بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sejak artikel Daun Pokok Rerama Bernilai Tinggi diterbitkan, ianya mendapat banyak maklumbalas dan sehingga kini terus mencatat trafik yang baik. Pada asalnya hanya sekadar untuk maklumat sendiri dan dikongsikan kepada anda berikutan pokok bunga daun rerama yang ditanam dikatakan berharga dan bernilai tinggi dalam perubatan.

Malangnya, pokok bunga daun rerama kepunyaan BM hanyalah spesis pokok hiasan yang tidak mempunyai sebarang nilai pun dalam perubatan.

Spesis pokok daun rerama @ rama-rama hijau (butterfly leaf) yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Christia vespertilionis adalah spesis sebenar yang mempunyai nilai tinggi dalam perubatan.

Daun Rerama Hijau

Merawat Penyakit Kanser

Hasil dari carian informasi, daun rerama hijau tersebut kini sudah terkenal berikutan khasiatnya mengubat beberapa jenis penyakit terutamanya Kanser yang diketahui begitu sukar untuk disembuhkan.

Benarkah daun rerama hijau ini amat mujarab dan berkhasiat dalam merawat penyakit Kanser dan pelbagai lagi penyakit lain?

Menurut salah satu pengusaha Teh Daun Rerama (Butterfly Tea):
Sebanyak 13 sebatian kimia semulajadi terkandung dalam daun rerama yang boleh merawat bukan sahaja KANSER,malah PELBAGAI PENYAKIT lain seperti:
  • Kanser(payudara/usus/peparu/serviks/ovari dll)
  • SLE (system lupus erythemotosus)
  • Denggi 
  • Stroke
  • Darah tinggi 
  • Kencing manis
  • Masalah usus (gastrik/sembelit/cirit-birit)
  • Asma
  • Migrain
  • Resdung
  • TB
  • Demam campak
  • Dan semua penyakit berkaitan dengan darah
  • serta sesuai untuk minuman kesihatan tambahan

Berdasarkan pengalaman mengamalkan yang sudah mengamalkan meminum air daun teh rerama melalui testimoni pelanggan mereka, dengan meminum teh daun rerama hijau dapat membantu:

  • Dapat mengecilkan sel kanser dalam masa 1-2 bulan
  • Menghilang sel kanser
  • Menghilangkan tumor di kepala
  • Luka pesakit kencing manis kering dalam masa seminggu
  • Tekanan darah menjadi stabil untuk pesakit darah tinggi
  • Mampu mengurangkan penderitaan pesakit SLE
  • Gout/sakit sendi/masalah kulit/resdung hilang dalam satu minggu
Peringatan:
  • Namun begitu, meminum tek daun rerama ini tidak sesuai untuk ibu mengandung dan pesakit yang telah mengalami kerosakan buah pinggang. 

Sumber: https://www.facebook.com/tehdaunrerama/

Ini hanyalah bukti dari pengalaman para pesakit yang mengamalkan meminum ekstrak atau teh daun rerama hijau. Secara praktikal...Ianya berkesan tetapi bagaimana pula dengan kajian secara saintifik. Adakah daun rerama hijau ini berkhasiat dan mengandungi penawar kepada penyakit seperti yang dinyatakan di atas?

Kajian UPM

Berikutan daun rerama hijau ini semakin dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi, pihak UPM telah membuat kajian terhadap daun rerama hijau ini bagi mendapat maklumat secara saintifik akan kebenaran khasiat serta kemudaratan meminum ekstrak atau teh daun rerama hijau ini.

Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap daun rerama’hijau ini, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.

Menurut Dr. Latifah, kumpulan mereka sedang menjalankan penyelidikan ketoksikan akut dan sub-akut untuk melihat sama ada rebusan air daun rerama boleh mendatangkan sebarang kemudaratan pada haiwan yang dikaji. Pada masa yang sama, kajian juga untuk melihat ciri-ciri anti kanser rebusan tersebut dalam haiwan juga akan bermula dalam masa terdekat.

“Pihak UPM tidak bertanggungjawab dengan dakwaan beberapa pengusaha produk berasaskan daun rerama yang mengaitkan produk mereka amat berkesan untuk pelbagai penyakit.”

“Penyelidikan UPM masih belum tamat. Berdasarkan kepada geran yang kami terima daripada MOSTI, fokus utama kami buat masa ini adalah kepada ciri-ciri anti kanser daun rerama.”

“Jika tiada halangan, projek tersebut akan tamat pada hujung tahun 2016. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat satu rumusan sehinggalah penyelidikan ke atas manusia dapat dijalankan. Mengikut perubatan tradisional, daun rerama sememangnya dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.”

Beliau juga menyatakan, secara umumnya ekstrak daun rerama ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. Kaedah rawatan yang digunakan ialah dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Menurutnya lagi, daun rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.


Disunting dari: Berita Penyedikan UPM (13 Mac 2016)

Maka pada ketika ini dapatlah disimpulkan bahawa meminum ekstrak atau teh daun rerama hijau ini tidak merbahaya dan selamat kepada kesihatan tubuh badan.

Selain itu  hasil kajian secara saintifik dari luar negara juga turut membuktikan khasiat ekstrak daun rerama ini yang mampu bertindak sebagai anti kanser bagi rawatan tumor.

"The results indicate that Christia vespertilionis could serve as an anticancer therapeutic for treatment of neuroendocrine tumors."

Sila rujuk laporan kajian penuh di sini: Oncology Reports - Christia vespertilionis plant extracts as novel antiproliferative agent against human neuroendocrine tumor cells

Tiada Keraguan

Walaupun kajian UPM masih berjalan, namun pengesahan tentang ciri-ciri anti barah dan anti keradangan yang terkandung dalam ekstrak daun rerama hijau mungkin antara khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya Kanser.

Kajian di luar negara pula berjaya mengesan akan khasiat daun rerama yang mampu bertindak sebagai anti kanser bagi rawatan tumor.

Oleh itu, tidak salah atau rasa was-was lagi untuk mencuba kaedah rawatan menggunakan ekstrak atau teh daun rerama hijau ini kerana telah dibuktikan tidak mendatangkan bahaya. Mungkin ianya berjaya dan berkesan buat anda berdasarkan keputusan positif daripada pengamal dan testimoni-testimoni sebelum ini.

Apa yang penting adalah berusaha dan berdoa agar cara rawatan ini mendapat keizinan Allah SWT untuk sembuh. Sesungguhnya Hanya Allah SWT yang menyembuhkan segala penyakit dengan izinNya.

BinMuhammad
Daun Rerama Hijau Merawat Kanser

13 comments - "Benarkah Teh Daun Rerama Hijau Merawat Kanser?"

Assalammualaikum Bro BM..terima kasih kongsi ilmu...pertama kali PC dengar mengenainya..yang selalu diwarwarkan daun teh belalai gajah..yang ini kira terkinilah teh daun rerama yang banyak manfaatnya..

Amin...Kita berusaha Allah yang menentukannya.

betul..ramai suggestkan cuba daun nie..skrg ade dlm bentuk air kan ;)

Unknown delete icon 19:16

Saya pun baru dapat tahu tentang khasiat Daun Rerama ni, sebab ada client minta tlg designkan grafik mengenai Daun Rerama ini..
Good info ^_^

Bagus ni... khasiat yg dapat membantu mereka yg memerlukan. In shaa Allah, mujarab...

Unknown delete icon 10:21

Semua tumbuhan yang Allah ciptakan mempunyai ciri-ciri penawar penyakit. Ada kajian macam ni memang bagus la

Dalam bentuk ait belum tau ada... Mungkin dah ada kot, tapi dalam bentuk serbuk memang ada

Bila ada kajian saintifik maka tiadalah keraguan tentangnya. Semoga informasi ini bermanfaat kpd yg masih was-was

Unknown delete icon 07:48

Salam sy dah jual anak pokok dan daun kering dr thn lps. Mmg trbukti brkesan. Cstomer sy ramai dah sihat dgn izinNya. Pokok tak pos daun kering boleh pos. Cod melaka. Brminat watsup 0136752827. Terima kasih byk tuan.

Unknown delete icon 10:23

Terima kasih... infonya meyakinkan pengguna utk mencuba khasiat daun rerama yg berasa was2 sebelum ini.banyak khasiat.banyak manfaat.
Untuk yg berminat utk dptkn Daun rerama organik (liar)blh wsp terus ke 011 26167078...murah2
Tksh ..

NM Aura delete icon 20:15

Salam dan terima kasih BM
Memang tepat maklumat yang diberikan tentang daun rerama..

Kami memamg ada menjual
1. pokok rerama ,
2. daun rerama,
3. uncang teh rerama.
4. Air rerama

Bagi yg mahu mencuba atau mendapatkan bekalan boleh
hubungi 013 3525815
COD penang, sungai petani, Alor setar.
Postage seluruh malaysia

mike delete icon 13:45

bagaimana cara rebusan daun rerama?.adakah boleh rebus daun yg fresh atau dikeringkan dahulu?

Tanpa Nama delete icon 17:46

betul ke daund reramarr bolehrrsemboh kanser

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap