بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Jika anda seorang blogger tegar, sudah tentu segala informasi di Blogger Stats menjadi perhatian anda. Selain daripada jumlah Pageview yang sering di lihat, ada satu bahagian penting yang wajar diberi perhatian iaitu Traffic sources.

Selain dari senarai Top 10 Search Keyword, Traffic sources juga memberikan informasi bagi Top 10 Referring URL's dan Reffering Sites iaitu lokasi di mana datangnya sumber trafik blog anda. 

Biasanya... sudah tentu Reffering Sites dari Google Search akan mendominasi carta. Ini menunjukkan bahawa blog tersebut sangat bagus dan berkualiti kerana banyak trafik organik datang dari enjin carian. 

Namun sejak kebelakangan ini dan lebih tepatnya bermula dari 27 April 2016, wujudnya satu senarai sumber trafik baru dalam Top Reffering ini:
  • Reffering URL'shttp://android-app//com.google.android.googlequicksearchbox
  • Reffering Sites: com.google.android.googlequicksearchbox
Cuba semak Blogger Stats anda... Ada tak?

Sumber Trafik Baru - Google Search App On Android

Sumber dari manakah yang yang sangat bermurah hati memberikan trafik kepada anda nih? Namun sebenarnya daripada link url tersebut kita dah boleh mengagak ianya dari mana... 

WebmasterWorld moderator, Andy Langton, said:
"I see it starting around 27th April, from Android devices, naturally. From the actual referrer, my guess would be a link from the default Google search bar on a device (this opens in the Google app rather than in a browser). This is installed by default on most devices." 

Maka jelaslah bahawa sumber trafik baru tersebut datangnya dari sistem android smartphone yang menggunakan aplikasi enjin carian Google. Setiap kali enjin carian Google mobile tersebut membawa trafik ke blog anda, ianya akan disenaraikan sebagai Referral.

Kini mudahlah untuk kita melihat dan membezakan sumber trafik blog sama ada dari Google Search versi Desktop atau Mobile.

Sumber trafik baru blog ini bukan sahaja boleh dilihat di Blogger Stats malah di Google Analytics juga ianya turut tersenarai. Tapi yang kurang best... Di sini ia hanya dilabel sebagai Referral traffic dan bukannya Organic. Ini bermakna sumber trafik tersebut dianggap sebagai trafik yang agak kurang berkualiti oleh Google!

Sumber Trafik Baru - Google Search App On Android

Google Search Versi Mobile

Ini juga jelas membuktikan bahawa Google semakin memberi perhatian kepada mobile berikutan penggunaannya yang semakin meluas. Tidak dinafikan lagi kerana kita juga boleh lihat hanya dalam masa yang singkat, referral dari Google Search versi Mobile ini telah mendaki carta. Adalah tidak mustahil, dalam tempoh setahun dua lagi mungkin pula ianya akan menjadi top referral mengatasi Google Search versi Desktop! 

Informasi dari Traffic Sources di Blogger Stats telah menunjukkan akan betapa pentingnya kita mengetahui referral sites atau sumber trafik blog ini! Kini... sekiranya anda tidak mahu ketinggalan dan mahukan trafik yang tinggi dari sumber baru ini maka tingkatkan seo blog anda dengan panduan berikut: Panduan Blog Mesra SEO Google Mobile

Kategori Sumber Trafik Blog

Setelah kita mengenali Referring Sites, eloklah juga kita ketahui dan memahami kategori sumber trafik blog ini. Ianya mungkin berguna bagi mereka yang mementingkan sumber trafik terutama dari kategori Organik yang dinilai amat berkualiti oleh Google serta menjadi antara kriteria utama untuk memohon Google Adsense.

Sebagai informasi dan ilmu tambahan, berikut adalah makna berserta contoh jenis-jenis sumber trafik yang dikategorikan oleh Google Analytics

[Direct]/[None]
Visitors who visited the site by typing the URL directly into their browser. 'Direct' can also refer to the visitors who clicked on the links from their bookmarks/favorites, untagged links within emails, or links from documents that don't include tracking variables (such as PDFs or Word documents).
  • Example: bookmarks, favorites, saved browser history, or direct url iteration into the browser.
[Referral]
Visitors referred by links on other websites. (Links that have been tagged with campaign variables won't show up as [referral] unless they happen to have been tagged with utm_medium=referral. )
  • Example: All link from media social (Facebook, Twitter, Tumblr, Pinterest and etc) Bloglist, URL link inside page/post, Ping Aggregator Service and etc
[Organic]
Visitors referred by an unpaid search engine listing.
  • Example: Google, Yahoo, Bing, Ask and etc. 
Sumber rujukan: http://analytics.blogspot.my/2009/08/back-to-basics-direct-referral-or.html

7 comments - "Sumber Trafik Baru - Google Search App On Android"

nice info.

terima kasih Bro BM sentiasa berkongsi info bermanfaat untuk panduan blogger-blogger lain..dan bagi yang setia dengan Nuffnang...boleh juga meletakkan kod pengiklanan versi mobile..

paridah delete icon 11:36

Memang selalu rujuk blog stats ni nampaknya da kenaikan trafik sejak dik BM tolong kemaskini tampilan blog kak...terima kasih banyak.

reezluv delete icon 11:41

bagus sekali infonya..mmg rugi siapa yang tak track trafik dari mana..:D

mselim3 delete icon 10:30

Assalammualaikum... BM,

mselim3 ada gak sumber traffik google.android.googlequicksearchbox nie...

mselim3

pls: terima kasih sudi berkongsi .. BM

Owh...baru tau. Thanks for the info BM.

good info tq.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap