Sungguh cepat masa berlalu dan hari ini sudah pun tiba tahun 2016! Selamat Melangkah ke Tahun Baru 2016! Itulah... nampak sangat tak menghargai masa...hehe. Namun hakikatnya sudah diketahui bahawa akhir zaman ini masa akan berlalu berlalu begitu pantas sekali.
Tidak semestinya setiap kali tibanya tahun baru barulah kita akan menetapkan azam baru atau melakukan perubahan kerana kita sepatutnya sentiasa mempertingkatkan diri pada setiap hari agar kita sentiasa lebih baik dari semalam.
Namun tidak salah jika hendak menjadikan tahun baru ini sebagai satu permulaan baru. Apa yang penting adalah usaha dan istiqamah agar setiap apa yang dihajatkan berjaya dicapai.
"Selamat Tahun Baru 2016"
Amalan Mengisi Kekosongan Jiwa
Sempena tahun baru 2016 ini, sedikit perkongsian buat amalan kita bersama agar menjadi insan yang lebih baik dan beroleh rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.Tiada contoh terbaik selain junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Maka setiap apa yang diperkatakan oleh baginda adalah satu sunnah dan arahan yang akan membawa kita ke jalan yang diredhai.
Semoga tiada kekosongan dalam diri dan sepanjang tahun baru 2016 akan terisi dengan amalan yang lebih mendekatkan kita kepada Maha Pencipta.
Tujuh Sunnah Nabi Muhammad SAW
Selain ibadat wajib, berikut adalah antara amalan yang amat baik untuk kita amalkan bagi memperkukuhkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.- Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
- Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul atau ayat qursi.
- Sentiasa hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan rumah Allah SWT .
- Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
- Sentiasa bersedekah. Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah SWT berlipat kali ganda.
- Jaga wuduk terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang sentiasa dalam berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
- Amalkan istighfar sekerap yang boleh. Dengan istighfar segala masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.
2016... Tahun Yang Mencabar
Selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua sahabat dan tetamu BinMuhammad. Diharapkan anda semua berbahagia dan ceria disepanjang cuti ini.
Semoga kita semua akan beroleh ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan serta segala impian akan tercapai di tahun 2016 ini nanti.
InsyaAllah... walaupun cabaran hidup semakin mencabar di tahun 2016, namun jika kita sentiasa ingat akan matlamat kehidupan sebenar dan berlandaskan pegangan agama menerusi Al-Quran dan Hadis, tiada rintangan yang tidak dapat diatasi. Semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati...amiin.
Semoga kita semua akan beroleh ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan serta segala impian akan tercapai di tahun 2016 ini nanti.
InsyaAllah... walaupun cabaran hidup semakin mencabar di tahun 2016, namun jika kita sentiasa ingat akan matlamat kehidupan sebenar dan berlandaskan pegangan agama menerusi Al-Quran dan Hadis, tiada rintangan yang tidak dapat diatasi. Semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati...amiin.
8 comments - "Selamat Melangkah ke Tahun Baru 2016"
huuu berbunga hati saya nampak banner menarik..sunah nabi lagi hebat ..kita lah yang amalkannya inshaAllah..semoga 2016 memangkinkan berbagai kejayaan lagi..tahnia
Happy New Year...
Moga terus berjaya pd tahun 2016 , jadikan kenangan pada 2015 :)
Selamat Tahun Baru juga buat BM, semoga tahun ni mendatangkan kebaikan yang sangat banyak buat kita dan umat Islam
Selamat tahun baru tuan.
Harap tahun 2016 menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya :).
harap tahun 2016 ni lebih baik dari tahun 2015..tahun yang mencabar, kena kerja lebih lagi nak cari pendapatan :)
Salam 2016 buat BM sekeluarga. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan Nya... aamiin. Salam ukhwah berpanjangan 2016 dan seterusnya... :)
SALAM TAHUN BARU DIK BM N FAMILI...INSYA ALLAH SETIAP AMALAN SUNNAH YG ISTIQAMAH DILAKUKAN MEMBAWA KEJAYAAN DI DUNIA HINGGA AKHIRAT.
Selamat tahun baru 2016 buat BM dan semua. Semoga terus sukses berblog ditahun yang rasanya lebih mencabar ini nanti..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum