Menjana Pendapatan Blog (Income) 4 Angka Sebulan!: Entri kali ini agak annoying sikit bagi sesetengah orang... Ye lah, ianya pasti akan menimbulkan rasa cemburu dan iri hati namun entri sebeginilah yang sering dipraktikkan dalam menarik perhatian serta membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk menjana pendapatan melalui blog!
Mendedahkan pendapatan yang diperoleh melalui blog bukan sesuatu yang janggal dikala ini. Kita boleh lihat ramai blogger yang mempraktikkannya berikutan ianya telah diamalkan oleh blogger-blogger otai terlebih dahulu seperti yang biasa kita lihat di blog Titan dan HasrulHassan... maka teruslah ianya menjadi ikutan.
Walaupun tindakan ini ada kesan positif dan negatifnya namun terpulang kepada blogger tersebut kerana pasti ada matlamat dan tujuan kenapa ianya didedahkan.
Walaupun tindakan ini ada kesan positif dan negatifnya namun terpulang kepada blogger tersebut kerana pasti ada matlamat dan tujuan kenapa ianya didedahkan.
Income Melalui Iklan
Memang sejak masuk tahun 2016 ini, masa berblogging BM agak terganggu. Blog bagaikan agak terabai sedikit. Namun rezeki itu ketentuan Allah SWT...Secara puratanya sepanjang tahun 2015, pendapatan sebulan dari iklan ini adalah dalam RM300~RM400. Dapatlah juga bayar bil Celcom, TM dan Astro tetapi dalam beberapa bulan di penghujung tahun 2015 dan awal 2016 ini beberapa topik entri tertentu telah meningkatkan trafik blog lalu menaikkan perolehan melalui pengiklanan.
Payment Februari 2016 dari Iklan RevenueHits
Payment Februari 2016 dari Iklan Mobicow
Payment Februari 2016 dari Iklan Bidvertiser
- 534USD = RM2,136 (534 x RM4) Sebulan! (Hanya ambil angka bulat sahaja)
Jika anda tiada atau gagal permohonan Google Adsense, jangan pula kecewa kerana masih terdapat banyak sumber pengiklanan lain yang mampu memberi pulangan yang baik seperti Innnity dan Nuffnang.
Namun jika anda berminat dengan pengiklanan yang BM cuba ini, boleh baca dulu reviewnya sebelum memohon melalui entri review berikut:
Lumayan Namun Tidak Mudah
Bagaimanapun yang jelas sekali bahawa pendapatan melalui iklan ini bergantung seratus peratus kepada jumlah trafik blog. Jika tinggi jumlah trafik maka banyaklah perolehannya.Untuk mengekalkan trafik yang tinggi itu adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Apatah lagi apabila komitmen terhadap blog semakin berkurangan... Kini, perolehan di atas tidak mungkin diperolehi lagi. Ya! Tiada jalan mudah untuk berjaya...kena usaha juga!
Semoga pendedahan ini dapat membuka minda dan peluang buat mereka yang ada keinginan menjana pendapatan melalui blog. Terbukti sudah bahawa sememangnya tidak mustahil untuk menjana pendapatan yang lumayan hanya melalui iklan di blog! Tetapi harus diingat juga bahawa ianya tidak semudah yang dijangkakan...
10 comments - "Iklan di Blog Menjana Income 4 Angka Sebulan!"
wah! bunda dengar/baca pun dah teruja dah...
Alhamdulillah syukur dan tahniah BM...PC kutip ilmu disini...betul bukan mudah...perlu try and error..usaha cari mana kekurangan blog...macam PC banyak lagi yang perlu diperbetulkan...
teruja biler baca tapi blog kiter biase-bis=ase je traffik pun x lebat mana.
Dapat jana pendapatan hanya dgn menulis di blog tentu memenafaatkan...kalau xbnyakpun setakat dpt membayar bil TM pun ok kan.
BM sentiasa antara yang terbaik, saya sendiri agak bergelut kalau nak cerita pasal income blog terutama kalau sibuk sangat dengan kerja seharian.
blogwalking
Wah 4angka tu. tahniah bro BM.. Baru try mula bidvertiser :)
Alhamdulillah... semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan terus sukses... aamiin.. :)
Wow!
Jealousnya...
:-)
Wah, menarik ni.
Thanks for this.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum