"The site ahead contains harmful programs" atau "The side ahead contains malware" Satu ayat amaran yang amat ditakuti bersama latarbelakang berwarna merah seakan-akan sesuatu yang cukup merbahaya! Pasti dengan segera butang pangkah akan di klik!
Bagaimana jika blog anda sendiri pula yang terpapar amaran tersebut!? Pasti rasa terkejut? Panik? Resah? Geram? Tak tahu nak buat apa? Terdiam? Menjerit? Menangis?
Ini adalah sesuatu perkara yang semua blogger tidak mahu ianya berlaku namun kadangkala tanpa di duga ianya boleh berlaku!
Apabila sesebuah blog atau ada entri yang sudah disekat dari diakses dan didapati mengandungi mengandungi malware atau harmful program, pertama sekali... janganlah panik. Tidak dinafikan, ianya amat menyedihkan, namun anda harus sentiasa positif untuk mengatasi masalah ini.
Bagaimana jika blog anda sendiri pula yang terpapar amaran tersebut!? Pasti rasa terkejut? Panik? Resah? Geram? Tak tahu nak buat apa? Terdiam? Menjerit? Menangis?
Ini adalah sesuatu perkara yang semua blogger tidak mahu ianya berlaku namun kadangkala tanpa di duga ianya boleh berlaku!
Apabila sesebuah blog atau ada entri yang sudah disekat dari diakses dan didapati mengandungi mengandungi malware atau harmful program, pertama sekali... janganlah panik. Tidak dinafikan, ianya amat menyedihkan, namun anda harus sentiasa positif untuk mengatasi masalah ini.
Tindakan pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti apakah puncanya. Biasanya anda akan beroleh maklumat tentang masalah yang dihadapi dari paparan amaran yang menyekat halaman blog anda dari diakses. Dinyatakan disitu akan punca yang menyebabkan masalah Malware pada blog anda.
Selain itu anda boleh ke Search Console (Google Webmaster) blog anda untuk menyemak amaran serta mengenalpasti akan punca masalah kenapa halaman tersebut telah disekat.
Cara Membebaskan Blog Dari Sekatan Google
1. Malware dari External SourceMasalah yang biasa, selalunya berpunca dari pautan luar iaitu url website tertentu sama ada widget, iklan, bloglist, ping service, atau sebagainya yang mengandungi url dari website luar yang telah dijangkiti virus atau malware.
Di paparan amaran (jika anda menggunakan browser chrome) klik 'advance' Anda akan ditunjukkan akan punca masalah malware tersebut. Selain itu anda juga akan dapat amaran serta punca masalah melalui Search Console (Google Webmaster)
Buang satu persatu widget serta url website luar. Setiap kali dibuang, semak status blog. Anda hanya akan mengetahui url yang bermasalah tersebut sehinggalah apabila anda semak, status blog telah bebas dari sekatan Google.
Namun jika ianya gagal, ini bermakna kesemua widget atau url luar tersebut adalah selamat. Seterusnya anda perlu menukar template kepada template asas Blogspot kerana puncanya mungkin dari ada sumber pautan dalam template tersebut telah dijangkiti malware.
2. Malicious Code Inside Page
Namun ada juga masalah yang dihadapi berpunca dari serangan virus yang tertanam di dalam kod entri blog. Maka, hanya entri-entri tertentu yang diserang atau dijangkiti kod merbahaya ini sahaja akan disekat oleh enjin carian Google.
Di paparan amaran --> klik 'detail' dan klik 'found harmful program'. Anda akan ditunjukkan akan punca masalah kenapa sesebuah blog tersebut disekat dan dianggap merbahaya.
Oleh itu, langkah pertama adalah mengenal pasti entri-entri yang bermasalah tersebut.
Selalunya melalui Search Console (Google Webmaster) akan menyenaraikan url entri yang bermasalah. Namun jika tiada, anda terpaksa membuka satu persatu entri untuk mengenalpasti entri manakah yang bermasalah.
Setelah dikenal pasti, senaraikan url entri terbabit. Selalunya entri yang telah dijangkiti ini pasti tidak dapat diselamatkan berikutan malicious code yang tertanam dalam entri tersebut amat sukar dikesan untuk dilakukan pembersihan.
Namun bukan setakat itu sahaja, anda kemudian haruslah delete URL tersebut melalui Search Console (Google Webmaster) dan akhir sekali lakukan redirection url entri yang telah di delete tadi kepada entri lain di blogger agar ianya tidak menjadi error apabila diakses.
Kenapa dah delete perlu juga buat redirection? Ini adalah kerana url entri tersebut tetap ada pada internal/external url link entri tersebut sama ada dari entri copy paste, link feed, ping aggreegator, share post dan sebagainya.
Maka ianya akan menjadi error 404 setiap kali ada yang klik url link entri tersebut maka redirection adalah langkah terbaik melainkan anda mampu delete semua url tersebut di mana jua ia wujud.
Setelah selesai, hantar arahan melalui Search Console (Google Webmaster) untuk review blog anda. Dalam tempoh 24 hingga 72 jam, anda akan mendapat jawapan. InsyaAllah... jika kesemua yang berkait dengan entri yang dijangkiti Malicious code tersebut telah dibuang, blog anda akan mendapat jawapan yang positif dari Google.
Dalam tempoh tersebut, biasanya anda akan dapati jumlah trafik akan mula menjunam dan sedikit demi sedikit entri mulai hilang dari SERP kerana blog anda masih disisihkan dari diindeks oleh Google. Itu adalah kesan yang terpaksa anda hadapi.
Namun ianya akan pulih seperti sedia kala apabila robot enjin carian telah crawl semula sitemap entri-entri anda dan tersenarai semula di enjin carian.
Pengalaman Berharga
Apabila blog anda telah di sekat akibat malware atau contain harmful program, jangan sesekali panik atau berputus asa kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika tidak dapat menyelesaikan sendiri, dapatkan pertolongan dari blogger lain yang berpengalaman.Semoga dengan pengalaman yang dikongsikan ini dapat membantu mereka yang memerlukan buat rujukan jika mengalami masalah yang serupa.
p/s: Entri ni dah lama terperap sejak Relaks Minda disekat Google. Walaupun kini Relaks Minda bebas dari sekatan namun tiada entri baru boleh diterbitkan kerana malicious code tidak dapat dibuang dan terus menyerang setiap entri baru yang diterbitkan. Malah sesekali... tetap ada beberapa entri sedia ada yang terus menjadi serangan dan ianya harus dibersihkan segera agar blog kekal boleh diakses.
8 comments - "Cara Atasi Malware & Contains Harmful Program"
Terima kasih atas perkongsian ini.
Sangat bermanfaat.
Pernak klik 'satu blog' tak lama dulu kemudian keluar amaran macam tu.
Tapi sekarang blog tu dah okay.
Hah..entry ni paling bagus! Malware ni memang menyakitkan jiwa tau.
sungguh berharga.
Kita xpernah menjangka...mungkin terjadi pada blog kita. Semoga info ini dapat memberi sedikit panduan.
Sesiapa yg pernah mengalaminya pasti faham akan perasaannya apabila terkena malware ni. Semoga dijauhkanlah...
Satu pengalaman pahit tetapi Amat berharga
Bagus juga artikel ni, boleh jadikan rujukan sebab pernah terjadi pada blog lama....
Selalu biasanya berpunca dari banner laman pengiklanan.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum