بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perodua Bezza: Dunia automotif negara akan kembali hangat apabila Perodua mengeluarkan model kereta terbaru iaitu Perodua Bezza (D63D) yang merupakan model pertama dalam kategori sedan. Perodua Bezza "Beyond Compact" secara rasminya dilancarkan pada 21 Julai 2016.   

Model sedan kompak yang dibangunkan menggunakan platform Axia ini pasti akan menarik minat pembeli kerana ia menawarkan pilihan yang terkini dalam segmen B di mana ia akan bersaing dengan model Proton Persona Baru, Toyota Vios, Honda City, Volkswagen Vento, Nissan Almera dan secara tidak langsung Proton Saga.

Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016

Spesifikasi Perodua Bezza

Melalui laman web fantastico.net, telah didedahkan beberapa ciri-ciri canggih, terkini dan spesifikasi menarik yang digunakan pada model Perodua Bezza Sedan 2016 ini. Antara ciri-ciri dan spesifikasi tersebut adalah:
  • Mendapat pengiktirafan sebagai sedan EEV pertama keluaran Perodua
  • Terdapat 3 variant : Perodua Bezza Standard G 1.0L (MT/AT), Perodua Bezza Premium X 1.3L (MT/AT) dan Perodua Bezza Advance 1.3L AT
  • Dua pilihan enjin dengan teknologi termaju : 1.0 liter (1KR-VE dengan VVT-i - 3 silider 67 hp at 6,000 rpm and 91 Nm at 4,400 rpm) dan 1.3 liter (1NR-VE dengan Dwi VVT-i - 4 silinder 94 hp at 6,000 rpm and 121 Nm of torque at 4,000 rpm)
  • Sistem ”Eco-Idle” (sistem henti melahu) dan VSC serta HSA untuk varian Advance sahaja
  • Pilihan transmisi manual dan empat-kelajuan automatik untuk varian Standard G, Premium X dan Advance hanya ada pilihan empat-kelajuan automatik sahaja
  • Ruang bagasi yang luas iaitu 508 liter!
  • Susunan tempat duduk yang fleksibel (8+1) dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40
  • Sistem ABS dengan EBD sebagai ciri standard semua varian
  • Bezza Sedan ini diberi jaminan lima tahun atau 150,000 km oleh Perodua
  • Mendapat pengiktirafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP (hanya untuk varian Advance sahaja)
  • Saiz: 4,150 mm panjang, 1,620 mm lebar dan 1,500 mm tinggi
  • Berat keseluruhan Bezza ditimbang pada 865 kg untuk model asas 1.0 liter manual Standard G dan hanya 930 kg untuk model Advance 1.3 Auto.
  • Varian Advance menerima pemain audio utama 2-Din dengan skrin sesentuh beserta sistem Mirror Link, manakala varian Premium dan Standard G hanya dilengkapi sistem audio konvensional.
Melihat pada senarai di atas, Menarik bukan! Perodua Bezza Sedan ini pasti akan memikat pembeli serta pengguna dan seterusnya meningkatkan penguasaan Perodua dalam pasaran kereta baru di Malaysia! Mungkinkah ia akan mengatasi jualan Perodua Axia?

Berikut adalah harga rasmi Perodua Bezza untuk setiap variant:
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Manual: RM37,300
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Automatik: RM39,300
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Manual: RM42,800
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Automatik: RM44,800
  • Perodua Bezza 1.3L Advance - Automatik: RM50,800
Berikut adalah panduan dan rujukan lengkap harga kereta Perodua Bezza untuk setiap varian. Harga Jualan dan harga atas jalan (OTR) termasuk Insuran serta GST. Ditunjukkan juga rujukan anggaran pinjaman untuk tempoh 5,7 & 9 tahun dan bayaran bulanan bagi setiap varian.
Perodua Bezza Sedan 2016

Berikut pula adalah Spesifikasi (spec) dan Variant Perodua Bezza Sedan 2016 yang dikeluarkan secara rasmi oleh Perodua dengan moto "Beyond Compact"
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016
Brochure Perodua Bezza... Nantikan kemunculan sedan pertama dari Perodua ini

Warna pilihan Perodua Bezza pula didatang dengan 6 pilihan warna iaitu:
  1. Brown Sugar (warna baharu, untuk 1.3L sahaja)
  2. Blue Ocean (warna baharu, untuk 1.3L sahaja)
  3. Red Lava
  4. Black Ebony
  5. Silver Glittering
  6. White Ivory (solid)

Ulasan Rekabentuk & Spesifikasi

Secara keseluruhannya, jurutera Perodua menggunakan rekaan yang selamat untuk model sedan pertama (D63D) mereka ini. Ianya tidaklah terlalu menonjolkan rekaan yang canggih dan moden.

Perodua belum menampakkan identiti unik untuk setiap model kereta keluaran mereka. Bahagian hadapan dan sisi Bezza jelas hampir menyamai model Toyota Corolla Axio manakala bahagian belakang terutama lampunya begitu serupa dengan model Honda Civic FB Gen-8 cuma menggunakan lampu led!

Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016

Bagi sebuah model kereta sedan, rekaan Perodua Bezza ini dianggap biasa-biasa sahaja tanpa sebarang keistimewaan yang begitu mengujakan namun seperti selalunya, tarikan utama untuk pembeli bagi setiap model Perodua ini bukanlah berdasarkan rekabentuk tetapi ciri-ciri lain yang sememangnya amat berkesan dan berbaloi buat pengguna.

Adakah anda yakin akan kuasa sebuah kereta sedan berenjin 1.0 liter? Kenapa tidak? Sedangkan Perodua Viva 660 liter pun laris dijual... Pasti Perodua Bezza 1.0 liter ini juga akan mendapat sambutan!

Ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi pada variant Advance pula sangat menarik! Ianya menawarkan hampir lengkap bagi sebuah kereta yang selamat dan canggih dalam segmen B ini. Ianya hampir menyamai apa yang ada pada model Proton Iriz.

Ruang bagasi yang seluas 508 liter pula amat besar bagi sebuah sedan kompak! Ini pasti menarik perhatian ramai. Selain itu kerusi belakang boleh dilipat (60:40) untuk keluasan ruang bagasi di bonet belakang. Satu kelebihan yang nyata di situ!

Ruang dalaman Perodua Bezza tampak menarik dengan rekaan dashboard yang kemas. Sedikit menyamai Proton Preve pun ada. Dari sudut keluasan, ianya hampir sama seperti Perodua Axia, maklumlah...menggunakan platform yang sama.

Perodua turut menampilkan ciri sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin buat pertama kali menerusi Bezza Premium X dan Advance, dan turut dilengkapi dengan port kuasa USB (5V/2A) untuk penumpang belakang yang diletakkan di hujung bahagian belakang konsol tengah.

Berikutan penarafan Perodua Bezza sebagai kenderaan EEV, maka ianya satu kelebihan yang sangat penting di mana penjimatan minyak adalah antara salah satu faktor utama pilihan pengguna. Penggunaaan bahan api bagi Perodua Bezza adalah:
  • 1.3L - 21.7 km/l (MT) dan 22.0 km/l (AT)
  • 1.0L - 22.8 km/l (MT) dan 21.3 km/l (AT)

Galeri Gambar Perodua Bezza - sumber paultan.org
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016
Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016


Tak puas lihat gambar! Jom layan pula video Perodua Bezza Sedan 2016

Anda berminat untuk memiliki Perodua Bezza... Kereta sedan pertama dari Perodua ini akan mula dibuka untuk tempahan pada 16 Julai 2016 ini dikesemua pengedar sah Perodua di seluruh negara. Untuk spesifikasi penuh bagi setiap varian dan galeri gambar, sila ke link berikut: http://paultan.org/2016/07/21/perodua-bezza-officially-launched/

Persaingan Kereta Nasional

Saingan yang paling sengit Perodua Bezza ini adalah Proton Persona Baru & Proton Saga Baru yang kini dalam peringkat terakhir ujian dan akan dikeluarkan dalam tahun 2016 ini juga. Persaingan sengit yang pasti akan menguntungkan pengguna kerana Perodua dan Proton pasti akan memberikan pelbagai kelebihan pada jentera mereka untuk memikat pembeli.

Kemunculan Perodua Bezza Sedan 2016 ini sungguh menarik dan mengujakan buat industri automotif negara. Perodua benar-benar ingin mengusai sepenuhnya pasaran kereta baru! Pasti 2017 nanti, jalan raya di Malaysia akan bertambah padat dengan kereta-kereta dari jenama Perodua!

13 comments - "Kereta Baru Perodua Bezza Sedan 2016"

nice info BM ;)

Tanpa Nama delete icon 12:33

ohsem

terbaik! syabas perodua!

paridah delete icon 11:24

WAH BEZZA MESTI BERBEZA BNYK DARI PRODUK KERETA PRODUA YG LAIN TU...SALAM IDILFITRI DIK BM/ISTERI...MAAF ZAHIR BATIN

Harapan agar menjadi kereta terbaik pilihan rakyat Malaysia

ohsemm

Tanpa Nama delete icon 13:50

Wau panjang 4,510.. panjangnye. biar betul. kalau saga baru - 4,278, waja - 4,465.

Tanpa Nama delete icon 14:53

next month bli cash yg advance, harap proton trcabar dgn kemunculan bezza

kereta mampu milik..

kita tgk saingan utk kereta thun ni..

Tanpa Nama delete icon 11:40

4150 la

Tanpa Nama delete icon 11:41

Saiz: 4,150 mm panjang, 1,620 mm lebar dan 1,500 mm tinggi

Unknown delete icon 15:41

Ayah saya pun suma tengok kereta Bezza ni, besar katanya

Tanpa Nama delete icon 21:38

Kereta Bezza buatan Jepun, itu sebab tak pernah nampak spy shot berbanding Saga dan Persona buatan anak tempatan, ada spy shot sebab test kereta Saga dan Persona di jalan raya Malaysia.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap