بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Resepi Istimewa Suami - Pasta Sos Carbonara: Hari ini BM masuk dapur... Sorang-sorang di rumah, terasa pula nak masak masakan istimewa buat isteri. Kalau masakan tempatan, tak lah istimewa sangat, maka... BM nak surprise dengan masakan Itali pula. Masak Pasta Sos Carbonara!

Tak pernah lagi masak Pasta Sos Carbonara ni, takut juga nanti apa pulalah rasanya tapi demi nak sediakan sesuatu yang istimewa,,,cuba jer lah. Lagi pun nampak macam mudah jer. Sebelum tu kena pergi kedai dulu, beli bahan-bahan yang diperlukan.

Oleh kerana BM ni bukanlah pakar memasak, jadi buat secara segeralah ye... Guna sos dalam tin Prego Carbonara. Adeh...Banyak pulak pilihan perisanya... BM nak cuba perisa Alfredo Mushroom

Resepi Pasta Sos Carbonara Alfredo Mushroom
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pasta - jenis pasta ikut pilihan anda.
  • Daging cincang - Saya guna daging burger Ramly jer. 2 keping... kalau nak lebih lagi pun boleh!
  • Sosej - pilihan sama ada daging atau ayam dipotong kecil. Berapa banyak, terpulang kepada anda. Kalau makan sendiri... letak le banyak sikit.
  • Cendawan Butang - yang dalam tin dan hiris nipis. Saya guna 7 biji jer
  • Susu segar - segelas
  • Bawang Holland - sebiji dipotong dadu
  • Bawang putih - 3 ulas dicincang halus
  • Sos Carbonara Alfredo Mushroom - 1 tin
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit Garam 
  • Sedikit Gula
Bahan-bahan Resepi Istimewa Suami - Pasta Sos Carbonara

Cara menyediakan dan memasak:
1. Pasta
  • Didihkan air bersama sedikit minyak dan secubit garam 
  • Masukkan pasta dan rebus hingga lembut. kemudian toskan dan lalukan air biasa sekejap. 
2. Sos Carbonara Alfredo Mushroom
  • Masukkan sedikit mentega/minyak dan tumis bawang sehingga layu
  • Masukkan daging cincang dan sosej dan goreng hingga lembut. 
  • Masukkan sos Carbonara Alfredo Mushroom dan sedikit serbuk lada hitam (ikut selera anda). Masukkan juga cendawan butang dan susu segar. Gaul rata...
  • Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  • Jika sukakan pekat, masaklah lama sikit tapi kalau sukakan cair, boleh tambah susu segar lebih sikit.
  • Dah siap!
3. Masukkan pasta dalam pinggan dan curahkan sos Carbonara Alfredo Mushroom! Dah boleh makan... Mmm... Boleh tahan juga sedapnya, hehe... Harap-harap dapatlah menepati selera isteri!

Resepi Istimewa Suami - Pasta Sos Carbonara

Sesekali surprise bini...Best gak! hehe... Jangan risau, mesti dia kata sedap punya! Macam si suami makan masakan isteri juga, kalau tak sedap pun...simpan jer dalam hati.

Suami Di dapur

Ha! Ini cara masak suami kat dapur, kalau terkurang atau lebih bahan tu jangan komplen ya! Pasta Sos Carbonara Alfredo Mushroom ni amat mudah disediakan. Para suami yang sesekali nak masak atau nak tukar selera kepada menu barat tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.

BM bukanlah pakar memasak...tapi sesekali kita kena juga perlu ke dapur. Walaupun mudah resepi ni, berpeluh jugalah nak siapkannya. Barulah dapat rasa dan alami sendiri bagaimana susahnya isteri nak memasak. Tapi sebab diaorang dah biasa...mudah jer kan... campak-campak jer dah siap! Sedap pulak tu! Itulah keistimewaan seorang isteri!

Kalau tak tahu nak masak apa hari ini? Hah! Jom cuba masak Pasta Sos Carbonara Alfredo Mushroom cara BM pula... Pasti puas hati! Kalau tak sedap... simpan dalam hati ya! hoho!

6 comments - "Resepi Istimewa Suami - Pasta Sos Carbonara "

Assalammualaikum Bro BM...in sya Allah mesti sedap...pasti isteri tidur sambil senyum...alahai..syukur selalu..

Mrs. A delete icon 16:18

Wow! Mrs. A pun tak pernah masak carbonara macam nih!
Betul tu... mesti wife kata sedap punya, tambah special sebab en Hubby yang masakkan.
Good effort BM. Suami-suami di luar sana kena ikut contoh macam BM nih! :-)

Saya pun selalu masak juga. Samalah, guna prego ni juga. Mudah dan sedap.

Baru minggu lepas buat pasta ni. Sedap.

Unknown delete icon 11:07

Rajin bro BM memasak untuk isteri tersayang ya, bertuah sangat isteri tu

mmmh enaknya

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap