بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pabila musim cuti sekolah atau cuti perayaan yang panjang, apakah pilihan tempat, lokasi serta aktiviti anda di waktu ini? Duduk di rumah sahaja, balik kampung atau pergi melancong? Setiap orang pasti ada pilihannya yang tersendiri dan punya sebab-sebab tertentu.

Ada yang memerlukan perancangan yang awal, teliti dan berjadual namun ada juga yang dilakukan tanpa dirancang. Apa pun akhirnya ianya tetap bermatlamat untuk mengisi ruang masa agar dapat dipenuhi dengan sebaik-baiknya.

Pilihan Bercuti Di Rumah, Kampung atau Melancong?

Duduk Di Rumah

Mungkin ada yang menggunakan peluang ini untuk berehat sahaja di rumah maklumlah, inilah masa untuk merehatkan atau memanjakan diri seketika setelah asyik sibuk bekerja dengan tekanan jasad dan minda.

Namun ada juga menggunakan masa yang terluang ini untuk melakukan sedikit kerja bagi mengemas, memperbaiki atau mengubah suai rumah, mengecat, menghias, bercucuk tanam atau sebagainya.

Inilah masa untuk menghargai kediaman sendiri yang sebelum ini sekadar dijadikan tempat persinggahan sementara kerana terlalu sibuk dengan tugas harian.

Pergi Melancong

Ada juga yang menggunakan masa cuti yang panjang ini untuk pergi melancong. Masa berkualiti bersama ahli keluarga dihabiskan untuk mengunjungi tempat-tempat menarik dan menghiburkan bagi mengeratkan hubungan kekeluarga,

Maklumlah... masa inilah hanya dapat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama setelah sering terbatas oleh tanggungjawab kerja dan persekolahan anak-anak.

Selain dari talian persaudaraan menjadi erat, dapat juga melihat suasana di tempat orang dan mempelajari sesuatu yang tidak pernah kita ketahui.

Pulang ke Kampung

Tidak kurang juga yang menggunakan waktu cuti ini untuk pulang ke kampung untuk melawat ibu bapa atau datuk dan nenek. Menggunakan peluang yang ada untuk berkunjung ke rumah saudara mara di kampung sebagai aktiviti bagi mengeratkan hubungan disamping kenal mengenali sedara mara yang jarang-rjarang dapat ditemui.

Kepulangan yang bukan sahaja pasti menggembirakan mereka yang dikunjungi tetapi juga sebagai satu tanggungjawab agar ikatan dan kasih sayang kekal erat terjalin generasi demi generasi.

Pilihan Percutian BM

Dari apa yang diperkatakan di atas hanyalah sebahagian dari sebab musabab aktiviti untuk menghabiskan waktu cuti yang panjang ini.

Anda juga pasti ada pilihan aktiviti dan rancangan yang tersendiri...

Apabila dapat cuti panjang seperti Tahun Baru Cina dan cuti sekolah baru-baru ini, BM memang tidak betah untuk pergi bercuti atau melancong ke mana-mana kerana tidak mahu menempuh jalan yang sesak dan tepat-tempat percutian yang padat dengan pelancong.

Rimas dan tidak puas untuk bercuti kerana kenikmatan untuk menikmati percutian seakan-akan terganggu dan sebaliknya letih sahaja yang dapat.

Duduk di rumah sahaja pula tiada perancangan aktiviti hendak dilakukan, tambahan pula jiran-jiran hampir kesemuanya juga tiada kerana bercuti dengan aktiviti masing-masing, maka pilihan BM adalah untuk pulang ke kampung, Lagi pun laluan balik ke kampung pula tidak jauh dan menyesakkan.

Kampung adalah tempat terbaik yang paling aman dan damai untuk dijadikan lokasi untuk mendapatkan ketenangan di kala masa-masa begini bagi menghabiskan cuti yang panjang.

Aktiviti Di Kampung

Selain dari berehat serta melayan kerenah anak-anak saudara, masa cuti inilah undangan ke majlis-majlis kenduri sama ada kenduri kahwin atau doa selamat begitu banyak sekali. Inilah peluang untuk berkenalan dan menikmati suasana kenduri yang masih lagi mengekalkan tradisi gotong-royongnya.

Apabila di rumah pula, BM suka membelek dan memerhatikan pepohon serta tumbuhan menghijau disekitar rumah. Maklumlah...hanya di kampung sahaja dapat menikmati kehijauan alam dan tumbuh-tumbuhan yang bukan sahaja ditanam tetapi juga yang tumbuh meliar.

Ada diantaranya boleh di makan dan ada yang sekadar cantik untuk dipandang. Ulam ulaman seperti pucuk ubi, bebuas, ulam raja, putat dan pucuk gajus sudah pasti menjadi hidangan tengahari yang membuka selera.

Sebagai mencuci mata... nikmati beberapa tumbuhan yang menjadi bidikan kamera handphone murah BM ini.

bercuti di kampung - pepohon menarik
Gambar 1
bercuti di kampung - pepohon menarik
Gambar 2
bercuti di kampung - pepohon menarik
Gambar 3
bercuti di kampung - pepohon menarik
Gambar 4
bercuti di kampung - pepohon menarik
Gambar 5

Cuti Yang Bermanfaat

Tidak kira, apa jua pilihan aktiviti yang anda lakukan di masa cuti ini, semestinya ianya telah menjadi kenangan yang tidak akan berulang kembali.

Jika masa ini telah berlalu tanpa sebarang manfaat, jadikan pula cuti yang akan datang penuh dengan perancangan agar ianya tidak di sia-siakan.

Semoga anda semua berbahagia dan ceria sentiasa disamping insan-insan tersayang dan apa jua pilihan aktiviti masa cuti agar dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan, beroleh kedamaian yang diimpikan, mendapat ilmu yang bermanfaat dan mencapai matlamat yang disasarkan.


p/s: Walau ke mana pun kita pergi... Hujan batu di tempat sendiri juga tetap yang terbaik...

6 comments - "Pilihan Bercuti Di Rumah, Kampung atau Melancong?"

takde kampung kecuali rumah mak mertua..itu pun balik setahun sekali ;)

memang tak best bercuti kat tempat2 peranginan jika musim cuti..padat dgn manusia..

Selagi ibu masih ada... kan. Gunakanlah peluang masa yang ada bersama mereka. :)

Jauh tu rumah mertua... Setahun sekali pun dah bersyukur sangat dapat balik!

Cuti hari tu saya pulak tak kemana-mana, ambil peluang berehat di rumah.

Waktu cuti kebiasaannya balik kampung dan dlm waktu tu ambil peluang melancong juga ke lokasi2 menarik yg berhampiran... melancong merentas daerah dan bermalam2an dlm waktu bercuti di kampung.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap