Langit menjadi gelap...kelihatan awan hitam berarak laju menyelubungi langit... Ku sangkakan mendung dan hujan nak turun namun agak luarbiasa pula awannya!
Awan hitam yang kusangkakan... rupa-rupanya kepulan asap hitam! Jelas kelihatan berpunca dari satu kawasan yang sangat berhampiran. Dalam sekelip mata ianya menggemparkan seluruh penduduk taman.
Awan hitam menjadi topik bualan dan lebih banyak kepada persoalan. Tidak betah sekadar menelah, ada baiknya dilihat sendiri depan mata...
Operasi Menjejak
Maka bermulalah operasi menjejak awan hitam yang sebenarnya asap dari satu kebakaran! Pasti ia sesuatu yang besar sedang terbakar memandangkan asap yang terhasil amat besar, tinggi dan menghitam! Berpandukan punca asap, pencarian di mulakan.
Asap tebal berwarna hitam bak awan mendung jelas kelihatan dari halaman rumah.
Bergerak mencari punca asap. Bak gunung berapi meletus! Asap tebal berkepul-kepul naik ke udara! Berpuluh-puluh kilometer ianya boleh dilihat membuatkan lokasinya amat mudah untuk dijejaki.
Semakin hampir dengan tempat kebakaran.
Alamak! salah jalan... Tiada laluan masuk! Ini belakang kawasan yang terbakar tu! Kelihatan jelas kepulan asap yang menghitam sedang menjulang naik ke udara.
video
Operasi menjejaki awan hitam terpaksa bertukar haluan dari arah yang berbeza! Ooo... Rupanya kilang bersebelahan landasan keretapi!
Gambar dari jejantas landasan keretapi jelas menampaknya lokasi kebakaran. Ya! kini punca awan hitam berjaya dijejaki!
Menghampiri ke lokasi kebakaran! Bomba telah sampai dan sedang sibuk berusaha memadamkan kebakaran. Polis juga berkawal untuk mengelakkan orang ramai menghampiri tempat kejadian.
Kejadian yang memeranjatkan seluruh penduduk menjadi perhatian dalam sekelip mata, Ramai yang prihatin datang dan ingin tahu akan punca awan hitam... termasuklah aku! Bak satu pertunjukan pula...
video
Segalanya musnah... Hangus dijilat api. Sebuah stor perabut dan span rebah menyembah bumi. Tiada yang dapat diselamatkan namun bersyukur...tiada kecederaan mahu pun kemalangan jiwa dilaporkan.
Mencemar Alam
Awan hitam berjaya di jejaki. Sebuah malapetaka yang tidak diketahui puncanya. Sama ada kecuaian manusia secara sengaja atau tidak, ia telah membawa pencemaran yang teruk pada alam dan semua hidupan disekitarnya.Walaupun asap tebal sudah tiada, berhari-hari terpaksa menghidu bau toksid kesan kebakaran yang menerpa menusuk ke hidung setiap kali angin bertiup. Mujurlah sesekali awan hitam yang menurunkan hujan melenyapkan seketika ketidakselesaan.
Awan hitam ciptaan tuhan juga yang memberi kebaikan kepada alam dan penghuninya...
p/s: Asalnya hanya nak buat entri WW tapi lain pulak jadinye... hehe
7 comments - "Kisah Menjejak Awan Hitam "
Subhanallah takut PC tengok kepulan asap hitam tu Bro BM...alhamdulillah tiada nyawa yang terkorban..syukurlah..
ASTAGHFIRULLAH..MUJUR KEBAKARAN X MELIBATKAN KEMALANGAN JIWA..TAPI ALAM SEKITAR TERCEMAR TERUK.
asapnya penuh racun
makin tipis aja lapisan ozon bumi ini
ulah manusia memang suka merusak alam
Hahaahaaa... suspenlah entry nih!
Kat mana lokasinya tu?
Muahhaaaaa nampak sangat Mrs. A tak tengok/baca news.
musibah memang sangat sulit sekali untuk kita prediksi
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum