بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Punca Masalah Status Error Code Blog Dan Cara Mengatasinya: Sesekali apabila kita melayari sesebuah website atau blog tiba-tiba ada masalah berlaku di mana ianya tidak dapat di akses lalu keluar kod yang memberitahu masalah yang berlaku. Adakalanya kita akan menjadi panik terutama apabila ia melibatkan website atau blog sendiri.

Error atau masalah tidak boleh akses ini ada banyak sebab dan tidak semestinya berpunca dari kesalahan dari kita. Oleh itu, perlu ketahui akan setiap punca masalah tersebut sebelum kita rasa kecewa, tertekan, marah atau bertindak melulu.

Status Error Code Dan Cara Mengatasinya

Berikut adalah senarai definasi atau penerangan akan punca masalah status Error Code yang biasa kita semua hadapi apabila melayari website atau blog dan panduan cara untuk menangani atau penyelesaian masalah tersebut.

Error Code 4XX

Apabila berlaku masalah tidak boleh akses laman website/blog lalu keluar status Error Code yang bermula dengan angka '4', ini bermakna, website/blog tersebut bermasalah, Namun juga masalah tersebut mungkin boleh berpunca dari kesalahan mereka yang mengakses halaman terbut.

Oleh itu cara untuk mengatasinya perlulah bergantung pada punca masalah yang berlaku.

Error Code 4XX Yang Biasa Berlaku
Error 400 - Bad File Request
Masalah ini berlaku selalunya berpunca dari kesilapan abjad atai simbol pada alamat URL tersebut. (contoh: penggunaan huruf besar atau kecil, tertinggal abjad, tanda, jarak dan sebagainya)

Oleh itu, semak kembali URL tersebut sama ada ianya betul. Hanya satu kesalahan kecil seperti kekurangan satu tanda titik pun boleh menyebabkan error ini berlaku!

Error 401 - Unauthorized
Ini disebabkan anda memasuki laman website atau blog yang memerlukan kebenaran untuk diakses. Selalunya ia memerlukan anda memasukkan username dan password atau anda sememangnya telah disekat (blocked) untuk memasuki laman tersebut, maka sebab itu Error Code 401 akan muncul.

Semak semula username dan password yang anda masukkan. Pastikan ianya betul. Namun jika anda telah disekat, maka akurlah bahawa anda tidak akan boleh memasuki laman tersebut...(contoh seperti halaman yang telah disekat oleh SKMM)

Error 403 - Forbidden/Access Denied
Punca masalah yang serupa serupa seperti Error 401. Jika punca masalah tidak diterangkan, cara untuk mengetahuinya adalah dengan menghubungi pihak admin website/blog kerana mungkin ada pertukaran setting, username dan sebagainya yang menyekat anda dari memasukinya atau mungkin juga anda sebenarnya telah disenarai hitam oleh empunya halaman tersebut.

Error 404 - File Not Found
Laman web yang anda ingin akses tidak wujud! Masalah ini boleh berlaku apabila admin website/blog tersebut telah delete atau keluarkan ia dari senarai posting. Namun boleh terjadi juga kerana kesalahan pada URL (contoh: ".com" ditulis ".com.my")

Masalah ini sering berlaku pada posting blog apabila kesilapan melakukan kemaskini (update) artikel lama. Jangan sesekali update artikel lama dengan menukar status kepada draft terlebih dahulu dan kemudian publish kerana apabila anda berbuat demikian, alamat URL akan berubah berikutan tarikh telah berbeza kecuali anda melakukannya di bulan dan tahun yang sama.

Setiap masalah Error 404 ini boleh diselesaikan dengan melakukan redirect laman web tesebut kepada halaman yang tidak bermasalah. Pastikan anda juga melakukan Remove URL laman web bermasalah di Google Webmaster (Search Console)

Error 408 - Request Timeout
Ini bermakna laman web tersebut telah dihentikan dari terus diakses. Ia boleh berlaku sama ada tindakan dari anda sendiri yang memberhentikannya atau dari laman tersebut kerana sesetengah website meletakkan setting tempoh masa anda melayari laman web tersebut sekiranya tiada sebarang aktiviti. (terutama secure website seperti bank)

Selain itu ia juga boleh berpunca dari kelajuan internet, jumlah memori atau kecekapan prosessor peranti akibat dari laman web yang berat menyebabkan masa loading terlalu lama kerana saiz yang besar dan banyak file untuk dibuka.

Tiada cara lain untuk mengatasinya selain dari mengaksesnya semula dan terus mencuba... atau pertingkatkan kelajuan laman website/blog anda.

Masalah Error Code Dan Cara Mengatasinya

Error Code 5XX

Masalah yang menyebabkan terjadinya status Error bermula dari angka '5' ini adalah berpunca dari masalah server website/blog tersebut. Maka setiap kali ianya berlaku, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan memberitahu atau 'report' kepada pengendali server anda untuk tindakan baikpulih.

Bagi pengendali server yang ternama dan besar, biasanya masalah ini akan dapat diatasi dalam tempoh yang singkat atau paling lama hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Error Code 5XX Yang Biasa Berlaku
Error 500 - Internal Error
Tidak dapat mengakses HTML dokumen kerana masalah server-configuration.
.
Error 501 - Not Implemented
Server tidak mempunyai sokongan atau kemampuan untuk melakukan arahan yang anda lakukan.

Error 502 - Bad Gateway or Service Temporarily Overloaded
Ianya berlaku apabila server mengalami terlalu tinggi beban komunikasi atau trafik sehingga berlaku masalah 'overloaded'.

Error 503 - Service Unavailable
Masalah kemunculan error ini boleh disebabkan oleh Server yang terlalu sibuk (perlahan), halaman tersebut telah dipindahkan dan mungkin juga talian intenet anda telah terputus.

Hati Tenang

Semoga perkongsian informasi di atas dapat membantu anda untuk memahami setiap masalah akses laman website/blog yang biasa berlaku dan memahami definasi status setiap Error Code yang terpapar. Selain itu dapatlah melakukan tindakan untuk mengatasinya tanpa perlu rasa terlalu tertekan dan panik.


p/s: Masalah tidak akan dapat diselesaikan jika tiada ilmu, pengetahuan dan jalan untuk menyelesaikannya... Maka berusahalah mendapatkannya.

3 comments - "Status Error Code Blog Dan Cara Mengatasinya"

subhanAllah..terima kasih Bro BM..terima kasih perkongsian..

paridah delete icon 11:54

SELALU JUGA MENGALAMI MASALAH NI TKSH INFONYA...SELAMAT HARI GURU CIKGU BM..

Cikgu BM...hehe. Tak layak kot dapat gelaran tu...sekadar kongsi ilmu yang sedikit ni jer.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap