Proton Ertiga MPV Kompak Baru Proton dilancarkan secara rasminya pada 24 Nov 2016: Proton ingin dan terus mencuba untuk meningkatkan pengeluaran dan perolehan mereka pada tahun 2016 dan tahun-tahun seterusnya.
Setelah berjaya melalui usahasama (JV) sebelum ini bersama Mitsubishi, Renault dan yang terbaru dengan Honda (Proton Perdana Baru).
Kali ini Proton sekali lagi berkalaborasi dengan satu lagi jenama terkenal dari Jepun iaitu Suzuki. Bersama dengan Suzuki, Proton akan mengeluarkan model MPV kompak yang saiz sederhana melalui model Suzuki Ertiga secara CKD di mana komponen terurainya dibawa dari Indonesia sebagai taruhan model MPV terbaru 2016 dari Proton.
Setelah berjaya melalui usahasama (JV) sebelum ini bersama Mitsubishi, Renault dan yang terbaru dengan Honda (Proton Perdana Baru).
Kali ini Proton sekali lagi berkalaborasi dengan satu lagi jenama terkenal dari Jepun iaitu Suzuki. Bersama dengan Suzuki, Proton akan mengeluarkan model MPV kompak yang saiz sederhana melalui model Suzuki Ertiga secara CKD di mana komponen terurainya dibawa dari Indonesia sebagai taruhan model MPV terbaru 2016 dari Proton.
Model MPV rebadge ini tidak ada perubahan rupabentuk luaran seperti model Perdana Baru tetapi hanya pertukaran logo dan sedikit aksesori sahaja.
Untuk makluman anda, sebelum Proton, model Suuki Ertiga ini juga turut telah digunakan oleh Mazda sebagai rebadge model Mazda VX-1.
Proton MPV
Proton Ertiga merupakan MPV bersaiz kompak serba baharu di bawah model abangnya Proton Exora. Di pasaran Malaysia, ianya bersaing dengan model seperti Perodua Alza, Toyota Avanza dan Sienta serta Grand Livina,
Proton Ertiga merupakan kenderaan pertama keluaran Proton menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Satu kelebihan berbanding pesaingnya yang lain.
Berikut adalah harga rasmi dan varian Proton Ertiga (on the road price) termasuk insuran dan warranty 5 tahun/150,000km:
1. Proton Ertiga 1.4 L Executive MT & AT
Spesifikasi teknikal MPV Proton Ertiga
Spesifikasi MPV Proton Ertiga - Dalaman
Proton Ertiga merupakan kenderaan pertama keluaran Proton menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Satu kelebihan berbanding pesaingnya yang lain.
Berikut adalah harga rasmi dan varian Proton Ertiga (on the road price) termasuk insuran dan warranty 5 tahun/150,000km:
- Ertiga Executive MT - RM58,800
- Ertiga Executive AT - RM61,800
- Ertiga Executive Plus AT - RM64,800
Spesifikasi teknikal MPV Proton Ertiga
- Enjin : K14B, DOHC, VVT, 16 katup, 4 in-Line
- Kuasa Enjin: 95 HP/6.000 rpm @ 130 Nm/4.000 rpm
- Sistem Bahan Bakar : Multi Point Injection
- Kapasiti Bahan Bakar : 45 L
- Pecutan 0-100 km/j : 11.8 saat (MT) & 13.9 saat (AT)
- Penggunaan bahan api (90 km/j) : 5.7 l/100 km (MT) 6.0 l/100 km (AT)
- Transmisi : 5 MT / 4 AT
- Saiz : 4.265 mm (P) x 1.695 mm (L) x 1.685 mm (T)
- Jarak Antara Roda : 2.740 mm
- Berat Tanpa Muatan : MT 1,175 kg / AT 1,185 kg
- Jumlah Tempat Duduk : 7 orang
- Strering : EPS
- Radius Putar Minimum : 5,2 m
- Suspensi Depan : MacPherson strut with coil spring
- Suspensi Belakang : Torsion beam with coil spring
- Brek Depan : Ventilated Disc
- Brek Belakang : Leading / Trailing Drum
Spesifikasi MPV Proton Ertiga - Luaran
- Lampu utama reflektor halogen
- Lampu kabus depan dan belakang
- Lampu belakang jenis bulb
- Gril depan krom
- Kemasan krom di bahagian belakang, lanjutan daripada lampu belakang
- Penunjuk lampu isyarat di bahagian fender depan
- Cermin sisi kawalan elektrik
- Kunci kawalan jauh
- Rim aloi 15 inci dengan tayar GT Radial Champiro Eco (185/65/R15)
- Tayar ganti jimat ruang
- Dua sensor parkir di belakang
- Pengilap cermin belakang
- Kemasan dwi-tona warna (kelabu dan beige)
- Roda stereng Polyurethane (boleh laras ketinggian)
- Unit radio dengan sambungan USB/CD
- Empat pembesar suara
- Kluster meter nyalaan belakang dengan fungsi Trip Meter
- Pendingin hawa manual
- Pendingin hawa belakang pada bumbung (dengan kawalan tahap kekuatan angin)
- Soket kuasa 12V (1 di depan, 1 di barisan tengah)
- Enam tali keledar 3-poin
- Fabrik dalam warna beige
- Ruang storan bawah lantai
- Penarafan empat bintang ASEAN NCAP
- Dual Airbags
- Side Impact Beam
- ABS + EBD
- Child Proof Door Locks
- Isofix
- Sistem Keyles Entry
- Immobilizer
- Electronik Power Steering
Empat warna Proton Ertiga iaitu:
- Ruby Red
- Carnelian Brown
- Metal Grey
- Cotton White
Spesifikasi tambahan dari varian Executive M/T & A/T
- Kemasan krom pada bahagian lampu kabus
- Cermin sisi kuasa (power-foldable)
- Lampu isyarat LED pada cermin sisi
- Penebat bahagian bawah bonet
- Kawalan audio pada stereng
- Dua dashboard tweeter (enam pembesar suara semuanya)
- Larasan ketinggian tempat duduk pemandu
- Kemasan krom pada pemegang pintu di sebelah dalam
- Poket di belakang tempat duduk hadapan
Galeri gambar ruang dalaman Proton Ertiga
MPV Proton Ertiga VS MPV.........
Sebagai perbandingan, kita lihat spesifikasi beberapa model MPV kompak popular di Malaysia (Toyota Avanza, Perodua Alza & Nissan Grand Livina) yang dibandingkan (vs) dengan MPV kompak Proton Ertiga ini.Proton Ertiga vs Toyota Avanza vs Perodua Alza vs Nissan Grand Livina
Proton Ertiga
1.4L
|
Toyota Avanza
1.5L
|
Perodua Alza
1.5L
|
Grand Livina
1.6L
|
|
Enjin
|
1,373cc
4 silinder
|
1,496cc
4 silinder
|
1,496cc
4 silinder
|
1,600cc
4 silinder
|
Kuasa
|
95hp/6,000rpm
|
108hp/6,000rpm
|
104hp/6,000rpm
|
104hp/5,200rpm
|
Torque
|
130Nm
|
141Nm
|
136Nm
|
150Nm
|
Transmisi
& Pacuan
|
Automatik
4-kelajuan (FWD)
|
Automatik
4-kelajuan (RWD)
|
Automatik
4-kelajuan (FWD)
|
Automatik
4-kelajuan (FWD)
|
Saiz (P
x L x T)
|
4,265 x
1,695 x 1,685mm
|
4,200 x
1,660 x 1,695mm
|
4,205 x
1,695 x 1,620mm
|
4,420 x
1,690 x 1,590mm
|
Jarak
Roda
|
2,740mm
|
2,655mm
|
2,750mm
|
2,600mm
|
Tangki
Minyak
|
45
liter
|
45
liter
|
42
liter
|
52
liter
|
Berat
|
1,180kg
|
1,120kg
|
1,150kg
|
1,245kg
|
Ulasan dan perbandingan lengkap di sini: Proton Ertiga vs Perodua Alza
Ulasan @ Review
Dari sudut rekabentuk luaran dan dalaman (interior and exterior), ianya tiada yang terlalu mengujakan. Hampir sama dengan MPV pesaingnya yang lain manakala dari sudut kemasan serta kualitinya pula amat tinggi dan jika Proton mampu mengekalkan standard sebegini, ia pasti akan membawa persepsi yang baik dan akan menaikkan semula reputasi serta keyakinan pengguna terhadap jenama Proton.Dari sudut keselesaan dan keluasan, MPV Proton Ertiga jauh lebih baik dari Perodua Alza dan Grand Lavina terutama di tempat duduk barisan ke 3. Mempunyai corong penghawa dingin untuk penumpang belakang adalah kelebihan yang diperlukan sama seperti Toyota Avanza.
Susun atur dan fleksibiliti tempat duduk pula sangat sesuai dan berguna dalam memberi keselesaan serta keluasan yang diperlukan untuk pergerakan dan muatan barangan jika diperlukan.
Bagi barisan tengah, ia boleh dianjak sebanyak 240 mm, dengan nisbah lipatan 60:40. Akses ke barisan ketiga hanya melalui satu butang sahaja. Sementara tempat duduk barisan belakang pula mempunyai nisbah lipatan 50:50.
Malangnya, tiada ciri-ciri tambahan yang menarik pada spesifikasi keselamatan yang ditawarkan, hanya ciri-ciri asas sahaja. Nampaknya Proton Iriz lebih selamat & berbaloi!
Selain itu, kekurangan yang paling nyata pada MPV Proton Ertiga ini adalah kuasa enjinnya di mana ia hanya dipacu oleh enjin 1.4L yang berkuasa 95HP, agak rendah berbanding pesaing yang lain. Hanya dengan memandu uji sahaja dapat merasai kuasa sebenar Ertiga ini dan membuat penilaian yang tepat.
Namun kekurangan ini ditimbal balik dengan penarafan Proton Ertiga sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) iaitu memberikan tahap penjimatan minyak paling efisyen berbanding pesaingnya.
Mampukah MPV Proton Ertiga 2016/2017 ini bersaing dan seterusnya mengatasi penguasaan Perodua Alza dalam kategori MPV bersaiz sederhana ini di pasaran Malaysia? Hanya jumlah jualannya sahaja nanti yang akan menjadi bukti.
Video Iklan Proton Ertiga
Model Proton Baru
Kerjasama atau JV Proton bersama dengan Suzuki melalui model MPV Ertiga ini hanyalah permulaan kepada jalinan usahasama berterusan yang lebih mendalam melalui perkongsian kepakaran termasuklah pembangunan model, platform, penjana kuasa dan teknologi automotif bagi menghasilkan model baharu kenderaan Proton dengan rekaan dan teknologi tersendiri.
Selepas ini kita akan lihat pelbagai lagi model usahasama antara Proton-Suzuki ini berada dipasaran. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam memastikan kesinambungan Proton dalam dunia automotif.
MPV Proton-Suzuki Ertiga merupakan salah satu model utama dalam perancangan Proton untuk tahun 2016/2017. Perdana Baru sudah dilancarkan, ini bermakna tidak lama lagi model baru Persona 2016 akan menjadi model kedua yang akan dilancarkan sebelum model Saga Baru. Akhir sekali MPV Ertiga pula menjengah pasaran.
Nampaknya 2017 kilang Proton akan kembali sibuk setelah pelancaran Proton Iriz pada dua tahun lepas. Semoga maju jaya buat Proton dan semoga memberikan sebuah kenderaan yang berkualiti dan diyakini kepada pengguna pada harga yang berpatutan. Selain itu, jangan lupa untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti servis selepas jualan yang sering dikecam hebat sebelum ini.
p/s: Nama MPV Ertiga diadaptasi dari perkataan R-Tiga atau R3 yang bermaksud "Tiga" atau "three" in English dan "R" bermaksud "Rows". Maka "Ertiga" atau "R3" bermakna "Three Rows" atau "Tiga Barisan". Kemungkinan Proton juga akan mengekalkan nama Ertiga pada model MPV ini.
Selepas ini kita akan lihat pelbagai lagi model usahasama antara Proton-Suzuki ini berada dipasaran. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam memastikan kesinambungan Proton dalam dunia automotif.
MPV Proton-Suzuki Ertiga merupakan salah satu model utama dalam perancangan Proton untuk tahun 2016/2017. Perdana Baru sudah dilancarkan, ini bermakna tidak lama lagi model baru Persona 2016 akan menjadi model kedua yang akan dilancarkan sebelum model Saga Baru. Akhir sekali MPV Ertiga pula menjengah pasaran.
Nampaknya 2017 kilang Proton akan kembali sibuk setelah pelancaran Proton Iriz pada dua tahun lepas. Semoga maju jaya buat Proton dan semoga memberikan sebuah kenderaan yang berkualiti dan diyakini kepada pengguna pada harga yang berpatutan. Selain itu, jangan lupa untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti servis selepas jualan yang sering dikecam hebat sebelum ini.
p/s: Nama MPV Ertiga diadaptasi dari perkataan R-Tiga atau R3 yang bermaksud "Tiga" atau "three" in English dan "R" bermaksud "Rows". Maka "Ertiga" atau "R3" bermakna "Three Rows" atau "Tiga Barisan". Kemungkinan Proton juga akan mengekalkan nama Ertiga pada model MPV ini.
34 comments - "Proton Ertiga MPV Kompak Baru Proton 2016-2017"
menarik
keta raya..
hebatnya ertiga...sesuai utk kegunaan ramai tu
kuasa enjin kalau boleh bairlah sekurang2mya 1.5L. Berat badan kereta dah 1180 kg. Larat ke 1.4L nak tarik bebanan kereta dgn muatan?
SABAR MENUNGGU... CUMA MINTA PIHAK PENGURUSAN PROTON KAJI PANDANGAN PENGGUNA...ENJIN I.5 ..TAMBAHAN CIRI KESELAMATAN DARI SEDIA ADA..... TQ
ccnya rendah low power untuk penumpang yang penuh
Sabar menunggu hari pelancaran...
ASKM..Lagi terbaik sekiranya "PROTON-SUZUKI ERTIGA MPV" TU MEMPUNYAI ENGINE YANG DIKENDALIKAN OLEH "TIMING cHAIN" RASANYA AKAN DAPAT MENAIKKAN/MENINGKATKAN JUALANNYA DENGAN KOS SENGGARAANNY KURANG..
timming belt ke chain ?
Jika proton guna enjin k14b Dari Suzuki ertiga Indonesia, Ia guna timing chain
bila nak launching ni ekh??
Avanza dulu pun 1.3. x de pulak orang komplen. cool je.
Sebab ada complaint ler Toyota keluarkan Avanza varian 1.5
Pandu uji dulu baru boleh citer bro! Torque pun kurang sikit jer dari Alza tu...
Nak beli ertiga..kaler merah..
Jgn mahal sgt.. kalau full aksesori dlm 52k pun ok la.. compom laris
Fuh dah used Exora Bold masuk 3 tahun...skrg kuar model baru ERTIGA plak... mcm cun....
Sy memang tunggu ni, hrp proton beri rebet mcm persona....terpesona gitu 😆
berapa harga proton ertiga itu?
Terbaik ..proton..
BILA BERADA DIPASARAN
24 Nov 2016,pelancaran rasmi ertiga
Dah..pandu uji. Kesemuany baik dan berbaloi ngan harga. Kuasa engin..very satisfactory..kemasan yg baik, kualiti jauh kehadapan daripada model MPV yg sebelum ini. Saya dah tempah, exec plus.
Terbaik dan berbaloi di antara saingan dalam kelasnya. Tempat duduk yang belakang sekali (3 rd row) sebenarnya boleh duduk 2 orang dewasa (dah cuba).
Hebat. Terbaik Proton! Semoga sukses seterusnya!!!
Just test drive n impressed with its noise insulation..engine power ok with normal road driving while it might struggle with full load of people and luggage climbing up genting or cameron..keep it up proton
Dah ada dibilik pameran.
Ramai yang cuti-cuti. Boleh cuba pandu uji ppp.
Saya dah test drive, ok again hanya derun enjin kedengaraan sedikit.Enjin rpm tinggi sikit. Amat kesal harga yang tinggi sikit. Kalu full spec harga sekitar Rm50K confirm beli sebiji...
Kemas pembuatan, selesa dan berbaloi. Harga ok, RM 10,000 hingga RM 16,000 lebih murah dari Toyota Avanza.
Terbaik....saya dah dpt kereta...memang selesa
Terbaiklah proton.....
Tgh tggu keta kuar..saya test rasa puas hati la..
Saya masukkan list ertiga dalam list teratas untuk ambil ertiga tahun 2018 (angan2 nya ada facelift baru 2018).. tapi bila kerjasama proton-Geely dah macam cuak plak nak tgk masa depan ertiga tahun 2018...
Ade sesiapa yang boleh komen... Sebab dekat forum ramai yang mengatakan nasib ertiga akan jadi seperti savvy, tiara, juwara.. Komen saudara2 amatlah saya hargai.. TQ
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum