بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Panduan Blog Mesra SEO Google Versi Mobile: Mulai tahun 2015 lagi perubahan ketara pengguna internet sudah jelas menunjukkan keperluan kepada perubahan ini. Melayari website melalui telefon pintar (smartphone) atau mobile semakin menjadi gaya hidup masa kini.

Ianya berlaku kerana peningkatan jumlah pengguna mobile yang bertambah begitu mendadak berikutan harganya yang semakin murah disamping perkhidmatan talian yang semakin pantas membuatkan melayari internet melalui mobile menjadi lebih mudah dan lancar.

Sehubungan dengan itu, semua website turut terkesan dengan perubahan ini. Trafik dari mobile ini sedikit demi sedikit mengatasi jumlah trafik dari Desktop dan ia akan terus bertambah!

Ini adalah fakta dari beberapa sumber yang menunjukkan peningkatan mendadak penggunaaan mobile untuk melayari internet:
  • 3 out of 5 consumers use smartphones to shop. (Source: Convinceandconvert.com)
  • 70% of mobile searches lead to online action within an hour. (Source: Socialmediatoday.com)
  • Over 1.2 billion people access the web from their mobile devices. (Source: Mobify.com)
  • Global mobile traffic now accounts for 15% of all Internet traffic. (Source: Newtarget.com)
  • 95% smartphone users have searched for local info. (Source: Adwords.blogspot.com )
Panduan Blog Mesra SEO Google Versi Mobile

Google Versi Mobile

Berikutan perkembangan ini, enjin carian Google versi mobile menjadi semakin tinggi penggunaannya dan bertambah penting. Google menyedari akan hal ini maka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, setiap carian juga mestilah membawa pengguna kepada halaman yang mesra mobile.

Selain itu, Google juga telah meningkatkan kaedah dan penilaian SEO untuk mengoptimasi indeks setiap halaman website atau blog di Google Search versi mobile agar ianya dapat memberi keputusan carian yang benar-benar menepati kehendak pengguna.

Bagi memastikan blog anda tidak terpinggir dari di indeks Google, maka search engine mobile optimization perlu anda aplikasikan. Ianya penting bagi blogger untuk bersaing agar dapat berada di kedudukan terbaik di SERP versi mobile bagi mendapatkan organik trafik yang tinggi.

Berbeza Versi

Untuk makluman, versi desktop dan mobile bagi Google Search (enjin carian) adalah berbeza kerana alamat URL bagi setiap versi tersebut berlainan. Biasanya alamat URL versi mobile mempunyai tambahan "m=1" di hujungnya.
Oleh sebab itu jugalah ianya di indeks berbeza oleh robot enjin carian Google. Sekiranya entri anda berada di kedudukan pertama di Google Search versi desktop, belum tentu ianya akan berada di tempat pertama bagi Google Search versi mobile... Kenapa? Ya! kerana penilaian SEO adalah berbeza.

Mobile Optimization

Bagaimana hendak menguasai SEO versi mobile ini? Caranya adalah kuasai dulu SEO versi desktop dan kemudian lakukan beberapa langkah tambahan untuk menepati kehendak mobile optimization.

Mobile Optimization adalah berkaitan dengan design, structure, speed, responsive site dan sebagainya yang menjurus lebih kepada kemudahan dan mesra pengguna mobile. Antara yang penting yang dapat dikongsikan di sini adalah:

1. Elak Kekeliruan URL
Oleh kerana terdapat URL yang berbeza untuk versi mobile dan desktop, maka penting bagi kita memberi arahan agar URL yang betul dipaparkan untuk versi tersebut.

Selain itu ianya akan membantu Google untuk mentafsir isi kandungan versi mobile dan dekstop anda adalah berbeza. Sekiranya tidak, maka entri tersebut akan dinilai sebagai  "duplicate content" sama ada title, description, meta tag dan sebagainya! Ini akan merendahkan SEO bukan sahaja pada versi mobile malah versi desktop juga turut terkesan!

2. Kepantasan Masa Loading
Berikutan pengguna mobile terikat dengan mobile data maka kepantasan masa loading adalah amat penting! Oleh itu, optimasi saiz imej, redirect, leverage browser caching dan sebagainya yang boleh mengganggu kepantasan masa loading perlu diperbaiki.

Selain itu, boleh kurangkan widget yang tidak perlu untuk paparan mobile agar saiz halaman blog akan berkurangan untuk kepantasan masa loading.

Semak kepantasan blog mobile view di sini: Pagespeed Insight

3. Responsive Template
Gunakan template responsive yang telah di reka khusus untuk paparan desktop dan mobile. Ini kerana paparan untuk mobile perlulah ringkas, mesra dilihat dan mudah disentuh (walaupun jari yang montel) di skrin mobile tersebut maka melalui format responsive ini, halaman website/blog akan berubah paparannya kepada bentuk yang sesuai secara automatik mengikut saiz skrin.

Ini bermakna saiz font, gambar, video, table, button dan sebagainya turut berubah mengikut saiz skrin untuk kemudahan pengguna melihat dan menggunakannya. Maka sehubungan dengan itu, Google turut memberi pengiktirafan Mobile Friendly kepada website/blog yang memenuhi kriteria tersebut dan seterusnya mendapat keutamaan di SERP versi mobile.

Semak status Google mobile view di sini: Mobile Friendly Test

Panduan Blog Mesra SEO Google Versi Mobile

Selain dari perbezaan paparan melalui pelbagai saiz skrin hasil dari CSS setting, kita juga boleh membuat semakan paparan melalui pelbagai jenis peranti. Ianya memberi gambaran lebih jelas akan setiap paparan atau view blog anda di mobile.

Semak paparan blog melalui pelbagai jenis peranti di sini: mobiletest.me

Panduan Blog Mesra SEO Google Versi Mobile

4. Ringkas dan Mudah
'Simple' adalah yang paling sesuai untuk paparan mobile. Blog anda tidak semestinya memaparkan paparan yang sama seperti versi desktop. Mobile optimization mementingkan isi kandungan blog maka bahagian header perlu di minima dan utamakan terus ke blog post.

Sebarang arahan redirect link seperti java script perlulah diubah kebahagian yang paling bawah supaya ianya tidak mengganggu loading bahagian blog post. Elakkan penggunaan Flash dan Pop-ups yang pasti merendahkan SEO dan juga tidak disukai oleh pengguna.

SEO Mobile

Apa yang dikongsikan di atas hanya sebahagian sahaja. Anda boleh ketahui dan belajar kesemua teknik untuk Optimization for Mobile ini di sini: moz.com/learn/seo/mobile-optimization

Jika di lihat secara keseluruhannya, SEO Mobile ini adalah tambahan daripada SEO sedia ada dengan menumpukan kepada paparan skrin dan keperluan pengguna mobile. Paparan blog anda mestilah mesra untuk pelbagai saiz skrin, simple dan pantas masa loading.

Jika sebelum ini kita hanya menumpukan kepada optimasi SEO untuk desktop tetapi kini, optimasi SEO untuk mobile perlu juga di titik beratkan. Tiada alasan untuk mengabaikannya kerana jumlah pengguna mobile kini telah mengatasi pengguna desktop.

Andai terlewat bertindak... Anda akan ditinggalkan. Di zaman yang serba pantas ini memerlukan segala bergerak dengan pantas. Kuasai segera setiap perubahan dan kemajuan sebelum anda lemas dan tenggelam... Tidak dapat dengan pantas, cuba lakukannya perlahan-lahan.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang boleh menyebabkan disekat dari berblogging. Blog anda... hak anda... Ketahui matlamat, maka anda akan tahu apa yang perlu dan tidak diperlukan.

6 comments - "Panduan Blog Mesra SEO Google Versi Mobile"

Admin delete icon 12:36

info terbaik...

Assalammualaikum Bro BM..alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu ni ya..teknologi sangat pantas berkembang cuma PC yang tidak terikut..in sya Allah sedikit-sedikit..

saya baru nak menggodek mobile blog..apa tah lagi mobile google..

Thanks atas perkongsian BM. Memang senang nak baca blog through HP klo blog mobile friendly nih.

paridah delete icon 12:07

BLOG KAK MESRA HP KOT SBB BOLEH AKSES VIA HP.

Terima kasih... Slow² saya belajar...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap