Assalamualaikum... Salam Ramadhan Al Mubarak 1437H/2016. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan... Selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.
Syukur Alhamdulillah... Kita dipanjang usia dan diberi kesihatan yang baik untuk menyambut bulan yang mulia ini. Semoga kita semua dapat menjalankan kewajiban serta ibadah dengan sempurna dan terbaik demi memburu ganjaran berganda yang hanya diperoleh setahun sekali ini.
Sedikit perkongsian buat tambahan ilmu dan pengetahuan agar diri ini dan anda semua beroleh ingatan dalam mencari kesempurnaan dan kebaikan di bulan Ramadhan Al Mubarak 1437H/2016 yang mulia lagi barakah ini... InsyaAllah.
CARA SAMBUT RAMADAN
Perkongsian dari ustazah Norhafizah di IKIM...- Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur sebagai tanda bersyukur dan terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk diberi peluang terus beribadah di bulan yang mulia ini...
- Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram"...Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya "Allah lebih Mulia"...
- Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri2 tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati.. Contohnya: Ya Allah aku berpuasa ya Allah...terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah...
- Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini..
- Moga Ramadhan Al Mubarak 1437H/2016 ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu...hiasilah diri dengan amalan dan taqwa...
PERKONGSIAN HADIS RAMADHAN
Ramadan Bulan Barakah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَشِّرُ أَصْحَابَهُ قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ يُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَDari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW memberikan kabar gembira kepada sahabatnya: "Telah datang kepada kalian bulan ramadhan, bulan yang penuh barakah, bulan yang mana Allah mewajibkan kepada kalian berpuasa. Pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka Jahannam ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, dan pada bulan itu ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, maka barangsiapa terhalang darinya sungguh ia telah terhalang dari kebaikan." (HR Ahmad No: 8631)
Huraian:
PERKONGSIAN SAHABAT PALING MESRA (Komen Terbanyak bulan Mei 2016)
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan kelebihan. Antara kelebihannya:
- Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
- Ramadan adalah bulan ibadah. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
- Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai.
- Bulan Ramadan menyediakan satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu lailatul Qadar yg perlu diraih
- Sesiapa yang terhalang dari merebut peluang untuk melaksanakan pelbagai ibadah di dalamnya, sesungguhnya ia telah terhalang dari mendapat kebaikan.
Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh memperbaiki dan mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan pada tahun 1437H/2016 ini.
PERKONGSIAN SAHABAT PALING MESRA (Komen Terbanyak bulan Mei 2016)
Setiap hari adalah hari baru untuk kita..namun hargai setiap hadirnya Ramadhan kerana ianya umpama madrasah membentuk jiwa-jiwa insan untuk bermujahadah..
Ramadhan Kareem
Sesungguhnya kita semua mengharapkan agar Ramadhan kali ini akan lebih baik dan bermakna serta dapat dilalui dengan sempurna. Diberi kesabaran, kekuatan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Semoga kewajiban dan amalan kita diterima dan beroleh keberkatan dari Allah SWT...Amiin
Dikesempatan ini juga, BM menyusun sepuluh hari memohon keampunan dan kemaafan di atas apa juga perlakuanku sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati atau apa juga coretan dan komen di Blog BinMuhammad ini sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Mohon diampunkan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak 1437H/2016 dan selamat menjalankan ibadah puasa serta amal ibadah sampingannya. "Ramadhan Kareem...sahabat ku semua"
9 comments - "Salam Bulan Ramadhan Al Mubarak 1437H/2016"
selamat ramadhan untuk kita semua :)
Selamat Berpuasa tuan ;)
Salam Ramadan Al Mubarak BM... semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat kita semua... aamiin.
selamat berpuasa
Salam Ramadan dik BM n isteri..selamat beribadah di bulan yg mulia sesungguh hati.
Selamat menjalani ibadah puasa BM.
Sekejap aje dah 3 Ramadhan.
bulan penuh berkah
Assalammualaikum Bro BM..salam Ramadhan daripada PC untuk Bro BM sekeluarga...moga peluang ini memberi kesempatan kepada kita semua untuk meningkatkan amal maruf..amin..
Terima kasih atas perkongsian ini...subhanAllah :)
Salam Ramadhan buat bro BM, semoga bertambah amalan kita dan mendapat keredhaan Ilahi
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum