بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada 13 Mac 2016 yang lalu telah genab 7 bulan usia blog BinMuhammad @ www.dammahumnib.com. Sekejap sungguh masa berlalu... Terima kasih kepada yang masih setia bersama...

Google Analytics adalah salah satu pengendali data untuk website yang sangat diyakini dan dipercayai serta diterima pakai oleh semua pengguna website. Walaupun perkhidmatannya percuma namun input yang diberikan sangat terperinci dan flexible mengikut kehendak pengguna.

Analisa Prestasi Blog Melalui Google Analytics

Walaubagaimanapun tidak semua data yang dipaparkan mampu dianalisa, dinilai atau difahami dengan jelas oleh para blogger. Maka... ini adalah satu kerugian kerana data tersebut tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan peningkatan mutu, penambahbaikan serta kualiti blog.

Kali ini diperlihatkan prestasi semasa blog BinMuhammad sambil mempelajari akan serba sedikit maklumat blog yang diperolehi melalui analisa data yang ada pada Google Analytics. Semoga ianya memberi ilmu dan manfaat bersama.

Prestasi Umum Blog


Analisa Prestasi Blog Melalui Google Analytics

Di dalam pilihan Menu Audience --> Overview, Data blog seperti di atas akan diperlihatkan. Paparan data graf boleh dipilih mengikut tempoh tarikh yang kita inginkan dan sama ada paparan mengikut jam, harian, mingguan atau bulanan.

Syukur... walaupun belum dapat melepasi 5K Pageviews sehari namun ianya masih kekal diparas yang stabil. Data juga menunjukkan betapa blog ini belum begitu terdedah serta diakses oleh ramai pengguna berikutan jumlah unique visitor (user) yang rendah.

Kebanyakan pengunjung blog (session) yang singgah akan melihat lebih dari satu halaman di mana secara puratanya dalam lingkungan  3 pages/session (3 halaman/pengunjung). Maka, ianya memberi impak kepada nilai Bounce Rate yang rendah dan tersangat bagus bagi menilai sesebuah blog yang berkualiti.

Lebih menarik lagi apabila nilai Avg Session Duration yang memberi maksud setiap pengunjung telah meluangkan masa secara puratanya selama 2:02 minit! Nilai ini penting dalam menilai reaksi pengunjung bahawa mereka benar-benar membaca entri dan bukan sekadar singgah, tengok dan berlalu pergi tanpa menghayati penulisan anda.

Secara keseluruhannya, walaupun blog ini menerima kurang jumlah unique visitor namun setiap pengunjung akan kekal lama sambil membelek halaman-halaman lain. Ianya satu pencapaian dalam menilai isi kandungan serta kualiti blog yang amat baik dan semoga ianya berkekalan.

Pilihan Peralatan Pelayar internet

Sekarang kita lihat pula data di Menu Audience --> Mobile--> Overview. Di sini anda akan ditunjukkan kategori peralatan yang digunakan untuk melayari blog anda. Ianya dibahagikan kepada tiga iaitu melalui mobile (smartphone), desktop (komputer) dan tablet.

Anda boleh lihat data ini dalam pelbagai bentuk pilihan dan saya memilih carta pie. 

Analisa Prestasi Blog Melalui Google Analytics

Jelas sekali bahawa pengunjung Blog BinMuhammad menggunakan mobile (smartphone) untuk berkunjung. Dengan peratusan 63% ianya sangat tinggi maka blog ini perlu menyediakan akses yang terbaik untuk Mobile View.

Selain daripada mendapat pengiktirafan Mobile Friendly dari Google (check blog anda di sini: Mobile-Friendly Test), Blog juga mestilah mendapat penilaian yang baik dari sudut kepantasan loading sama ada melalui mobile atau desktop (check blog anda di sini: PageSpeed Insights).

Ini baru tahun 2016, sudah menyaksikan peralihan orang ramai dalam melayari internet. Akan datang sudah tentu dominasi pelayar internet melalui mobile akan semakin meningkat maka jika blogger tidak mengikuti perkembangan semasa ini pasti akan ketinggalan.

Jantina Dan Usia Pengunjung Blog

Sekarang kita ke Menu Audience --> Demographics --> Overview. OK...di sini kita diperlihatkan akan data pengunjung blog mengikut jantina dan usia.

Nampaknya lebih 54% pengunjung blog ini adalah lelaki. Ianya tidak dapat dinafikan lagi berikutan entri-entri topik yang mendapat kunjungan tertinggi adalah dalam kategori Automotive.

Namun begitu jurang perbezaan jumlah pengunjung antara lelaki dan perempuan tidaklah terlalu besar.

Analisa Prestasi Blog Melalui Google Analytics

Bagi data usia pula, nampaknya blog ini kebanyakannya dikunjungi oleh para remaja dan belia. Ini sudah sememangnya dalam jangkaan berikutan pengguna internet terbesar adalah dalam lingkungan usia sebegini.

Sebagai blogger yang versatile... Usia dan jantina blogger tidaklah diutamakan tetapi cara penulisan dan daya tarikan yang menyerlahkan keistimewaan isi kandungan blog itu yang paling penting kerana melaluinya pengunjung/pembaca blog tidak akan tertumpu pada sebahagian golongan dan tahap usia tertentu sahaja.

Informasi Untuk Penambahbaikan

Ini hanya sebahagian kecil dari data dan informasi yang ada pada Google Analytics yang boleh diperoleh dan dilakukan analisa. Terlalu banyak lagi data yang boleh anda dapat. Di lain masa dan ketika, kita boleh pelajari bersama lagi.

Jika ingin menjadi seorang blogger yang berjaya, berilmu dan berinformasi, Google Analytics memberikan anda semua data yang diperlukan untuk melihat prestasi blog. Terpulang kepada anda bagaimana untuk menggunakannya dan menganalisa setiap data untuk menambahbaik serta mempertingkatkan prestasi blog.

Bagi menguji blog pula, anda mungkin perlu menggunakan beberapa tool asas yang telah diterangkan di entri berikut: 7 tool Semak Prestasi & Masalah Blog

Semoga apa yang dipaparkan di atas dapat memberi sedikit ilmu dan maklumat buat mereka yang memerlukan. Ilmu yang sedikit dikongsi bersama...


p/s: Melihat prestasi blog kadangkala boleh lelah dibuatnya... Kalau menggunung tinggi, ceria jer, tapi kalau sebaliknya...pasti kecewa dan "down"... Itulah dunia seorang blogger.

10 comments - "Analisa Prestasi Blog Guna Google Analytics"

paridah delete icon 12:05

Perkongsian yg sgt bermenafaat sentiasa memperoleh ilmu baru di sini.

Prestasi yg memberangsangkan.. semoga BM terus sukses... aamiin... :)

Unknown delete icon 07:19

Prestasi yang bagus walaupun cuma berusai 7 bukan..tahniah BM

Perkongsian buat blogger yg belum tahu dan mahu ambil tahu... :)

Alhamdulillah... Dapat maintain pun kira ok sebab dah tak seaktif dulu.

Bagus ke... huhu. Rasanya tahap biase2 jer ni. Apa pun berpadananlah dengan komitmen blogging yg dah semakin suram ni...

mselim3 delete icon 11:20

Assalammualaikum... BM,

mselim3 punya prestasi pun biasa2 aje. BM nie dah ok dan stabil . walaupun tak melebihi 5k dah mantap dah nie.

mselim3

Prestasi yang semakin MEMBAIK..Semoga BM akan terus kekal berblogging..InsyaAllah...Bila la kita pon nak capai 5k ..

Alhamdulillah syukur...bila new visitor meningkat itu bermakna apa yang blog Bro BM berkesan...syukur..

arzmoha delete icon 21:24

info yang baik,..aRz pun dah gunakan ....tahniah bro BM uv tinggi

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap