بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cara Mudah Dapatkan Topik Tingkatkan Trafik Blog: Sebagai seorang blogger tidak boleh dinafikan bahawa trafik blog merupakan salah satu ukuran yang paling dan sentiasa dilihat. Walaupun berblogging hanya sekadar untuk suka-suka atau berkongsi cerita, namun untuk menikmati trafik yang tinggi tetap terpahat disanubari.

Tak perlu menafikan atau menipu diri sendiri... Kalau dah blogger tu... ukuran trafik blog melalui pageview tetap menjadi idaman untuk dilihat menggunung tinggi! Ye ke idok...?

Namun tetap ada juga blogger yang sememangnya tidak kisah akan trafik blog ini. Pendirian dan matlamat berblogging mereka jelas boleh dilihat dan dinilai melalui setiap entri yang dihasilkan.

Cara Mudah Dapatkan Topik Entri Trafik Tinggi
Nak trafik tinggi tak perlulah cari idea sampai berada di tempat yang tinggi...

Sebelum ini telah dijelaskan tentang topik-topik entri yang mampu memberikan trafik blog yang tinggi. Namun ada diantaranya agak sukar dilakukan kerana anda akan menjadi terlalu lelah untuk mengejar berita sensasi terkini atau memerah idea untuk mengarang...
Malah yang paling ditakuti apabila berlaku pula perkongsian tersebut tidak benar, menyesatkan dan menjadi satu fitnah! Itulah yang perlu dielakkan!

Maka topik yang paling selamat, mudah dan sesiapa sahaja mampu menulisnya dan pasti beroleh trafik blog yang tinggi adalah entri berkaitan rujukan informasi semasa. Ye ke mudah?

Ok...nanti diterangkan bagaimana anda boleh mendapat idea berkaitan topik rujukan informasi semasa ini dan panduan cara untuk menulisnya.

Cara Mendapatkan Idea Topik Entri

Anda sebenarnya tidak perlu susah payah nak mendapatkannya dari pelbagai sumber media masa kerana ianya berada disekeliling anda sahaja.

Caranya adalah melalui perbualan bersama sahabat, rakan sekerja mahupun saudara-mara. Tidak kira di mana, sama ada di kedai kopi, di pejabat, di pejabat pos, semasa menunggu anak balik sekolah atau di mana-mana sahaja...

Apakah topik bualan yang menjadi pertanyaan selain dari cerita politik dan gossip yang dibualkan? Antara contohnya seperti berikut...
  • "Bila duit brim nak masuk?"
  • "UPSR Anak ko bagus...tak mohon sekolah asrama ke?"
  • "Macam mana nak buat nasi beriyani?"
  • "Adeh...tertinggallah episod drama Akasia semalam..."
Dari persoalan-persoalan di atas itulah juga sebenarnya merupakan topik yang menjadi carian tinggi di enjin carian. Apa yang anda perlu lakukan adalah memberi jawapan kepada setiap persoalan-persoalan tersebut melalui entri yang anda terbitkan.

"Bila duit brim nak masuk?"
  • Buat satu entri berkaitan tarikh-tarikh brim dimasukkan. Sebagai tambahan, sertakan setiap kategori penerima brim dan jumlah serta cara bayarannya.
"UPSR Anak ko bagus...tak mohon sekolah asrama ke?"
  • Terbitkan entri panduan untuk daftar masuk asrama penuh. Sertakan sekali syarat-syarat kemasukan dan tarikh permohonan. Letakkan link url untuk permohonan secara online.
"Macam mana nak buat nasi beriyani?"
  • Entri resepi yang pasti mudah untuk dibuat. Sertakan gambar yang menarik atau kalau ada video lagi bagus! Beri tajuk yang menggoda seperti "Resepi Mudah Nasi Beriyani Gam"
"Adeh...tertinggallah episod drama Akasia semalam..."
  • Buat entri tonton drama Akasia secara online. Letak jer sikit sinopsis dan link site yang siarkan rakaman drama tersebut seperti tonton.com.
Mudah bukan! Hanya melalui perbualan dah dapat idea untuk tulis entri yang pasti akan mendapat trafik yang baik.

Selalunya blogger ni hebat berceloteh hanya di blog sajer tetapi realiti, biasanya seorang yang pemalu dan hanya menjadi pendengar setia. Maka tajamkan pendengaran anda tentang topik-topik dan persoalan-persoalan yang menjadi bualan.

Berikan jawapan kepada setiap persoalan atau permasalahan tersebut di dalam entri yang anda terbitkan. Satu teknik yang mudah tetapi amat berkesan!

Anda bukan sahaja mampu meningkatkan trafik blog tetapi sebenarnya anda membantu mereka yang tidak tahu atau ingin tahu akan sesuatu perkara. Entri anda akan dijadikan rujukan untuk sebarang persoalan semasa.

Nah! Bukan sahaja trafik tetapi amal jariah telah anda perolehi. Blog anda pun tidaklah sekadar menjadi tempat celoteh kisah peribadi sahaja tetapi bermanfaat buat mereka yang memerlukan.

Panduan buat entri Rujukan Informasi Semasa

Entri sebegini banyak diterbitkan... Anda hanya perlu google dan mengolah semula menggunakan ayat sendiri, manakala rujukan informasi serta fakta tetap sama.
  • Pastikan fakta informasi anda tepat, betul dan terkini.
  • Sertakan link website rujukan anda.
  • Jika "copy & paste" pastikan lakukan sedikit ubah suai ayat dan beri kredit website asal.
  • Beri maklumat dengan lengkap dan padat.
  • Guna tajuk yang mudah, memikat, menarik dan tepat.
  • Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar yang berkaitan
  • Tidak kurang dari 250 patah perkataan.
  • Ayat mudah, ringkas dan menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Panduan yang dikongsikan ini bukanlah sekadar omong kosong... Topik-topik berkaitan panduan informasi semasa ini telah terbukti merupakan salah satu lubuk trafik blog yang sangat berjaya.

Cara Mudah Dapatkan Topik Entri Trafik Tinggi
Dalam tempoh beberapa bulan sahaja... hanya melalui satu entri berkaitan brim mampu meraih trafik sehingga lebih setengah juta view!

Semua ini bergantung juga kepada tuah dan SEO untuk mendapat trafik yang "super duper" tinggi kerana entri anda perlu bersaing dengan banyak blog yang berkongsi topik yang serupa. Namun dalam sejuta yang mencarinya... paling tidak pun ribuan view pasti akan tersesat ke blog anda juga.

Cara dan teknik sudah dikongsikan... Terpulang kepada anda sama ada mahu atau tidak untuk mengaplikasikannya. Jika trafik menjadi salah satu penilaian dan ukuran yang anda inginkan... Tidak salah untuk mencuba!

Paling penting di sini, selain menaruh harapan untuk mendapatkan trafik blog yang tinggi, keikhlasan dan kejujuran dalam menyampaikan perkongsian untuk membantu mereka yang memerlukan itu lebih tinggi nilai serta ganjarannya...

Cara Mudah Dapatkan Topik Entri Trafik Tinggi
p/s: Kadangkala segalanya dah ada di depan mata tapi kalau sekadar pandang dan tidak bijak merebut peluang... Ianya akan terlepas begitu sahaja...

15 comments - "Cara Mudah Dapatkan Topik Tingkatkan Trafik Blog"

alhamdulillah..terima kasih Bro BM..syukur PC sangat menghargai entri ini..sangat membantu..

paridah delete icon 10:13

Perkongsian yg sgt bermenafaat insyaAllah akan cuba mengadptasi di blog kak. suka sgt kalau pv mencanak tinggi.

Bahrain delete icon 11:02

topik isu semasa memang banyak trafik dapat kalo selalu post. :D

pergh menangis tengah pageview bro.. thanks utk tips

1st time link kan ke blog binMuhammad ..dan trafik melambung...terkejut pagi ni..tengok under "Viral"

http://babab.net/artikel/proton-keluaran-baru-2016.html

Sekadar perkongsian biasa sahaja...harap membuka minda dan idea bagi yg memerlukan

Tidak dinafikan... Blogger mesti suka kalau dapat trafik tinggi nih! :)

Ya bener... Tapi perlu memilih juga yang mana2 topik sesuai untuk diterbitkan, kalau saya lah... dan paling penting rujukannya tepat dan sahih serta benar2 dapat membantu mereka yg memerlukan

Syukur... dah rezeki, tak kan nak tolak...hehe.
InsyaAllah! Anda pun boleh!

Tahniah! Seronok kan dapat trafik yang melambung-lambung ni! :)

Unknown delete icon 20:25

Kekadang dari percakapan harian pun boleh buat tajuk entri kan

Mejuez delete icon 14:07

Best best, tapi kena rajin buat rujukan tentang isu semasa jugak.. lepas tu tk boleh copy paste sangat..

Kalau copy paste susah untuk kita naik ke first page.. :)

Siapa blogger yang tak nak trafik tinggi kan BM ;)

hebatnya tuan .. 500k 1 entri congrats .. x penah capai cenggitu, ade pun 20k jer

Tq ats perkongsin...sesekali kena up juga isu semasa kan BM..Bagi menjana traffic ke blog...Orang SEO ok laa kan semua tahu bab2 SEO..hehehe..kita ciput jer bab SEO..semoga BM akan terus maju dan maju bersama blog DAMMAHUMNIB...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap