Reverse camera
- Sistem infortainmen dengan touchscreen
- Steering audio control
- Smart Entry & Push start button
- Isofix
- Fold Rearseat (60:40)
Kelebihan yang diberikan sangat menarik dan berbaloi bagi sebuah kereta sedan dalam kategori harga antara yang paling rendah.
Selain itu, kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap ketahanan dan kualiti enjin serta maintenance kereta Perodua yang murah, merupakan satu kelebihan yang tidak mampu ditandingi Proton akan memacu jualan Bezza ini!
Kekurangan
Enjin berkuasa 1.0L untuk sebuah kereta sedan!? Harga untuk varian ini sangat menarik pembeli namun mampukah enjin ini membawa dengan selesa apabila Bezza ini diisi penuh dengan penumpang dan barangan? Begitu juga dengan spesifikasi, kalau beli variant 1.3L Premium... OK, Tapi variant lain... Macam kosong dan tak selamat jer!
Rekaan tempat duduk kereta Perodua pula masih jauh ketinggalan dari sudut ergonomik dan keselesaan. Terutama kerusi belakang yang menegak dan terlalu rata hingga kelihatan seperti sekeping papan! Keluasan tempat duduk penumpang juga sedikit sempit berikutan telah digunakan untuk meluaskan ruang but bagasi.
Proton Saga
Proton Saga masih mengekalkan rekaan konvensional sama seperti model Saga generasi ke-2. Tiada keistimewaan dari sudut rekabentuk namun kelihatan lebih kemas dan tidak terlalu meninggi terutama pada bahagian C pillar. Berikutan itu, rekaan Saga baru ini dilihat lebih menarik dan tepat bagi sebuah model sedan.
Bentuknya kini lebih membulat dan besar dari sudut saiz. Rekaan lampu belakang yang memanjang memberi imej baru buat Proton Saga. Ianya juga tidak nampak murah dan lebih bergaya!
Harga Proton Saga Baru 2016:
Bentuknya kini lebih membulat dan besar dari sudut saiz. Rekaan lampu belakang yang memanjang memberi imej baru buat Proton Saga. Ianya juga tidak nampak murah dan lebih bergaya!
Harga Proton Saga Baru 2016:
- Proton Saga 1.3L Standard MT - RM36,800
- Proton Saga 1.3L Standard CVT - RM39,800
- Proton Saga 1.3L Executive CVT - RM42,800
- Proton Saga 1.3L Premium CVT - RM45,800
Kelebihan
Kereta sedan paling kecil keluaran Proton ini tidaklah kecil dari sudut saiznya. Seumpama model Saga sebelum ini, keluasan dan keselesaan dalamannya amat mengagumkan. Kelebihan yang jauh lebih baik berbanding Perodua Bezza.
"Saga" akan meneruskan legasi model ikon Proton sebagai kereta sedan paling mampu milik iaitu paling murah di Malaysia dan juga di Asia Tenggara! Selain itu ianya tetap mengekalkan kualiti pemanduan Proton yang hebat dan menyeronokkan serta tahap keselamatan yang tinggi merupakan standard yang ditetapkan bagi setiap model baru keluarannya.
Ia sudah pasti akan dijana oleh enjin berkuasa 1.3L dan sekiranya Proton ingin bersaing dengan Bezza 1.0L, mungkin tidak mustahil jika Proton akan menggunakan enjin Suzuki berikutan adanya usahasama (JV) antara Proton-Suzuki.
Spesifikasinya juga mendapat penambahbaikan dan peningkatan seperti mana Persona Baru. Ianya kini lebih jimat minyak, berprestasi dan tiada lagi masalah gear CVT seperti sebelum ini. Kabinnya juga lebih senyap dengan rekaan papan pemuka yang baru dan kemas. Kehebatan pengendalian dan keseronokan memandu memang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Spesifikasi Proton Saga 2016
Spesifikasi Proton Saga 2016
- Varian : Standard, Executive, Premium
- Ciri ciri keselamatan : Dua beg udara, Kawalan Kestabilan (ESC), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TCS), Brek Anti-kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Mendaki (HHA)
- Keluasan but : 420 liter
- Kemasan dalaman : Satu tona warna sahaja (hitam), kemasan fabrik untuk semua varian
- Reverse camera dan ecodrive - varian Premium
- Isofix
- Fold Rearseat (60:40)
- Asean NCAP 4 Bintang
Kekurangan
Proton Saga 2016 ini tidak lagi menggunakan lampu belakang LED. Selainnya, kekurangan yang sama sebagaimana Persona, kekurangan model Saga baru ini adalah sama iaitu menggunakan enjin dan transmisi lama yang mungkin diragui masalah yang sama, maintenance yang tinggi, kualiti diragui, pusat servis yang kurang memuaskan dan harga RV yang jatuh mendadak.
Rumusan
Dari perbandingan ini dapatlah kita lihat akan kelebihan serta kekurangan model sedan tempatan ini. Perodua Bezza, Proton Persona dan Proton Persona, masing-masing punya keistimewaan dan perbezaan yang tersendiri.Jelas, Proton lebih menumpukan kepada rekabentuk, keselesaan dan kehebatan pada teknologi pemanduan. Perodua pula lebih menekankan kepada kehendak pengguna yang mahukan sebuah kereta yang boleh bergerak dari point A ke point B dengan lebih jimat/ekonomi serta luas ruang bagasi. Selain itu perodua juga menitik beratkan pada kualiti dan perkhidmatan servis lepas jualan.
Bagaimanapun kedua-duanya kini semakin memberi lebih perhatian kepada soal keselamatan dan kecanggihan teknologi seiring dengan kemajuan serta keperluan undang-undang semasa.
Dari sudut harga, ia tidak banyak bezanya dan merupakan antara pilihan yang paling murah dipasaran pada masa kini maka persaingannya di sini adalah seimbang.
Perodua mungkin mendahului sedikit Proton buat masa ini berikutan keyakinan pembeli terhadap kualiti dan kos jangka masa panjang. Sekiranya Proton mampu merubah persepsi pengguna terhadap produknya, tidak mustahil Proton akan menjadi pilihan dan seterusnya menguasai kembali pasaran tempatan.
Mana satukah pilihan anda? Persona? Bezza? Saga?
Satu persaingan sihat yang akan menguntungkan pengguna. Tiada siapa yang mampu mendesak pembeli dan terpulang kepada pilihan masing-masing. Antara Perodua Bezza, Proton Persona atau pun Proton Saga, setiap satu ada kelebihan dan juga kekurangannya. Apa pula pilihan anda?
Proton saga photo credit from asyrafkangoo.wordpress.com
97 comments - "Perodua Bezza Vs Proton Saga Vs Proton Persona"
Assalammualaikum Bro BM...alhamdulillah semakin berkembang Perodua dengan pengeluaran Perodua Bezza..pasti menarik ramai pengguna untuk memilikinya..yang PC perasan..baik Perodua mahupun Proton setakat ini menawarkan harga mampu milik..selain bekalan barang atau alat ganti yang mudah didapati..
ooo tak sangka sedan perodua pertama..
emmm nampaknya pilihan di tgn kita la..
nice sharing
copy paste from other people. please ask permission before published the article.
Sila buktikan dakwaan anda bahawa artikel ini adalah copy paste.
saga mmg out dah...
antara persona dan bezza je.
susah nak pilih.
mcm nk pilih jodoh pulak.
Bezza ni nampak lebih mantap... lebih macho, tapi pesona masih elegan... kena fikir masak2 juga klu nak beli ni... :)
Satu kelebihan Produa adalah mereka akan menekankan perkara2 kecil yang kurang penting menjadi eklusif dan seolah kereta mereka berada pada range yang tinggi. Contoh masa saya pergi show room pelancaran MyVi mrk kata model mrk mcm Honda Jazz... Masa pelancaran Alza mrk kata model mrk mcm Honda Streem. Kini bila bezza kua mrk kata mcm Vios..... Mrk juga mendakwa Bezza ni dapat 5star ncap, (sebutan mcm ANCAP) tapi sebenarnya Asian NCAP....Masa tu saya tanya model manual 1.0 pun dia belasah 5 star....sungguh tak ber etika...menipu pengunjung
Ye susah nak pilih..dah biasa bawa saga, wira, persona, Honda dan Toyota..kalau berduit pilih hondalah..tapi nak selesa dan murah..saga tau persona.
saudara ada info ttg harga persona n saga baru?
Harga proton saga diantara 35k-45k, harga proton persona diantara 45k-55k. Ini hanya anggaran shj mengikut spekulasi semasa
Saya dah pandu uji bezza, model 1.3 . Agak ringan kalau dibandingkan dgn saga . 5 star ncap tu hanya terdapat pada model 1.3 advance sahaja.
Saya dah pandu uji bezza, model 1.3 . Agak ringan kalau dibandingkan dgn saga . 5 star ncap tu hanya terdapat pada model 1.3 advance sahaja.
Agak2 bila ye keluar persona n saga baru ni?
Persona dijangkakan akan dilancarkan pada 23 Ogos atau hujung bulan Ogos 2016 ini juga, manakala Saga pada penghujung bulan September 2016 nanti.
nak pilih ape n... saya dah riki2 bezza 2.. mmg dihati.. pandu sudah, nak sediakan dokumen je n... hmmm.. proton saga baru 2 cam best je... ape yang terbaik dan berbaloi sebenarnya.. pendapat semua bagaimana?
Saya pilih Pesona. Reka bentuk terkini. Tk Tn.
Tktau mana terbaik...bezza atau persona.nk jgk dgr pndapat ramai yg lbh arif ttg kereta,dn yg dh pandu uji.ati bbelah bagi.t.kasih.
Betul ke bezza 101hp? Mcm salah je
Ya... kesilapan yg tidak disengajakan. Telah diperbetulkan. Terima kasih ya
persona mmg lawa lah
persona mmg lawa lah
Setelah memandu uji persona 2016,ternyata satu kelainan.enjin cvt yg senyap dan responsif,tahap NVH terbaik,handling yg mantap.kerusi penumpang belakang juga selesa untuk perjalanan jauh..ciri2 seperti esc..hill hold tidak dapat d cuba kerana jarak pandu uji yg dekat dan tiada berbukit
so dh panjang2 cite ni conclusion mana pilihan anda admin?
kite tanye die balik haha
Bagus abam ni buat review, kebanyakannya fakta yg betul
Aku dh test drive dua kete ni, walaupun aku masih mude 25 tahun n still cari first car but i know the differences, Dari segi pemanduan jujur aku cakap persona mmg perghhhh terbaik giler. selessa gler. Bezza x best sgt tuk drive. Tapi bila fikir punya fikir satu sajalah masalah proton, lepas beli sgt takut for maintenance n minyak. Banyak duit untuk keluar, selesa mmg selesa tetapi adakah mampu aku yg muda ini untuk bayar maintaenance yg tinggi..??
Conclusion... haha! Tepuk dada tanya selera lah...
First car saya adalah proton. Dah 10 tahun saya guna. Memang sedap bwk tambah klau jln jauh. Tapi bila rosak maintenance memang mahal kdg2 sampai 1k++ dgn gaji yg cukup2 makan pilihan kereta kedua perodua bezza.
mula mula memang senyap cvt lama2 bunyi bising. Macam saga flx saya, lepas 50k dah start bunyi g/b cvt. hrmm
Bezza masih guna gear auto 4 gear lama. Proton semua dah guna CVT 6 gear. Preve saya turbo dan 7 gear CVT. Civic baru pun 6 gear CVT? Jadi pada saya Persona 2016 lebih advance, body pun high tensile steel.
Pasal maintenance, sebelum ini pakai Waja dan Wira, tidak pernah melebihi RM500 pun.
Waiting for new saga 2016.
Proton dan perodua memenuhi kriteria mengikut keperluan dan penyesuaian fungsi logistik masing-masing. Pengguna yang harus bijak menentukan model dari pengeluar mana yang sesuai dengan tahap kemampuan kewangan dan tujuan utama pembelian kenderaan.
Pandangan peribadi sy, proton berpadanan bagi tujuan perjalanan jauh beserta penumpang lebih dari seorang. Ini disebabkan pemanduan proton yg selesa dan meyakinkan ditambah penghawa dingin yang bagus.
Manakala, perodua memberikan impak terbaik pada permanduan jarak dekat terutama jalan yang mempunyai kesesakan trafik yang tidak lancar dan banyak lampu isyarat. Di mana perodua memberikan nilai penjimatan dari faktor penggunaan minyak yang efisyen dan ketahanan serta kualiti enjinnya untuk kegunaan harian dan lasak.
Terbaik...Bezza utk Bini...Saga 2016 utk aku (Suami)...dua2 pakai p kerja
TERBAIK PROTON
SAYA PAKAI PERSONA 2007 DAH HABIS BAYAR...CUMA NAK BELI KERETA KEDUA ..DLM DILEMA EXORA ATAU SAGA..BERKENAAN DENGAN SAGA
Saya juga ada Iris 1.3 CVT 6 gear yang boleh jalan dekat juga jauh sebab suspension dia mantap input lotus serta chasis yang mantap.
Iris saya juga ada VSC, traction control dan Hill hold assist dengan discount hanya RM40 k
mna ok bezza ke persona..sya test drive personna mmg mntap..x pernah pkai proton..dri segi maitnace dan mnyk persona mcm mna yer..boleh bgi pnerangan sket x
Saya syorkan anda sertai kelab Proton Persona VVT. Anda boleh ketahui pelbagai informasi tentang Persona baru ini.
aku sebenarnya dah hilang trust dgn proton. aku dah pakai 2 model proton, mmg mengecewakan. dari segi kualiti dan perkhidmtan lepas jualan. proton byk songel dan tak tau dgn terperinci apa masaalah. aku tak banding dgn kete impot tp dgn perodua jer. perodua bila ada masaalah mereka berusaha keras menyesaikan masaalah dan bukan menyalahkan masaalah.
Saya pernah pakai Perodua Kelisa, tak boleh jalan jauh, beli baru tetapi selepas 1 tahun, shock adsorber pecah, fomen perodua kata biasalah encik kereta perodua. Pakai Proton waja 10 tahun pun ok je jalan jauh.
hello admin, setahu saya bezza 1.0 standard G (MT/AT) dilengkapi dgn ABS dan EBD, tetapi ketika saya melihat ayat tersebut,'Tapi variant lain... Macam kosong dan tak selamat jer!' di bahagian Perodua Bezza..Melainkan Saga 1.3 Standard (MT/CVT) tidak langsung dilengkapi dgn ABS+EBD..
Pada saya ciri keselamatan yg terbaik jika ada VSC dan traction control. Semua varian Persona ada, semua varian Proton Iriz pun ada VSC dan TC.
pengalaman ngeri guna viva... baru guna x sampai 2 bulan kereta buat hal.. jem x blh jln... bukan sekali.. 5 kali rasanya.. rosak kt tgh jln plak tu... serik dgn perodua.. servis x bagus pun...
Xtw nk plih kete ape
Proton Saga yg harga RM45,000 sangat berbaloi. Gear 6 CVT, ada Electronic Stability Control (ESC), Traction Control (TC), Hill Hold Assist, Kamera tengok belakang (reverse camera) antara spec keselamatan yang menarik.
Nk komen dkat blog lelaki 2 xdpt2 asyik loading je kata nk mnta pndapat. Dkt sni je lah. Bezza gaya & rupa sperti vios model baru juz agak pdat sdikit bbanding vios. Body mmg rngan. Mnyak mmg jimat juz tngki kcik skit bbnding saga mknanya saga boleh jln jauh skit r KM nya sbb tngki besar skit. Klau prasan bezza bhgian blkag bila naik rmai2 agk mendap bbnding saga. Mybe absober agak lembut. 2.2 ni jimat je mnyak coz tknologi vvt/vvti juz nk bbaloi amik saga sbb hrga bpatutan klau amik bezza full spec mhal smpai 50k atas baik ambil vios trus/city tpi bukan full spec r juz tmbh dlam 10k-15k lgi je dri 50k. Nk jimat amik saga nk bgus cc pun bsar amik persona pun dlm 50k++ gak. Mengapa perlu byar lebih utk kmudahan yg sdia ada pda hrga yg murah. Plihan dtangan anda. Pngguna bijak plihan bijak. (Slogan plak hihi)
bezza/myvi 1.3cc 94hp myvi 1.5cc 102cc sma ngn waja first gen. Almera 101hp, vios 107hp sma ngn iriz n persona baru 1.6 city 110hp sma ngn persona elegance juz cps 125hp cfe 135hp
Proton dah makin maju sebab jurutera/pomen protn dh cipta motor cam harley pkai enjin wira 1.5cc. Proton mampu mcipta lbih bnyak kjutan dengan cara dan tknikal sndri. Thniah proton. (Produa bila nk cipta mtor?hihi)
mitsubhsi lancer 1.6 2004 atas 94/97hp kcik gak kuasa mitsubhisi bbanding campro 1.6
Skong
P.E aku pernah speed dkt hgway 205km/j tpi padel myak ada lgi. Dkt youtube diaorng speed A/T 210 M/T 215km/j Mybe 220km/j boleh g lagi 2 haha.
Bukan 102cc tpi 102hp tu. Enjin Campro CPS 125hp Campro CFE 135hp
kereta proton mmg ok tp masalah utama yg masih x berubah ialah kualiti QC dan service centre yg mencekik dan menipu. saudara bru beli saga flx tp bru pkai enjin gegar, lembab. rupenye minyak gear box full smpi menitik keluar. slalu dgr komplen hntar service cas tukar brg tp tak tukar pon dan rosak sikit tp quote rosak besar. hrp perbaiki yg ini
Betul. Aku prnah kena. SC rahang seremban. 1 kena dia juz tukar motor fan aircond psal temp naik bila on aircond skali juz tukar 1 ketul hrga mak aii rm350 hrga brag shaja blum msuk upah. Patot hrga cm 2 siap2 msuk upah r sbb brag mhal tu. Klau kdai luar boleh dpt lagi murah xsmpai rm200 tau siap psag lagi tpi nk buat cmne dah xtau msa 2 n prcayakan SC buat je. 2 aku kena masa kereta enjin pnas akan jerking. Dia ckp knock sensor tpi bila dh tukar tjadi blik pkra yg sma bila aku hntr blik dia ckp kena check tnggalkn 1 hri pas 2 aku ckp dh 2 hari sya cuti utk hntr kreta xkn nk cuti lagi n sya mne ada knderaan nk blik n g kje pas 2 dia buat xtau n bila aku suh check petrolpump mybe puncanya dia xnk ckp kmpter xboleh scan klau bnda 2 rsak so aku suh check scra mnual tpi degil xnk pas 2 boleh ckap clutch aku nk problem klau nk tukar kos brag sja rm1300.00 blum msuk upah last2 aku feedup aku bwa kua dlm keadaan jerking aku g kdai luar mmg tepat sangkaan aku petrolpump yg rsak. Hbis knock sensor yg dia tukar 2 buat apa klau bnda lain sbnarnya yg rsak.Aku kmplain email ke HQ center KL xtau dia amik tndakan/x. So far kereta mmg ok juz service diaorg je yg xok cm taik
Halo tuan blogger. Mne aku pnya komen? Kasi kualah
Aku pun pernah kena.
1. Bnda xrsak di cakap rsak. Sbagai cntoh clutch di suruh tukar. Hrga brang2 shja xmasuk upah RM1.3K. Gile bnda blom rsak n xprnah buat hal nk suh tukar.
2. Temp naik masa on aircond g sne tukar motor fan aircond RM350 xmsuk upah.Klau kdai luar siap psag xsmpai RM200. Dh tpksa n prcaya dngan brang dkt SC 2 tukar dkt SC gak. Tau tukar dkt luar je brag yg sma.
3. Jerking blaku msa enjin pnas dlm 30mnit. G SC diaorg ckp knock sensor n tukar r hrga dlm RM200++ bila nk blik ptg 2 msih jerking g sok cti kje lgi hntr sne blik dh 2 hri aku cti utk hntr kreta sbb bnda2 cmni hnya boleh check pda isnin-jumaat je sbtu juz service je ahad ttup. Pas 2 dia ckp kena tinggalkn kreta 1 hari n aku ckp xkan nk cti lagi utk kali ke 3. Dh r aku xde knderaan lain nk blik n g kje pas 2 aku suh diaorg check petrol pump diaorag ckp kmpter xboleh detect prob tsebut n aku suh check scara manual pun diaorg bdolak dalih n ckpa bnda lain yg prob. Aku feedup dlam keadaan jerking aku g pomen luar n check tepat tekaan akau petrol pump yg rsak so yg dia tukar knock sensor 2 utk apa? Nmpak sgt pomen sne SC xsmestinya pkar pdahal hal cm 2 pun xtau. 2 r keje aku tgk asyik main2 je isap rkok r borak2 r bukan nk buat/check ngn teliti pun msalah costumer. So aku pun email aduan n cdagan ke HQ proton KL tpi xtau diaorg amik port aduan n cdangan aku ni ke x. Ksimpulannya kreta smua sma ada msa problem ia akan prob xksah proton ke toyota ke mazda ke juz yg bezakannya ialah service mreka trhadap costumer. Lyanan SC di rahang seremban nyata down klau 10 markah aku juz bgi 6 jika servise biasa (minyak hitam) tpi kalau part2 yg rsak ni aku juz bgi 2 je.
Yg kita mahukan kepakaran mereka dlam membaiki knderaan bukannya kita berkira soal knderaan siapa mewah/dri syrikat tkenal juz servise n kepakaran yg kita hrapkn jika berlaku apa2 krosakkan kerana knderaan tsebut asal dri syarikat msig2 jadi ilmu berkaitan msalah tsebut perlu di ketahui justeru minta hntar pomen sdia ada utk mnjalani krsus berperingkat scara bgilir2 bgi mnambah ilmu sedia ada. Wlaubgaimanapun proton msih di hati sya.Agak puas hati dah memakai 3 jnis knderaan proton dri stria, wira xli kini persona(Dulu minat nk bljar maknikal tpi keluarga suh amik wayering kesudahannya kje gomen huhu)
Pernah bawa knderaan toyota vios,hilux, fortuner,xtrail,ford ranger,civic 1.8cc,jazz 1.3cc,alza,waja,saga blm,handling P.E & seangkatan dgannya juga yang pling mantap semantap lotus bila ambil corner.
So far blog ni ok xde maki2 cm blog lain pnuh ngn rasis
Lmbt r blog ni lain blog smua sup2 laju je dh ada dkt entry. Bukan apa tkut org dkt sni xbaca komen dkt blog lain 2 send sni gk biar smua tau
Dh test drive persona..rasa ringan sangat, tu yang kureng sikit..kepuasan memandu 5 bintang kalau berat sikit. Pickup bagus.
Persona tidak ringan, power steering dia guna elektrik, ringan bila slow dan berat bila laju. Kalau hydraulic power steering berat sedikit. Kereta zaman dulu langsung takda power steering. Persona yg paling murah pun ada VSC, traction control dan hill hold assist, ciri ciri kelselamatan yg terbaik.
Emm kira maintenance keta baru x der masalah 3 hgga 5 thn.Jgn smpi loan 9,10 thn..mmg lunyai keta.40k tu oklh ,byk yang baru..beli cash jer kalau akulh.Lagipon nk buat hadiah ke seseorg jer.x sgt complicated pemanduan d bandingkan dgn MERC baru.
hahaha, betul tu, dari spec handling I tentu nak proton, handling best, I ada wira and persona lama, handling best, tapi betul betul tu quality bukan lah baik sangan, and dari segi after sale service semua pun tau dah......... so this time I pilih bezza, nak cuba perodua, dari segi quality and paling penting fuel saving~~~
Tengok komen korang kat dalam ni, aku jadi risau pula nak beli kereta pertamaku. Cancel saja niat nak beli kereta. Tunggu kereta baru la pula😂😂
Sy skrg pkai proton saga..lpas tu sy ingt nk tukar amik bezza.tp skrg dh was2
Kereta Proton mmg terbaik.. tp SA proton ada perangai jahat suka tipu pelanggan !!!! patut org x yakin dgn proton.. buang jer staff mcm tu !!! baru org yakin dgn proton :(
Bezza mmg jimat myk bulan lps dh try bezza 1.3 premium X auto perjalanan dr alor setar ke klang selangor petrol dlm 50 rggt je.
Bezza n saga baru mana yg elok..pening nak buat pilihan..
gaya dan rupa bezza mcm vios model baru? mungkin juga tapi jgn drive blkg bezza sbb akan nampak mcm kotak mancis tonggek dan mula persoal designer bezza
aku ada viva dah nak masuk 10 tahun ok je tk pernah mati enjin tengah jalan
aku dh tgk bezza hmm menarik cuma perlu baiki tempat duduk belakang tu,dah mcm kerusi pengantin dibuatnya tegak semcm je,kalu jln jauh org blakang xleh byangkan cmne hehe...so xjadik amik tggu perodua keluarkan keluaran kedua dgn hrp dh update ape yg ptt hehe
Elok Beli Saga, jauh lebih besar dan selesa dari Bezza yg sebenarnya Axia ditambah boot.
nak tanya??? proton punya, service center atau pn service dealer
Pesona berbaloi dgn peratasi
Sbnrnye unfair kalo nk compare bezza ngn persona..bezza segment A,lawan dia saga.. Persona segment b,lawan dia vios, city dll yg sama cc..
setuju..boleh x compare kan bezza dengan saga..yang mana paling ok
PROTON SAGA LA ,, ESIGN PUN CANTIK ... BEZZA TONGGEK KAH3 ... SAGA WINN !!!
Salam semua.adek saya bagitau kereta proton semakin lama minyak semakin kuat.betul ke??ada sesiapa yg pernah kena masalah ni tak??
Proton Saga FLX saya (model 2011) sejak dulu sampai sekarang, sama aje.
Emmm..dah guna proton..la ni try bezza plak..nak bagi komen pun x brani..cuma pikir lebih kpd fuel saving....
Engine Saga baru jenis VVT baru dan jimat minyak juga seperti Iriz 1.3 saya.
Selepas baca komen2 ni risau plak. Sy dah byr n siap dokumen semua nk beli kete proton persona. Then ada saudara beli bezza, dimaki nye knp beli persona 😔
Persona lah bagus, ada Vehicle Stabilising Control, Traction control, Hill Hold Assist, 6 gear CVT macam City.
Engine Bezza dibuat oleh orang Jopon, Engine Persona dibuat oleh orang Malaysia, graduate Uitm, UTM dll. Saya kenal mereka dan bangga dengan pencapaian mereka. Saya tetap sokong Persona dan Saga, produk Malaysia sebenar.
Produa ngn proton sma je..msing2 ada klbihan. Yg cpt rosak to atas nsib seseorg la.. Ada yg gna bthun pn ok.. Ada yg gna sbln dua dh ada msalah.. Buatan mnusia mna perfect.. So plihan dtgan anda
Amik persona confirm x menyesal...
Persona terbaik..... handling dgn Lotus tune suspension mantap. Cuba test drive.
Betol.. Berlainan segment.. Tp price range x jauh beza
Proton persona mmg tak terbanding dgn bezza and saga..jauh tinggal dari segi nilai belian
bro...biasa service kat luar ke atau centre dia?
Tengah fikir2 ni...tapi hati kuat kat proton...
Produa plak mcm susah sy nk tinggalkan...
I love malaysia...kene solat istikharah ni.
Engine protn dgn produa yg mana ok..nak yg lasak kualiti snang seggelara..minyak save huhuhu....
Sy pakai persona 2016 standard manual,puas hati, minyak ok la tk larap sangat macam model lama, cuma power window spoil tp bukan semua tingkap la, nk naik tingkap slow kenkadang kena bantuan tangan tolak haha,
Sy pakai persona 2016 standard manual,puas hati, minyak ok la tk larap sangat macam model lama, cuma power window spoil tp bukan semua tingkap la, nk naik tingkap slow kenkadang kena bantuan tangan tolak haha,
maaf ya kalau kita fikir pasal famly sudah pasti kita akan utamakan kereta yang lebih pentingkan ciri-ciri kesalamatan nobor satu,iaitu kereta harga murah tpi dibekalkan sistem ABS,ABD,ASC,TSC,,HHA ,BA DAN BODI YG DISIGN KUKUH berbanding ciri-ciri disighn yang NAMPAK MATA menarik, save minyak,SEBAB KITA LBIH sayang keluarga ADALAH lebih bijak,bagi persenal hamba.
Sekarang dah 2021 jadi persona ke bezza jadi pilihan anda semua ?? Enjin persona sudah dinaiktaraf ke atau masih sama ?
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum