Dalam menjalani kehidupan ini, kita tidak akan terlepas dari menghadapi dugaan dan ujian Allah SWT. Semoga ia akan menjadikan kita seorang yang lebih tabah, sabar dan bersyukur kerana sesungguhnya ada rahmat dan nikmat di atas setiap yang berlaku hanya jika kita sentiasa beriman kepadaNya.
Segala ujian dan dugaan ini merupakan salah satu cara dan peringatan dari Allah SWT agar kita tidak mudah lalai dan terlupa kepadaNya. Bagaimana penerimaan dan cara menghadapi serta mengatasinya merupakan manifestasi keimanan diri kita terhadap Allah SWT.
Ujian dan dugaan dari Allah SWT itu bukan sahaja melalui kesusahan, musibah dan bencana namun yang paling tidak kita sedari adalah melalui kesenangan, kenikmatan dan kegembiraan yang dikurniakan olehNya.
Segala ujian dan dugaan ini merupakan salah satu cara dan peringatan dari Allah SWT agar kita tidak mudah lalai dan terlupa kepadaNya. Bagaimana penerimaan dan cara menghadapi serta mengatasinya merupakan manifestasi keimanan diri kita terhadap Allah SWT.
Ujian dan dugaan dari Allah SWT itu bukan sahaja melalui kesusahan, musibah dan bencana namun yang paling tidak kita sedari adalah melalui kesenangan, kenikmatan dan kegembiraan yang dikurniakan olehNya.
”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]Allah SWT menguji hambanya dengan musibah dan juga nikmat untuk melihat siapa di antara kita yang bersyukur dan siapa yang kufur serta siapa pula yang sabar dan siapa yang putus harapan.
Bersabar
Apabila sedang diuji, paling penting adalah keimanan kerana dengan kekuatan iman inilah yang dapat menguatkan rohani dan jasmani untuk bersabar dan menerima ketentuan Allah SWT dengan reda.”Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali Imran: 200]Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan bahawa bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.
Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk menguatkan keimanan agar tidak mudah berputus asa. Keyakinan dan ketaatan jugalah yang akan menjadikan kita ikhlas dan reda di atas ujian dan dugaan yang berlaku agar beroleh hikmah dan rahmat dariNya.
Bersabarlah! Kerana Allah SWT sentiasa bersama-sama orang yang sabar!
Menghadapi Dugaan & Ujian
Ujian dan dugaan yang dihadapi adalah peluang untuk kita lebih mendekati Allah SWT dengan mengikuti segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Memberi kesedaran untuk memahami akan tujuan sebenar kita hidup di dunia ini.Maka bersabar dan mohonlah pertolongan dan petunjuk kepadaNya dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas tanpa sebarang keraguan agar dapat mengharungi ujian dan dugaan ini dengan mudah.
”Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.” [al-Baqarah: 153]
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45)
“ ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157).
Bersyukur
Apabila diberi ujian atau dugaan, janganlah kita lupa untuk bersyukur. Bersyukur bukan hanya di waktu senang dan gembira tetapi fahami konsep sebenar bersyukur.
Bersyukur menerima apa jua pemberian dariNya kerana ianya adalah yang terbaik buat kita dan pasti ada hikmah disebaliknya. Walau bagaimana susah serta perit dalam menanggung ujian dan dugaan dariNya tetapi kita masih ada kesenangan dan kenikmatan lain yang diterima.
Ingat akan kata-kata ini, “Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita tetapi tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada kerana manusia tak pernah akan rasa puas.”
Bersyukur menjadikan kita lebih memahami dan merasai nikmat akan kehidupan ini. Reda dengan takdir serta ikhlas menerima pemberianNya.
Bersyukur menerima apa jua pemberian dariNya kerana ianya adalah yang terbaik buat kita dan pasti ada hikmah disebaliknya. Walau bagaimana susah serta perit dalam menanggung ujian dan dugaan dariNya tetapi kita masih ada kesenangan dan kenikmatan lain yang diterima.
Ingat akan kata-kata ini, “Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita tetapi tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada kerana manusia tak pernah akan rasa puas.”
Bersyukur menjadikan kita lebih memahami dan merasai nikmat akan kehidupan ini. Reda dengan takdir serta ikhlas menerima pemberianNya.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim, ayat 7).
Ganjaran
’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]Setiap ujian dan dugaan yang diterima itu pasti ada ganjarannya namun hanya buat mereka yang beriman dan menerimanya dengan penuh sabar dan bersyukur. Yakin, percaya dan reda dengan ketentuan yang diberikan adalah sebagai satu ujian dan dugaan Allah SWT dalam menguji keimanan dan ketakwaan ke atas dirinya.
Namun jika sebaliknya, iaitu dengan menyalahkan takdir, kecewa dan berputus asa, maka akan mengundang kemurkaan Allah SWT.
Yakin KepadaNya
Walau sebesar atau seberat mana pun ujian dan dugaan yang ditanggung, yakinlah bahawa ianya tetap mampu kita galas dan harunginya kerana janji Allah SWT itu adalah benar:”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]Jelas bahawa dugaan dan ujian yang diberikan kepada setiap hambaNya adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggung. Setiap orang juga berbeza tahap bebanan dan penerimaannya terhadap ujian serta dugaan dari Allah SWT. Perkara yang ringan pada seorang adalah berat pada satu orang yang lain pula.
Ingatlah bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang dapat lari daripada ujian Allah SWT. Bersabar dan bermohonlah pertolongan dariNya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat tetapi ianya pasti datang disaat yang tepat.
Kita hanya merancang tetapi takdir yang menentukan. Hanya Allah SWT yang tahu saat bila kita benar-benar bersedia dan yakinlah pada setiap apa yang Allah SWT rancang dan kurniakan itu adalah yang terbaik buat kita.
p/s: Mohon doakan yang terbaik buat kami suami isteri semoga dipermudahkan segala urusan dan kesihatan....amiin. Terima kasih
6 comments - "Bersabar & Bersyukur Menghadapi Dugaan & Ujian"
Subhanallah...tiada sesiapa pun terlepas daripada ujian Allah...cuma mungkin caranya berbeza...masanya tidak sama...namun setiap ujian itu tidak sia sia kerana Allah sedang didik hati kita untuk lebih sabar...lebih yakin dan lebih mentaatiNYA...amin...kita rasa kita perlukan sesuatu tapi Allah tahu yang kita perlukan bukan sekarang tapi satu masa nanti..maka berSABARlah...sabar itu pedih..
terima kasih utk entry ni tuan.
ASSALAM...DUGAAN YG KITA HADAPI BERBEZA BEZA MENGIKUT KEMAMPUAN KITA INSYA ALLAH...KAK DOAKAN BM SUAMI/ISTERI MAMPU MELEPASI SEMUA UJIANNYA DGN REDA N ALLAH PERMUDAHKAN APASAJA KESULITAN URUSANNYA...
Besarnya hikmah sabar dlm menempuh ujian dan dugaan... subhanallah. T kasih atas perkongsian dan peringatan ini BM. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja.
Allah menduga seseorang hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya itu.
Alhamdulillah. Terima Kasih diatas perkongsian yang amat bermakna disaat saya mencari kata-kata semangat. Yakinlah ujian Allah itu adalah kerana kita terpilih dan kuat untuk menempuhinya. Hanya Allah yang tahu masa yang sesuai untuk kita diuji. Allah sayang kita.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum