بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Model Myvi merupakan kereta segmen B keluaran Perodua yang sebelum ini merupakan kereta paling laris di Malaysia sejak tahun 2006 sehinggalah kemunculan model Perodua Axia yang mengambil alih tahta tersebut mulai tahun 2014.

Sehingga ke hari ini sudah ada lebih dari 850K buah kereta Myvi di jalanraya dan Perodua mensasarkan Sejuta buah Myvi sebelum penghujung tahun 2017 nanti.

Perodua Myvi yang ada dipasaran ketika ini merupakan model generasi ke-2 yang dilancarkan pada tahun 2011. Ini bermakna sudah tahun ke lima ia berada dipasaran dan sudah sampai masanya ia diganti dengan model baru.

Kereta Perodua Myvi baru generasi ke-3 ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2017 atau awal tahun 2018 kerana pada awal bulan April baru-baru ini, Toyota dan Daihatsu telah melancarkan model baru Passo dan Boon yang merupakan model asal bagi Perodua Myvi ini.

Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (Generasi ke-3)

Namun semuanya bergantung pada pihak Perodua sama ada mahu mengeluarkan Myvi Generasi ke-3 atau tidak. Sekiranya ada, Jom kita lihat rupabentuk dan spesifikasi Passo/Boon ini yang mungkin akan menjadi model baru kereta Perodua Myvi Generasi ke-3 di pasaran Malaysia nanti.

Passo/Boon = Myvi

Toyota Passo didatangkan dengan dua varian iaitu X dan Moda manakala Daihatsu Boon dengan varian X dan Cilq. Passo/Boon ini berukuran 1,665 mm lebar, 1,525 mm tinggi dan jarak roda 2,490 mm. Ini bermakna ia dipanjangkan sebanyak 50 mm berbanding model Myvi sekarang ini (2,450 mm).

Passo/Boon ini dilengkapi dengan enjin 1.0 liter (1KR-FE tiga-silinder) yang mampu memberikan kuasa 69 PS pada 6,000 rpm dan 92 Nm pada 4,400 rpmdan dipadankan dengan transmisi CVT serta dengan pilihan pacuan roda hadapan 2WD (kecekapan bahan api 28.0 km/L) atau pacuan empat roda AWD (kecekapan bahan api 24.4 km/L).

Antara ciri-ciri utama yang lain, model baharu ini lebih ringan, struktur badannya dengan ketegaran lebih tinggi dan suspensi yang dipertingkatkan,

Model Toyota Passo X dan Daihatsu Boon X (variant spesifikasi rendah)
Daihatsu Boon - Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (Generasi ke-3)
Toyota Passo - Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (Generasi ke-3)

Model Toyota Passo Moda dan Daihatsu Boon Cilq (variant spesifikasi tinggi)
Daihatsu Boon - Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (Generasi ke-3)
Toyota Passo - Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (Generasi ke-3)

Untuk keselamatan, Passo/Boon dilengkapi dengan dua beg udara (varian spesifikasi rendah), sistem ABS serta EBD, Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) dan juga Kawalan Cengkaman. Empat beg udara adalah standard untuk varian spesifikasi tinggi. Manakala beg udara untuk bahagian sisi dan langsir turut disediakan sebagai opsyen tambahan.

Kit keselamatan pula disertakan sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II dengan lima fungsi iaitu amaran pelanggaran, bantuan brek pengelak kemalangan, kawalan mula, amaran penyisihan laluan dan pengesan objek hadapan apabila kenderaan mula bergerak.

Ulasan Rekaan

Secara keseluruhan, perubahan rekabentuknya tidaklah terlalu dramatik dan mengujakan. Masih mengekalkan ciri-ciri rekaan terdahulu yang kelihatan biasa-biasa sahaja serta jauh berbeza berbanding Honda Jazz dan Nissan Note yang lebih menarik dan moden.

Rekaan dalamannya pula kelihatan hampir sama dengan rekaan Daihatsu Move (Perodua Kenari Baru) seolah-olah jurutera Toyota terlalu ingin berjimat cermat. Mungkin kali ini juga mereka lebih menumpukan kepada rekaan teknologi enjin, keselamatan dan keluasan ruang.

Inilah kelebihan pada sebuah jenama yang telah kukuh dan dipercayai, walaupun tanpa sebarang peningkatan atau perubahan drastik pun ia tetap mampu meyakinkan serta memikat pengguna dan pembeli,

Strategi Toyota/Daihatsu ini mungkin berjaya membawa keuntungan yang tinggi namun pada masa yang sama akan menampakkan ia ketinggalan berbanding pesaing-pesaingnya dan akhirnya mengundang kritikan.

Myvi 3rd Generation

Sekiranya Perodua memilih untuk meneruskan kesinambungan model Myvi, maka dengan pelancaran model Passo/Daihatsu baharu ini akan menjadi model rebadge model baru kereta Perodua Myvi generasi ke-3 pastinya proses pembangunan sudah pun bermula.

Namun seperti yang kita semua sedia maklum, pasti jurutera Perodua akan membuat sedikit perubahan rekabentuk terutama bahagian hadapan dan belakang bagi menjadikan ia lebih segar dan berbeza untuk pasaran Malaysia.
Perodua Myvi Baru 2017
Mungkinkah begini rupabentuk Myvi 2017 (3rd Generation) - gambaran oleh theophiluschin.com

Perodua Myvi generasi ke-3 ini juga mugkin akan dikenali dengan kod D20N mungkin tidak akan menggunakan enjin dan spesisifikasi yang serupa dengan Passo/Boon kerana seperti yang kita ketahui, Myvi dikuasakan oleh enjin 1.3L dan 1.5L.

Namun yang menariknya, mungkin juga ia merupakan model pertama Perodua yang akan menggunakan sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II yang sebelum ini telah diwartakan menjadi kit keselamatan wajib untuk setiap kereta di Malaysia mulai tahun 2020.

Diharapkan juga Perodua mengekalkan kesemua ciri-ciri keselamatan yang lain agar Myvi Baru ini lebih selamat serta berkualiti tinggi dan pada tanda harga yang lebih rendah!

Apakah enjin serta spesifikasi yang akan ditawarkan nanti? Adakah rekabentuk yang direka semula oleh jurutera Perodua ini akan lebih menarik? Adakah dengan kemunculan Myvi baru ini akan mampu melonjakkan ia berada ditahta no.1 kembali?

Namun persoalan utamanya sekarang, Adakah Perodua akan meneruskan kesinambungan Model Myvi Generasi ke-3 ini? Segalanya akan terjawab apabila munculnya Model Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (generasi ke-3) ini... Sama-sama kita nantikan! Jika tidak... Myvi akan tinggal menjadi satu kenangan dalam lipatan sejarah...

Perodua Myvi Generasi ke-2
Kereta Perodua Myvi
BinMuhammad
sumber info: Paultan.org

40 comments - "Kereta Perodua Myvi Baru 2017 (Generasi ke-3)"

mselim3 delete icon 09:54

Assalammualaikum... BM,

wahh.. best kalau dapat beli kereta baru nie... myvi baru generasi ke-3. Setakat nie.. mselim3 masih pakai kereta lama aje. Insaallah ada budget nanti boleh ..

mselim3

Assalammualaikum Bro BM..alhamdulillah berkenan pulak yang warna biru tu...mampu berkenan jelah PC ni...hehe.tapi bagus juga ada pembaharuan...banyak pilihan memenuhi citarasa..

paridah delete icon 14:47

Kalau berhajat membeli kereta baru bolelh dptkan myvi keluaran terbaru atau simpan duit dulu utk dptkan myvi generasi ketiga.

lebih macam mini cooper

Mrs. A delete icon 08:49

Wow! rarelah yang color hijau tu serupa colornya macam shawl Mrs. A yang emerald green tu.

Tidur dululah mana tau bangun-bangun esok my Viva bertukar MYVi emerald green hiks!

Unknown delete icon 15:57

Nampak design generasi lama lebih trendy, tapi boleh tunggu kemunculannya nanti tengok bagaimana rupa generasi ketiga tu

HUHU..TGU NTI GENERASI KETIGA MYVI..

Waalaikumsalam sahabat,
Pakai kereta baru...mestilah best! Tapi pada saat ekonomi dan kos serba tinggi ni, tengok ajer lah dulu...

Waalaikumsalam PC
Sudah menjadi satu ketetapan dalam dunia automotive bahawa setiap 5~6 tahun, sesebuah model tersebut akan diperbaharui, namun tak semua lah yg ikut.

Betul tu...Tapi ada baik tunggu hingga nak keluar model baru tapi beli model yg lama kerana model lama ini akan ada potongan harga yang besar utk habiskan stok!

Haha...gelak besau saya! Kalau ada budget nanti, tukarlah warna kereta tu ye!

Kereta mini tu kan ikon bagi kereta2 kecil diseluruh dunia...dapat tiru sikit2 pun jadilah! hehe

YA...kita tunggu bagaimana kehebatan sentuhan jurutera perodua utk mengubah rekabentuknya nanti...

Myvi semakin cantik dan mantap!!!

Perodua x akan produce myvi lagi pd 2017..d20n tu totally model baru p2..modelnya masih di rahsiakan tunggu end of 2017

Tanpa Nama delete icon 11:23

Setahu saya myvi skang ni dh generasi 3 pon

Jangan tersilap ya... Generasi tidak termasuk model Facelift.
Myvi Generasi Pertama: 2005-2011
Myvi Generasi kedua: 2011-Sekarang

Tanpa Nama delete icon 16:59

Menarik! Perodua memang bijak simpan rahsia!

Unknown delete icon 08:42

Yang penting reka bentuk myvi baru lebih menarik kalau nk banding dgn passo\boon ni. Bole da kumpul duit untuk next myvi ni 😅

Zool delete icon 23:18

Perodua tidak pernah buat kereta sendiri, hanya rebadge kereta dari Jepun, itu sebab tidak pernah ada spy shot. Tiada beza dengan Naza.

Zool delete icon 21:58

Perodua bukan lagi syarikat tulin Malaysia, sebaliknya saham majority dipegang oleh Daihatsu/Toyota. Ini bermakna bila beli Perodua, duit kita mengalir keluar.

Tanpa Nama delete icon 16:28

btul zool katakan 2 tpi rmai pngkritik protn yg dh tau msih menafikan lagi n hentam sna sni. Klau btul nk agung2 pgimport luar amik r nissan sbb nissan lgi than enjin n gearbox dri honda n toyota.

Tanpa Nama delete icon 08:47

Mana yg tbaik alza atau ertiga

Zool delete icon 23:08

Exora Turbo yang terbaik.

InshaAllah akan ada..sama² kita nantikan..biarlah rahsia dlu :)

Tanpa Nama delete icon 09:38

Model Passo Moda & Boon Cilq dah mini cooper pulak, kalau perodua pun buat dua varian macam toyota & daihatsu pun bagus, dapat pakai bentuk ala-ala mini cooper ni.

Tanpa Nama delete icon 09:28

Kalau tengok legroom belakang Boon/passo baru ni memang luas tapi bila banding dengan legroom belakang proton iriz memang nampak sempit sikit, yang peliknya ukuran luar pulak besar lagi proton iriz.

Tanpa Nama delete icon 20:36

Menurut sepupu saya yang merupakan salah seorang engineer perodua, myvi baru spesifikasi dia agak mantap. Dan hampir 90% direka oleh perodua sendiri..bakal dilancarkan dalam bulan 8 2017.sama sama lah kita tunggu.

Tanpa Nama delete icon 14:56

Rebadge Daihatsu bang.

Tanpa Nama delete icon 15:45

Saya berpendapat Perodua belum memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah berbanding dengan Proton Iriz, Persona, Saga Baru, Saga BLM, Exora, Waja, Satria Neo, Gen 2, Preve, Suprima yang kebanyakan parts dibuat sendiri oleh rakyat tempatan, terutamanya engine.

Klu mcm design Boon tu, cantik lg Myvi generasi 2.

Agak2 bila akan launch new model?

Unknown delete icon 11:18

PERODUA MYVI BARU MASIH TAK ADA JIMAT MINYAK. LECEH LAH SUDAH BERKALI2 SAYA SUARAKAN TETAPI MASIH TAK ADA JIMAT MINYAK . DAH LAH MAHAL MASIH TAK ADA JIMAT MINYAK SEKALI LAGI KENA ANIAYA . MENYESAL BELI DGN EXCELLENT DEAL SEMENYIH SAMPAI SEKARANG SAYA DI- TIPU . EXCELLENT DEAL TIPU SAYA . BERHATI- HATI TUAN2 & PUAN2 .

Unknown delete icon 00:08

Iriz guna kerusi tebal dan selesa. Sama mcm persona baru. Tak mcm bezza, nipis sahaja dan kerusi blkng tegak semacam.

Unknown delete icon 00:39

proton kualiti low... budget nak ikut ngara luar.. tp kedekut. better perodua. walaupun murah tahan lame..

Tanpa Nama delete icon 20:56

blh tau harga myvi baru 2017?

Unknown delete icon 01:17

Jauh sangat dengan rekabentuk yang sebenar.. hahaha.. wait and see..

Tanpa Nama delete icon 21:39

saga vvt 1.3 terbaru memang terbaik.... tak menyesal beli.
luas dan selesa, handling terbaik, enjin vvt power, kabin senyap, jimat minyak eco drive, aircond sejuk, system audio power......harga murah sama dgn harga axia manual enji 1.0 je, sudahlah ringan...

Tanpa Nama delete icon 04:05

ramai yang complain masalah! spare part mahal tp kereta tempatan je kot. ramai cvt still delay.

Tanpa Nama delete icon 15:40

Saga Baru memang berbaloi beli. Tiada masalah. Saya masih pakai Saga FLX 1.3 sejak 2011. Service murah. Ramai yg pinjam kagum dgn pick up FLX saya walaupun dah umur 6 tahun.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap