بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dilema Perkahwinan (Kehidupan Berumahtangga) Tanpa Zuriat: Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan tetamu BinMuhammad. Syukur alhamdulillah...bertemu lagi buat sekian kalinya di dunia maya ini. Semoga anda semua sihat dan berbahagia dalam menempuhi kehidupan ini disamping insan-insan tersayang.

Agak berat tajuk topik ini. Ianya satu isu yang sensitif dan amat hebat sekali dugaannya buat pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan cahayamata bagi penyambung zuriat kita di dunia ini.

Tidak perlu memberi contoh orang lain kerana BM amat tahu dan faham sangat perasaan dan situasi buat pasangan yang masih belum dikurniakan cahayamata ini. Sudah 10 tahun BM dan isteri menempuhinya...

Dilema Perkahwinan Tanpa Zuriat... Bersabarlah

Cabaran Perkahwinan Tanpa Cahayamata

Tahun demi tahun yang berlalu amat menyiksakan kerana tekanan akan semakin meningkat terutama buat isteri. Perkahwinan yang pada awalnya sungguh menyeronokkan dan membahagiakan mula menjadi sunyi, hambar dan goyah. Ianya menjadi semakin buruk apabila persekitaran pula tidak memihak kepada kita.

Tidak dinafikan, antara cabaran terbesar bukan datangnya dari orang-orang di luar persekitaran tetapi sebenarnya dari ahli keluarga sendiri dan mereka yang rapat dengan kita. Persoalan dan pertanyaan sama yang tidak mampu lagi dijawab namun tetap berterusan menerpa dan semakin menjengkelkan.

Ketika ini... rasa malu, kekurangan dan rendah diri mula semakin menebal dalam diri. Paling dikhuatiri oleh para isteri apabila rasa tercabar mula menguasai diri suami tatkala masa yang semakin suntuk buat isteri. Ada masanya tekanan yang diterima terlalu berat sehingga boleh mengganggu pertimbangan dan kewarasan diri. Ketika ini ketahuilah, syaitan dengan mudah menghasut dan memperdayakan keimanan.

Sabar Dan Positif

Tatkala semua ini berlaku, hanya diri sendiri sahaja yang mampu mengelak dan menghindar dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sama ada pada diri sendiri mahupun rumahtangga. Tiada jalan lain selain dari terus bersabar, berusaha, berdoa dan tawakal. Berserahlah kepada Allah SWT kerana setiap ketentuanNya pasti ada hikmah dan adalah yang terbaik buat kita.

Maka pekakkan telinga, ignore dan bermohonlah kepada Allah SWT tidak kira masa agar diberi kekuatan, ketabahan, pertunjuk dan keimanan agar dapat menempuh ujian yang berat ini. Kehidupan dan susah senang kita bukan ketentuan dari manusia-manusia tersebut, maka eratkan hubungan serta kesefahaman suami isteri lalu teruskan menikmati kehidupan ini dengan ceria dan gembira bersama. Terimalah walau apa jua takdir dariNya.

Ketahuilah... Walaupun ramai yang memandang serong atau mengata tetapi sebenarnya ramai juga yang simpati dan mendoakan kebaikan untuk kita. Maka sentiasalah bersikap positif serta tingkatkan motivasi diri dan eratkan hubungan bersama pasangan anda kerana pada masa ini... sokongan, kesetiaan dan kepercayaan dari pasangan adalah yang paling utama. Ianya  merupakan benteng paling kukuh bagi menepis segala ujian dan dugaan ini. 

Usaha Mendapatkan Zuriat

Bersabar, berdoa dan tawakal juga tidak akan berjaya sekiranya tanpa sebarang usaha dan tindakan. Tiada apa yang akan datang dengan sendirinya.

Jangan malu untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan ketahui tahap kesihatan diri. Rendahkan ego serta fahami kekurangan diri dan cara mengatasi. Melalui kemajuan teknologi perubatan ketika ini ia mampu meningkatkan tahap kesuburan dan meninggikan peratusan kejayaan untuk hamil melalui pelbagai kaedah mengikut kemampuan anda.

Jangan dilupa juga petua dan panduan dari orang tua dengan melakukan teknik dan pantang larang yang tidak memudaratkan atau memesong akidah. Jaga terutamanya pemakanan dan sumber pendapatan anda agar ianya berkhasiat dan berkat.

Selain itu, ingat kepada kifarah diri maka berbanyakkanlah beramal jariah dan bersedekah. Semakin banyak kita memberi, semakin kita mensucikan diri dan InsyaAllah... dengan keikhlasan dan doa, semoga Allah SWT makbulkan permintaan anda.

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Kita hanya mampu merancang tapi percaya dan yakinlah, setiap kurniaan dariNya itu tiada yang lambat atau cepat tetapi akan hadir disaat yang tepat!

Berkat Kesabaran

Selama 10 tahun adalah satu jangkamasa yang amat lama untuk BM dan isteri bersabar, berdoa, berusaha dan tawakal. Usia yang semakin meningkat adalah cabaran terbesar buat kami namun sedikit pun tiada rasa terkilan atau kecewa dengan setiap ketentuan dariNya serta menerima apa jua qada dan qadar serta kesudahannya dengan reda.

Walaupun terpaksa juga menempuh pelbagai ujian serta cabaran dan tidak dinafikan ada antaranya mampu menggugat kebahagiaan, kesabaran dan membawa tekanan hebat, namun hasil dari kesefahaman dan saling memahami, kami berjaya menempuhi bersama.

Syukur, Alhamdulillah...akhirnya, Allah SWT memberi kami peluang untuk merasai nikmat sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Sebenarnya ia tidak mahu dihebahkan namun kegembiraan dalam hati ini tidak mampu dikawal lagi... Ianya juga mungkin berkat doa para sahabat di dunia maya ini yang amat-amat dihargai maka kegembiraan ini wajar juga dikongsi bersama.

InsyaAllah... Jika segalanya berjalan dengan lancar, diizin dan dipermudahkan olehNya, pada awal Disember 2016 ini akan lahirlah seorang insan yang dinanti kehadirannya sejak 10 tahun yang lalu. Bakal melengkapkan kehidupan rumahtangga BM bersama isteri.

Sekali lagi dipohon kepada sahabat dan tetamu blog BinMuhammad mendoakan agar segalanya dipermudahkan, selamat dan kebahagiaan buat BM dan isteri. Terima kasih.

Sentiasa Bersedia

Cabaran, ujian, dugaan dan tekanan dalam kehidupan ini tidak akan berakhir di sini. Ianya akan terus kita semua hadapi pada situasi dan perkara yang lain pula. Maka sentiasalah bersedia menghadapinya. Ia akan membuatkan kita lebih tabah, kuat dan sabar kerana itu tanda Allah SWT sayang kepada hambanya agar sentiasa ingat dan dekat denganNya.

Semua ini adalah dari pengalaman diri BM sendiri dan apa yang kami berdua hadapi. Bersyukur BM kerana dapat merasai segala pengalaman dan nikmat yang telah diberi selama ini. InsyaAlah... setiap yang baik dan buruk akan dijadikan pedoman buat diri ini dan mereka yang memerlukan,

Semoga kami dan anda semua berjaya menghadapi segala dugaan dan ujian serta dipermudahkan segala urusan...Amiin

13 comments - "Dilema Perkahwinan Tanpa Zuriat... Bersabarlah"

alhamdulillah BM! saya tumpang gembira baca berita ni
serius ia memang menggembirakan sebab dulu selalu
nampak komen BM pasal ni dekat blog saya
sedih baca luahan hati tu dulu

apapun saya doakan keduanya selamat. insya allah.
tahniah sekali lagi ye =)

paridah delete icon 14:27

TAHNIAH DIK BM SYUKUR ALHAMDULILLAH...BERKAT KESABARAN BM/ISTERI ALLAH MENGANUGERAHI GANJARAN TERINDAH YG DINANTI SELAMA INI...KAK TUMPANG BERGEMBIRA.

yg sedihnya mereka2 yg seolah tak faham qada dan qadar ALLAH..mempertikai kemampuan suami isteri...

Syukur...PC rasa gembira dengan perkhabaran gembira ini...tahniah Bro BM dan isteri...hanya yang pernah melalui sahaja yang mengetahuinya...yang memahami dan saking menjaga sensitive masing masing...bagi yang tidak mengalami adakala mereka ya bersimpati...ya berasa belas namun tidak terkwsan dihati hingga menyakiti insan yang mengalami...percaya dengan hikmah Allah in sya Allah manis hujungnya...

Allahuakbar..syukur alhamdulillah..

Xtau nak ckap ape..10 thun Bm bersabar dgn keadaan sekeliling..

Indahnya ada penyeri dlm hidup ni..

Subhanallah walhamdulillah... tahniah ikhlas buat BM dan isteri. Saya ttp mendoakan yg terbaik dan semoga segalanya dipermudahkan dengan sepenuh keberkatan Illahi... aamiin. Membaca perkongsian BM ni, saya pun turut rasa sgt gembira. Allahuakbar... syukurlah.

mungkin belum di kasih kepercayaan oleh tuhan

OKje delete icon 23:41

Alhamdulilah....Tahniah ye BM. Itulah berkat kesabaran dan doa awak suami isteri dan mereka yg sayang.
Sure seronokkan. Moga dipermudahkan.insyaallah

Mrs. A delete icon 12:29

Alhamdulillah... Tahniah Mrs. A ucapkan buat BM dan isteri.

Syabas dan kagum dengan kesabaran BM dan isteri, 10 tahun bukanlah jangkamasa yang sekejap untuk situasi begitu.

Memang besar dugaannya jika macam ni. Alhamdulillah. Semoga selamat semuanya nanti. Jaga kesihatan baik2. Sentiasa berdoa.

Rezeki dan penantian. Alhamdulillah. Seronok dengar berita ni.

cik tom delete icon 15:22

Alhamdulillah... Tahniah BM dan wife. :)

Tahniah BM dan isteri. Semoga selamat semuanya.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap