بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Proton Holdings Bhd dan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd akan berkolaborasi (joint venture @ JV) melalui MOU yang telah ditandatangani pada 15 Jun 2015 bagi menjalankan usahasama untuk mengeluarkan model kenderaan enjin berkapasiti kecil, terutamanya bagi segmen A dan B.

Kerjasama Proton-Suzuki ini juga melibatkan perkongsian kepakaran termasuklah pembangunan model, platform, penjana kuasa dan teknologi automotif bagi menghasilkan model baharu kenderaan Proton dengan rekaan dan teknologi tersendiri.

Model Baru Kereta  Proton-Suzuki JV
Model Baru Kereta  Proton-Suzuki JV
“Kerjasama ini dilihat sebagai satu lagi langkah bagi Proton untuk bergerak lebih progresif dan mengembangkan lagi rangkaian edaran, vendor, kemahiran tenaga kerja, perkongsian platform dan teknologi,” ujar Dato’ Abdul Harith Abdullah, CEO Proton.

Ujarnya lagi, “Suzuki diharap dapat membantu Proton bagi meningkatkan lagi kedudukan kami di dalam industri ini. Sekali gus dapat memacu Proton dalam membangunkan dan menghasilkan model kereta yang menepati standard dan piawaian antarabangsa.” sumber

Proton Ambil Alih Pusat Servis Suzuki

Sebagai langkah awal, Mulai 14 Januari 2015, Proton Holdings Bhd telah mengambil alih 29 pusat servis Suzuki iaitu 25 daripadanya merupakan pusat servis 3S dan empat 4S.

Dengan itu, kesemua pusat servis terbabit kini ditukar menjadi antara cawangan Proton Edar tetapi akan mempamerkan kedua-dua logo iaitu Proton dan Suzuki.

Walaubagaimanapun, pemilik kenderaan Suzuki masih boleh terus mendapatkan perkhidmatan selepas jualan dan pelindungan waranti termasuk alat ganti tulen Suzuki serta servis di semua pusat servis terbabit.

Proton-Suzuki

Diharapkan melalui kerjasama ini, Proton dapat menggunakan manfaat, kekuatan dan kelebihan yang ada pada Suzuki untuk memaksimumkan potensi pengeluaran serta mengeluarkan produk  yang lebih berkualiti serta diyakini reabilitinya dan memenuhi citarasa pengguna masa kini.

Perjanjian usahasama kali ini juga diharapkan turut digunakan sepenuhnya oleh Proton untuk meningkatkan teknologi serta kepakaran dan bukan sekadar 'ubah suai' model Suzuki sedia ada kepada model kereta Proton.

Jelas sekali Proton begitu serius untuk bersaing dengan Perodua dalam pasaran kenderaan segmen A dan B memandangkan segmen tersebut adalah pasaran kereta terbesar di negara ini.

Mampukah Proton berjaya kali ini sebagaimana kejayaan usahasama Proton-Mitsubishi yang melonjakkan Proton sebagai sebuah pengeluar kenderaan utama negara suatu ketika dulu? Kita tunggu dan lihat....

Produksi bagi model baru kerjasama Proton-Suzuki ini dijangka akan dimulakan sebelum akhir 2016 di kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim.

Pada peringkat permulaan ini sudah tentu model “rebadge cars” Suzuki yang tidak dipasarkan di Malaysia menjadi model pertama usahasama ini.

Model Baru Kereta  Proton-Suzuki JV
Model Baru Kereta  Proton-Suzuki JV
Antara dua buah model kereta Suzuki yang dijangka akan digunakan oleh Proton sebagai model pertama Proton-Suzuki yang dilakar oleh TheopilusChin.

Model Rebadge Pertama Proton-Suzuki (Kemaskini 22 Jan 2016)

Model kenderaan pertama Usahasama Proton-Suzuki akhirnya terjawab apabila model Suzuki Ertiga telah disahkan bakal ditukar logonya (rebadged) oleh Proton. 

Model ini akan dieksport ke Malaysia dari Indonesia dalam bentuk komponen terurai (knocked down) dan kemudian akan dipasang semula (CKD) oleh Proton sebagai model MPV terbaru dari Proton.

Suzuki Ertiga merupakan sebuah MPV tujuh tempat duduk. Ia memiliki ukuran jarak roda 2,740 mm (Sebagai perbandingan: Perodua Alza 2.750 mm, Proton Exora 2,730 mm) dan dijanakan oleh enjin 1.4 liter dengan kuasa 92 PS dan tork 130 N. Motor K14B ini dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan.

Proton juga mungkin akan mengekalkan nama Ertiga pada MPV ini maka modifikasi yang akan dilakukan ke atas model ini juga pastinya hanya minimum dibahagian luaran dan sedikit perbezaan aksesori dan kemasan dibahagian dalaman.
Berikut adalah gambaran rupabentuk MPV Ertiga yang telah dilakar oleh TheophilusChin menjadi Proton Ertiga.

Model Baru Kereta  Proton-Suzuki
Model Baru Kereta  Proton-Suzuki
Model Baru Kereta  Proton-Suzuki
Model Baru Kereta  Proton-Suzuki

BinMuhammad

Semoga Berjaya Buat Proton 

Model baru usahasama Proton-Suzuki ini menjadi model keempat dalam perancangan Proton untuk menghasilkan kereta terbaru mereka mulai tahun 2016 ini.

Sebelum ini kita semua telah mengetahui bahawa Proton sedang membangunkan tiga buah model utama mereka sebagai 'replacement model' iaitu Proton Perdana, Saga dan Persona yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Proton perlu bergerak pantas seiring dengan kepesatan industri automotif dunia agar tidak ketinggalan dan dapat memenuhi kehendak serta citarasa pengguna pada masa kini.

Semoga pengeluar kenderaan nasional ini akan berjaya bersaing dan kembali menerajui pasaran tempatan disamping dapat mengeksport ke pasaran global dengan lebih meluas lagi melalui pengeluaran model-model baru ini.

Tahun 2016 dan 2017 bakal menjadi saksi dan penentu akan nasib Proton dalam industri automotif.

16 comments - "Model Baru Kereta Proton-Suzuki JV"

paridah delete icon 10:20

SALAM JUMAAT..SEMOGA USAHASAMA PROTON-SUZUKI MEMBAWA KEJAYAAN YANG DIHARAPKAN.

smart & cantik okeyyyy berkenan sungguh dgn si oren!

Lebih mirip kepada buatan suzuki kan..

not bad gak... :) suka...

Aria tu nampak macam menarik sikit, harga mungkin mampu miliki oleh rakyat kita kan

harga murah dan cocok buat keluarga kecil

Klu ikut rasmi model suzuki mmg compact dan energetic... pasti lagi mantop gabungan proton-suzuki ni.

Bagi yang gemarkan pembaharuan...pasti menjadi pilihan..

Bagi yang gemarkan pembaharuan...pasti menjadi pilihan..

Bagi yang gemarkan pembaharuan...pasti menjadi pilihan..

Bagi yang gemarkan pembaharuan...pasti menjadi pilihan..

yg oren!

Tanpa Nama delete icon 12:06

NAK TUNGGU ERTIGA PROTON..IN SHA ALLAH...

Tanpa Nama delete icon 10:51

ERTIGA ..

Tanpa Nama delete icon 15:52

ERTIGA MEMANG CANTIK DARI SEGI REKABENTUK.WALAUPUN LAMPU BELAKANG AGAK KECIL TAPI KESELURUHANNYA, MEMANG CANTIK.TUNGGU KELUARANNYA,,

mieda81 delete icon 23:57

Kenapa proton x buat kereta sendiri. Kan anak2 tempatan skrang ni bijak pandai.. kenapa perlu bergantung dgn jepun lg??? Saya lebih respek kereta kore KIA & hyundai.. dulu KIA pun enjin mitsubishi jgk...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap