Buah Ceri Cina (Acerola/Barbados Cerry) Yang Sangat Istimewa: Apabila pulang ke kampung pasti ada sahaja sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama anda. Kali ini sejenis pokok buah yang sangat rare dan unik yang ditanam oleh MIL.
Jika sekadar melihat gambar pasti ada yang menyatakan ianya adalah pokok dan buah epal. Namun apabila melihat secara realiti, ianya hanyalah sepohon pokok renek. Buahnya seakan-akan buah epal cuma saiznya sahaja yang kecil.
Inilah pokok buah Ceri Cina atau dikenali sebagai Acerola/Barbados Cerry. Ianya sangat cantik dijadikan pokok hiasan apabila ia berbuah, ianya umpama pokok epal mini yang sangat menarik dan memikat pandangan.
Amat sesuai ditanam di kawasan perumahan kerana tidak memerlukan kawasan yang luas dan boleh ditanam di dalam pasu sahaja.
Buahnya berwarna hijau dan akan sedikit-sedikit menjadi merah apabila mulai masak. Rupanya sejibik seperti epal hijau dan epal merah! Bukan sahaja buah...daunnya juga seperti pokok epal! Memang boleh tertipu jika hanya lihat melalui gambar sahaja.
Jika anda seorang yang kreatif, pokok ini boleh dijadikan bonsai yang sangat menarik kerana ianya umpama pokok epal di dalam pasu yang dibonsaikan. Bila berbuah... Pasti akan mengundang geram dan cemburu buat sesiapa sahaja yang melihatnya!

Galeri Gambar
Anda lihat sendiri betapa menariknya Buah Ceri Cina atau BM gelarkannya sebagai 'Epal Mini Malaysia' ini melalui lensa hp murah BM untuk tatapan anda semua.Keistimewaan Buah Ceri Cina
Apabila google... tak sangka pula bahawa buah ceri cina @ Acerola/Barbados Cerry ini sangat istimewa kerana mempunyai begitu banyak khasiatnya!
Keistimewaan Acerola/Barbados ceri terletak pada kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Acerola sarat kandungan vitamin C. Semakin matang/ranum, semakin kurang vitamin C di dalamnya.
Acerola/Barbados ceri dipercayai berada di ranking ke-5 dunia sebagai buah yang mengandungi Vitamin C tertinggi:
Acerola/Barbados ceri juga kaya vitamin A. Terdapat juga vitamin B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (asid pantothenik), dan B9 (Folate).
Di samping zat gizi dan vitamin-vitamin, Acerola/Barbados ceri juga mengandungi unsur-unsur anti-oksidan yang bermanfaat untuk kesihatan; seperti carotenoid dan bioflavonoid. Acerola rendah lemak tepu dan sodium (garam), sangat rendah kolesterol.
Jika begitu hebat, sarat dan istimewa sekali khasiat terkandung di dalam buahnya, sudah pasti ianya begitu bermanfaat untuk kesihatan kita. Untuk maklumat lebih terperinci, sila ke laman berikut untuk mengetahuinya:
Rasa buah ceri cina ini masam-masam manis. Kalau sesiapa yang gemar kepada buah yang masam pasti sukakan buah ceri cina ini. Kalau buat jeruk sedap kot...
Acerola/Barbados ceri dipercayai berada di ranking ke-5 dunia sebagai buah yang mengandungi Vitamin C tertinggi:
- Kakadu Plum - 2,300-3,150 mg/100gm;
- Camu-Camu - 2,700 mg/100gm;
- Goji Berry - 2,500 mg/100gm;
- Rosehips (Beri Mawar) - 1,150-2,500 mg/100gm;
- Ceri Acerola/Barbados - 1,644-1,678 mg/100gm.
Acerola/Barbados ceri juga kaya vitamin A. Terdapat juga vitamin B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (asid pantothenik), dan B9 (Folate).
Di samping zat gizi dan vitamin-vitamin, Acerola/Barbados ceri juga mengandungi unsur-unsur anti-oksidan yang bermanfaat untuk kesihatan; seperti carotenoid dan bioflavonoid. Acerola rendah lemak tepu dan sodium (garam), sangat rendah kolesterol.
Jika begitu hebat, sarat dan istimewa sekali khasiat terkandung di dalam buahnya, sudah pasti ianya begitu bermanfaat untuk kesihatan kita. Untuk maklumat lebih terperinci, sila ke laman berikut untuk mengetahuinya:
Adakah pokok ceri cina ini juga bernilai tinggi seperti pokok daun rerama yang sangat berharga dipasaran! Kalau ada harga... Boleh disemai untuk jualan...hehe!
Buah Ceri Cina Masak Ranum
Baru seminggu tak balik kampung selepas gambar-gambar di atas diambil, Buah Ceri Cina ini sudah masak! Hampir kesemuanya sudah berwarna merah menyala! Sangat mengujakan sekali melihatnya!Rasa buah ceri cina ini masam-masam manis. Kalau sesiapa yang gemar kepada buah yang masam pasti sukakan buah ceri cina ini. Kalau buat jeruk sedap kot...
Pokok Ceri Cina yang telah bertukar warna setelah seminggu. Hampir kesemua buahnya sudah masak!
Inilah rupa buah ceri cina atau Acerola/Barbados cerry yang sudah masak ranum yang telah dipetik. Ada yang telan air liur nih! hehe...
Mungkin anda lebih mengetahui tentang buah ceri cina ini... Boleh kongsikan di ruang komen. Sebagai tatapan terakhir... Tataplah pokok bunga melati yang putih berseri serta harum mewangi ini. Pandang-pandang... ada benda bersembunyi di situ rupanya! Apakah ia?
15 comments - "Buah Ceri Cina (Acerola/Barbados Cerry) Sangat Istimewa"
Tak pasti pula YB pernah makan atau tidak... tetapi rasa seperti pernah lihat.
alhamdulillah..banyak khasiatnya ya ceri cina ni...comel comel pulak buahnya geram tengok..ni pertama kali PC tengok dan tahu...
mentadak sedang bergayut kat pokok melati tu kan..
ASSALAM...KALAU ADA RASA MASAM MANIS MESTI SEDAP RASANYA CERI CINA NI,,,BNYK NAMPAKNYA TU BLEND BUAT JUS PENGHILANG DAHAGA BERKHASIAT PULA...
Assalammualaikum... BM,
buah ceri cina nie... nampak menyelerakan... yum22...
mselim3
pls: khasiat buah ceri cina nie pun banyak.
Ceri ni ada tak yg dibuat jeruk agaknya.. pasti sedap juga.
Kat pokok bunga melati tu burung ke huhu...
Rasa macam pernah makan yang dah jadi jeruk.
Rasa macam pernah makan buah ceri cina ni dolu-dolu...
Boleh la ditanam kat halaman rumah..:)
ceri ini asal dari amerika selatan, camner boleh jadi ceri ciner pula ya
Mana nk beli pokok ceri cina ni
Sy tanam juga..berbunga tapi x berbuah..kenapa ye?
Kenapa orang kita suka sgt bagi nama sesuatu kpd cina. Bukan saya nk jd racist tp jarang sgt kita mengabadikn nama sesuatu dgn nama melayu. Aduhai bangsaku....
Saya ada menjual ceri barbados ni harga memang agak tinggi tapi mudah dijaga dan senang berbuah
Terutama apabila diberikan baja 16.16 @ baja kristal
Mudah tumbuh melalui keratan batang.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum