Diari Kisah Hidupku (DKH - Bab 2): Aku sedari kecil sememangnya seorang budak yang nakal. Tapi tak sangka pula bila dah besar ni jadi pendiam. Oleh kerana jarak usiaku dengan abang dan kakak ku terlalu jauh maka, aku begitu rapat dengan adikku perempuanku.
Kakak ku adalah orang yang diamanahkan menjaga aku dua beradik kerana ibuku tak sanggup nak melayan kami berdua disamping terpaksa menjalankan tugas sebagai suri rumah dan berkebun.
Kakak ku ni memang garang dalam menjaga dan mendidikku. Macam kakak upin ipin tu... Namun kerana kegarangan beliau jugalah aku menjadi seorang budak yang bijak dan mampu membaca, menulis dan mengira seawal usia lima tahun lagi
Kenakalanku memang luar biasa berbanding adik-beradik yang lain. Ibuku memang tak betah nak menjagaku. Kerana terlalu nakal jugalah membuatkan pelbagai kenangan pahit manis semasa kecilku begitu indah untuk dikenang.
Tiada seorang anak yang paling diingati oleh ibuku semasa kecilnya melainkan aku yang sehingga kini menjadi bualan dan gelak ketawa sesama ahli keluarga apabila kami berkumpul bersama.
Di atas tanah dengan menggunakan tungku batu dan kayu api, jagung direbus dalam periuk di depan tangga dapur.
Aku yang berjaya menangkap anak ikan begitu gembira lalu berlari naik kerumah sambil terjerit-jerit kegembiraan untuk tunjukkan pada ibu dan ayahku.
Jagung yang sudah mulai masak pula sedang dikacau oleh ayahku dan ketika itulah aku yang berlari keseronokan untuk menunjukkan ikan tangkapanku lalu menuju kemuka pintu dapur. Belumpun habis ibuku menjerit melarang aku jangan berlari-lari, aku tersadung bendul pintu dan terus terjun masuk dalam periuk rebusan jagung yang sedang panas menggelegak!
Kakak ku adalah orang yang diamanahkan menjaga aku dua beradik kerana ibuku tak sanggup nak melayan kami berdua disamping terpaksa menjalankan tugas sebagai suri rumah dan berkebun.
Kakak ku ni memang garang dalam menjaga dan mendidikku. Macam kakak upin ipin tu... Namun kerana kegarangan beliau jugalah aku menjadi seorang budak yang bijak dan mampu membaca, menulis dan mengira seawal usia lima tahun lagi
Kenakalanku memang luar biasa berbanding adik-beradik yang lain. Ibuku memang tak betah nak menjagaku. Kerana terlalu nakal jugalah membuatkan pelbagai kenangan pahit manis semasa kecilku begitu indah untuk dikenang.
Tiada seorang anak yang paling diingati oleh ibuku semasa kecilnya melainkan aku yang sehingga kini menjadi bualan dan gelak ketawa sesama ahli keluarga apabila kami berkumpul bersama.
Kisah Kenakalanku
Paling diingat adalah tragedi bagaimana nakalnya aku sehingga termasuk dalam periuk jagung rebus! Ketika itu aku suka sangat bermain di tali air dalam kebun untuk menangkap anak-anak ikan. Bapa ku pula sedang sibuk menyediakan periuk besar untuk merebus jagung.Di atas tanah dengan menggunakan tungku batu dan kayu api, jagung direbus dalam periuk di depan tangga dapur.
Aku yang berjaya menangkap anak ikan begitu gembira lalu berlari naik kerumah sambil terjerit-jerit kegembiraan untuk tunjukkan pada ibu dan ayahku.
Jagung yang sudah mulai masak pula sedang dikacau oleh ayahku dan ketika itulah aku yang berlari keseronokan untuk menunjukkan ikan tangkapanku lalu menuju kemuka pintu dapur. Belumpun habis ibuku menjerit melarang aku jangan berlari-lari, aku tersadung bendul pintu dan terus terjun masuk dalam periuk rebusan jagung yang sedang panas menggelegak!
Mujurlah ayahku segera bertindak, jika tidak... mau juga masak aku dalam tu! hehe! Aku tak ingat apa dah... Dari apa yang diceritakan oleh ibuku, aku berjaya dicapai oleh ayahku dengan segera maka hanya sebahagian badanku yang termasuk dalam periuk.
Ayahku terus menanggalkan pakaianku dan berlari terus ke rumah jiranku untuk meminta bantuan kerana jiranku itu sahaja yang ada motor untuk menghantarku ke klinik yang berhampiran. Teruk juga, hampir sebelah badanku melecur!
Kesan parut melecur itu kali terakhir kelihatan ketika aku tamat sekolah menengah dan kini ia dah hilang sepenuhnya.
Satu lagi bagaimana nakalnya aku tak mendengar kata ibuku...Aku suka sangat bermain di titi parit depan rumah. Berulang kali ibuku melarang namun tetap nak main di situ. Satu hari tu, masin mulut ibu ku...memang jatuh! Mujurlah air tak dalam tapi berselut.
Yang kelakarnya aku jatuh terpacak kepala dulu, maka terbenam kepala dalam lumpur dengan dan kaki ke atas! Mujurlah mak nampak aku jatuh, segera berlari mendapatkanku. Hanya tarik kaki dari atas titi! Haha! Tak dapat aku bayangkan macam mana rupa aku masa tu!
Abang dan kakak ku kalau cerita pasal aku masa kecil, memang sakit perut kami semua ketawa!
Banyak lagi kisah kenakalanku! Antaranya: Panjat pokok tak pandai turun. Belajar naik basikal sampai jatuh masuk parit! Takutkan ayah marah sebab mandi parit sampai nyorok dalam kebun sehingga orang kampung kumpul mencari. Hampir lemas berkubang dalam parit! Belajar pertama kali naik motor dengan motor vespa sehingga hampir motor tu panjat pokok kelapa! Main baling sarang tebuan dan hampir pengsan kena sengat! Tebang pokok pisang orang buat rakit! Dan banyak lagi...
Walaupun aku seorang yang aktif dan nakal tetapi aku sering jatuh sakit. Kalau demam mesti dalam tempoh yang lama serta meracau-racau dan yang paling kerap berlaku, aku selalu sakit kepala yang teruk...(selalunya aku akan dapat lihat macam bintang-bintang sebelum sakit kepala tu datang menyerang) Tapi Alhamdulillah...sejak usiaku dua puluhan, penyakit sakit kepala ku hilang begitu sahaja sehingga kini.
Sejak itu juga aku menjadi seorang yang cukup kuat ketahanan badan sehingga sukar jatuh sakit atau demam. Namun kalau sesekali demam pula, pasti tidak kurang seminggu baru kebah.
Hari-hari hanya ingat main jer, kalau dirumah dengan adik... kalau di luar rumah dengan rakan-rakan. Rumah orang pun dah buat macam rumah sendiri jer. Rakan yang paling rapat dengan aku adalah jiran depan rumah aku. Kami beza tahun tapi dia tua hanya 3 bulan jer dari aku.
Begitulah perangai aku masa kecil. Tapi biasalah...hanya nakal sebagai seorang kanak-kanak kampung. Itu semua kini tinggal menjadi kenangan manis ketika masa kecilku di zaman sebelum bersekolah.
Sebenarnya banyak kisah yang aku tak ingat ketika zaman kecilku tapi oleh kerana kisah aku sering menjadi bahan bualan adik-beradik dan mak apabila bersembang kisah lama bak putaran video yang diulang-ulang tayang maka kisah silamku akan tetap jadi ingatan.
p/s: Setiap apa yang dilarang ibu itu kalau kita buat juga pasti tidak akan berkat...
Kesan parut melecur itu kali terakhir kelihatan ketika aku tamat sekolah menengah dan kini ia dah hilang sepenuhnya.
Baca DKH - Bab 1 di sini: Dapat Adik & Anak Saudara Serentak
Satu lagi bagaimana nakalnya aku tak mendengar kata ibuku...Aku suka sangat bermain di titi parit depan rumah. Berulang kali ibuku melarang namun tetap nak main di situ. Satu hari tu, masin mulut ibu ku...memang jatuh! Mujurlah air tak dalam tapi berselut.
Yang kelakarnya aku jatuh terpacak kepala dulu, maka terbenam kepala dalam lumpur dengan dan kaki ke atas! Mujurlah mak nampak aku jatuh, segera berlari mendapatkanku. Hanya tarik kaki dari atas titi! Haha! Tak dapat aku bayangkan macam mana rupa aku masa tu!
Abang dan kakak ku kalau cerita pasal aku masa kecil, memang sakit perut kami semua ketawa!
Walaupun aku seorang yang aktif dan nakal tetapi aku sering jatuh sakit. Kalau demam mesti dalam tempoh yang lama serta meracau-racau dan yang paling kerap berlaku, aku selalu sakit kepala yang teruk...(selalunya aku akan dapat lihat macam bintang-bintang sebelum sakit kepala tu datang menyerang) Tapi Alhamdulillah...sejak usiaku dua puluhan, penyakit sakit kepala ku hilang begitu sahaja sehingga kini.
Sejak itu juga aku menjadi seorang yang cukup kuat ketahanan badan sehingga sukar jatuh sakit atau demam. Namun kalau sesekali demam pula, pasti tidak kurang seminggu baru kebah.
Budak Kampung
Dikampungku ramai rakan-rakan yang hampir sebaya, maka dengan merekalah aku selalu bersama. Kadang-kadang sampai mak terpaksa mencari-cari aku seluruh kampung hanya kerana nak panggil balik makan. Kalau setakat leteran mak memang aku tak heran...tapi kalau ayah yang bersuara! kecut terus!Hari-hari hanya ingat main jer, kalau dirumah dengan adik... kalau di luar rumah dengan rakan-rakan. Rumah orang pun dah buat macam rumah sendiri jer. Rakan yang paling rapat dengan aku adalah jiran depan rumah aku. Kami beza tahun tapi dia tua hanya 3 bulan jer dari aku.
Begitulah perangai aku masa kecil. Tapi biasalah...hanya nakal sebagai seorang kanak-kanak kampung. Itu semua kini tinggal menjadi kenangan manis ketika masa kecilku di zaman sebelum bersekolah.
Sebenarnya banyak kisah yang aku tak ingat ketika zaman kecilku tapi oleh kerana kisah aku sering menjadi bahan bualan adik-beradik dan mak apabila bersembang kisah lama bak putaran video yang diulang-ulang tayang maka kisah silamku akan tetap jadi ingatan.
p/s: Setiap apa yang dilarang ibu itu kalau kita buat juga pasti tidak akan berkat...
7 comments - "DKH - Budak Kecil Yang Nakal"
seronok nyer kan memori zaman kanak-kanak ;) mengimbau sgt nie.
kenangan indah
Ta dapat nak diulang zmn kanak2 lg. hanya memori bermain di minda. :(
Semasa kecil nakal itu perkara biasa kot. kalau tak tiadalah yang menarik pulak untuk dikenangkan.
Bila dah meningkat usia kita pun berubah aka berhijrah ke arah yang lebih baik.
kenangan zaman kecil yg terabadi dlm rakaman ingatan...anak2 dulu mmg cergas nakal tapi cerdik n terdidik sempurna.
budak2 kecik nakal memang biasalah tu. hihih
imbau semula kenangan zaman kanak2.... suka memanjang tak hirau orang lain
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum