بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Peminat kenderaan MPV pasti teruja dengan pelancaran terbaru dari Toyota ini. Model MPV mewah Toyota Alphard dan Vellfire disamping MPV saiz kompak Toyota Sienta menjadi MPV terkini yang akan berada di pasaran Malaysia pada tahun 2016 ini.

MPV atau Multi Purpose Vehicle kini menjadi antara kenderaan yang mendapat sambutan di negara ini berikutan saiznya yang luas dan boleh memuatkan ramai penumpang.

MPV Baru Toyota 2016 - Alphard,  Vellfire & Sienta

MPV Mewah Toyota

Duah buah model MPV mewah Toyota yang paling hangat dan disukai ramai iaitu Alphard kini hadir dengan 2 variant disamping 1 variant bagi Vellfire. Tidak banyak beza rupabentuk luaran dan dalaman bagi ketiga-tiga variant kecuali bumper yang diubah suai bagi membezakannya.

Walaupun rekaan berbentuk kotak, namun dari sudut kemewahan dan keselesaan mengatasi rupabentuk menyebabkan MPV mewah Toyota tetap mendapat perhatian dan sambutan ramai pengguna.

Alphard dan Vellfire berkongsi ukuran tinggi dan lebar yang sama iaitu 1,850 mm (lebar) dan 1,895 mm (tinggi). Namun Vellfire memiliki kepanjangan sebanyak lebih 13 mm berbanding Alphard iaitu 4,930 mm (4,917 mm bagi Alphard).

Pada pendapat BM, Rekaan Aphard dan Vellfire baru ini tidak banyak perubahan ketara dari generasi sebelumnya. Namun rekaan hadapan Alpahard agak keterlaluan dengan grill yang sangat besar! Rekaan grill Vellfire nampak lebih minimal dan kemas.

Namun kemasan dan kualiti dalaman agak hebat walaupun belum dapat menandingi kemewahan rekaan jentera mewah eropah.

Harga & Spesifikasi Toyota Aphard dan Vellfire
Berikut adalah harga dan spesifikasi bagi setiap variant model Toyota Alphard dan Vellfire di Malaysia. (Semua harga atas jalan termasuk cukai dan insuran)

MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire

Spesifikasi Standard bagi semua model dan variant
  • Luaran (Exterior): Lampu utama LED dengan pelarasan automatik dan lampu selekoh, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan LED, bumbung matahari dan rim aloi 18-inci yang dibaluti tayar 235/50 R18.
  • Dalaman (Interior):  Meter Optitron, paparan pelbagai-maklumat (MID) 4.2-inci TFT, kawalan kelajuan dan kemasukan pintar dengan sistem penghidup enjin.
  • Sistem keselamatan: ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Mula Mendaki (HAC), pengesan parkir dan tujuh beg udara.
  • Lepas jualan: Warranty 5 tahun tanpa had mileage
Toyota Alphard 3.5
  • Harga: RM419,900
  • Kuasa Enjin: 3.5 litre 2GR-FE V6 (271 PS at 6,200 rpm and 340 Nm at 4,700 rpm)
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Transmisi: Automatik 6 kelajuan dengan sequential shifter
  • Luaran (Exterior): Rekaan Bumper hadapan yang tersendiri
  • Dalaman (Interior): sistem audio DVD-AVN tujuh-inci dengan lapan-speaker. tempat duduk balutan kulit berwarna kuning cair. roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit wood grain dengan butang kawalan bagi audio, telefon bimbit dan pengesan suara.
  • Warna Pilihan: Putih Mutiara Mewah, Putih Mutiara, Perak Metalik dan Hitam
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire

Toyota Alphard 3.5 Executive Lounge
  • Harga: RM519,900
  • Kuasa Enjin: 3.5 litre 2GR-FE V6 (271 PS at 6,200 rpm and 340 Nm at 4,700 rpm)
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Transmisi: Automatik 6 kelajuan dengan sequential shifter
  • Luaran (Exterior): Rekaan Bumper hadapan yang tersendiri
  • Dalaman (Interior): Electro Multi Vision, roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit VIP wood grain dengan butang kawalan bagi audio, telefon bimbit dan pengesan suara., sistem audio DVD lapan-inci dengan navigasi serta sistem bunyi JBL bersama 17-speaker. Tempat duduk balutan kulit semi-aniline dengan pilihan warna kuning cair atau hitam dengan tempat duduk VIP untuk barisan kedua dengan Ottoman (telescopic length change, power lift up) as well as seat air-conditioning.
  • Warna Pilihan: Putih Mutiara Mewah, Putih Mutiara, Perak Metalik dan Hitam
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire
Toyota Alphard 2016 Spesifikasi

Toyota Vellfire 2.5
  • Harga: RM355,000
  • Kuasa Enjin: 2.5 litre 2AR-FE Dual VVT-i 4 Cylinder (180 PS at 6,000 rpm and 235 Nm at 4,100 rpm)
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Transmisi: CVT Automatik
  • Luaran (Exterior): Rekaan Bumper hadapan yang tersendiri
  • Dalaman (Interior): Sistem audio DVD-AVN tujuh-inci dengan lapan-speaker. tempat duduk balutan kulit berwarna hitam, roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit black wood grain dengan kawalan audio.
  • Pilihan Warna: Burning Black (keunguan), Putih Mutiara, Perak Metalik dan Hitam.
MPV Baru Toyota 2016 - Alphard &  Vellfire
Toyota Vellfire 2016 Spesifikasi

MPV Kompak

Toyota sebelum ini telah mempopularkan MPV saiz kompak (compact) dengan model Avanza dan sehingga kini ianya terus mencuri perhatian. Bagi memberikan lebih pilihan, Toyota memperkenal sebuah lagi MPV saiz kompak yang dikenali sebagai Sienta.

Saiz yang hampir serupa dengan Avanza tetapi diberi rupabentuk yang sangat moden dengan kelebihan pintu gelangsar di sebelah kiri dan kanan untuk kemudahan dan keselesaan penumpang belakang keluar dan masuk.

Rekabentuk Toyota Sienta ini agak unik dan moden. Ianya direka untuk bertepatan dengan kehidupan yang aktif dan interaktif masa kini. Mungkin ada yang menggemarinya tetapi mungkin sebaliknya kerana ia tampak keluar dari rekaan biasa.

Harga Dan Spesifikasi Toyota Sienta
Berikut adalah harga dan spesifikasi bagi model Toyota Sienta di Malaysia (Semua harga atas jalan termasuk cukai dan insuran). Terdapat 2 varian untuk model Toyota Sienta iaitu G dan V.

MPV Baru Toyota 2016 - Sienta
MPV Baru Toyota 2016 - Sienta
MPV Baru Toyota 2016 - Sienta
MPV Baru Toyota 2016 - Sienta

Spesifikasi Standard bagi kedua-dua varian Toyota Sienta: 
  • Kuasa Enjin: 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i yang menghasilkan kuasa 107 PS dan tork 143 Nm
  • Transmisi: CVT automatik pacuan tayar hadapan
  • Luaran dan Dalaman: Lampu nyalaan siang LED, lampu kabus belakang, liang penghawa dingin belakang (manual), tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh lipat 50:50 dan enam unit pembesar suara.
  • Sistem keselamatan: Tiga beg udara (termasuk beg udara bahagian lutut pemandu), brek cakera untuk kesemua roda beserta sistem ABS, EBD dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Mendaki (VSC) serta dua cagak ISOFIX pada tempat duduk barisan kedua.
  • Pilihan warna: Orange Metallic, Quartz Brown Metallic, Silver Metallic, Grey Metallic, Attitude Black dan Super White II.
  • Lepas jualan: Warranty 5 tahun tanpa had mileage
Toyota Sienta G
  • Harga: RM92,900
  • Luaran (Exterior): Lampu hadapan projektor halogen dengan fungsi auto on/off, lampu belakang LED biasa, penggilap cermin tanpa fungsi pemasa, pintu gelangsar dengan motor elektrik hanya untuk sebelah kiri dan roda aloi berdiameter 15-inci, 
  • Dalaman (Interior): Balutan fabrik berwarna hitam, unit pemain audio utama 2-DIN tanpa skrin sesentuh (dengan pemain CD, MP3, sambungan USB serta Bluetooth) dan paparan meter kombinasi biasa dengan paparan MID mono.
  • Pilihan opsyen tambahan: Skrin sesentuh dengan fungsi pemain DVD-AVX dan kamera undur berharga RM2,109, sistem tanpa kamera undur berharga RM2,014 dan filem penapis haba keselamatan premium berharga RM2,109.40.
MPV Baru Toyota 2016 - Sienta

Toyota Sienta V
  • Harga: RM99,900
  • Luaran (Exterior): Lampu hadapan projektor Bi-LED dengan fungsi auto on/off, lampu belakang dengan lampu penunjuk LED, penggilap cermin dengan fungsi pemasa, kedua-dua pintu gelangsar dengan motor elektrik dan roda aloi berdiameter 16-inci.
  • Dalaman (Interior): Sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik (hanya manual untuk Spec G), balutan fabrik berwarna perang, perakam video digital, sistem hiburan dilengkapi skrin sesentuh 6.8-inci (dengan fungsi pemain DVD, MP3, kawalan menggunakan suara, sambungan USB serta Bluetooth), paparan meter kombinasi Optitron dengan paparan MID TFT berwarna, roda stereng tiga jejari pelbagai fungsi dengan balutan kulit, kamera undur dan filem penapis haba keselamatan premium.
  • Pilihan opsyen tambahan: Sistem DVD-AVN dilengkapi sistem navigasi dan kamera undur (RM3,169)
MPV Baru Toyota 2016 - Sienta

Pilihan MPV Anda

Model MPV mewah Toyota Alphard dan Vellfire memang menjadi idaman tetapi melihat pada tanda harganya... Tengok ajelah. Model Toyota Sienta pula agak unik dan menarik namun tanda harganya juga agak tinggi bagi sebuah MPV bersaiz kompak.

Bagi mereka yang berkemampuan dan mahukan kelainan pada tahun 2016, Toyota memberikan pilihan MPV buat anda. Berminat untuk miliki salah satu model MPV Toyota ini? Jika berminat...boleh ke Pusat jualan rasmi Toyota di seluruh negara untuk melihat lebih dekat lagi atau pun untuk uji pandu.

Jika sukakan jenama tempatan, Proton Exora dan Perodua Alza adalah pilihan MPV untuk anda...
sumber info: paultan.org


BinMuhammad

9 comments - "MPV Baru Toyota 2016 - Alphard, Vellfire & Sienta"

mmg mnarik..kmas jer buatannya..segelintir saja yg mampu memakainya..

Centik yang model baru ni. Harga dia pun boleh tahan juga.

Tengok kat tv3 masa berita hari tu macam tertarik juga.

webhi delete icon 15:53

grillnya cantik

Semua kereta sekarang cukup hebat tetapi harga pun mengancam. Bilalah boleh paksi kereta sebegini?

Unknown delete icon 14:14

Tepuk dada tanya selera..!

Unknown delete icon 01:26

Gomen kata harga keta nk turun 30%, smp sekarang tak turun2 pun..

Tengah pening nak pilih ni... Alphard atau Vellfire??? Mana yg nampak lebih cantik dan lebih selesa ?????

Tanpa Nama delete icon 10:04

Satu lagi choice ialah Estima, kecil dari Alphard/Vellfire dan besar dari Sienta.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap