بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perkongsian Kata-Kata Motivasi Dan Semangat:  Hidup di dunia ini penuh dengan pelbagai ranjau dan duri. Putaran kehidupan tidak akan dapat lari dari saat suka dan duka. Dikala kegembiraan dikecapi, hidup terasa mudah, indah dan bahagia namun pabila duka menjelma, pasti akan berlaku sebaliknya.

Di saat berduka, kecewa, gagal, ditinggalkan, kesempitan dan apa jua yang merendahkan semangat serta motivasi untuk meneruskan perjalanan kehidupan pasti akan mengganggu emosi, minda dan jasad seseorang.

Dikala ini, bimbingan dan bantuan segera perlu diberikan bagi memulihkan kembali semangat dan kesedaran diri agar tidak bertindak di luar batas kewarasan akal fikiran yang normal.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat
Kata-Kata Motivasi Dan Semangat

Berikut adalah sedikit perkongsian beberapa koleksi kata-kata semangat dan motivasi yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk diri sendiri atau orang lain agar dapat menyedarkan diri dari terus leka dan hanya menerima ketentuan takdir tanpa mengetahui akan hikmah disebaliknya.

20 Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 1: 
  • Kita seringkali mengatakan “tidak mungkin” sedangkan kita belum pun mencuba dan mengetahui caranya.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 2: 
  • Banyak orang yang berdiam diri hanya kerana takut gagal, namun berdiam diri itu sebenarnya adalah kegagalan yang sebenarnya.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 3: 
  • Ibrahim berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat“. (QS Al Hijr:56)

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 4: 
  • Jangan sesekali berasa takut akan kebenaran kerana Allah sentiasa bersamamu. Tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali takut kepada Allah.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 5: 
  • Saat ini mungkin anda mencintai seseorang yang salah, tetapi kesalahan itulah yang akan membantumu untuk bertemu dengan orang yang tepat!

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 6: 
  • Hiduplah seperti pohon yang lebat buahnya yang sering dilempari dengan batu dan kayu tetapi membalasnya dengan buah.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 7: 
  • Ketahuilah... Saat kita menoleh ke belakang sesungguhnya kita telah tertinggal dengan orang yang merangkak. Hargailah masa kerana dan gunakan ia sebaik-baiknya.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 8: 
  • Cacian, hinaan, dan makian dari orang lain merupakan nasihat yang berharga kerana melaluinya kamu mengenali kelemahan dan kekuranganmu untuk diperbaiki, maka berterima kasihlah kepada mereka.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 9:
  • Jangan hanya melihat masa lampau dengan penuh penyesalan dan jangan pula melihat masa depan dengan penuh ketakutan tetapi lihatlah masa sekarang dengan penuh kesedaran dan muhasabah...

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 10:
  • Kejayaan diri itu penting tetapi bersykur itu jauh lebih penting

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 11:
  • Genggamlah bumi sebelum bumi menggengam anda, pijaklah bumi sebelum bumi memijak anda, maka perjuangkanlah hidup ini sebelum anda memasuki perut bumi.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 12:
  • Belajarlah jadi pemaaf, berhenti jadi pembenci, berhenti salahkan orang lain, belajarlah perbetulkan diri sendiri.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 13:
  • Apabila bergaduh sesama muslim, Allah tidak pandang sesiapa yang bersalah tapi Allah pandang siapa yang meminta maaf dahulu walaupun dia benar-benar bersalah.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 14:
  • Ada banyak orang di dunia ini yang menghabiskan begitu banyak masa mengawasi kesihatan mereka, namun tidak memiliki masa untuk menikmati hari sihatnya.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 15:
  • Jangan takut akan bayang-bayang sendiri kerana munculnya bayang-bayang bererti ada cahaya yang menerangi dekat dengan mu.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 16:
  • Jangan terlalu berharap apa yang dunia boleh berikan kepadamu tetapi berikan yang terbaik pada dunia. Yakinlah... dunia akan menjadi tempat paling indah dan bahagia buatmu.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 17:
  • Hidup perlu ada impian dan matlamat kerana melaluinya akan membangkitkan motivasi untuk anda bertindak.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 18:
  • Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat tetapi ianya selalu datang disaat yang tepat!

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 19:
  • Jika kita hanya melakukan yang biasa-biasa saja, maka kita hanya mendapat yang biasa-biasa. Jika kita melakukan yang luar biasa, maka kita akan mendapat sesuatu yang luar biasa. Nak yang biasa atau luar biasa?

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat 20:
  • Lakukan kebaikan kepada orang lain kerana anda akan mendapat kebaikan. Berilah semangat kepada orang lain kerana anda juga akan bersemangat. Berdoalah kejayaan orang lain kerana anda juga akan beroleh berjayaan.

Selain untuk kegunaan diri sendiri, semoga perkongsian kata-kata motivasi dan semangat ini bermanfaat dan berguna buat sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat

p/s: Sedikit peringatan buat diri sendiri dan anda semua yang dikasihi... Maklumlah, media sosial sekarang ni dah semakin jadi tempat perkongsian, sebaran, viral, fitnah, menghina, mengaib dan menyatakan komen serta pandangan dengan hanya melihat dan membaca tanpa kepastian kesohihan serta mengetahui hal yang sebenar.

Kata-Kata Motivasi Dan Semangat

10 comments - "Perkongsian Kata-Kata Motivasi Dan Semangat "

Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNYA..

danggggg! ade yg terkena kat hati nie >_<

Mrs. A delete icon 16:59

Pelik tapi benar sesetengah orang semua benda nak di kongsinya di media sosial.
Suka sangat dengan viral.
Cuma kitalah yang kena bijak menilai yang buruk jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

alhamdulillah..terima kasih Bri BM...suka PC bila ada perkongsian motivasi ni..secara tidak langsung dapat menyuntik aura positif pada diri..in sha Allah...

paridah delete icon 16:01

N3 Motivasi yg menaikan semangat yg lemah jika dihayati dgn matahati insyaAllah.

arzmoha delete icon 21:24

perkongsian yang menarik bro BM

Perkongsian yg baik buat peringatan dan nasihat kita semua... thanks sharing BM.

TRAC delete icon 12:08

terima kasih sebelumnya Bin Muhammad ...... semoga menjadikan amal zariah buat anda dan kita semua yg sudah berkongsi ilmu dan motivasi diblog Bin Muhammad. saya suka hal ini membawa kesegaran baru buat kita semua. namun terkadang kita tahu bahwa banyak waktu yg tersia di dunia maya ni bila kita tak sadar pentingnya maksud dan tujuan kita berkongsi pada jalan dan tuntunan Islam. tksh buat semuanya salam kenal saya rizal dibanda aceh ....

Salmiah delete icon 05:21

Terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat..semoga kita menjadi hambaNya yg sentiasa bersyukur ats nikmat2Nya

Fauziah delete icon 19:21

Terima kasih BM perkongsian info yg banyak memberi manafaat.
Jazakallah Khairan kasiran.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap