بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Buku panduan & cadangan jawapan serta ulasan buku teks Bahasa Melayu (BM) tahun 6, 5, 4  & 1 2017 adalah buku yang amat diperlukan oleh para guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebagsaan (SJK)  pada masa kini.

Buku ini dapat memberi panduan akan setiap cadangan jawapan serta ulasan yang menjadi masalah buat guru-guru pada masa ini bagi menepati setiap persoalan yang terkandung dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

Tambahan pula pada tahun ini bermulanya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menjadi salah satu elemen penting dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

Panduan Jawapan & Ulasan Buku Teks BM Tahun 6

Sebagai buku perintis, Buku teks Bahasa Melayu tahun 6 menjadi satu masalah besar buat guru-guru untuk mengaplikasi serta menyampaikan setiap matlamat dengan jelas dan tepat. Andai guru sendiri masih kabur bagaimana pula dengan anak-anak murid? Pasti langsung buta!

Ini adalah yang sering diutarakan oleh warga para pendidik ketika ini. Bagaimana hendak mengajar jika guru sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab setiap permasalahan dan persoalan yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 ini?

Idea Penyelesaian Masalah

Melalui program "Kursus Kecemerlangan Bahasa Melayu UPSR 2016" yang telah dan sedang dijalankan khusus buat guru-guru Bahasa Melayu dan calon-calon UPSR ketika ini, sebagai panel utama kursus, Cikgu Mat Ariffin telah mengesan akan permasalahan besar ini apabila sering diajukan begitu banyak pertanyaan dan persoalan berkaitan perkara ini.

Memandangkan beliau merupakan penulis kepada buku teks Bahasa Melayu tahun 6 - SK & SJK, maka beliau amat memahami akan kehendak dan jawapan kepada setiap persoalan, ulasan dan permasalahan yang sebenarnya beliau sendiri ciptakan berdasarkan kehendak dan matlamat Kementerian Pendidikan yang mahu membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Panduan Jawapan & Ulasan Buku Teks BM Tahun 6
Cikgu Mat Ariffin Ismail - penulis buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 untuk SK dan SJK

Namun apabila ianya diperkenalkan buat pertama kali, sudah tentu menjadi satu kesukaran buat para guru untuk merealisasikannya andai tiada sebarang panduan atau contoh yang boleh dijadikan asas rujukan antaranya seperti masalah pada sp. 3.9.1

Berikutan masalah ini, Cikgu Mat Ariffin akhirnya akur dan beliau sendiri terpaksa memerah idea sendiri dan cuba untuk membuat satu solusi mudah bagi membantu para guru untuk menanganinya. Akhirnya, terbitlah "buku panduan & cadangan jawapan buku teks Bahasa Melayu tahun 6" yang diusahakan sendiri oleh Cikgu Mat Ariffin ini.


Buku Panduan Jawapan

Buku panduan & cadangan jawapan buku teks Bahasa Melayu tahun 6 ini bukanlah sebuah buku yang kelihatan gah dan berunsur komersial seperti yang biasa anda lihat di kedai-kedai buku.

Namun apa yang lebih diutamakan di sini adalah isi kandungan buku ini yang dapat memberi kemudahan dan panduan buat para guru dalam menjalankan tugas untuk mengajar dengan betul dan tepat sebagaimana yang disasarkan.

"Buku panduan dan cadangan jawapan buku teks Bahasa Melayu tahun 6 ini memberikan idea atau contoh jawapan dan ulasan mengikut setiap halaman buku teks Bahasa Melayu tahun 6 agar dapat dijadikan asas untuk membuka ruang minda serta tidak tersasar tatkala mengajar mahupun ketika meneliti setiap jawapan para pelajar." - Cikgu Mat Ariffin

Buku ini merupakan hasil kerja dan idea sendiri Cikgu Mat Arifin dan beliau tidak berniat untuk menjadikan ia sebagai sebuah buku yang boleh dijual secara komersial kerana beliau hanya sasarkan kepada mereka yang benar-benar perlukan buku ini untuk digunakan sebagai keperluan dan kegunaan peribadi agar isi kandungan ekslusif buku ini tidak terdedah dan diciplak oleh orang lain.

Ianya tidak terhad untuk jualan kepada warga pendidik sahaja kerana beliau berharap agar hasil kerja dan idea penerbitan buku ini dapat membantu sesiapa sahaja termasuklah ibu bapa dan calon-calon UPSR yang bersungguh-sungguh mahukan kejayaan dalam UPSR (2016 ~ 2021).

Beli Buku Panduan & Cadangan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6

Kepada warga pendidik, ibu bapa mahupun pelajar yang berminat untuk memiliki buku ekslusif "Buku panduan dan cadangan jawapan buku teks Bahasa Melayu tahun 6 - SK, SJKC & SJKT" dari Cikgu Mat Ariffin ini boleh dapatkannya dengan menghubungi saya di sini:
Sila berikan maklumat berikut:
  • Nama
  • Alamat
  • No. Telefon
  • Jumlah Order
Semua maklumat di atas diperlukan untuk tujuan penghantaran dan pengiraan harga sekiranya jumlah order lebih dari sebuah buku.

Harga standard bagi sebuah buku (SK & SJK) termasuk kos penghantaran (pos ekspress) : RM16.00 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Makluman Penting: 
  • Harga mungkin berbeza bergantung kepada jumlah order (banyak order akan kuranglah) dan cara packaging penghantaran.
  • Penghantaran pula hanya akan dilakukan sekiranya bukti bayaran penuh telah lakukan.
Panduan & Cadangan Jawapan Buku Teks BM Tahun 6
Muka hadapan buku Panduan & Cadangan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 untuk SK dan SJK - Penulis: Cikgu Mat Ariffin

Panduan & Cadangan Jawapan Buku Teks BM Tahun 6
Contoh halaman dan isi kandungan buku panduan jawapan ini.

Kelebihan buku ini adalah ianya relaven dan boleh digunakan sehingga tahun 2021 apabila buku teks tahun 6 ini akan ditukar kepada buku teks yang baru. Buku ini juga dijamin berkualiti dengan kulit buku yang bermutu tinggi untuk tahan lasak.

Kemaskini (Januari 2017)
Kini, mulai 2017 sudah ada 5 buah buku dalam siri buku panduan jawapan Bahasa Melayu hasil tulisan Cikgu Mat Ariffin Ismail. Anda boleh dapatkannya...
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 SK - Stok sedia ada
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 SJK - Stok sedia ada
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 SK - Stok sedia ada
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 SK - Stok sedia ada
  • Buku panduan jawapan Bahasa Melayu Tahun 1 SK - Stok sedia ada
Buku Panduan & Cadangan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6, 5, 4 & 1

Buku Terbaru Karya Cikgu Mat Ariffin

Berikut pula adalah buku terbaru hasil karya Cikgu Mat Ariffin (terbitan Sasbadi) yang boleh anda semua dapati di toko-toko buku di seluruh negara sebagai bantuan latihan belajar untuk calon-calon UPSR. 
(Maaf...saya tidak jual buku-buku ini)

Panduan Jawapan & Ulasan Buku Teks BM Tahun 6

10 comments - "Panduan & Cadangan Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6, 5, 4 & 1"

Anak YB bakal memasuki darjah 6... molek juga dijadikan rujukan

good info

Semoga bermanfaat buat adik-adik kita.

Sorang anak saya darjah 6 tahun ni... moga segalanya mudah dan lancar hendaknya. Thanks sharing BM.

paridah delete icon 12:45

Assalam...buku teks ni amat berguna bagi yg perlukannya utk UPSR samada murid r guru.

sgt diperlukan utk pengajian anak2... nice info..

Mrs. A delete icon 16:46

Terima kasih atas perkongsian kebetulan pula anak Mrs. A UPSR tahun ini.

Unknown delete icon 22:37

Hi saya nak order macam mana order bboleh email saya ?akidscorners@gmail.com

Dah email...tk

Zizan delete icon 10:50

Assalam.
Saya nak order buku..
Ni emainy..
gzan_art988@yahoo.com
Terima kasih..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap