بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Seperti yang telah diketahui, Proton akan mengeluarkan tiga buah model kereta baru sepenuhnya bagi menggantikan model sedia ada (replacement model) iaitu kereta Proton Saga, Persona dan Perdana pada tahun 2016.

Setiap informasi terkini tentang perkembangan model baru Proton 2016 ini pasti menjadi perhatian dan menjadi satu berita hangat di dunia automotif negara serta orang ramai.

Jelas sekali kepedulian dan harapan yang tinggi diberikan kepada setiap model baru Proton ini agar menjadi model yang terbaik serta menepati citarasa dan kehendak rakyat negara ini dari pelbagai sudut.

Proton Saga Baru 2016 (Replacement Model)

Spyshots Proton Saga 2016

Baru-baru ini, sumber dari Proton Iriz Community (Malaysia) Facebook group. mendedahkan gambar spyshots terkini model baru Proton Saga 2016 yang ditemui di sekitar Telok Air Tawar, Pulau Pinang.

Walaupun gambar spyshots ini hanya memaparkan kereta prototype yang bersalut dan masih dalam proses ujian, namun melaluinya kita boleh dapat gambaran awal akan rupabentuk model kereta Proton Saga baru 2016 ini.

Proton Saga Baru 2016 (Replacement Model)
Proton Saga Baru 2016 (Replacement Model)
Proton Saga Baru 2016 (Replacement Model)
Spyshot terbaru: April 2016

Gambar terkini Proton Saga R Baru 2016
Proton Saga Baru 2016
Proton Saga Baru 2016

Dari rupabentuk render, spyshot dan lakaran ini jelas menunjukkan model kereta Proton Saga baru 2016 ini tidak banyak berubah dari rekabentuk sekarang. Namun perubahan ketara adalah ia kelihatan sedikit besar dan tidak kelihatan meninggi seperti Proton Saga sekarang serta lebih kemas.

Rekaan dari tepi jelas kelihatan B pillar kelihatan melengkung yang menampakkan ia kelihatan sedikit rendah secara visual.

Jelas juga kelihatan beberapa bahagian pada model tersebut telah diguna pakai dari model semasa Proton seperti cermin sisi Saga dan pemegang pintu Iriz. 

Proton Saga R ini dibangunkan dari chasis Iriz dan akan menggunakan enjin 1.3 liter Turbo (enjin VVT sama pada Iriz). Ia bakal dilancarkan pada 28 September 2016 iaitu selepas pelancaran model Proton Perdana 2016, Persona  (Ogos) dan MPV Ertiga (Oktober)

Dianggarkan harga Proton Saga baru 2016 ini di antara RM37,000 - RM46,000

Spesifikasi Proton Saga 2016
  • Enjin : 1.3 liter VVT
  • Transmisi : Manual dan CVT
  • Varian : Standard, Executive, Premium
  • Ciri ciri keselamatan : Dua beg udara, Kawalan Kestabilan (ESC), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TCS), Brek Anti-kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Keluasan but : 430 liter
  • Kemasan dalaman : Satu tona warna sahaja (hitam), kemasan fabrik untuk semua varian
  • Push start button dan ecodrive
  • Saiz rim : 14 inci
  • Asean NCAP 4 Bintang
  • Pilihan Warna : Quartz Black, Fluorite Grey (warna baharu), Fire Red, Topaz Blue (warna baharu), Solid White dan Genetic Silver
Proton Saga Baru 2016
Proton Saga Baru 2016

Terkini! Pelancaran Proton Saga R
Video Iklan Proton Saga 2016

Rekabentuk Selamat

Secara keseluruhannya tiada yang banyak boleh diperkatakan. Apa pun segala teka-teki akan gambaran rupa bentuk model Proton Saga Baru ini sudah terjawab. 

Jelaslah Proton tidak mahu mengambil risiko sebagaimana rekaan yang telah bertebaran dalam internet sebelum ini yang sungguh agresif dan berani! Proton lebih percaya kepada rekaan yang selamat tanpa perlu terlalu berlebihan.
Proton Saga Baru 2016 (Replacement Model)
Gambaran yang bertebaran di internet sebelum ini. Proton Saga yang sungguh mengujakan rekaannya. Begitu Agresif dan Sporty!
Proton Saga Baru 2016
Mungkin rekaan sebegini lebih praktikal dan sesuai buat model baru Proton Saga 2016

Setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan mungkin pilihan rekaan Proton ini lebih sesuai untuk semua peringkat usia dan untuk pasaran yang lebih luas tanpa perlu mengambil risiko yang belum tentu sambutannya.

Akhirnya, segalanya nanti adalah ditangan pengguna dan pembeli. Jika Proton mampu memberikan hasil yang terbaik dari sudut kualiti dan reabiliti, sudah pasti rekaan rupabentuknya akan menjadi taruhan kedua.

Itulah yang telah dibuktikan oleh Nissan Almera, namun apa yang pasti, model kereta Proton Saga 2016 ini berkali ganda lebih menarik rupabentuknya berbanding Nissan Almera!

Saga Model Ikon Proton

Kita nantikan seterusnya perkembangan model kereta Proton Saga Baru (replacement) 2016 yang pastinya menjadi perhatian ramai pengintip-pengintip untuk mendedahkan akan rupa sebenar setiap model baru Proton 2016 ini. Untuk makluman, Proton telah memaklumkan model Proton Saga R Baru ini akan dikeluarkan pada tahun ini juga iaitu selepas pelancaran Persona dan terakhir MPV Ertiga,

Proton harus memberi perhatian yang cukup serius dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan model Saga kerana ianya menjadi nadi utama dalam hasil jualan dan telah menjadi model ikon yang memperkenalkan nama Proton di arena dunia automotif serta di mata masyarakat dan global!

Semoga hasil finalnya nanti akan memberi kepuasan kepada semua pihak dan menepati kehendak serta citarasa majoriti.

BinMuhammad

25 comments - "Proton Saga Baru 2016 (Replacement Model)"

titan delete icon 05:52

pehh..saga baru ada replacement dah ehh

paridah delete icon 11:36

aSSALAM SEMOGA PROTON AKAN TAMBAH JAYA DLM PRODUKSI KERETA YG DIMAHUKAN PENGGEMARNYA SEIRING MASA.

model baru yang sangat bagus

sangat ingin memiliki tuh proton baru

Etuza delete icon 20:14

cantik bergaya kereta proton Malaysia ni

kalau comel mcm ni pastilah ramai org yg akan membeli kereta tempatan spt Proton mcm abam kie...

Mrs. A delete icon 21:19

Hurm... Biasa- biasa aje pada pendapat Mrs. A.

Takdelah wallawe... hiks!

Unknown delete icon 14:10

TPPK sgt merasa bangga dgn kereta2 air tangan anak Malaysia.

Cantik... Ready for Racing on the road..

Zool delete icon 22:19

Saya bangga dengan Proton. Satu satunya syarikat kereta dan tempatan yang boleh buat kebanyakan produknya sendiri. Syabas Proton. Proton truly Malaysian.

Cantik... sempoi & stylo...

gaya dan elegant

Unknown delete icon 19:15

Syabas proton..teruskan usaha melakar namamu dipersada dunia..

Dexx delete icon 08:27

Bagus..Semangat tak kalah Proton dengan situasi ekonomi semasa. Teknologi & idea baru perlu terus berkembang untuk tidak ketinggalan. Emm ada kemampuan semestinya kita tak berkira sokong produk tempatan kan...

Tanpa Nama delete icon 13:19

Takkan yg sporty tu..takkan haha...samelah mcm bezza..

Tanpa Nama delete icon 14:55

Konsep sporty spt yg warna merah dan biru tu mmg terbaik.pasti laris di pasaran malaysia dan antarabangsa terus mnaikkan nama Proton.tp kenapa Proton tak mau keluar reka bentuk sebegitu.?

Tanpa Nama delete icon 09:58

Dalam dilema. Nak loan dah lulus nak pakai proton saga plus atau nak tunggu proton baharu. Takut proton saga Baru keluar x sama dengan design tu Dan harga jauh lebih Tinggi.. Tulommmmmmmm

Waduh cantiknya saya nak yg warna hijau.

Tanpa Nama delete icon 20:52

Ptt x tgu saga baru or proceed je saga plus??

tunggu saga baru..anda pasti puashati

Tanpa Nama delete icon 21:38

Perlu ada pilihan aksesori kulit dll

Tanpa Nama delete icon 15:56

Kereta yang sesuai dan memenuhi citarasa saya dan ahli keluarga.

Tanpa Nama delete icon 14:07

Model yang menarik. Tahniah PROTON

Unknown delete icon 15:56

Kalau betul la mcm rupanya rekabentuk saga....rasanya lagi cantik dari bezza...suke2

Tanpa Nama delete icon 21:50

Kereta Proton Saga buatan rakyat tempatan, memang dapat lihat spy shot atas jalan raya.... test. Bezza buatan anak Jepun dari Axia (Jepun), mana ada spy shot, tetiba keluar.... potong trip Saga (dah tahu Saga nak keluar).

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap