Pada zaman ini, pengeluar kenderaan sudah semakin cenderung kepada pengeluaran kereta yang mesra alam dan jimat minyak. Maka wujudlah definasi kenderaan EEV atau Enhanced Environmentally Friendly Vehicles iaitu kenderaan yang memenuhi satu set spesifikasi dari segi tahap pelepasan karbon dan penggunaan bahan api.
Namun begitu tiada definisi yang tetap dan tepat untuk EEV kerana penetapan terma dan kriteria untuk kenderaan EEV adalah berbeza mengikut dasar yang dikeluarkan oleh sesebuah negara.
Namun begitu tiada definisi yang tetap dan tepat untuk EEV kerana penetapan terma dan kriteria untuk kenderaan EEV adalah berbeza mengikut dasar yang dikeluarkan oleh sesebuah negara.
Di Malaysia, Kenderaan EEV mula mendapat perhatian apabila Dasar Automotif Negara 2014 (DAN) diperkenalkan kerana terdapat insentif yang diberi oleh kerajaan bagi kenderaan yang mencapai tahap piawaian ini.
Maka jelas di sini, penarafan kenderaan EEV di Malaysia lebih kepada penilaian 'Energy Efficient Vehicle' ataupun Kenderaan Cekap Tenaga iaitu penjimatan bahan api tanpa mementingkan sepenuhnya akan penilaian pelepasan pencemaran.
Walaupun begitu, jumlah penggunaan bahan api ini sudah memadai untuk dijadikan indeks ukuran dalam menilai tahap pelepasan bahan tercemar secara umumnya. Semoga pada masa akan datang, diharapkan ianya akan termasuk dalam penilaian kenderaan EEV oleh MAI.
Melalui penarafan status EEV, Perodua Axia seterusnya layak menerima insentif seperti yang telah dibentangkan dalam DAN 2014.
Berikut adalah kategori kenderaan terkini yang diiktiraf secara automatik di bawah penarafan status EEV Malaysia.
1. Kenderaan elektrik hibrid (HEV)
Kereta di bawah kategori ini dijana dengan kombinasi enjin dan motor elektrik yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding kenderaan konvensional. Antara contoh kenderaan adalah Toyota Prius, Honda Jazz Hybrid
2. Kenderaan plug-in elektrik hibrid (PHEV)
Hampir sama seperti HEV tetapi memiliki bateri besar yang boleh di caj menggunakan sumber kuasa luar dengan kebolehan untuk dipandu sebagai kenderaan EV melalui penggunaan tenaga elektrik yang disimpan di bateri atau diperanti simpanan tenaga. Ford C-Max Energi, Volvo V60 Plug-in Hybrid antara contoh kereta dibawah kategori ini.
3. Kenderaan elektrik bateri (BEV)
Dikuasakan sepenuhnya dengan sistem motor elektrik yang disambungkan dengan bateri berkapasiti tinggi tetapi mempunya sebuah enjin kecil yang menggunakan bahan api fosil khusus bagi mengecas kembali bateri tersebut sebagai altenatif mengecas secara plug-in. Kereta BEV yang popular adalah BMW i3
4. Kenderaan elektrik sel bahan api (Fuel Cell) (FCEV)
Kereta ini menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga yang bertindakbalas dengan oksigen dalam sel bahan api lalu menjana tenaga elektrik untuk kuasa enjin dengan hanya melepaskan air sebagai bahan buangan. Model pertama kereta ini di dunia adalah Toyota Mirai
rujukan: BH
Semoga informasi dan maklumat ini dapat memberikan anda penjelasan yang mudah difahami serta jelas tentang definasi, kriteria dan kategori kenderaan EEV di Malaysia.
Definasi & Klasifikasi EEV
Institut Automotif Malaysia (MAI) merupakan badan yang bertanggungjawab menetapkan garis panduan klasifikasi dan penarafan sesebuah kenderaan EEV di Malaysia. Menurut MAI, definasi EEV yang diguna pakai di Malaysia adalah:“Kenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan carbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan EEV termasuk kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, EV (kenderaan elektrik) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif. Contoh: CNG, LPG, biodiesel, hidrogen dan Fuel Cell.”Bagi memudahkan rujukan, MAI telah mengeluarkan garis panduan klasifikasi penarafan kenderaan EEV di Malaysia bergantung kepada segmen dan berat dengan bendalir (curb weight) setiap satunya.
Maka jelas di sini, penarafan kenderaan EEV di Malaysia lebih kepada penilaian 'Energy Efficient Vehicle' ataupun Kenderaan Cekap Tenaga iaitu penjimatan bahan api tanpa mementingkan sepenuhnya akan penilaian pelepasan pencemaran.
Walaupun begitu, jumlah penggunaan bahan api ini sudah memadai untuk dijadikan indeks ukuran dalam menilai tahap pelepasan bahan tercemar secara umumnya. Semoga pada masa akan datang, diharapkan ianya akan termasuk dalam penilaian kenderaan EEV oleh MAI.
EEV Pertama Malaysia
Model kereta pertama yang memenuhi garis panduan penarafan EEV di Malaysia adalah Perodua Axia kerana ianya memenuhi kriteria bagi segmen A (berat 801-1000kg) yang mencatat kadar penggunaan bahan api serendah 21.6km/L (ataupun 4.63L/100km) untuk varian transmisi gear manual dan 20.1km/L (ataupun 4.98L/100km) untuk transmisi automatik,Melalui penarafan status EEV, Perodua Axia seterusnya layak menerima insentif seperti yang telah dibentangkan dalam DAN 2014.
Kenderaan EEV
Namun begitu, beberapa kenderaan yang menggunakan sumber kuasa bahan api alternatif (selain dari minyak petrolium) secara automatiknya telah diiktiraf sebagai kenderaan EEV oleh MAI keran memenuhi kriteria dan klasifikasi yang telah ditetapkan.Berikut adalah kategori kenderaan terkini yang diiktiraf secara automatik di bawah penarafan status EEV Malaysia.
1. Kenderaan elektrik hibrid (HEV)
Kereta di bawah kategori ini dijana dengan kombinasi enjin dan motor elektrik yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding kenderaan konvensional. Antara contoh kenderaan adalah Toyota Prius, Honda Jazz Hybrid
2. Kenderaan plug-in elektrik hibrid (PHEV)
Hampir sama seperti HEV tetapi memiliki bateri besar yang boleh di caj menggunakan sumber kuasa luar dengan kebolehan untuk dipandu sebagai kenderaan EV melalui penggunaan tenaga elektrik yang disimpan di bateri atau diperanti simpanan tenaga. Ford C-Max Energi, Volvo V60 Plug-in Hybrid antara contoh kereta dibawah kategori ini.
3. Kenderaan elektrik bateri (BEV)
Dikuasakan sepenuhnya dengan sistem motor elektrik yang disambungkan dengan bateri berkapasiti tinggi tetapi mempunya sebuah enjin kecil yang menggunakan bahan api fosil khusus bagi mengecas kembali bateri tersebut sebagai altenatif mengecas secara plug-in. Kereta BEV yang popular adalah BMW i3
4. Kenderaan elektrik sel bahan api (Fuel Cell) (FCEV)
Kereta ini menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga yang bertindakbalas dengan oksigen dalam sel bahan api lalu menjana tenaga elektrik untuk kuasa enjin dengan hanya melepaskan air sebagai bahan buangan. Model pertama kereta ini di dunia adalah Toyota Mirai
Semoga informasi dan maklumat ini dapat memberikan anda penjelasan yang mudah difahami serta jelas tentang definasi, kriteria dan kategori kenderaan EEV di Malaysia.
12 comments - "Definasi Dan Kategori Kenderaan EEV di Malaysia "
Dunia semakin maju dan sumber alam spt minyak pun akan terus berkurangan... bagus bila ada teknologi spt ini utk kebaikan semua...
Tahu EEV tu tapi bila baca ini barulah dapat gambaran sebenar.
Nice sharing.
EEV JENIS KENDERAAN YG SESUAI UTK MASAKINI KOT...
semua kendaraan harus beralih ke ramah lingkungan
polusi asap kendaraan berpengaruh besar kepada alam
alam rusak akibat polusi udara termasuk polusi kendaraan
Teknologi senantiasa menambah baik setiap kekurangan dan memudahkan. Walaupun ia memberi kesan positif namun ada impak kepada perkara lain pula...
Tidak dinafikan... Jika kenderaan EEV ini murah dan mampu milik, semua orang nak guna!
Sangat-sangat sesuai... Paling penting di zaman serba mahal ni, dapat gak jimat kos minyak!
apakah "insentif" yang diterima oleh pengeluar EEV? Harga yang kita terpaksa bayar adalah sama sebelum dan selepas, dan "insentif" yang diberi kepada pengeluar hanya diketahui oleh beberapa orang di MITI dan syarikat pengeluar. Sepertinya kita sebagai pengguna tak akan mendapat faedah secara langsung dari program ini, melainkan pengurangan kos penggunaan. Harga HEV dan EV bukan berkurang, bahkan meningkat. eg nissan leaf dari 120,000 kepada 180,000.
fuel consumption tu untuk highway ke, bandar ke, ke combined?
Fuel consumption tersebut adalah hasil dari ujian yang dilakukan oleh pihak pengeluar dengan MAI. Sudah pasti ianya bukan berdasarkan pemanduan sebenar pengguna di jalanraya.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum